Senjata Ramadan Mampu Perangi Wabak




Oleh Mohd Ajib Ismail
RAMADAN tahun ini tiba dalam keadaan dunia diuji dengan penularan wabak Covid-19. Walaupun suasana Ramadan kali ini mungkin berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, ia tidak menjadi alasan dan halangan kepada umat Islam untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini dengan sempurna. Kita harus menginsafi dan mengambil iktibar terhadap situasi segelintir negara lain yang terpaksa menyambut ketibaan Ramadan dalam suasana konflik dan serba kedhaifan. Sekurang-kurangnya kita masih dapat meraikan ketibaannya dalam keadaan aman, harmoni, dan budaya saling memberi.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kebanyakan orang lebih masa di rumah yang boleh dimanfaatkan dengan memberikan lebih perhatian terhadap amalan-amalan wajib dan sunat sepanjang Ramadan. Ia juga memberikan lebih cabaran kepada ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak bagi menjalani ibadah puasa dan menunjukkan contoh tauladan terbaik bagi mengimarahkan Ramadan bersama ahli keluarga.
Menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mentaati perintah dan syariat berpuasa serta menghormati bulan Ramadan dengan menjaga adab yang telah ditetapkan. Rukhsah atau kelonggaran hanyalah diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat yang ditentukan seperti firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Baqarah, ayat 185 bermaksud “dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Berpuasa menjadikan kita lebih kuat untuk terus berjuang menempuhi ujian penularan wabak Covid-19 ini sama ada sebagai pesakit, petugas barisan hadapan mahupun warga masyarakat secara amnya. Kita harus mengambil iktibar beberapa peristiwa besar dan siri peperangan yang diharungi oleh baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam bulan Ramadan seperti peperangan Badar. Inspirasi di sebalik peristiwa Badar Kubra seperti perjuangan pasti diuji, menlazimi syura, mentaati pemimpin, perancangan rapi dan berstrategi, munajat dan doa, bersangka baik dengan Allah serta bersatu hati boleh dipraktikkan dalam mendepani cabaran kini.
Suasana sambutan Ramadan yang berbeza kali ini juga memberi peluang untuk kita menilai kembali sama ada tradisi amalan yang dilaksanakan sebelum ini bersandarkan ibadah atau adat semata-mata. Ibadah di dalam Islam lahir daripada diri seseorang muslim kerana niat menjunjung perintah Allah SWT serta selaras dengan kehendak-Nya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam konteks Wilayah Persekutuan, garis panduan khusus dikeluarkan bagi memastikan masjid dan surau tetap diimarahkan serta amalan bersedekah dan memberi sumbangan yang telah menjadi tradisi masyarakat di bulan Ramadan masih dapat diteruskan dengan mengambil kira aspek kesihatan dan keselamatan seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Penulis adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
HM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/23/senjata-ramadan-mampu-perangi-wabak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=senjata-ramadan-mampu-perangi-wabak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
New Zealand Berjaya Perangi Wabak Maut Covid19

New Zealand Berjaya Perangi Wabak Maut Covid19

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 381 hits
Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Isnin mendakwa New Zealand telah mencatat kemenangan yang signifikan terhadap penularan wabak maut Covid 19 lapor AFP Tidak ada penularan secara meluas serta penularan wabak dalam kalangan komuniti dikesa...
Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 408 hits
KEDATANGAN Ramadan tahun ini diraikan dalam suasana normal baharu buat pertama kalinya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki Fasa 3 kini dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 Pasti paling dirindui ketika datangnya Ramadan ...
Covid19 Negara Mampu Menang Lawan Wabak

Covid19 Negara Mampu Menang Lawan Wabak

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 269 hits
COVID19 Negara mampu menang lawan wabak Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin negara mampu menang dalam perang melawan COVID 19 Justeru Perdana Menteri berkata rakyat perlu meningkatkan jihad dan istiqamah dengan usaha yang dilakukan Tak mengapa R...
Petugas Hadapan Kepenatan Perangi Wabak Covid 19

Petugas Hadapan Kepenatan Perangi Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 328 hits
SHAH ALAM Petugas hadapan berkongsi cerita mengenai kepenatan memerangi koronavirus di bulan Ramadan ini apabila terpaksa membuat saringan melibatkan 400 orang dalam tempoh enam jam tanpa henti Hantaran Nurul Nadirah di Facebooknya memapark...
Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 306 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak rakyat Malaysia agar bersama sama terus memerangi penularan COVID 19kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya Perdana Menteri berkata sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini penulara...
Terhad Waktu Perniagaan Ramadan Restoran Bakal Gulung Tikar

Terhad Waktu Perniagaan Ramadan Restoran Bakal Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 414 hits
Jangka waktu perniagaan restoran yang dibenarkan pada bulan Ramadan sehingga jam 8 00 dikhuatiri akan menyebabkan banyak restoran mengalami kerugian dan gulung tikar selepas Aidilfitri Sehubungan itu pengusaha restoran dan kedai makan meray...
Beli Keperluan Ramadan Perayaan Guna Platform E Dagang Baharu

Beli Keperluan Ramadan Perayaan Guna Platform E Dagang Baharu

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 295 hits
Platform e dagang baharu diperkenal bagi memudahkan urusan jual beli barangan keperluan bagi menyambut Ramadan terutama ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan MY E G Services Berhad memperkenalkan platform Nak Makan yang berk...
Dealing With Ramadan Matters During The Virus Outbreak

Dealing With Ramadan Matters During The Virus Outbreak

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 285 hits
Strict controls will be needed for Ramadan markets in view of the virus outbreak With the fasting month beginning in less than two weeks the main concerns are over future of Ramadan bazaars and the evening tarawih prayers Ramadan markets ar...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya