Senjata Agung Islam The Great Bombard


Sejak beribu tahun dulu, manusia sering dikaitkan dengan perang, cuma ia berubah mengikut zaman, khususnya dari segi taktikal, persenjataan, jumlah korban dan puncanya.

The Great Bombard, senjata tercanggih Umat Islam pada abad ke 15. Ditakuti panglima tentera Salib kerana mampu hancurkan kapal perang musuh. Setiap kali berlaku perang tanpa mengira sebabnya, ia sentiasa membabitkan penciptaan senjata baru. Menyingkap sejarah perang Islam, sememangnya diakui tentera Muslimin adalah antara pasukan paling disegani sepanjang sejarah peperangan dunia. Usah dibangkitkan keberaniannya yang tiada tandingan kerana ganjaran mati syahid di medan perang sememang dinantikan tentera Islam. Ditambah pula dengan ketaatan menunaikan solat ketika perang, itu sudah cukup membuatkan musuh sering terpukau dan timbul rasa gerun


Itulah senjata utama umat Islam ketika menegakkan agama Allah tetapi mereka juga terkenal dengan taktik dan strategi perang serta inovasi persenjataan yang dianggap canggih pada zamannya. Satu daripada penemuan menakjubkan yang membuktikan fakta itu ialah meriam raksasa dari zaman Turki Uthmaniah lebih dikenali dengan nama ‘The Great Bombard’ yang menggunakan ubat bedil seberat 1,600 kilogram sebagai pelurunya. Peluru The Great Bombard seberat 300 hingga 1,600 kilogram. Ilmuwan Islam menemuinya pada abad ke-12 bersama penemuan lain membuktikan perkembangan teknologi ketenteraan Islam pada zaman itu. ‘The Great Bombard’ ialah teknologi paling tersohor, hinggakan mendengar namanya saja membuatkan musuh ketakutan


The Great Bombard diakui teknologi artileri paling maju dan paling kuat ketika itu yang digunakan oleh Kerajaan Turki Uthmaniah untuk merampas semula Kota Constantinople pada 1453 daripada tangan tentera Salib. Artileri legenda yang sangat berat itu yang juga terkenal dengan nama “The Great Turkish Bombard” dan ketika perang melawan kerajaan Britain pada 1807, ia terkenal dengan nama “Dardanella Gun” kerana perang berlaku di Selat Dardanella

Bangsa Eropah menggelarnya dengan nama “Muhammad Gun” kerana ia membuatkan jeneral perang dan tenteranya sudah boleh membayangkan bagaimana kapal perang dan kubu pertahanan mereka akan hancur berkecai jika terkena tembakan meriam raksasa itu. Meriam The Great Turkish Bombard digunakan dalam perang oleh kerajaan Turki Uthmaniah. Senjata raksasa itu bukan setakat gah dari segi saiznya, tetapi nama besar yang dilabel memang setaraf dengan kemampuannya, sekali gus membuktikan perancangan membinanya yang dirancang oleh jurutera, Munir Ali pada 1450 memang berhasil. Mempunyai saiz panjang 518 sentimeter (sm) (kaliber 8,2) dan berat 18,6 tan, senjata itu mempunyai dua bahagian iaitu laras dan selongsong di belakangnya


Bahagian laras digunakan untuk menembak peluru yang dibuat daripada bola granit raksasa dengan berat dianggarkan antara 300 hingga 1,600 kilo, manakala bahagian selongsong pula mampu menampung tujuh bola granit raksasa (ubat bedil) atau 15 bola granit ukuran kecil pada satu-satu masa. Disebabkan saiznya yang terlalu besar, meriam itu hanya boleh melepaskan tembakan maksimum 15 kali sehari saja, namun kemampuan jarak tembakannya sangat luar biasa pada ketika itu dengan mencapai jarak 1,760 ela (satu batu atau 1.61 kilometer)

Peluru-peluru raksasa Great Bombard yang beratnya mencapai 1600 Kilogram!
Difahamkan, setiap kali tembakan dilepaskan, ia memerlukan serbuk belerang yang cukup banyak bertujuan memberikan tenaga maksimum untuk meletup dan melepaskan tembakan. The Great Bombard dibuat daripada bahan logam terbaik iaitu campuran tembaga dengan timah putih dan gangsa. Tukang besi yang membina dan menempanya juga dipilih di kalangan yang terbaik pernah hidup pada zaman itu. Apa yang membuatkan meriam itu berbeza daripada meriam lain ialah ukiran seni yang mengandungi unsur kebudayaan Islam pada zaman itu

Kekuatan dan kemampuan membolehkan ia cukup sesuai untuk diletakkan di mana-mana saja ruang pertahanan, di darat, di pantai atau di atas kapal perang ketika digunakan untuk menyerang kubu musuh atau pertempuran di laut. Kapal perang Turki yang membawa meriam itu cuma terdiri daripada kapal jenis galleon dan monitor, setaraf dengan keupayaannya membawa meriam besar dengan tentera yang ramai. Ketika ‘Pertempuran Dardanella’, meriam itu menenggelamkan enam kapal Sir John Ducksworth kerana keupayaan melepaskan tembakan melepasi selat kecil melalui strategi menyerang jarak jauh

The Great Bombard yang dipamerkan di Royal Armouries, Fort Nelson, England.Pada 1866, Sultan Abdul Aziz memberikan satu daripada ‘The Great Bombard’ yang digunakan dalam Perang Dardanella kepada Ratu Victoria ketika kunjungan hormatnya ke Britain

Royal Armouries di Fort Nelson, The British EmpireKini, The Great Bombard atau Dardanella Gun itu boleh dilihat di Fort Nelson, Portsmouth, England dan menjadi sebahagian daripada koleksi paling berharga Angkatan Tentera Diraja Britain. Bahkan, pada zaman moden ini, namanya tetap dikenang dan cukup popular di kalangan penggemar permainan video RTS (Real Time Strategy) seperti Age of Empire dan Rise of the Nations. Ini kerana hanya pemain yang berkemampuan tinggi boleh mencapai tahap mampu memiliki senjata artileri paling ampuh pada abad ke 15 hingga 18 itu dan dianggap kejayaan terbesar jika memilikinya, setaraf dengan sejarah agungnya yang sentiasa digeruni lawan.
p/s - Senjata milik orang ketika dulu dicipta sendiri. Kini umat islam di seluruh dunia bergantung pula pada senjata yang dicipta oleh musuh mereka. Lihat Arab Saudi, berapa banyak senjata yang mereka miliki dikeluarkan oleh barat ?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hijabulcrewz.blogspot.com/2011/12/senjata-agung-islam-great-bombard.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rulers Are Not Above The Law In Islam Says Pas President

Rulers Are Not Above The Law In Islam Says Pas President

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 493 hits
PAS president Abdul Hadi Awang noted that Islam does not place a monarch or head of state above the law The Marang MP said when Prophet Muhammad became Rasulullah he did not act like God make the people slaves or use the nation s wealth as ...
In What Way Are The Malays And Islam Insulted

In What Way Are The Malays And Islam Insulted

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 331 hits
TK Chua in a Free Malaysia Today article today asks a number of questions DAP opposes RUU355 and said over my dead body to the Islamic Hudud laws and said that those Malays from Umno and PAS who refuse to fight each other and want to unite ...
Apa Kaitan The Loaf Dengan Bandar Malaysia

Apa Kaitan The Loaf Dengan Bandar Malaysia

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 451 hits
Dari Facebook Anina Saadudin TUN M PESAN KEPADA SAYA SYARAT MENJADI AHLI POLITIK MESTI TAHAN MAKI The Loaf adalah sebuah kedai roti milik Tun M dan rakan kongsinya Motoko Resources yang mana Tun M memegang 51 peratus saham Ianya mula berope...
Suicide Bomber Responsible For The Eight Blast Killing 3 Policemen

Suicide Bomber Responsible For The Eight Blast Killing 3 Policemen

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 288 hits
The suicide bomber had detonated his explosives upon police arrival COLOMBO The eighth blast in a string of explosions that hit Sri Lanka today was carried out by a suicide bomber and killed three police officers said a police source The so...
Kadir Jasin Explains The Reason Why Pakatan Cancelled The Cancellation Of The Ecrl

Kadir Jasin Explains The Reason Why Pakatan Cancelled The Cancellation Of The Ecrl

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 249 hits
Pakatan Harapan did not realise the government would have had to pay more than RM20 billion in penalties if they unilaterally cancelled the ECRL Pakatan Harapan would have damaged Malaysia s ties with China if it had insisted on terminating...
Essentiale Merayakan Hari Hati Sedunia Dengan Kempen The Silent Hero In You

Essentiale Merayakan Hari Hati Sedunia Dengan Kempen The Silent Hero In You

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 465 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hati adalah organ kedua terbesar di dalam badan manusi tetapi kepentingannya sering diabaikan Bersempena dengan Hari Hati Sedunia 2019 Essentiale j...
Anwar Ibrahim Now Says The Rm90 Million Not From 1mdb After All

Anwar Ibrahim Now Says The Rm90 Million Not From 1mdb After All

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 397 hits
Nobody wants to comment because they think it is a non issue and a PAS attempt to deflect focus from the money taken from 1MDB said Anwar Ibrahim on 18th February 2019 The MACC answer is that no money has been traced from 1MDB to PAS The ac...
Pimping The Penang Master Plan Bubble

Pimping The Penang Master Plan Bubble

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 285 hits
The two key components of the Penang Transport Master Plan are back on track These are PIL 1 i e phase 1 of the Pan Island Link and the LRT In August 2018 our new Chief Minister Chow Kon Yeow had exuberantly announced that PIL 1 and LRT wou...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash