Sensitiviti Agama Tidak Dijaga




Hari ini, polarisasi kaum masih wujud sebahagiannya kerana politik kebencian yang dimainkan oleh sesetengah pihak.


Sensitiviti kaum tidak dipedulikan, institusi Raja dimomokkan, malah wujud cabar mencabar antara agama. Kita boleh mengembalikan kepercayaan antara kaum melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memberi keutamaan kepada perpaduan nasional.


Matlamat ini boleh kita capai jika kita meletakkan asas-asas yang kukuh untuk perpaduan dalam sistem pendidikan kita. Ini termasuklah memperkasa Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan dan menjadikan perpaduan nasional sebagai agenda utama semua aliran persekolahan di negara kita, termasuk di sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama rakyat, sekolah swasta dan lain-lain.

Jangan lagi ada kisah murid yang tidak tahu berbahasa Melayu, sedangkan bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan negara kita.




Jangan lagi ada insiden kenyataan berbaur perkauman dikeluarkan oleh guru atau murid di sekolah. Jangan lagi ada perasaan prejudis kaum dan agama yang tebal dalam kalangan rakyat negara kita.  


Dalam semangat untuk mengikis sikap prejudis sesama rakyat, adalah wajar kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama daripada memercikkan api perbalahan.


Adalah lebih baik kita mencegah daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah. Kerana itu Akta Hasutan wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan.

Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.


Akta ini juga perlu menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.

Begitu juga dengan kedudukan tanah rezab Melayu dan Regimen Askar Melayu DiRaja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut.


Apa yang penting ialah kita perlu melihat Akta Hasutan bukan sebagai akta yang hanya melindungi kepentingan orang Melayu, tetapi akta yang memelihara perpaduan dan keharmonian nasional.


Kita mesti memperbetulkan segera segala kesilapan kita dan melakukan perubahan demi kelangsungan agama bangsa.

Amatilah betul-betul peringatan Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam surah Al-An’am Ayat 6 yang bermaksud: “Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/pol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolonglah Jaga Sensitiviti Agama Lain Di Malaysia

Tolonglah Jaga Sensitiviti Agama Lain Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 370 hits
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa semua pihak lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan bangsa lain Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan seorang pengguna Facebook bernama Foo Sing Wai menyiarkan...
Mengintegrasikan Agama Dan Sains Dalam Kurikulum Pendidikan

Mengintegrasikan Agama Dan Sains Dalam Kurikulum Pendidikan

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR 12 Feb Pengasingan antara sains dan agama dalam kurikulum yang berpunca daripada sekularisme adalah bercanggah dengan prinsip Islam yang menyeru kepada penyatuan ilmu naqli dan aqli Bagi menggerakkan semula usaha pengintegrasia...
Prestasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Untuk Tahun 2018

Prestasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Untuk Tahun 2018

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 485 hits
Mengambil tanggungjawab untuk menyerahkan hak pada setiap dari mereka yang layak menerima zakat sekali lagi PPZ MAIWP berjaya mencapai sasaran lebih dari jangkaan pada kutipan keseluruhan tahun 2018 yang lepas Pengumuman secara lansung diad...
Kosa Kata Agama Versi Ph Menyalit Agama Demi Aes

Kosa Kata Agama Versi Ph Menyalit Agama Demi Aes

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 333 hits
Terperanjat beruk kita apabila membaca berita yang kamera AES disecocokkan dengan maqasid syariah Hujah tahap gaban begitu menunjukkan secara klasik bagaimana bahasa agama masih digunakan sebagai perisai untuk mempertahankan perkara perkara...
Kereta Menteri Agama Bukan Sengaja Mahu Parking Di Petak Oku

Kereta Menteri Agama Bukan Sengaja Mahu Parking Di Petak Oku

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 347 hits
Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan gambar tersebar di media sosial membabitkan kereta yang parkir di petak khas orang kelainan upaya adalah kenderaannya Menteri di Jabatan Perdana itu berkat...
Tanggungjawab Jaga Agama

Tanggungjawab Jaga Agama

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 305 hits
Menjadi kewajipan kepimpinan sebuah negara Islam menjaga agama Beberapa langkah telah disebut oleh al Mawardi sebagai asas penjagaan agama Beliau menjelaskan kewajipan kepimpinan dalam karyanya al Ahkam al Sulthaniyyah Kepimpinan diasaskan ...
Menteri Agama Ancam Saman Presiden Pas

Menteri Agama Ancam Saman Presiden Pas

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 458 hits
MALAYSIAKINI Menteri agama Dr Mujahid Yusof Rawa mungkin mengheret Harakahdaily ke mahkamah susulan Abdul Hadi Awang Sekali lagi diingatkan bahawa mana mana pihak yang menyebarkan atau membuat tuduhan akan berhadapan dengan tindakan undang ...
Cak Imin Tegaskan Pkb Tak Bakal Masuk Persaingan Yang Pakai Agama

Cak Imin Tegaskan Pkb Tak Bakal Masuk Persaingan Yang Pakai Agama

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 267 hits
Cak Imin Tegaskan PKB Tak Bakal Masuk Persaingan yang Pakai Agama Tambahnya PKB juga akan fokus pada program program Terutama program pemerintahan selama lima tahun kedepan
Jawab Tantangan Revolusi Industri 4 0 Polri Cari Personel Jago It Dan Agama

Jawab Tantangan Revolusi Industri 4 0 Polri Cari Personel Jago It Dan Agama

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 299 hits
Diutamakan pemuda pemuda kita yang memiliki kecerdasan di bidang IT itu yang betah utak atik ponsel Kalaupun fisik tidak kuat tidak kuat lari tapi betah di kantor betah di depan komputer akan diperhitungkan saat perekrutan nanti
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti