Forum Wanita Buka Tudung K Jaan Diam Seolah Remeh K Wanita Umno
Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad
Apa keputusan penganjuran forum wanita buka tudung?KUALA LUMPUR 19 April - Keputusan kerajaan yang masih berdiam diri berhubung penganjuran forum dan pelancaran buku mengenai 'Wanita Melayu dan Membuka Tudung' dipersoal sekali gus seolah-olah membuktikan perkara tersebut hanya dipandang remeh sahaja.Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad malah menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang hanya ‘mengambil serius’ mengenai penganjuran forum tersebut masih tidak mencukupi sekiranya tiada sebarang tindakan dikenakan.Jelas beliau, penganjuran forum sedemikian bukan sahaja memberi kesan buruk tetapi juga menimbulkan kekeliruan kepada golongan bukan Islam dan sesiapa sahaja yang ingin ‘berhijrah’ untuk bertudung.“Sebagai umat Islam, kita pun kagum dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang mengenakan tudung bagi menghormati keluarga mangsa beragama Islam yang terbunuh di Christchurch, New Zealand, baru-baru ini.“Persoalannya, apa keperluan penganjur untuk mengadakan forum sedemikian? Mengapa perlu mencetuskan provokasi melalui penganjuran program yang penuh kontroversi ini dan mengapa perlu menjemput golongan dianggap murtad sebagai panelis program?” soal Noraini dalam kenyataan di sini hari ini.Program ‘Wanita Melayu dan Membuka Tudung’ yang diadakan pada 13 April lalu di Petaling Jaya berkisar tentang perkongsian pengalaman tiga wanita bertudung sebelum mengambil keputusan untuk tidak bertudung.Penganjuran program itu mendapat kecaman pelbagai pihak dengan Mujahid turut mengeluarkan kenyataan, Isnin lalu yang menegaskan program tersebut akan disiasat secara adil dan sebaiknya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Tambah Noraini, penganjur seharusnya faham dengan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian sesama masyarakat, bukannya menimbulkan kontroversi sedemikian.“Kita semua berharap agar Mujahid berpendirian tegas apabila isu-isu sebegini timbul. Bukannya tahu berkanda-adinda sahaja,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/04/forum-wanita-buka-tudung-kjaan-diam.html