Senator Nuridah Bongkar Ektream Is Aminah Wadud Melalui Forum Forum Malay Woman



Provokasi Syariat: Apa tindakan selepas JAIS siasat?PELUNCURAN buku yang mencetuskan kecaman dan kemarahan ramai oleh penulis Unveiling Choice, Maryam Lee telah diwacanakan dalam satu forum ‘Malay Woman and Dehijabbing’ membuka mata tentang sejauh manakah Kerajaan serius menangani tindakan golongan yang ekstrem melakukan provokasi terhadap syariat Islam.Dalam tulisannya, penulis telah menguar-uarkan harapannya agar wanita Islam mendapat keberanian untuk berhadapan dengan ‘paksaan’ bertudung, tanpa penulis mampu menukilkan fakta jumlah kes sebenar dan tepat tentang wanita Malaysia mahupun luar Malaysia yang bertudung kerana dipaksa. Menyebut andaian tanpa fakta sememangnya mudah.Selain itu, penulis jelas mempersoalkan perintah Allah dalam syariat Islam yang mengambil berat tentang maruah dan keselamatan wanita, lalu diterjemahkan perlindungan itu melalui syariat menjaga aurat, malah lelaki juga mempunyai aurat yang wajib dijaga bukan hanya wanita.Penulis malah menjadikan kata-kata Amina Wadud sebagai sandaran apabila menyebut sebaik-baik pakaian adalah ‘khairul takwa’, mencerminkan salah faham, salah tanggap dan stereotaip terhadap Islam.Salah faham ini nampaknya disokong Latheefa Koya yang mengaitkan ayat Al-Quran “La ikraaha fiddin”, tiada paksaan dalam Islam dengan kewajipan menutup aurat. Sedangkan tafsiran ayat tersebut telah diketahui merujuk kepada tiada paksaan dalam memeluk agama Islam.Namun apabila seseorang itu telah memilih Islam sebagai agamanya, maka sudah pasti dia terikat dengan peraturan-peraturan Islam. Sama seperti warganegara Malaysia yang terikat dengan semua undang-undang negara ini tanpa boleh mengatakan “tiada paksaan dalam mematuhi undang-undang negara”.Sewajarnya penulisan ini harus diambil tindakan di bawah Perkara 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) di bawah kuasa Menteri kerana jelas tindakan penulis ini dianggap sebagai perbuatan yang tidak disenangi dan menggemparkan fikiran orang ramai.Saya sedia maklum akan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat siasatan terhadap perkara ini.Namun keprihatinan saya adalah tentang “Apa selepas siasatan tersebut?” Apakah tindakan Menteri Dalam Negeri terhadap cetakan buku tersebut? Asasnya, rakyat mempersoalkan keseriusan Kerajaan menangani insiden seperti ini atau sekadar mengambil tindakan untuk meredakan ‘mood’ orang ramai.Kerajaan perlu dilihat serius dan komited untuk menjaga rakyat. Rakyat bersuara dan menzahirkan keresahan kerana Kerajaan gagal dilihat berperanan adil, bijak dan pantas dalam menangani kontroversi yang mencabar amalan majoriti rakyat Muslim, sedangkan Islam adalah agama persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan.Apatah lagi, rakyat turut terbawa sensiviti berhubung tindakan-tindakan Kerajaan kebelakangan ini yang dibuat tanpa mengambil kira pandangan pemegang taruh yang berkaitan. Hal ini jelas mewujudkan bibit sangsi dan krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat.Ya, apabila membuka hijab, bumi tidak bergoncang. Akan tetapi Malaikat ‘Atid dan Raqib tidak memejam penglihatannya daripada dosa-dosa yang dibanggakan.Jangan semberono menghalalkan tindakan salah dengan menyalahgunakan nama hak asasi. Sedangkan hak asasi yang sebenar menjamin hak seseorang untuk menjunjung peraturan agamanya. Dan Islam yang syumul itu ada haknya ke atas setiap Muslim.“Islam Memimpin”YB SENATOR NURIDAH MOHD SALLEH
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 19/4/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah senator Nuridah kerana membongkar puak 'ektream'is Aminah Wadud melalui forum ‘Malay Woman and Dehijabbing’  yang diadakan baru-baru ini di KL.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/04/senator-nuridah-bongkar-ektreamis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Menguji Kemaskini Sistem Android Melalui Play Store

Google Menguji Kemaskini Sistem Android Melalui Play Store

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 285 hits
Sejak Project Treble diperkenalkan Google berhasrat untuk semua pengeluar mengedarkan kemaskini sistem operasi Android dengan lebih pantas Walau bagaimanapun kemaskini yang pantas dilihat hanya diedarkan oleh pengeluar peranti yang mengguna...
Forum Wanita Buka Tudung K Jaan Diam Seolah Remeh K Wanita Umno

Forum Wanita Buka Tudung K Jaan Diam Seolah Remeh K Wanita Umno

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 610 hits
Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini AhmadApa keputusan penganjuran forum wanita buka tudung KUALA LUMPUR 19 April Keputusan kerajaan yang masih berdiam diri berhubung penganjuran forum dan pelancaran buku mengenai Wanita Melayu dan Membuka T...
Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat Jais Mujahid

Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat Jais Mujahid

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 433 hits
MUJAHID Menteri yakin dan percaya pihak JAIS akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini dengan adil dan sebaiknya Gambar failKUALA LUMPUR Program pelancaran buku dan forum mengenai Wanita Muslim dan Tudung yang diadakan di Petaling Jaya...
Mengeluarkan Zakat Secara Persendirian Tanpa Melalui Baitulmal

Mengeluarkan Zakat Secara Persendirian Tanpa Melalui Baitulmal

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 419 hits
Soalan Bolehkah saya memberikan zakat kepada sekolah tahfiz tanpa melalui Baitulmal Jawapan Allah SWT telah mensyariatkan zakat sebagai salah satu ibadah utama daripada lima rukun Islam Daripada Abdullah Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulul...
Kisah Blogger Yang Menjana 17 Juta Setahun Melalui Blog

Kisah Blogger Yang Menjana 17 Juta Setahun Melalui Blog

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 375 hits
Sesetengah orang masih meragui peluang untuk buat duit secara talian online akibat daripada banyak kes penipuan yang dipaparkan di media elektronik manakala segelintir masyarakat kita masih ragu ragu sama ada mereka boleh membuat duit secar...
Punca Sebenar Ecrl Tidak Melalui Bentong Gombak

Punca Sebenar Ecrl Tidak Melalui Bentong Gombak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 1031 hits
Punca Sebenar ECRL Tidak Melalui Bentong Gombak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan keputusan kerajaan untuk menjajarkan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur adalah atas alasan perhubungan dan alam sekitar Punca Sebena...
Kafa Lunaskan Tunggakan Gaji Gonzales Melalui Geran Fam

Kafa Lunaskan Tunggakan Gaji Gonzales Melalui Geran Fam

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 331 hits
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan memutuskan melunaskan tunggakan gaji bekas Pengarah Teknikal The Red Warriors Alfredo Carlos Gonzales menerusi potongan geran Persatuan Bola Sepak Malaysia Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata langka
Apple Kini Membolehkan Anda Mendengar Kandungan Apple Podcasts Terus Melalui Web

Apple Kini Membolehkan Anda Mendengar Kandungan Apple Podcasts Terus Melalui Web

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 362 hits
Baru baru ini Google telah memperkenalkan kemudahan untuk pengguna mengikuti kandungan audio atau lebih dikenali sebagai podcast terus melalui web Kini selain Google Apple turut melakukan perkara sama untuk kandungan yang diterbitkan di App...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear