Senjata Rahsia Elit Untuk Kuasai Hartanah Rakyat


harakahdaily.net
February 21, 2025

Akta Pembaharuan Semula Bandar


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim menegaskan bahawa salah satu bahaya besar Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) ialah apabila jentera kerajaan digunakan oleh elit yang memegang kuasa, sama ada di peringkat kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau berkata, pihak berkuasa akan cuba ‘dibeli’, dirasuah atau melalui proses pendanaan politik yang licik oleh kapitalis besar yang bekerjasama melaksanakan projek pembangunan semula bandar dengan pelbagai janji manis kepada rakyat.

“Melalui undang-undang yang digubal, mereka dapat punca kuasa untuk melaksanakan,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Ahmad Amzad, DAP sentiasa menuntut diadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, dan beberapa hari lalu, Ahli Parlimen Cheras dari DAP dalam ucapannya di Dewan Rakyat mendesak agar Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan disegerakan.

Untuk memberi gambaran mengenai apa yang boleh berlaku di masa hadapan, beliau merujuk kepada filem RoboCop (1987) dan pembangunan Delta City oleh OmniCorp di dalam filem tersebut.

“Tema pembangunan semula bandar dan penindasan terhadap penduduk asal sangat jelas digambarkan dalam filem RoboCop (1987).

“Dalam filem ini, syarikat korporat mega bernama Omni Consumer Products (OCP) merancang untuk menggantikan Detroit yang miskin dan penuh jenayah dengan sebuah bandar futuristik yang dikenali sebagai Delta City,” katanya.

Beliau menyenaraikan tiga taktik kotor yang digunakan dalam filem tersebut, iaitu pertamanya membiarkan jenayah berleluasa.

OCP jelasnya, secara sengaja membiarkan jenayah meningkat supaya masyarakat melihat perlunya pembangunan semula yang dikendalikan oleh syarikat mereka.

Taktik kotor kedua katanya, adalah menggunakan keganasan dan pemindahan paksa, di mana penduduk asal, kebanyakannya dari kelas pekerja, ditindas dan dipaksa keluar untuk memberi laluan kepada pembangunan mewah.

Taktik ketiga menurutnya, adalah menggunakan teknologi sebagai alat kawalan, di mana OCP mencipta RoboCop sebagai alat kawalan jenayah.

Namun, pada masa yang sama jelasnya, ia juga menjadi simbol bagaimana korporat menggunakan kuasa untuk mengawal masyarakat.

Beliau berkata, filem itu menggambarkan bagaimana pembangunan bandar boleh menjadi alat eksploitasi korporat yang sering mengorbankan penduduk asal demi keuntungan dan kepentingan golongan elit.

“Tema ini masih relevan hingga hari ini, terutama dalam isu-isu gentrifikasi dan pembangunan semula bandar di seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya, cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar itu asalnya datang daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang dan undang-undang seperti itu pernah ada di negara lain serta menimbulkan banyak masalah.

Beliau menyenaraikan beberapa isu utama yang sering timbul akibat pelaksanaan akta sebegini antaranya, pertama adalah pengusiran dan pemindahan paksa.

Menurutnya, penduduk yang telah lama menetap di sesuatu kawasan sering terpaksa berpindah akibat pembangunan baru.

Beliau berkata, pampasan yang diberikan mungkin tidak mencukupi untuk mereka mendapatkan tempat tinggal setanding.

Isu kedua jelasnya, adalah gentrifikasi, di mana apabila sesuatu kawasan diperbaharui dengan projek mewah, kos sara hidup dan harga rumah meningkat.

Akibatnya beliau berkata, penduduk asal, terutama golongan berpendapatan rendah, tidak lagi mampu untuk tinggal di kawasan tersebut.

“Isu ketiga adalah ketidakseimbangan sosial dan ekonomi. Pembaharuan bandar sering memberi manfaat kepada pemaju dan pelabur tetapi mengabaikan kepentingan penduduk asal. Wujud jurang antara golongan kaya dan miskin yang semakin melebar.

“Isu keempat adalah kehilangan identiti budaya. Banyak bangunan atau tapak warisan sejarah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembangunan moden. Komuniti yang mempunyai nilai budaya tinggi mungkin lenyap akibat perubahan drastik.

“Isu kelima adalah kesan alam sekitar. Projek pembangunan besar boleh menyebabkan pencemaran udara, bunyi, dan air. Kawasan hijau dan ekosistem semula jadi sering dikorbankan untuk pembinaan infrastruktur baru.

“Isu keenam adalah kurangnya penyertaan awam. Keputusan pembaharuan bandar sering dibuat oleh kerajaan dan pemaju tanpa rundingan menyeluruh dengan masyarakat setempat. Ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dan protes dari penduduk yang terkesan,” ujarnya.

Ahmad Amzad menegaskan bahawa masalah-masalah itu menunjukkan bahawa pembaharuan bandar harus dirancang dengan lebih teliti, mengambil kira kepentingan sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang lebih adil serta lestari. 
– HARAKAHDAILY 21/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/senjata-rahsia-elit-untuk-kuasai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerakan Teraju Pahang Rosni Zahari Dawak Pas Pernah Belot Dan Tidak Mampu Membantu Rakyat

Gerakan Teraju Pahang Rosni Zahari Dawak Pas Pernah Belot Dan Tidak Mampu Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 130 hits
KUALA LUMPUR Rakyat di Negeri Pahang perlu ingat bahawa PAS pernah belot pada satu ketika dahulu dan telah terbukti tidak mampu untuk membantu masyarakat kata Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Datuk Rosni Zahari Beliau yang juga Ketua W...
Pemuda Dap Jawab Akmal Wakil Rakyat Suruh Orang Pergi Mati Pun Jenis Bangang

Pemuda Dap Jawab Akmal Wakil Rakyat Suruh Orang Pergi Mati Pun Jenis Bangang

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 120 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 14 2025 3 37 PMPemuda DAP sekali lagi bertelagah dengan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh seterusnya menyerlahkan perikatan mereka yang agak rapuh dalam kerajaan Madani Pertikaian terbaru itu berpunca daripada...
Najib Masih Dihati Rakyat

Najib Masih Dihati Rakyat

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 77 hits
Najib di Restoran House of Patin Lipis di Kuala Lumpur Foto Facebook Najib Razak SEJAK akhir akhir ini bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat kerap mengunjungi kedai kedai makan bagi menjamu selera sama ada sarapan pagi ma...
Kerajaan Arah Bina Rumah Perumahan Rakyat Di Estet Pm Anwar

Kerajaan Arah Bina Rumah Perumahan Rakyat Di Estet Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 98 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan model unit rumah pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya di Kuala Selangor Selangor pada Sabtu 15 Februari 2025 Foto Afiq RazaliKUALA SELANGOR 15 Feb Kerajaan menga...
Cita Cita Rakyat Kedah Nak Hidup Tenang Masa Hidup Namun Sekarang Mohon Bantuan Itu Ini Kiok

Cita Cita Rakyat Kedah Nak Hidup Tenang Masa Hidup Namun Sekarang Mohon Bantuan Itu Ini Kiok

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 115 hits
Najib Bakar Teringat satu posting yang viral sehari selepas PRN 2023 khususnya berkaitan Kedah dengan 80k reaction Posting ni bagi aku nak justifikasi pilihan rakyat Kedah yang mengundi PAS PN menjadi Kerajaan Negeri Keputusan PRN itu adala...
Persoalan Besar Adakah Rakyat Nikmati Pertumbuhan Ekonomi Sekarang

Persoalan Besar Adakah Rakyat Nikmati Pertumbuhan Ekonomi Sekarang

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 84 hits
harakahdaily netFebruary 17 2025Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad KamilKUALA LUMPUR Kerajaan dituntut merungkai persoalan Keluaran Dalam Negara Kasar meningkat 5 1 peratus di samping pelaburan 10 peratus sementara hasil keuntungan tidak dikongsi ...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lirik Lagu Dia Imamku Asfan Shah Ft Keka Nizam

10 Tempat Menarik Di Batam Indonesia 2025


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre