Sentiasa Berbunga Pokok Bunga Vinca Penambah Manis Halaman Rumah
assalamualaikum & salam sejahtera 😍
pagi Khamis. on the way ke ofis tadi, langit dgn cepat beransur gelap! mendung... rintik-rintik hujan dah pun ada tadi. nampak gaya mcm akan lebat aje hujan jap lagi ni... ada plak urusan di luar 😳 hmmm...
yes. esok dan lusa, saya amik cuti rehat 😌. akhir tahun, berehat-rehat. tak bercuti ke mana-mana pun, balik kampung jumpa Abah Emak saje. saya ni masih tak berasa selesa nak bwk anak-anak bercuti. kes di Melaka je dah berbelas-belas tiap hari. mostly semuanya saringan kontak rapat, kes penjara tak byk pun! hu hu hu hu...
iye la kan. da rentas negeri. seMalaya berterabur balik kampung. yg balik kampung tu, ok lagi. sendiri tahu diri sendiri la kan before mengadap ibu ayah memasing. yang berdedai gi holiday tu? ntah kan negatif, ntah kan positif. baru-baru ni viral citer yg feri penuh nak seberang ke Pulau Langkawi. gambar yg dikongsikan tu tak la brape jaga jarak memasing. scary! 😖
so, kita up and down balik kampung aje la. kita-kita aje... next year la bercuti, tu pun kalau dah reda si covid-19 ni
bunga vinca pink saya 😍
nak kongsi cerita tentang pokok bunga vinca saya. pokok ni saya beli lama dah, sekitar bulan Jun lepas. beli 3 polibeg, bunganya 👉 pink, putih dan merah oren. tanam di tanah, luar rumah. saya suka dgn bunga vinca ni sebab ia lasak dan sentiasa berbunga. tapi tu la, sukar nak cari di nursery sekitar Melaka. tu yg bila jumpa, terus grab 3 polibeg. RM8 each
kalau google, nama pokok bunga ni ada banyak. antaranya ialah pokok bunga tapak dara (rosy periwinkle), pokok bunga kemunting cina, pokok rumput jalang, pokok kembang sari cina dan pokok ros pantai. ikut tempat kot, kan... saya stay dgn nama pokok bunga vinca je la 😀
tanam ketiga-tiga polybeg di sudut 👆
menghias kawasan luar rumah
tapi tu la, vinca pink yang memonopoli kawasan. vinca putih masih lagi dlm unit jagaan rapi. tak brape sihat. bunga pun kecik. vinca merah oren terus hilang dari radar! 😓 tidak dapat dah dikesan..
vinca pink rimbun cantik aje. vinca putih, kesepian kurus di tepi
tu yg sekarang saya sedang belai vinca putih tu. agar sama-sama hidup serimbun kawan sebelah, si vinca pink. saya cantas dahan-dahan kecil vinca putih. buang mana-mana dahan yang dah kering. pucuk baru vinca putih saya cubit-cubitkan
esok pagi, cuti. saya nak kemaskan pokok-pokok vinca ni dulu. kemas rumput liar di sekelilingnya. asing-asingkan biji benihnya. cubit-cubit pucuk agar ia merimbun lagi. kebetulan, semlm pihak PBT potong rumput. legalah sikit rumput di sekeliling pokok bunga vinca ni. mudah la sikit esok pagi saya nak membersihkannya 😍
baja? saya tak bubuh baja utk pokok bunga vinca ni. sebab ia di luar. atas tanah. subur secara semulajadi jer lah..
ni pandangan dari belakangnya lah..
penambah manis halaman rumah saya
ramai orang awam yg jogging depan rumah, berhenti
berhenti just utk belek kejap vinca saya ni 😄
satu pasu terjatuh, pecah dua! 😖 hu hu hu... sayangnya lah nak buang pasu tu. letak la dulu tepi tong sampah. ntah camne, tetiba dpt idea, letak kat pangkal pokok bunga vinca 😍. lama-lama cantik la plak, si bunga vinca pink elok plak merimbun. alhamdulillah..
tu la tu, da 2 minggu beli 3 lagi pokok vinca 👇. pink, merah dan putih. saya memang suka vinca putih la, tak boleh nak beralih byk ke warna lain. esok la tu plan nak masukkan dalam pasu besar. kebetulan ada 3 pasu besar yang kosong
beli di satu nursery di Bangi - vinca tegak
di melaka sukar nak jumpa
vinca ni ada 3 jenis secara amnya 👉 jenis tegak (elok la tanam di pasu dan letak di lantai aje), jenis separa (tak brape nak tegak, melentuk skit) dan jenis juntai (yg ni sgt cantik kalau digantung). pilihan saya antara 3 jenis ni ialah jenis tegak sebab belum brape minat kalau pokok gantung-gantung ni.
vinca kampung memang tahan cuaca panas, lasak! now da byk jual vinca hibrid. lebih air tak boleh, lebih matahari pun tak boleh, aduhai! sukar nak jaga la plak, tapi vinca hibrid warnanya cantik-cantik! memang kalau ada kat rumah, laman naik seri 😍. saya memang mencari pokok bunga yg tahan panas matahari. sebab laman terbentang luas dpt pencahayaan matahari yg penuh
nanti 1-2 bulan dari sekarang, saya share la ye kejadian pokok-pokok bunga vinca saya ni ye. doakanlah agar menjadi-jadi ye bunganya ye.
👌
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/12/sentiasa-berbunga-pokok-bunga-vinca.html