Kerajaan Arah Bina Rumah Perumahan Rakyat Di Estet Pm Anwar


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan model unit rumah pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya, di Kuala Selangor, Selangor pada Sabtu 15 Februari 2025. Foto Afiq Razali
KUALA SELANGOR, 15 Feb – Kerajaan mengarahkan pembinaan perumahan rakyat perlu bagi kesemua keluarga yang bekerja dan tinggal di dalam kawasan estet di seluruh negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, rundingan dengan pemilik-pemilik estet berskala besar perlu diadakan bagi mengenal pasti kawasan yang boleh dibangunkan untuk pembinaan Program Residensi Rakyat (PRR).
Menurutnya, matlamat seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini wajar dijadikan contoh untuk memastikan kehidupan rakyat yang lebih selesa turut dinikmati di kawasan luar bandar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya di Kuala Selangor, Selangor pada Sabtu 15 Februari 2025. Foto Facebook KPKTContoh di Subang, bagaimana kita bangunkan, cat balik, baiki lif, beri rakyat duduk senang sedikit. Hari ini, kita mahu tengok pun kita boleh bangunkan. Banyak kita tengok estet-estet besar, banyak juga pekerja-pekerja India di situ.
“Kita mula berunding dengan estet-estet besar, beri sedikit tanah. Tak boleh 20 ekar, 10 ekar, tetapi beri sedikit tanah, kita tolong bangunkan supaya penghuni estet ada rumah yang agak baik untuk diduduki. Jadi saya mahu semua estet yang mana (ada) perumahan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya, hari ini.
Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya memberi nafas lega kepada lebih 200 keluarga yang bekerja di Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.
Pembinaan perumahan itu menelan belanja sehingga RM75 juga yang dibina di atas tanah seluas 20 ekar sumbangan syarikat Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) dan dijangka siap pada suku pertama 2027.
Perumahan tersebut yang merangkumi 245 unit itu disubsidi kerajaan sehingga RM58.8 juta apabila kos bagi seunit dianggarkan berjumlah RM300,000, namun dijual pada harga RM45,000.
Selain itu, Anwar turut menempelak pemimpin yang mengkritik kerajaan berhubung pembinaan perumahan rakyat kurang berkemampuan sama ada B40 atau M40 dan mempersoalkan masalah sedemikian sepatutnya selesai ketika mereka berkuasa.
“Sebab itu saya katakan, bila kita runding, hormat antara satu sama lain, bincang dan saya terima kasih kepada saudara Kor Ming (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming) kerana ambl inisiaitif betul-betul (dengan serius).
“Berapa banyak menteri ganti (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) tetapi projek tak boleh siap. Tetapi caranya dia (Kor Ming) dengar daripada (pemilik) estet, pihak berkuasa tempatan (PBT), kementerian, menteri besar dan bawa ke Jemaah Menteri dan tanya saya. Jadi bila kita runding begitu kita boleh selesai.
“Kadang-kadang yang cakap banyak, dia sudah jadi pemimpin dahulu sudah kaya raya tetapi pergi hasut kata belum buat. Saya kata betul belum buat, tetapi ketika kamu perintah kenapa tak buat?” soalnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/kerajaan-arah-bina-rumah-perumahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Di Bina Di Celah Batu

Rumah Di Bina Di Celah Batu

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 136 hits
Monsanto adalah sebuah kampung yang indah yang dibina di kawasan luar bandar Portugis Memaparkan jalan jalan sempit yang diukir dari rumah rumah batu dan granit dihimpit antara batu batu besar ia kelihatan seperti Bedrock kehidupan sebenar ...
Rumah Angan Angan Pas Tak Siap Untuk Rakyat

Rumah Angan Angan Pas Tak Siap Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 110 hits
Tahukah anda projek Rumah Mampu Milik Dendong di Besut ni kalau tak viral mesti orang ingat ni projek Mat Said Bukan Tahun 2020 Kerajaan Terengganu peruntukkan tanah 60 ekar di Dendong utk dibina 352 Rumah Mampu Milik 300 Pangsapuri 237 Ter...
Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 247 hits
MALAYSIA mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 5 1 peratus pada 2024 mengatasi unjuran awal antara 4 peratus hingga 5 peratus yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 nbsp Dalam masa yang sama defisit fiskal berjaya dikurang...
Covid 19 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia

Covid 19 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 138 hits
Wabak COVID 19 sudah merebak di Malaysia Kini sudah mencatat 45 kematian Perintah Kawalan Pergerakan sudah dilanjutkan hingga 14 April 2020 Rakyat kita kena banyak bersabar dan patuhilah perintah Kawalan Pergerakan ini Saya lihat masih rama...
Pm Anwar Puji Erdogan Isu Perjuangan Rakyat Palestin

Pm Anwar Puji Erdogan Isu Perjuangan Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 129 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang disifatkan sebagai antara pemimpin dunia yang berani dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin Berucap sempena Majlis Syarahan Umum Presiden Turkiye...
Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 109 hits
freemalaysiatoday com 13 Feb 2025 10 30 AMPerdana menteri berkata keperluan mendapat persetujuan penghuni bagi penganjuran perhimpunan seperti di bawah Seksyen 11 akta itu akan dikeluarkan Antara pindaan adalah mengeluarkan Seksyen 11 dalam...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik