Sentiasa Wangi Rahsia Elanie Aidid Pikat Hati Suami Amai Kamarudin
"Sentiasa wangi! Itulah cara saya pikat hati Amai" kata Elanie Aidid sambil tertawa.
Itulah jawapan heroin terbaru filem "Amukan Kuntilanak" apabila ditanya wartawan apakah rahsia beliau untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga bersama suami tercinta pelakon popular Amai Kamarudin.
Bersahaja tetapi akui wanita manis berwajah klasik ini, beliau seorang yang sangat cintakan bau wangi. "Saya percaya bau wangi akan memberikan semangat dan tenaga positif kepada individu. Minda jadi segar dan bersemangat. Sebab itulah saya menitikberatkan penjagaan kebersihan luar dan dalam dan pastikan saya sentiasa "wangi" ketika bersama pasangan atau keluar bertemu orang. "Saya bukan saja peminat minyak wangi, tapi apa saja jenis sabun, sabun pencuci pakaian, sabun mandi, sabun lantai, semua saya suka malah hobi saya di masa lapang adalah mengemas dan mencuci rumah sewangi-wanginya. Saya seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan saya mencuci rumah setiap hari. Saya akan pastikan setiap baju Amai yang dicuci akan sangat-sangat wangi sehinggakan walau berjauhan Amai tetap akan teringat-ingat pada saya. Pernah orang memuji bau baju Amai yang sangat wangi di set! Sebelum tidur saya akan sembur pewangi pada cadar dan sarung bantal agar tidur Amai lebih nyenyak dan selesa. Malah jangan tak tahu orang lain sembur minyak wangi masa keluar bekerja atau bersosial tapi saya pakai minyak wangi atau 'body mist' di rumah, wajib sembur setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur!"
Wah itulah rahsianya patutlah suami Elanie Aidid pelakon berkarakter Amai Kamarudin sayang sangat!
"Kalau boleh saya nak wangi 24 jam di mana-mana tempat saya berada seperti tandas, bilik, kereta, malah saya telah siap sediakan pewangi di dalam beg tangan untuk digunakan ketika berada di tempat busuk! Beruntungnya sikap saya tidak dianggap pelik oleh suami kerana beliau juga bersikap begitu! Saya dan suami juga berkongsi minat yang sama iaitu gila minyak wangi! Kami ada berpuluh koleksi minyak wangi, sabun mandi, sanitizer dari pelbagai jenama dan setiap bulan kami pasti akan peruntukkan wang untuk beli koleksi minyak wangi terbaru dan jenama paling saya gemar adalah jenama GUCCI. Suami pula tak kisah jenama apa pun asalkan beliau dapat mengumpul minyak wangi terbaru setiap bulan. Malah kerana minat yang mendalam terhadap wangian, suami saya Amai akan mengeluarkan koleksi jenama sendiri 2 in 1 set Minyak Wangi dan Sabun Mandi atas jenama AMAIZ dalam masa terdekat."
Sepanjang majlis dan temubual, Amai Kamarudin sentiasa berkepit dan berpegangan tangan dengan isterinya, Elanie
Bercakap dengan media di Majlis Pelancaran dan Tayangan Teaser Filem Amukan Kuntilanak bertempat di Ruang Shah Alam pada 24 Julai 2019, Elanie Aidid yang berasal dari Shah Alam, dan juga Pengasas Produk Kecantikan mengakui kerana hobi dan kegemaran ini mereka juga tidak kisah untuk turun ke apa sahaja jualan atau event yang melibatkan minyak wangi semata-mata untuk mendapatkan koleksi minyak wangi terbaru.
"Saya ni macam tak boleh bau badan, bau hanyir ke apa. Boleh bayangkan tak semasa dibalut dengan kain kapan untuk memainkan watak Siti yang dihidupkan kembali sebagai Kuntilanak, saya sanggup sembur pewangi mahal di seluruh kain kapan saya tersebut sebelum dibalut kerana tak tahan dengan bau lumpur yang melekat pada kain tersebut. "
Pasangan yang sentiasa romantis ini baru sahaja menyambut ulangtahun pertama perkahwinan pada 7 Julai 2019 yang lalu bergandingan bersama dalam filem Amukan Kuntilanak sebagai watak utama ada cabarannya tersendiri. Menurut Elanie banyak keserasian dicapai dengan mudah kerana hubungan mereka sebagai suami isteri.
"Chemistry like fire! Sekejap je dapat chemistry dalam 1-2 take. Malah kami akan beri tunjuk ajar pada satu sama lain untuk angle mana yang lebih baik untuk dirakamkan. Saya rasa sangat selesa dapat bekerja dengan suami sendiri. Kalau boleh selepas ini nak bergandingan dengan suami saya sahaja" katanya berseloroh.
Elanie Aidid dan rakan kerja lain semasa ditemubual.Elanie Aidid dan Amai Kamarudin bersama pengarah Anwardi Jamil
Pelakon, pengarah dan krew filem Amukan Kuntilanak
Antara babak dalam teaser yang melambangkan kerinduan suami kepada isteri dan kekecewaan isteri yang terpaksa berpisah dengan suami akibat orang lain.
