Kosa Kata Agama Versi Ph Menyalit Agama Demi Aes


Terperanjat beruk kita apabila membaca berita yang kamera AES disecocokkan dengan maqasid syariah. Hujah tahap gaban begitu menunjukkan secara klasik bagaimana bahasa agama masih digunakan sebagai perisai untuk mempertahankan perkara-perkara yang sediakala dibenci dan ditolak rakyat. Termasuk di era Malaysia baru ini.

Secara halus, memaqasidkan kamera AES adalah sejenis pemaksaan ke atas rakyat.

Takut-takut kalau melawan kamera AES, bererti melawan agama. Melawan agama bererti melawan Tuhan dan nabi-Nya. Di neraka jahanamlah mereka yang melawan kamera AES kerana telah melawan Tuhan dan nabi-Nya!

Kalau dahulu kosa kata agama selalu dipakai oleh orang PAS, kini turut dipakai oleh orang PAS juga, tetapi PAS yang sudah menjadi orang Pakatan Harapan (PH). Kerajaan berganti, pemikiran belum tentu.

Di negara-negara maju di Eropah atau Amerika Syarikat, setiap kali ada perkara baru yang hendak diperkenalkan kerajaan, apakah akan berhamburan juga kosa kata dari Bible atau Taurat meniti bibir para menteri dan pemimpinnya? Rasanya, tidak. Keputusan manusia tidak perlu disalut dengan bungkusan agama.

Dalam hal semudah kamera AES, kita gunakanlah sahaja hujah dan logik akal sendiri. Mengapa harus diseret jenama agama setakat untuk mengabsahkan pemasangan kamera AES?

Memang selalunya apabila akal sihat sudah tumpul, maka agama pun dicampur aduk di dalam perbincangan. Tujuannya bukan untuk mendamaikan atau mencari titik tengah, tetapi seperti yang sudah kita faham tidak lain untuk memaksakan sesuatu keputusan itu. Bagi menteri, rakyat wajib taat dan tunduk seratus sepuluh peratus.

Begitu juga sebelum ini di dalam kes larangan merokok, rasanya tidaklah terlalu susah untuk berfikir bahawa sebelum wujud larangan berkenaan, masyarakat kita hidup dalam keadaan harmoni serta aman damai. Tidak ada pergaduhan akibat rokok. Malah harga rokok yang dinaikkan setiap tahun pun tidak pernah dibantah oleh perokok.

Di antara perokok dan yang tidak merokok, mereka mampu menyelesaikan perbezaan tanpa konflik. Di situlah kekuatan budaya hormat menghormati yang wujud sejak berabad lamanya.

Apabila menteri begitu keras mahu melaksanakan undang-undang larangan merokok, gelojak konflik pun muncul. Antara perokok dan yang tidak merokok, mula saling bermasam muka. Yang dahulu berkawan, sekarang bergeseran. Yang dulu separti, kini berkem-kem.

‘Rahmatan lil alamin’ apakah begitu?

Pertama kali konflik berkenaan muncul bukannya di restoran mamak, tetapi di parlimen. Waktu itu menteri kesihatan langsung tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa atau institusi parlimen. Beliau membuat pengumuman dan arahan awal sampaikan yang dipertua dewan rakyat pun seakan-akan hanya tunggul kayu. Tidak ada suara. Tidak ada kuasa.

Mereka yang didenda bukanlah di kalangan ahli-ahli parlimen yang bergaji besar, tetapi di kalangan pemandu atau kakitangan biasa. Dalam kata lain, yang menjadi mangsa akhirnya adalah orang bawah. Bukan orang atas yang boleh “settle tepi”.

Jenis “rahmatan lil alamin” apakah begitu? Kalau cara rempuh dan langgar terus digunakan, lihat sahaja bagaimana rakyat sebenarnya semakin membenci kerajaan. Buat penat sahaja petugas bertungkus lumus siang malam bila tiba pilihan raya untuk memenangkan PH.

Bukanlah kerana rakyat hendak mati menelan asap rokok atau terkangkang mampus di tengah lebuh raya, tetapi mereka mual dengan sikap keras penguasa kaki brodos yang tidak tahu adab dan budaya—berkeras pada perkara yang tidak perlu diperkeraskan. Mengharamkan ke atas hal yang tidak diharamkan.

Bayangkanlah kalau menteri semacam itu menyebarkan Islam di Nusantara abad ke-12 atau 13 dahulu, susah tentu tidak ada seorang pun yang sudi memeluk Islam. Semuanya dilarang. Semuanya tidak boleh. Lebih banyak yang haram dari halal.

Di situ langsung tidak ada kebijaksanaan dan hikmah.

Pada waktu sama jangan dilupakan rakyat juga bertanya, ketika setiap kata seperti titah raja memutus bicara oleh menteri, mengapa apabila tiba dalam urusan anak sendiri, mereka jadi lesu? Bukan sahaja cerita anak yang masuk GLC, tetapi yang ditahan polis dengan kes dadah juga jadi misteri apabila kes terus sepi.

