Senyuman Kecaman Air Mata Ruhainies Aliff




APA lagi yang panas dan tular minggu kalau bukan membabitkan pelakon kontroversi, Ruhainies dan Aliff Aziz. Rabu lalu, menyaksikan prosiding pertuduhan kes khalwat yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.
Dalam prosiding berkenaan, masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dan memohon hakim, Abu Suffian Abu Yaziz membicarakan kes berkenaan pada 17 Oktober.
Walaupun di sisi undang-undang kes berkenaan masih berjalan, namun di mata netizen kedua-dua pelakon drama Terjerat itu sudahpun dihukum dan dianggap bersalah.
Mana tidaknya, gambar dan video Ruhainies tersenyum bahagia pun sudah membuat punggung warganet panas. Begitu juga dengan Aliff Aziz yang belum pun sebulan kembali bujang dilihat tenang dalam pakaian sedondon hitam.
Dituduh warganet kononnya gembira hadir ke persidangan bak aura seorang pengantin, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, hanya berkata wajahnya yang ceria itu adalah disebabkan keterujaannya berjumpa teman-teman media. Jelas pelakon itu, dia tidak pandai hendak pura-pura menangis di depan kamera.
Bukan itu sahaja, dalam kesempatan itu juga, Ruhainies menafikan khabar angin kononnya bertunang dengan Aliff seperti yang pernah tular sebelum ini.
Walaupun Ruhainies pernah mengatakan tidak lagi berhubung dengan Aliff dalam kenyataannya pada 6 Mei lalu, namun kini, dia dan Aliff membuat pusingan ‘U’ kerana menyedari komunikasi penting bagi menyelesaikan proses kes khalwat ini.
Malah penyanyi Sayang Sayang itu mengakui dia dan Ruhainies tidak bermusuh atau bermasam muka. Jadi, berkomunikasi sahajalah seperti biasa.
Rentetan daripada itu, media sosial penuh dengan ulasan dan pandangan orang awam yang mengikut rapat kes sensasi mereka berdua ini. Tidak ketinggalan pengarah bermulut lantang, Michael Ang, yang membuat naik sebuah video yang dikaitkan oleh netizen seperti menyindir kata-kata yang dikeluarkan Ruhainies.
“Ini adalah lakonan realiti sebenarnya, ‘kenapa aku perlu menangis? Aku kan penyondol. Bukan laki aku kena sondol. Aku yang menyondol sepatutnya aku gembira dan bangga.
“Okay ini pula yang berlaku di khalayak ramai ‘kita bukan tak nak nangis sebab kita tak pandai. Berlakon pun kayu kadang-kadang,” sindir pengarah itu dalam video tersebut.
Bukan hanya Michael Ang, warganet turut mengeluarkan semula video temu ramah antara Janna Nick yang dalam nada berseloroh pernah bertanya adalah Ruhainies apakah dia sedang mempunyai skandal dengan lelaki yang berstatus suami orang?
Di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya, adakah ketika itu Janna sudah pun mengetahui gosip-gosip belakang tabir yang hanya diketahui rakan satu industri?
Tapi tidak mengapalah, bak kata pepatah, nasi pun sudah menjadi bubur. Tapi jangan risau, masih boleh dimakan. Ruhainies dan Aliff hadap sahajalah kecaman yang sementara ini. Seperti bubur, telan sahajalah.




Source link
The post Senyuman, kecaman ‘air mata’ Ruhainies, Aliff appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/senyuman-kecaman-air-mata-ruhainies-aliff/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Aliff Aziz Dan Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Kerana Berkhalwat

Hiburan Aliff Aziz Dan Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Kerana Berkhalwat

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 303 hits
Pelakon dan penyanyi sensasi dan aktres Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat Mereka berdua sebelum ini hadir ke Mahkamah Tinggi Sy...
Bakal Bertunang Dengan Aliff Aziz Ini Jawapan Ruhainies Tak Akan Berlaku

Bakal Bertunang Dengan Aliff Aziz Ini Jawapan Ruhainies Tak Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 149 hits
Pelakon Ruhainies tampil menjawab mengenai desas desus yang mengatakan dia bakal mengakhiri zaman solo bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tidak lama lagi Dia yang ditemui media ketika sebutan kes khalwat bersama aktor itu pagi ini menj...
Hiburan Kemain Senyum Lebar Seronok Betul Netizen Geram Ruhainies Aliff Aziz Gembira Tiba Di Mahkamah Untuk Kes Khalwat

Hiburan Kemain Senyum Lebar Seronok Betul Netizen Geram Ruhainies Aliff Aziz Gembira Tiba Di Mahkamah Untuk Kes Khalwat

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 119 hits
Beberapa bulan lalu pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di sebuah kondominium yang terletak di ibu kota Hari ini kelihatan kedua dua pelakon tersebut hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes khalwat terseb...
Ibu Aliff Aziz Akhirnya Akui Khilaf Anak Kami Akan Nasihat Dia Hingga Tutup Mata

Ibu Aliff Aziz Akhirnya Akui Khilaf Anak Kami Akan Nasihat Dia Hingga Tutup Mata

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 241 hits
Ibu Aliff Aziz akhirnya akui khilaf anak dan memohon maaf sekiranya aktor tersebut pernah menyinggung perasaan orang ramai susulan kontroversi yang berlaku sebelum ini Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Siti Hafiza di laman Instagramny...
Gelaran Juara Disambut Dengan Air Mata Rakan Rakan Sebak Bawa Jersi Zhang Zhi Jie Naik Podium

Gelaran Juara Disambut Dengan Air Mata Rakan Rakan Sebak Bawa Jersi Zhang Zhi Jie Naik Podium

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 220 hits
Seluruh kem China tidak menahan sebak mengenangkan mendiang pemain perseorangan China Zhang Zhijie ketika ditabalkan sebagai juara Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 semalam Pemain berumur 17 tahun itu rebah sebelum disahkan meninggal dun...
Ajak Lawan Boxing Aliff Aziz Respon Posting Gambar Ruhainies Dengan Jejaka Lain

Ajak Lawan Boxing Aliff Aziz Respon Posting Gambar Ruhainies Dengan Jejaka Lain

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 224 hits
Tindakan Aliff Aziz respon posting yang dibuat Ruhainies sewaktu bergambar dengan jejaka lain nampaknya mencuri perhatian apabila bertanyakan sama ada lelaki tersebut adakah teman lelaki pelakon wanita itu yang mahu berlawan dengannya secar...
Aliff Aziz Ruhainies Tenang Hadir Ke Mahkamah

Aliff Aziz Ruhainies Tenang Hadir Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 431 hits
KUALA LUMPUR Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan Ruhainies hadir bersama di Kompleks Mahkamah Syrariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Rabu bagi prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka Dilihat tenang ketika menu...
Doktor Dedah Penipuan Cermin Mata Anti Komputer Yang Ramai Tidak Perasan

Doktor Dedah Penipuan Cermin Mata Anti Komputer Yang Ramai Tidak Perasan

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 182 hits
Penipuan cermin mata anti komputer yang ramai tidak perasan sering menjadi isu yang membingungkan pengguna Admin kali ini menyediakan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kebenaran di sebalik coating cermin mata anti cahaya biru yang seri...
Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pintu Masuk Utama Ke Piramid Besar Giza

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory

Flood Situation In Sabah Worsens

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Rahsia Monsun Timur Laut Di Sebalik Hujan Angin Dan Gelombang

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau