Senarai Vaksin Tambahan Untuk Bayi Antara 5 Jenis Ini Yang Mana Bayi Anda Dah Ambil
Sebenarnya perlindungan paling baik yang kita boleh berikan pada anak adalah memastikan mereka mendapat semua imunisasi yang lengkap. Bagi ibu bapa berkemampuan ada yang mengambil vaksin tambahan untuk perlindungan anak.
Berikut senarai vaksin tambahan untuk bayi. Yang mana bayi anda dah ambil?
Pneumococcal – ada beberapa jenis iaitu Prevenar dan Synflorix. Boleh di ambil seawal 2 bulan. Untuk mengelakkan jangkitan paru-paru akibat kuman Pneumocuccus. Selain itu juga mampu mengelakkan jangkitan telinga, jangkitan selaput otak dan jangkitan dalam darah akibat kuman Pneumococcus.
Influenza – Influenza bukan batuk/selsema yang biasa. Ia adalah lebih teruk dan antara penyebab utama kemasukan baby ke hospital. Ia akan menyebabkan demam panas, sakit badan, hilang selera makan, batuk dan selsema teruk. Selain itu, baby juga mungkin dehydrated kerana tidak cukup minum.
Rotavirus – Rotavirus vaksin (Rotarix) boleh diambil sejak umur 2 bulan, dan mesti complete 2 dos pada 8 bulan. Vaksin ini unik sebab diambil secara oral. Kena minum, buka cucuk. Rotavirus sangat mudah berjangkit dan antara penyebab utama masalah cirit-birit dan muntah di kalangan kanak-kanak kecil yang dimasukkan ke wad.
Chicken Pox – Chicken pox dan campak adalah 2 penyakit sangat jauh berbeza. Chicken pox (jangkitan virus varicella zoster) manakala campak adalah measles. Measles diberi vaksin pada umur 9 bulan dan 12 bulan dalam jadual vaksin wajib. Kalau tak nak bayi kena chicken pox, naik ruam, sampai jadi parut, boleh la ambil vaksin chicken pox ni.
Meningococcal – Kuman meningococcal ni akan menyebabkan jangkitan yang teruk pada selaput otak, yang dipanggil meningitis. Jangkitan kebiasaannya sukar dikesan dan kadar kematian akibatnya adalah sangat tinggi jika lambat dirawat. Inilah kes yang mana air tulang belakang perlu diambil untuk memastikan jangkitan meningitis.
So mommies, anak2 mommies dah ambil yang mana?
Sumber: Poliklinik Az-Zaara
The post Senarai Vaksin Tambahan Untuk Bayi. Antara 5 Jenis Ini Yang Mana Bayi Anda Dah Ambil? appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/senarai-vaksin-tambahan-untuk-bayi-antara-5-jenis-ini-yang-mana-bayi-anda-dah-ambil/