Sentiasa Pilih Work Smart Nasib Baik Suami Si Tukang Besi Kreatif Sebut Saja Mas4lah Pasti Ada Cara Kasi Settle
SELAIN kerja keras, hidup ni kata orang kena work smart juga.
Mungkin itulah yang dipegang seorang pemuda yang dah lengvh mengacau kentang setiap hari untuk dijadikan mashed potato yang dijualnya bersama isteri.
Hashimah berniaga makanan western di Pekan Kuala Ketil, Kedah.
Video cara kreatifnya memukul kentang rebus menggunakan whisk yang disambungkan pada electronik drill mendapat pujian rata-rata pengguna sosial media.
“Tersangat menyeng4t dia punya kreatif, mantap,” tulis salah seorang pengguna media sosial.
Bercakap kepada mStar, Hashimah Ramli, 32 yang merakam video tersebut berkata, idea untuk menggunakan alatan drill itu datang daripada suaminya, Muhammad Akram Ibrahim, 37 yang mengambil alih tugasnya melenyek kentang tersebut.
“Kami berniaga western food khususnya meatball yang dihidangkan bersama mashed potato, dulu akak buat seorang tapi bila tak sempat minta tolong suami.
“Hari-hari bila part nak kena whisked mashed potato tu memang akak mengelat sebab lengvh nak whisk sampai gebu jadi beralih jadi tugas dia.
“Kami pernah beli hand blender tapi lama-lama dia loose, jadi whisk yang dari hand blender tu dia sambung dekat drill, jadi memang mudah kerja dan result dia memang gebu sangat mashed potato tu,” katanya, menambah mereka kini menggunakan alat tersebut setiap hari.
Video:
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Menurut Hashimah, alat drill tersebut merupakan alat drill yang baru dibeli dan tidak pernah digunakan untuk kerja-kerja pertukangan.
“Dulu kami beli drill ni sebab nak sambung pada pembuka tin, akak meniaga teh ais “menggigau”, jenuh nak buka tin jadi bila suruh dia bukakan terus dia fikirkan jalan untuk memudahkan kerja,” katanya yang berniaga di Pekan Kuala Ketil, Kedah.
Antara menu yang dijual mereka.
Menurut Hashimah, suaminya yang merupakan tukang besi ini pernah menghasilkan pelbagai peralatan lain bagi memudahkan kerja-kerja harian mereka.
“Dia pernah buat mesin gaul ayam goreng untuk adik sebab dia meniaga jual ayam goreng, lepas tu mesin napier (rumput untuk bagi kambing atau lembu makan), meja berniaga yang boleh buka dan pasang, jadi senang nak bawa dengan kereta kecik,” katanya yang mempunyai dua orang cahaya mata.
Akram yang juga tukang besi mencipta pelbagai kaedah kreatif untuk memudahkan hidup mereka disamping mencari hiburan.
Selain daripada peralatan yang bertujuan untuk membantu tugasnya, Akram juga cipta basikal yang berfungsi dengan petrol.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/10/sentiasa-pilih-work-smart-nasib-baik.html