Sendawa Lepas Menyusu Elak Baby Kembung Perut Betul Ke
SENDAWA LEPAS MENYUSU ELAK BABY KEMBUNG PERUT? BETUL KE? Iye betul sangat. Sapa yang ada anak kecik wajib tau pasal ni. Ketakselesaan baby ni ada macam-macam tau. Kalau bukan masalah lampin yang basah, baby tak lapar dan kawasan persekitaran yang selesa, masalah kembung perut pun boleh buat baby meragam gak. Nak bagitau tak pandai cakap, apa lagi. Menangislah. Betul tak
Hurmm, agaknya kenapa baby boleh kena kembung perut ye? Kalau ibu-ibu nak tau, kembung perut disebabkan oleh colic. So, baby akan menangis 2-4 jam setiap hari dan dianggarkan 50 peratus baby akan mengalami masalah kembung perut ni. Jadinya, amatlah penting untuk sendawakan baby terutama selepas dia menyusu untuk mengelakkan masalah sebegini berlaku.
Semasa baby menyusu, sejumlah kecil udara ikut serta masuk ke dalam badannya secara tak langsung tak kiralah baby menyusu badan atau menyusu botol. Lagi satu, kalau masa menyusu tu baby menangis pun akan menyebabkan udara masuk ke dalam badannya. Pastu gelembung udara dalam perutnya akan wujud dan inilah yang akan menyebabkan baby rasa tak selesa. Ada sesetengah baby terus berhenti menyusu walaupun dorang belum lagi kenyang. Kesian kan
Sendawa lepas menyusu elak baby kembung perut? Betul ke?
Ada sesetengah ibu jugak yang terus baringkan baby sebaik saja lepas menyusu. Yang ni pun boleh menyebabkan baby muntah susu, and baby boleh kembung jugak kalau dibiarkan.
Tapi itulah, nak sendawakan baby pun kadang mencabar jugak. Macam anak cikla, ada yang senang je nak disendawakan, ada yang susah nak sendawa. Ibu ibu kenalah sabar kan nak 'nyahkan' udara jahat dalam perut anak tu, kalau taknak baby meragam sepanjang hari
Sapa anak dia susah nak sendawa pastu selalu kena kembung perut
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2021/08/sendawa-lepas-menyusu-elak-baby-kembung.html