Isu Veveonah Timbalan Menteri Angkuh Untuk Melihat Permasalahan Sebenar



KENYATAAN MEDIA

9 SEPTEMBER 2020

ISU VEVEONAH, TIMBALAN MENTERI ANGKUH UNTUK MELIHAT PERMASALAHAN SEBENAR*

Satu kesilapan besar Kerajaan dalam isu Veveonah ini adalah kerajaan seakan-akan tidak mampu untuk melihat bahawa isu ini sebenarnya timbul daripada masalah infrastruktur di Sabah.

Kempen “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” yang dipelopori oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sendiri tidak diendahkan, malah beliau secara terus-menerus menegakkan benang yang basah.

Sebagai Timbalan Menteri yang mempunyai “Ijazah Sarjana”, beliau sepatutnya sedar bahawa masalah sebenar dalam isu ini, yakni kurangnya infrastruktur di beberapa kawasan pedalaman Sabah harus diselesaikan sebelum membuat kenyataan yang mengguris hati masyarakat yang susah.

Hakikatnya di Sabah dan juga di pelbagai kawasan pedalaman di Malaysia, isu capaian internet ini adalah isu yang biasa. Maka, apabila isu seperti ini diangkat, Timbalan Menteri sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Veveonah.

Namun, sehingga kini Timbalan Menteri masih lagi berkeras dalam menyerang seorang pelajar yang gigih menuntut ilmu.

Mungkin disebabkan kehidupan sebagai Timbalan Menteri itu mewah, beliau tidak faham akan kepayahan anak-anak di Sabah untuk menuntut ilmu.

Adakah Timbalan Menteri pernah merasai betapa susahnya hidup tanpa ketiadaan air dan elektrik setiap hari dan juga dengan jalan yang tidak berturap? Adakah Menteri dan Timbalan Menteri sebenarnya memperjuangkan nasib kami di dalam Parlimen?

Atau sebenarnya anda semua hanya mengumpul harta, membina nama, kononnya memperjuangkan bangsa dan agama.

Di saat realiti kehidupan kami ditunjukkan kepada Menteri, anda semua memilih untuk memperlekehkannya. Adakah #KitaJagaKita sebenarnya bermaksud Menteri jaga Menteri?

Di manakah Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Wanita, Masyarakat dan Komuniti? Malah Menteri Komunikasi dan Multimedia sendiri masih diam membisu dalam isu ini.

Kebisuan ini boleh dianggap sebagai isyarat bahawa seluruh Kabinet sebenarnya setuju dengan tindakan Timbalan Menteri dalam menyerang seorang pelajar yang tidak bersalah.

Berdasarkan situasi sekarang, adakah kerajaan sebenarnya komited dalam menyelesaikan isu ini, atau sebenarnya kerajaan akan terus menyerang mereka yang membuat aduan. Marilah rakyat Sabah, kita hukum dan tolak Menteri-menteri dan Timbalan Menteri ini.

RAYMOND AHUAR
Ketua
Angkatan Muda Keadilan
Sabah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/isu-veveonah-timbalan-menteri-angkuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Rasa Sangat Sedih Kecewa Veveonah Mosibin Kesal Dengan Kenyataan Timbalan Menteri Kkmm

Saya Rasa Sangat Sedih Kecewa Veveonah Mosibin Kesal Dengan Kenyataan Timbalan Menteri Kkmm

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 451 hits
Saya rasa sangat sedih kecewa Veveonah Mosibin kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri KKMMSusulan kenyataan tidak tepat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin di Dewan Negara semalam Veveonah Mosibin tampil m...
Menteri Dan Rakyat Ejek Mengejek Isu Veveonah

Menteri Dan Rakyat Ejek Mengejek Isu Veveonah

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 393 hits
Nora JamilahBila menteri panggil Veveonah Mosibin tree girl rakyat panggil menteri sloth minister apacam Isu pelajar panjat pokok cari internet untuk jawab soalan exam iaitu Adik Veveonah yang difitnah oleh Timbalan Menteri PN kalau kita li...
Seorang Lagi Timbalan Menteri Dakwa Veveonah Hanya Berdrama

Seorang Lagi Timbalan Menteri Dakwa Veveonah Hanya Berdrama

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 313 hits
Timbalan Menteri Kewangan yang juga ahli Parlimen Kudat Rahim Bakri mendakwa tindakan Veveonah Mosibin memanjat pokok untuk mendapatkan liputan internat hanya untuk menarik perhatian dan publisiti KOTA KINABALU Selepas Timbalan Menteri Komu...
Hannah Dakwa Timbalan Menteri Buli Siber Veveonah

Hannah Dakwa Timbalan Menteri Buli Siber Veveonah

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 301 hits
MALAYAIAKINI Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh membidas layanan dua timbalan menteri kerajaan PM terhadap pelajar dari Sabah Veveonah Mosibin berkata tindakan mereka itu sebagai buli siber Sekiranya anda tidak dapat melihatnya ini sebenarn...
Netizen Perli 3 Menteri Bisu Senyap Je 3 Menteri Ni Lesap Tak Back Up Veveonah

Netizen Perli 3 Menteri Bisu Senyap Je 3 Menteri Ni Lesap Tak Back Up Veveonah

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 512 hits
Senyap je 3 Menteri ni lesap tak back up VeveonahIsu pelajar Universiti Malaysia Sabah semakin panas dipertikaikan lebih lebih lagi apabila ianya membabitkan anak muda yang seolah olah diperalatkan untuk menutup kesalahan yang dilakukan Kab...
Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui Ph Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka

Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui Ph Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 517 hits
Dalam satu program online baru baru ini mantan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Syed Saddiq aka Mat Tisu dengan tidak sengaja telah membongkarkan perancangan politik awal Pakatan Harapan Mat Tisu dedahkan Kerajaan Pakatan Harapan sememang...
Ujian Saringan Di Kota Setar Ambil Masa Seminggu Kata Timbalan Menteri

Ujian Saringan Di Kota Setar Ambil Masa Seminggu Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 312 hits
UJIAN saringan Covid 19 terhadap 366 787 penduduk di kawasan Kota Setar yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran mulai semalam dijangka mengambil masa kira kira seminggu kata Timbalan Menteri Kesihatan I D...
Mahkamah Persekutuan Perlu Putuskan Isu Perlembagaan Kuasa Tyt Singkir Ketua Menteri Sabah

Mahkamah Persekutuan Perlu Putuskan Isu Perlembagaan Kuasa Tyt Singkir Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 404 hits
Isu mengenai keperlembagaan kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah untuk menyingkirkan Ketua Menteri yang sedang berkhidmat dan dilantik secara sah perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan kata Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam penghakimanny...
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

12 Taman Taman Negara Di Sarawak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengertian Dari Mesin Slot Online

Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Berita Basi Di Ayer Kuning

Dituduh Jadi Pembelot Bangsa Syahredzan Amp Rara Akan Saman Adun Kuala Sentul