Cukup Ke Gaji Seorang Saja Tak Miskin Pun Suami Tanggung Keluarga Sepenuhnya Rezeki Makin Murah
Bila isteri terpaksa membuat keputusan untuk berhenti kerja, kebimbangan mula dirasakan suami. Bimbang jika perbelanjaan tidak lagi mencukupi seperti sebelum-sebelum ini. Takut dengan keputusan dan bermacam lagi di fikiran.
Namun saat rezeki dibelanjakan dengan tepat pada anak-anak dan isteri sebaiknya, saat itulah Allah kurniakan rezeki hanpa henti-henti malah mencurah. Semuanya dirasakan serba mencukupi.
Perkongsian penulis yang dekat dengan penulisan hubungan suami isteri, Firdaus Shakirin ini cukup menarik untuk dikongsikan bersama. Benar, suami tak akan miskin jika membelanjakan sebaiknya untuk isteri dan anak-anak.
Dah 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya. Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap, gaji bersihnya hampir 3k setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja. Dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga.
Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan. Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya bleh mintak kat dia then hadirlah nafsu untuk tukar HP, tukar sport rim, modified kereta dan sebagainya.
Beli Kitsui Fedloss Fibre Dtox Set Di Sini
Kitsui Fedloss Fibre Dtox Set
Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri. Balik rumah dengan HP baru, sport rim baru. Isteri berleter la kejap, pastu dia cool. Bulan yang spend duit untuk beli macam-macam tu mesti bajet lari, maka mintak duit isteri. Isteri bagi jugak la, tapi siap dengan pakej berleter.
Bila pengasuh tiba-tiba tak boleh jaga anak ketiga yang masih baby tu, isteri ambik cuti untuk jaga sementara nak cari pengasuh baru. Kami duduk berbincang, bersembang hati ke hati.
Saya tak bersedia lagi untuk dia berhenti sebab komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji 2 orang tapi bila difikirkan tentang anak-anak, maka isteri kata keputusan yang terbaik adalah berhenti kerja, duduk rumah, uruskan anak-anak sebab anak-anak dah nak start sekolah.
Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran saya? Cukup ka gaji seorang saja ni. Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan.
Komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah pulak dengan yuran sekolah untuk setiap anak. Sepanjang 4 tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya TAK PERNAH HABIS.
Ajaibkan aturan Allah, semuanya suami beli, semuanya suami sediakan, semuanya suami bagi, tapi rezeki suami makin murah, makin mencurah-curah. Tiap-tiap tahun gaji asyik naik sahaja, bonus suami pun banyak.
Rupa-rupanya, tak miskin si suami yang tanggung isteri sepenuhnya. Tak susah si suami yang memudahkan urusan isteri dan tak berkira dengan isteri. Sepanjang 4 tahun ni jugak, Allah berikan kesihatan yang cukup-cukup baik kepada saya. Jarang sakit untuk keluar mencari rezeki untuk keluarga.
Setiap urusan tu rasa mudah dan setiap kali bekerja tu hati rasa tenang, walaupun gaji dihabiskan untuk keluarga, tapi ianya tak menyebabkan diri rasa serabut dan DUIT TAK CUKUP.
Setiap bulan sentiasa ja cukup, Allah s.w.t tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yang menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yang diamanahkan kepadanya utk DITUNAIKAN.
Semoga bermanfaat!
Menarik: Resipi Nasi Lemak Kuning Kedah, Lagi Sedap Bungkus Surat Khabar, Memang Terbaik!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Cukup Ke Gaji Seorang Saja” Tak Miskin Pun Suami Tanggung Keluarga Sepenuhnya, Rezeki Makin Murah! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cukup-ke-gaji-seorang-saja-tak-miskin-pun-suami-tanggung-keluarga-sepenuhnya-rezeki-makin-murah/