Elanie Aidid yang berkelulusan Sarjana Undang-Undang dari Uitm menceburi bidang lakonan secara tidak sengaja pada 2017 dan bertemu Amai ketika beliau menjadi Agensi semasa pengambaran iklan sebuah syarikat hartanah. Terpisah dan bertemu kembali 6 bulan kemudian di Instagram setelah masing-masing mengikuti satu sama lain, berkawan rapat atas dasar kerja dan hanya bercinta selama 4 bulan sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.
Menurut beliau, ada cabarannya yang tersendiri apabila berlakon bersama suami isteri kerana peranan menjaga pasangan itu harus dibawa sehingga ke set pengambaran dan ketika di set Amai yang banyak menjaganya
"Saya bertuah kerana berkahwin dengan seorang suami yang pandai mengambil hati saya. Sepanjang di set dan menjadi hantu Kuntilanak saya penat kerana memakai kostum tersebut dengan kuku yang panjang dan cat badan, menyebabkan saya tidak boleh pegang pinggan,cawan, kena berjalan berhati-hati untuk memanjat pokok yang tinggi dan sebagainya, Oleh itu peranan menjaga saya diambil alih oleh suami saya."
"Dialah yang mengambil berat dan menjaga saya dengan baik di set, menyuapkan makanan dan memimpin saya berjalan menaiki tangga dan sebagainya. Walaupun di televisyen Amai sering melakonkan watak antagonis, tetapi dia sangat bertentangan daripada imej yang digambarkannya di skrin. Di rumah Amai seorang lelaki yang baik dan penyayang. Rajin membantu saya di rumah dan tidak suka melepak tak tentu hala. Alhamdulillah.. doa ibu saya untuk mendapat menantu yang baik telah ditunaikanNya."
Menariknya, filem "Amukan Kuntilanak" arahan Shuhaimi Zulkefli anak buah Osman Ali adalah gandingan kali pertama suami isteri romantis ini di layar perak selepas filem pendek "ISTERIKU" dan filem "Showtime 1958". Selain Elanie Aidid dan Amai Kamarudin, filem bergenre seram ini dibintangi oleh Syed Ali, Azzahra Ahmad, Shah Iskandar, Zul Huzaimy, Faiz Zulkifli, Malieq Abdullah, Shazliey, Eddie Persia, Ridzuan Jamil, Adam Shadan, Zalfa Zin dan ramai lagi.
Filem Amukan Kuntilanak mengambil latar era 80 an bagi menepati kisah Pontianak yang wujud di zaman dulu kala.
Elanie, memegang watak Siti yang telah mati dan menghantui seluruh masyarakat tanpa diketahui suaminya Osman yang pergi berperang. Motif pembunuhan Siti dan misteri yang melingkarinya akan dikupas apabila filem ini ditayangkan di seluruh Malaysia akan datang. Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar pengalaman pengarah filem ini Shuhaimi Zulkefli apabila isteri beliau dirasuk entiti Pontianak semasa perubatan islam. Rentetan dari rasukan ini membawa kepada penulisan skrip Amukan Kuntilanak yang diperkemaskan oleh Elanie Aidid sendiri. "Nampak macam saya yang menulis skrip tapi sebenarnya saya tukang tulis je, yang bagi idea, yang merasai pengalaman, yang menyuruh saya memasukkan bahan itu dan ini semua datang dari semua yang bekerja bersama saya terutamanya pengarah Shuhaimi. Setiap pengalaman mereka berdepan dengan entiti Pontianak ini saya masukkan dan garap kembali dalam filem ini. Jadi banyak yang kami terapkan dalam filem ini adalah hampir 100% pengalaman sebenar entiti Pontianak atau Kuntilanak ini.."Pengarah Shuhaimi Zulkefli Penulis sendiri sudah menonton tayangan teaser filem Amukan Kuntilanak hasil kerjasama dengan Brothers Production Malaysia di majlis tempoh hari dan sejujurnya meremang bulu roma penulis yang hanya menggemari filem-filem seram dari Barat. Pada pendapat penulis filem ini bakal setanding dengan filem-filem seram yang berjaya seperti Pengabdi Setan, The Conjuring dan seumpamanya. "Tambahan lagi suntingan penata bunyi dari pasukan Dr Irma Entertainment dan Iswandy Atan yang tidak sengaja merakamkan suara Pontianak yang sebenar masa rakaman di studio lebih menyeramkan. Saya sendiri terkejut dan meremang bulu roma bila mendengar sendiri "suara" tersebut yang memang bukan daripada saya dan daripada mana-mana sumber. Penonton kena dengar sendiri di nyanyian suara yang kedua di pembukaan teaser."Pasukan Dr Irma Entertainment, penyanyi lagu runut bunyi AJ Azril dan komposer Iswandy AtanMemang apabila mendengar sendiri suara yang dirakam akan meremang bulu roma yang mendengarnya apatah lagi jika lewat malam. Nak tonton teaser? Pastikan anda bukan seorang diri ya. Syabas kepada produksi filem Millionaire Films Production atas buah tangan pertama dan pasti apabila filem ini dikeluarkan nanti akan lebih menyeramkan.
Klik link TEASER FILEM AMUKAN KUNTILANAK.
BACA: Amai Kamarudin Sanggup Beraksi Ranjang Demi Filem
Jurugambar : NAZIRUZZAMAN NAZLLY, ZONAN EVOLUTION.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaviralnet.blogspot.com/2019/07/sentiasa-wangi-rahsia-elanie-aidid.html