Dalam isu kamera AES, logiknya juga sangat mudah. Kamera sama yang menjadi antara punca kemarahan rakyat terhadap BN, jadi untuk apa diteruskan?

Kalau projek kamera AES memang boleh diteruskan, takut-takut nanti kerajaan PH juga boleh meneruskan juga syarikat 1MDB. Asalkan menjanjikan keuntungan, mengapa hendak dihentikan, bukan?

Tukar sahajalah nama. Jangan namakan 1MDB lagi. Jadikan 2MDB atau 3MDB pula. Ternyata 1MDB tidak boleh diteruskan kerana imejnya sudah terlalu buruk.

Dan kalaulah beberapa projek di era Najib Razak yang mempunyai imej yang baik seperti projek MRT, bantuan buku untuk pelajar atau Klinik 1Malaysia pun ditutup atau dikecilkan saiznya—mengapa benda yang berimej buruk seperti kamera AES hendak diteruskan? Tidak maqasid syariahkah semua yang berjaya itu?

Kalau di zaman Jepun dulu...

Akhirul kalam, perlu diberitahu di sini bahawa sejak saya menuliskan tentang isu larangan merokok dan kamera AES, begitu ramai yang menghubungi. Ada yang mengirimkan Whatsapp walaupun sudah lama tidak berhubung; dan, ada juga yang menghantar pesanan terus ke FB meskipun mereka tidak saya kenali.

Ringkasan pesan mereka boleh disimpulkan begini, keangkuhan menteri dan kesasauan kerajaan PH perlu dihentikan! Di kalangan yang mempunyai perasaan sebegitu bukan sahaja penyokong parti pembangkang, tetapi Insha-Allah di kalangan penyokong dan orang kuat PH juga.

Terasa kuat betul yang rakyat mulai mual dengan beberapa menteri. Tapi yang lebih membuatkan mereka bertambah tidak larat adalah pembodek serta macai yang mempertahankan apa sahaja tindakan atasannya. Kalau di zaman Jepun dulu, orang semacam itu yang akan dihambat terlebih dahulu.

Kerjanya tidak lain dari menjilat. Termasuk dengan ayat-ayat mujarobat.

HASMI HASHIM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/02/kosa-kata-agama-versi-ph-menyalit-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gabungan Pas Dan Umno Demi Agama Bangsa Amat Berbahaya Kata Wan Saiful

Gabungan Pas Dan Umno Demi Agama Bangsa Amat Berbahaya Kata Wan Saiful

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 403 hits
Adakah melayu 17 dalam Pakatan Harapan sudah sangat goyang bila PAS dan UMNO sudah bekerjasama Apakah dengan mengatakan kerjasama kedua parti besar orang Melayu itu amat berbahaya untuk negara Ibarat membaling najis ditempat bersih Bila sud...
Aes Saman Yang Dikeluarkan Menepati Maqasid Syariah Dalam Islam Kata Hasanuddin

Aes Saman Yang Dikeluarkan Menepati Maqasid Syariah Dalam Islam Kata Hasanuddin

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR 10 Feb Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu serta penumpang kenderaannya keselamatan pengguna dan harta benda yang ada di atas lebuh raya menepati maqasid ...
Nik Abduh Kata Boleh Bohong Demi Jaga Pas

Nik Abduh Kata Boleh Bohong Demi Jaga Pas

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 394 hits
Nik Abduh kata boleh bohong demi jaga Pas Posted By on February 14 2019Anggota parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan beliau menafikan kesahihan suaranya dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu ad...
Jangan Guna Maqasid Syariah Untuk Aes Kata Mujahid Viralhancing

Jangan Guna Maqasid Syariah Untuk Aes Kata Mujahid Viralhancing

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 543 hits
SHAH ALAM 12 Feb Isu kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik terus menerus membuatkan Pakatan Harapan bertelagah sesama sendiri dengan terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tampil menyangkal sistem itu bert...
Informasi Tuduh Presiden Pas Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi

Informasi Tuduh Presiden Pas Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 290 hits
TUDUHAN bahawa Presiden PAS melanggar undang undang dengan menggunakan sentimen agama untuk mempengaruhi pengundi adalah suatu dakwaan yang dangkal dan berniat jahat Peguam yang membuat dakwaan tersebut seperti gagal memahami bahawa suatu p...
Ajar Anak Anakmu Tentang Agama

Ajar Anak Anakmu Tentang Agama

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 410 hits
Ajar Anak Anakmu Tentang Agama Melihat anak anak kecil hati sentiasa merasa khuatir memikirkan masa depan mereka Entah bagaimana agaknya mereka nanti Kita sendiri menyaksikan betapa edannya fitnah kehidupan manusia hari ini sehingga tidak a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba