Terhad Waktu Perniagaan Ramadan Restoran Bakal Gulung Tikar



Jangka waktu perniagaan restoran yang dibenarkan pada bulan Ramadan sehingga jam 8.00 dikhuatiri akan menyebabkan banyak restoran mengalami kerugian dan gulung tikar selepas Aidilfitri
Sehubungan itu, pengusaha restoran dan kedai makan merayu agar kerajaan memanjangkan tempoh operasi perniagaan Ramadan yang akan bermula sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap ketiga masih berkuatkuasa.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor Permas Ayob Abd Majid menjelaskan, perniagaan mereka sudahpun banyak terjejas semasa PKP dikuatkuasakan.
“Sekarang ini pun perniagaan kebanyakan ahli kita memang terjejas. Boleh dikatakan kutipan harian hanya sekitar 20% hingga 30%.
“Walaupun kita guna khidmat penghantar makanan seperti Food Panda dan Grab pun, masih sukar juga.
“Sebab itu kalau boleh kita minta kerajaan panjangkan operasi lebih dari 8 malam. Kalau boleh sampai jam 10 malam pun ok,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Alasan perlunya jangka masa berniaga dilanjutkan kerana pemilik kedai tidak dapat mengusahakan bazar ramadan seperti diamalkan pada tahun-tahun sebelum ini. Tanpa bazar Ramadan hanya operasi restoran sahaja yang boleh menanggung kos.
Pada fasa pertama PKP yang berkuatkuasa bermula 18 Mac lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan kedai makan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.
DBKL kemudiannya menarik balik waktu operasi 6 pagi hingga membenarkan kedai makan 24 jam beroperasi semula.
Namun arahan itu terbatal dan operasi kedai makan 24 jam ditetapkan semula pada 6 pagi hingga 10 malam selepas Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan soalan lazim.
Lanjutan PKP yang memasuki fasa kedua pula menyaksikan tempoh operasi kedai makan dihadkan lagi dari 8 pagi ke 8 malam.
Saranan sama agar kerajaan membenarkan kedai makan beroperasi lebih lama pada bulan Ramadan turut disokong seorang lagi pengusaha restoran di Ampang Jaya, Mohamed Azrin Anver Ali.
Pemilik restoran itu berkata pelanggan akan mudah membeli juadah berbuka puasa dan sahur jika kerajaan membenarkan tempoh operasi 24 jam semula.
“Bukan semua boleh bersahur dan berbuka di rumah terutamanya para petugas barisan hadapan,” katanya, turut mencadangkan pemilik kedai makan mengetatkan lagi langkah pencegahan.
Azrin berkata beliau kini menanggung kerugian waktu PKP dan bimbang ia akan meningkat sehingga 90% jika waktu perniagaan tidak dilanjutkan.
“Jikalau kerajaan masih menetapkan waktu operasi dari 8 pagi hingga 8 malam, ramai di antara pengusaha restoran gulang tikar.
“Bukan semua pemilik bangunan memberi pelepasan atau pengurangan sewa. Kami juga perlu menjaga kebajikan seperti gaji, makan dan minum, tempat tinggal (pekerja) dan sebagainya,” katanya.
Seorang lagi pemilik kedai makan di Sungai Buloh, Rasidah Hamzah berkata mereka tiada pilihan melainkan akur dengan tempoh operasi waktu PKP jika kerajaan enggan memberikan pengecualian.
Pada masa sama, beliau bukan saja susah hati tetapi keliru dan sukar menyesuaikan waktu perniagaannya terutama pada waktu bulan puasa kelak.
“Dengan tempoh masa yang singkat menjelang Ramadan kami cuma mampu berusaha dan tawakal dalam mengharungi detik sukar ini.
“Bila masuk bulan puasa saya lagi susah hati sebab masa singkat sangat berniaga sampai 8 malam. Walhal kami penjual makanan seperti tom yam yang lebih sesuai pada waktu malam.
“Jadi saya menjangkakan perniagaan saya akan lagi merosot. Sekarang pun saya sudah berhentikan enam pekerja,” katanya.
Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah juga melontarkan cadangan sama meminta kerajaan memanjangkan tempoh operasi restoran muslim semula dan sepanjang bulan puasa.
Penasihatnya,Baisul Khan Salman Faris mencadangkan waktu perniagaan restoran yang sesuai bermula 3 petang hingga 3 pagi bagi memudahkan orang ramai membeli makanan berbuka dan bersahur.
“Wajarlah kerajaan mempertimbangkan semula dibuka sehingga 9 malam sehingga bulan puasa dan dipanjangkan ke 3 pagi untuk bulan puasa.
“Tidak semua rakyat mampu masak sendiri di rumah,” katanya. Sabah menetapkan had masa operasi restoran bermula 6 pagi hingga 6 petang.
PKP dilanjutkan ke peringkat ketiga bermula 15 April hingga 28 April bagi membolehkan pandemik Covid-19 terus terkawal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27130

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Konsumen Akibat Covid 19 Ribuan Pangkas Rambut Asgar Gulung Tikar

Tak Ada Konsumen Akibat Covid 19 Ribuan Pangkas Rambut Asgar Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 184 hits
Ketua Persaudaraan Pemangkas Rambut Garut Irawan mengatakan sejak awal maret 2020 secara bertahap sebanyak 2 500 pekerja asgar terpaksa pulang kampung setelah usahanya gulung tikar akibat dihantam wabah corona
Selangor Bakal Laksana E Bazar Ramadan Selangor Grab

Selangor Bakal Laksana E Bazar Ramadan Selangor Grab

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 232 hits
Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk melaksanakan ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran Grab Malaysia sepanjang musim Ramadan tahun ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif b...
Pulau Pinang Kaji Cadangan Benar Operasi Restoran Nasi Kandar Waktu Sahur

Pulau Pinang Kaji Cadangan Benar Operasi Restoran Nasi Kandar Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 725 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan mengkaji cadangan beberapa pengusaha nasi kandar di bahagian pulau untuk menjalankan operasi penghantaran makanan pada waktu sahur dalam tempoh perintah kawalan p0ergerakan berkuat kuasa Datuk Bandar MBPP ...
Fashionvalet Bakal Anjurkan Fvbazaar Sempena Ramadan

Fashionvalet Bakal Anjurkan Fvbazaar Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 511 hits
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga bulan Ramadan maka kerajaan telah memutuskan bahawa bazar Ramadan pada tahun ini dibatalkan FashionValet atau lebih dikenali sebagai FV sebuah platform e dagang dengan fokus terhadap ...
40 Syarikat Kecil It Mungkin Gulung Tikar

40 Syarikat Kecil It Mungkin Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 285 hits
Tanpa pakej ransangan terhadap syarikat syarikat kecil teknologi maklumat tidak mustahil pemain industri tersebt akan gulung tikar Berdasarkan kajian kira kira 40 daripada syarikat pemula niaga teknologi dan perusahaan sosial berkemungkinan...
Waktu Operasi Perniagaan Di Sarawak Kekal 7 Pagi Hingga 7 Malam

Waktu Operasi Perniagaan Di Sarawak Kekal 7 Pagi Hingga 7 Malam

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 203 hits
Waktu operasi perniagaan di Sarawak kekal 7 pagi hingga 7 malam Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 Mar 2020 11
Who Beri Amaran Musibah Bakal Terjadi Sekiranya Perintah Berkurung Dikurangkan

Who Beri Amaran Musibah Bakal Terjadi Sekiranya Perintah Berkurung Dikurangkan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 191 hits
MALAYSIA DATELINE Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran bahawa musibah bakal terjadi berhubung Covid 19 ekoran tindakan beberapa negara mula melonggarkan peraturan khusus bagi memerangi pandemik itu Ketua Pengarahnya Tedros Adhanom Gh...
Rentasan 667 Panas Azmin Ali Bakal Jadi Pm Malaysia Ke 9 Didedah

Rentasan 667 Panas Azmin Ali Bakal Jadi Pm Malaysia Ke 9 Didedah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 502 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6671 BELUM DUA BULAN AZMIN SUDAH NAK JADI PERDANA MENTERI 2 RAKYAT BERANG PKP DUA DARJAT 3 LANGGAR PKP MAAF SAHAJA TIDAK CUKUP 4 TIDAK DIIKTIRAF 500 NEGARA DR DZULKEFLY JAWAB TOHMAHAN
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan