Filem Aksi Komedi Hutang 2d Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan Lakonan Baby Shima Menyerlah




Filem Aksi Komedi HUTANG 2D Geng Floor 88 Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah! | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Ruby doakan anda semua di dalam keadaan sihat dan duduk diam-diam di rumah ya. Peningkatan kes harian pandemik COVID-19 semakin membimbangkan. Jadi, duduk rumah dan lakukan perkara yang bermanfaat. Work from home (WFH) atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah PdPR ternyata memang sibuk. Jadi, jom luangkan masa seisi keluarga untuk menonton filem aksi komedi terbaru di Astro First iaitu filem HUTANG 2D. Boleh lah kita bergelak ketawa santai-santai di rumah. Astro Shaw membawakan filem HUTANG 2D terbitan Arie Zaharie Production bersama Knack Knack Studios terus ke Pawagam Rumah Anda, di saluran 480 Astro First bermula 5 Ogos 2021. 
Apabila Ruby melihat poster, wowww ada kilat sambar menyambar, kemudian barisan pelakon semua yang memiliki ramai peminat! Ini bukan biasa-biasa gais. Selebriti terkenal dan mereka memiliki ramai pengikut. Boleh dikatakan, semua barisan pelakon ada pengikut tersendiri. Bagi Ruby, filem ini pasti memberi mood dan pengalaman ceria ketika menonton seisi keluarga. 
Pelbagai isu semasa yang dikongsikan, jika anda menonton bersama anak-anak kecil. Pastikan membimbing mereka untuk menerangkan nilai murni dari filem ini. Okay? Apa yang pasti, anak-anak girang gembira berjoget bila kedengaran lagu Hutang dari Floor 88. Semua naik sheikh! Nasib baik boleh repeat tengok filem ini berulangkali sebab dah beli RM 15 untuk 2 hari. Bijak tak

Filem Aksi Komedi HUTANG 2D Pupuk Nilai Kemasyarakatan! Lakonan Baby Shima Menyerlah!Filem aksi komedi HUTANG 2D adalah arahan Irwan Rauf dan Eric Fuzi ditayangkan di Astro First saluran 480 pada 5 Ogos iaitu hari ini. Ia adalah kesinambungan dari lagu Hutang nyanyian kumpulan Floor 88 dan jika anda masih ingat, di dalam video muzik Floor 88 telah menggandingkan beberapa barisan selebriti. 
Maka, di dalam filem HUTANG 2D, watak seperti Ropie dan ahli kumpulan Floor 88 masih dikekalkan. Penambahan pelakon lain seperti Baby Shima, Kak Ogie, Black Hanifah, Wafiy, Choki dan penampilan istimewa Altimet adalah penyeri di dalam filem ini. Tahukah anda filem ini sebenarnya ingin dilayarkan sebagai super telemovie sahaja? Siapa sangka dari super telemovie boleh di angkat sebagai naskah sebuah filem. Ia adalah satu penghargaan kepada usaha dan penat lelah barisan pelakon dan pasukan produksi. 
Pengarah : Irwan Rauf Dan Pengarah Bersama Eric Fuzi Produksi: Arie Zaharie Production & Knack Knack StudiosGenre: Aksi KomediSiaran: 480 Astro FirstDurasi: 1 Jam 35 Minit
Bahasa: Bahasa MelayuSarikata: Bahasa Inggeris, Bahasa MelayuHarga: RM15 untuk 2 hariTarikh Tayangan: 5 Ogos 2021 hingga 3 November 2021
Barisan Pelakon : Ayie Elham sebagai Ayie (Pelukis Komik)Baby Shima sebagai ShimaEric Fuzi sebagai EricFaliQue Ghazali sebagai FaliqueAkram Kadir sebagai AkramAchoi Floor88 sebagai AchoiAmir Floor88 sebagai AmirFauziah Ahmad Daud sebagai Mak ImaRopie sebagai Pak JieBlack Hanifah sebagai HanAltimet sebagai Gua MambangDanish Daniel (Coki) sebagai AimanWafiy sebagai Kit

"Ayie, seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Dia mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendam terhadap Shima. Kehadiran dua orang gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tab’ ajaib di mana segala lukisannya menjadi kenyataan. Dengan tab itu dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantu menyelesaikan masalah hidup nya."
Treler Rasmi Filem HUTANG 2D:


HUTANG 2D adalah kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati. Terdahulu, Floor 88 pernah pamerkan bakat lakonan menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku (2018) dan Tok Moh Talent Agency (2019) yang ditayangkan di Astro Citra. Buat watak Ayie yang dijayakan oleh Ayie Elham, ia memberi cabaran baru buatnya apabila dia perlu melakukan aksi ‘fight’. Namun begitu, pengalamannya dalam teater serta tunjuk ajar daripada pengarah dan kru sedikit sebanyak membantu dia menjayakan watak Ayie. Bukan itu sahaja, malah anggota lain Floor 88 iaitu Eric Fuzi turut melebarkan bakatnya dalam pengarahan filem. Beliau bersama pengarah Irwan Rauf merupakan pengarah untuk HUTANG 2D

Sepanjang menonton filem ini, Ruby dan keluarga suka semua barisan pelakon. Nampak neutral walaupun kebanyakan dari mereka adalah penyanyi dan pemuzik. Jika anda masih ingat tentang pelakon kanak-kanak iaitu saudara Eric Fuzi, sekarang beliau adalah pengarah bersama untuk filem HUTANG 2D. Melalui pengalaman berlakon, kemudian belajar di ASWARA selama 6 tahun, berpengalaman mengarah video muzik serta mahir bermain peralatan muzik. Ruby rasa, ia adalah perkembangan karier yang bagus buat Eric Fuzi. Dari pengalaman yang ditimba, beliau boleh membantu rakan-rakan Floor 88 untuk mengembangkan sayap. Bak kata saudara Eric Fuzi, "tiada had limit apabila ingin berkarya, begitu juga jika ingin berjaya". Ruby setuju dengan kata-kata ini. Tambahan di zaman pandemik COVID-19, kita perlu berani mengambil risiko. 

Bakat Semulajadi Baby Shima Menyerlah.Apabila bergelar penghibur, pastinya akan hadir dengan pakej. Sama ada di dalam bidang nyanyian atau lakonan, ia adalah rezeki. Ruby teruja melihat lakonan Baby Shima, menyandang watak sebagai heroin @ bunga di dalam filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi, apabila sudah menonton filem HUTANG 2D ni, Baby Shima seperti sudah mahir berlakon. Ekspresi wajah, pergerakan bahasa tubuh dan penghayatan watak adalah seiring saling melengkapi. Tidak nampak kaku atau kayu pun. Semulajadi lancar je watak dia. Manis je berbaju kurung. Hehehe. Boleh la berlakon untuk filem seterusnya. Why not kan



Kesan Khas Visual Digital Lebih Mantap
Dari sinopsis, Ruby boleh bayangkan, oh mesti ada guna kesan khas visual digital di dalam filem ini. Ternyata tepat sekali! Kesan khas yang ditampilkan memberikan lebih seri kepada jalan cerita filem ini. Setiap babak yang ada kesan khas, nampak lancar dan bersesuaian. Suntingan kesan khas kepada filem ini membezakan kehidupan realiti dan kehidupan fiksyen. Kelainan ini bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat dan kesan khas di filem HUTANG 2D lebih maju jika dibandingkan dengan filem-filem di Malaysia pada ketika ini





Cameo AltimetPenampilan Altimet sebagai Cameo ternyata memberi kesan besar, Mambang dah muncul! Hahaha. Mambang lah punca segala-galanya, tab sakti pemberiannya memberi peluang kepada Ayie untuk berimaginasi lebih lagi untuk menghasilkan webtoon. Kehidupan 2 Dimensi! Jeng jeng jeng



Rakan-Rakan Superhero Serba Lucu!


