Seorang Lagi Timbalan Menteri Dakwa Veveonah Hanya Berdrama


Timbalan Menteri Kewangan yang juga ahli Parlimen Kudat, Rahim Bakri mendakwa tindakan Veveonah Mosibin memanjat pokok untuk mendapatkan liputan internat hanya untuk menarik perhatian dan publisiti.KOTA KINABALU: Selepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mendakwa isu dibangkitkan pelajar Veveonah Mosibin dalam YouTube adalah palsu, seorang lagi timbalan menteri turut mendakwa perkara sama
Kali ini, timbalan menteri kewangan yang juga ahli Parlimen Kudat, Rahim Bakri berkata, pelajar itu sebenarnya sengaja “membuat drama” dan hanya mahu mendapat perhatian serta publisiti
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Rahim berkata, perjalanan cerita yang dibuat Veveonah dalam video yang disiarkan dalam Youtube adalah tidak betul dan tidak berasas
“Saya telah meminta pegawai saya, Ambang Sobul yang berasal dari Kampung Bilangau Kecil yang bersebelahan dengan Kampung Sepatalang di Pitas
“Hasil siasatan yang dilakukan, beliau membuat laporan kepada saya bahawa ibu bapa pelajar ini sudah terlalu tidak tinggal di Sepatalang kerana bapanya bekerja di KPD (Koperasi Pembangunan Desa) di pekan Pitas
“Sebenarnya dia tidak ada rumah di Kampung Sepatalang. Macam mana pelajar ini boleh mendakwa dia belajar di atas pokok di kampung itu sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan,” katanya
Rahim berkata, beliau juga menghubungi dekan fakulti dan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sama ada peperiksaan secara online diadakan atau tidak
Katanya, hasil komunikasi beliau dengan pihak UMS mendapati belum ada peperiksaan akhir diadakan secara online
“Hanya satu kuliah biasa yang diadakan secara online, sebenarnya setakat ini. Belum ada peperiksaan akhir yang diadakan secara online,” menurut UMS seperti dipaparkan di Facebook beliau
Rahim juga berkata, mungkin ada motif tertentu di sebalik penerbitan video yang dimuat naik dalam Youtube dan ditonton di seluruh dunia itu
“Setelah kita mengguna 4G, liputan internet menjadi semakin luas, lebih baik berbanding beberapa tahun lalu yang menggunakan ‘wireless village’
“Tapi ini tidak bererti tiada ‘blind spot’, terutama di kawasan berbukit, hatta di KL (Kuala Lumpur) pun ada masalah, terutama tempat terlindung atau kemudahan yang menjadi mangsa vandalisme
“Apa perlu pelajar itu membahayakan diri memanjat pokok dan dimasukkan dalam video, sedangkan dia ada pilihan hanya berusaha sedikit ke pekan Pitas, sama ada menumpang di sekolah atau tempat awam yang mempunyai liputan internet yang baik
“Bagaimanapun saya tidak menyalahkan Veveonah sebagai anak muda yang belum berpengalaman, kelemahan dan kesilapan pasti berlaku dalam hidup,” katanya
Baru-baru ini Zahidi dilaporkan berkata, Veveonah membuat rakaman itu hanya untuk hiburan dan menambah pengikut YouTubenya
Beliau berkata, hasil siasatan kementeriannya mendapati gadis itu tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam
Beliau kemudiannya mengaku mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara dan meminta maaf kepada Veveonah
Pada awal Jun, Veveonah yang merupakan pelajar di UMS merakamkan video beliau membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan universiti
Video tersebut tular dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga di luar negara
Video itu merakamkan kekecewaannya susulan pondok yang dirikan di atas bukit bagi mendapatkan liputan internet lebih baik musnah ditimpa hujan lebat dan angina kencang. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/09/seorang-lagi-timbalan-menteri-dakwa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hannah Dakwa Timbalan Menteri Buli Siber Veveonah

Hannah Dakwa Timbalan Menteri Buli Siber Veveonah

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 302 hits
MALAYAIAKINI Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh membidas layanan dua timbalan menteri kerajaan PM terhadap pelajar dari Sabah Veveonah Mosibin berkata tindakan mereka itu sebagai buli siber Sekiranya anda tidak dapat melihatnya ini sebenarn...
Isu Veveonah Timbalan Menteri Angkuh Untuk Melihat Permasalahan Sebenar

Isu Veveonah Timbalan Menteri Angkuh Untuk Melihat Permasalahan Sebenar

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 301 hits
KENYATAAN MEDIA9 SEPTEMBER 2020ISU VEVEONAH TIMBALAN MENTERI ANGKUH UNTUK MELIHAT PERMASALAHAN SEBENAR Satu kesilapan besar Kerajaan dalam isu Veveonah ini adalah kerajaan seakan akan tidak mampu untuk melihat bahawa isu ini sebenarnya timb...
Saya Rasa Sangat Sedih Kecewa Veveonah Mosibin Kesal Dengan Kenyataan Timbalan Menteri Kkmm

Saya Rasa Sangat Sedih Kecewa Veveonah Mosibin Kesal Dengan Kenyataan Timbalan Menteri Kkmm

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 451 hits
Saya rasa sangat sedih kecewa Veveonah Mosibin kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri KKMMSusulan kenyataan tidak tepat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin di Dewan Negara semalam Veveonah Mosibin tampil m...
Sd Melanggar Perlembagaan Dalam Tatacara Perlantikan Seorang Perdana Menteri

Sd Melanggar Perlembagaan Dalam Tatacara Perlantikan Seorang Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 267 hits
Muhyiddin Yasin bangga Haji Hadi Awang orang yang pertama tandatangan SD untuk menyokong beliau menjadi PM 2 Di sebalik kata Muhyddin Yasin itu memberi makna bahawa Haji Hadi Awang adalah lidah biawak yang bercabang Dulu dia juga yang dahul...
Pm Sebut Hajiji Sebagai Ketua Menteri Hanya Jika Sekutu Setuju Annuar Musa

Pm Sebut Hajiji Sebagai Ketua Menteri Hanya Jika Sekutu Setuju Annuar Musa

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 1607 hits
Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menjelaskan tajuk berita Hajiji calon KM Sabah Muhyiddin yang disiarkan media hari ini tidak mengambarkan kenyataan sebenar yang disebut oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Say...
Timbalan Menteri Mohon Maaf Kepada Pelajar Ambil Ujian Atas Pokok

Timbalan Menteri Mohon Maaf Kepada Pelajar Ambil Ujian Atas Pokok

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 424 hits
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin memohon maaf kepada seorang pelajar yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menduduki peperiksaan dalam talian Beliau merujuk pelajar Universiti Ma...
Timbalan Menteri Komunikasi Diperlekehkan Dengan Kenyataannya

Timbalan Menteri Komunikasi Diperlekehkan Dengan Kenyataannya

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 294 hits
ZAHARIN MOHD YASINApa jawapan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara jangan sampai menipu Apa sudah jadi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan Kita dah semak dah dia hanya You...
Timbalan Menteri Lantik Kroni Dalam Kementerian

Timbalan Menteri Lantik Kroni Dalam Kementerian

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 271 hits
Seorang timbalan menteri Kerajaan Perikatan Nasional dipercayai melantik adik dan anak saudaranya untuk jawatan penting di sebuah pejabat kementerian Timbalan Menteri itu melantik adiknya sebagai setiausaha sulit yang dipertanggungjawabkan ...
Menteri Agama Mengaku Hanya Hafal Juz Amma Surat Lain Sepotong Sepotong

Menteri Agama Mengaku Hanya Hafal Juz Amma Surat Lain Sepotong Sepotong

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 331 hits
Menteri Agama Fachrul Razi mengaku tak hafal banyak surat dalam Alquran Fachrul mengatakan hanya menghafal juz ke 30 atau juz amma dari kitab suci umat Islam tersebut Juz amma merupakan bagian terakhir dari Alquran yang berisi 37 surat pend...
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

12 Taman Taman Negara Di Sarawak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengertian Dari Mesin Slot Online

Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Berita Basi Di Ayer Kuning

Dituduh Jadi Pembelot Bangsa Syahredzan Amp Rara Akan Saman Adun Kuala Sentul