Garapan watak untuk rakan-rakan superhero ini sememangnya sangat lucu. Si Achoi dengan kuasa Api dan bertutur dalam UK English Accent. Setiap kali Achoi bersuara, rasa nak zip mulut dia. Watak paling annoying! Hahaha. Akram pula mempunyai kuasa mengayat guna Pickup Line, kemudian Amir memiliki kehebatan Voice Recognition. Cuba bayangkan suara dia boleh copy pelbagai suara termasuk siren kenderaan perkhidmatan awam. Hahaha. Manakala Falique dicipta mempunyai kuasa 4 saat Pantas & Lucu. Kuasa pantas dan lucu tu tak perlu tengok pun tidak mengapa. Sebab Falique dah setel lawan orang jahat. Pantas betul! Hahaha. Seterusnya, yang dinantikan.. Eric Fuzi tambil dengan kuasa Kuat dan Ganas. Apabila rakan-rakan hero menggunakan tab, mereka mencipta watak Eric. Haaahhh terus jadi kuat dan ganas. Memang terhibur menonton filem HUTANG 2D. 
Kalau Boleh Putar Balik Masa, Apa Ingin Kita Ubah?
Kalau diberi peluang, pasti kita akan lakukan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan. Ayie berimaginasi kalau dia tak bantu ayah, apa akan berlaku. Dari situ bermula imaginasi Ayie. Ayah dia dipukul oleh gangster Han lakonan Black Hanifah, rumah menjadi "blackout" sebab Ayah nak gadai lampu. Hahaha. Lampu nak gadai pun, tutup suiz dulu ayahhhhh. Ayah mula menjadi hamba kepada gangster Han dengan mengumpul gadis-gadis remaja. Maka bermula titik hitam pemerdagangan manusia. Seterusnya berlaku pergaduhan diantara Ayie dan gangster Han kerana ingin menyelamatkan Shima. 
Apabila tersedar, Ayie mula terfikir.. Kalau dibiarkan Ayah berjudi, makin melarat dan sukar kehidupan aku. Jadi, Ayie berhasrat ingin membantu Ayah, Ayie akan bekerja. Ayie juga menjadi lebih berani menegur ayah supaya berhenti berjudi. Ayie juga menjadi berani untuk melamar Shima. Awwwwwww! Bertenang semua! Lamaran hanya di dalam filem HUTANG 2D sahaja. Hahaha. 
Penggunaan Bahasa Yang Bagus
Mungkin tiada siapa akan perasan tentang hal ini. Cuma Ruby nak beritahu bahawa Ruby bangga apabila skrip serta dialog di dalam filem HUTANG 2D tidak menggunakan bahasa pelik-pelik. Kebiasaannya bila cerita komedi, mesti terselit dialog berbentuk lucah dan terlalu ke arah bahasa anak muda sekarang. Dak dak wicet. Cukuplah pickup line natural dan lawak Ropie sahaja digunakan. 🥰
Filem ini sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. Jom sokong filem tempatan. Agar mereka boleh terus berkarya dengan lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah. Jangan lupa untuk menonton filem HUTANG 2D yang telah berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 Ogos 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Semoga terhibur


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/08/filem-aksi-komedi-hutang-2d-geng-floor-88.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Komedi Filem Appalam Gunseh Meninggal Dunia

Pelakon Komedi Filem Appalam Gunseh Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 353 hits
Pelakon komedi filem Appalam Gunseh meninggal dunia Pelakon komedi filem Appalam R Gunasaharan atau lebih dikenali sebagai Gunseh meninggal dunia petang Ahad pada usia 64 tahun akibat COVID 19 Berita pemergian mendiang itu disahkan oleh ana...
Wow Floor88 Ada Kuasa Superhero Dalam Filem Hutang 2d Agak Agak Boleh Terbang Ke

Wow Floor88 Ada Kuasa Superhero Dalam Filem Hutang 2d Agak Agak Boleh Terbang Ke

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 198 hits
Macam best je filem Hutang 2D ni Sarat dengan pelbagai babak komedi dan aksi Peminat Floor88 kena tengok okay menerusi saluran Astro First bermula 5 Ogos ARTIKEL BERKAITAN https www mstar com my video 2021 08 04 saya tak pernah mengeluh mas...
Telemovie Sebelum Pulang Lakonan Nad Zainal Jalaludin Hassan

Telemovie Sebelum Pulang Lakonan Nad Zainal Jalaludin Hassan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 500 hits
Tonton telefilem khas Aidiladha berjudul Sebelum Pulang dibintangi oleh Nad Zainal Jalaludin Hassan Wan Maimunah Aziz dan Amyza Adnan pada 19 Julai Isnin jam 9 malam di TV2 JUDUL SEBELUM PULANGWAKTU SIARAN Isnin 19 Julai 2021 9 00 malamSIAR...
Drama Lockdown Lakonan Zara Zya Beto Kusyairy Syafiq Kyle

Drama Lockdown Lakonan Zara Zya Beto Kusyairy Syafiq Kyle

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 669 hits
Tonton drama bertajuk Lockdown berdasarkan kisah benar kehidupan ketika berada dalam situasi lockdown Menampilkan ramai pelakon terkenal seperti Zara Zya Beto Kusyairy Nabila Huda Izzue Islam Kaka Azraff Syafiq Kyle Mimi Lana Sara Ali dan r...
Drama Mata Ketiga Lakonan Hafeez Mikail Mustaqim Bahadon

Drama Mata Ketiga Lakonan Hafeez Mikail Mustaqim Bahadon

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 443 hits
Tonton Drama bersiri Mata Ketiga adaptasi novel karya Zulkifli Ahmad Idrus bakal disiarkan di TV3 mulai 22 Julai 2021 Sebuah drama genre seram mistik terbitan Skop Productions diarahkan oleh C Kumaresan Dibintangi oleh Hafeez Mikail Mustaqi...
Dikritik Penonton Antarabangsa The Penthouse 3 Bakal Tukar Imej Alex Lakonan Park Eunseok

Dikritik Penonton Antarabangsa The Penthouse 3 Bakal Tukar Imej Alex Lakonan Park Eunseok

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 316 hits
Ingat tak ramai yang tak berpuas hati mengenai penampilan watak Alex dalam The Penthouse 3 Disebabkan ianya terus menerima kritikan kerana dianggap rasis dan mempermainkan budaya watak lakonan Park Eun seok itu akan diubah gaya penampilanny...
Drama Dayang Senandung Lakonan Wani Kayrie Shah Iskandar

Drama Dayang Senandung Lakonan Wani Kayrie Shah Iskandar

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 789 hits
Tonton drama Dayang Senandung lakonan Wani Kayrie Rozita Che Wan Scha Elinnea Hun Haqeem dan ramai lagi disiarkan pada setiap hari mulai 11 Julai 2021 pukul 12 tengah malam di TV Okey JUDUL DAYANG SENANDUNGTONTON FULL EPISOD 1 13TARIKH TAYA...
Wow Kulit Masih Lembab Dan Lembut Macam Kulit Baby Walaupun Semalaman Pakai Losyen Ni Terbaiklah

Wow Kulit Masih Lembab Dan Lembut Macam Kulit Baby Walaupun Semalaman Pakai Losyen Ni Terbaiklah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 247 hits
WOW KULIT MASIH LEMBAB DAN LEMBUT MACAM KULIT BABY WALAUPUN SEMALAMAN PAKAI LOSYEN NI TERBAIKLAH Sapa jer yang tak suka kulit dia kekal moisture and soft jer kan sepanjang hari Lagi lagi perempuan Memang inilah dambaan dorang Hihi Tu sebab ...
Harap Dapat Baby Girl Lepas Berderet Anak Lelaki Feeya Iskandar Tetap Bersyukur Ada Bodyguard Bila Besar Nanti

Harap Dapat Baby Girl Lepas Berderet Anak Lelaki Feeya Iskandar Tetap Bersyukur Ada Bodyguard Bila Besar Nanti

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 329 hits
Penyampai radio Feeya Iskandar 32 tahun kini mempunyai 3 cahaya mata lelaki iaitu Adam 4 Noah 3 Zidan yang baru berusia 4 bulan Bila ditanya tentang soal anak Feeya atau mesra disapa Cik Piah memang teringin untuk mendapatkan anak perempuan...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api