Minggu Ke 36 Patut Kepala Ke Bawah Kuantiti Air Ketuban Uri Bawah Cyst Fibroid Antara Punca Bayi Songsang


Minggu ke-36 dah berlalu tapi bayi masih songsang. Paling banyak yang difikirkan ialah kaedah bersalin, normal atau caesarean?

Menurut Dr Norleen Salleh, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36. Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah.
Lazimnya doktor akan mendiagnosis kandungan berada dalam keadaan songsang apabila menjelang minggu ke-36 melalui ujian imbasan. Pengesahan pada waktu ini agak membimbangkan kerana bayi semakin membesar dan agak sukar untuk bergerak dan mengubah kedudukan kepalanya ke bawah.

Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
1.Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.
2.Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.
3.Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
7 FAKTOR MENYEBABKAN KANDUNGAN SONGSANG Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;
Kedudukan uri di bawah (placenta previa). Tali pusat pendek Bayi mempunyai kecacatan. Air ketuban terlalu banyak atau sedikit. Ketumbuhan dalam pelvis seperti cyst, fibroid di dalam rahim ibu. Bentuk uterus yang tidak normal atau keradangan seperti endometriosis. Kontraksi pramatang yang menyebabkan kelahiran berlaku pada waktu itu.
PROSEDUR UBAH KEDUDUKAN BAYI SONGSANG Kedudukan bayi yang songsang boleh diubah dengan cara tertentu bergantung pada keadaan ibu, bayi, tali pusat dan uri. Prosedur External Cephalic Version (ECV) iaitu proses memusingkan kepala bayi ke bawah boleh dilakukan pada minggu ke-32 hingga 36 di hospital oleh doktor pakar yang mahir dengan menggunakan bantuan pengimbas ultra bunyi untuk melihat kedudukan uri, tali pusat dan anggota badan bayi.
Alat untuk mengukur degupan jantung bayi turut digunakan untuk mengetahui tahap kesihatan bayi. Ramai yang mengatakan prosedur ini menyakitkan dan ia mempunyai risiko yang tertentu. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mencetuskan kontraksi dan menyebabkan kelahiran.
Urutan tradisional dilarang sama sekali kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada uterus, putus tali pusat, uri lekang, tumpah darah, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan.
Ibu juga boleh berusaha dengan mengamalkan kedudukan bersujud (kedudukan melutut dan kepala direndahkan). Tarikan graviti boleh membantu menggerakkan kepala bayi ke bawah. Kedua-dua cara iaitu prosedur ECV dan bersujud boleh dilakukan namun peratusan berjaya adalah rendah sekiranya tali pusat bayi pendek atau berbelit.

BOLEHKAH DILAHIRKAN SECARA NORMAL? Tidak semua kandungan songsang boleh dilahirkan melalui cara normal. Pembedahan Caesarean adalah alternatif utama. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kelahiran normal melalui serviks yang dibolehkan oleh para pakar perbidanan.
Bukan bayi pertama dan mempunyai pengalaman melahirkan secara normal. Rahim ibu tidak mempunyai parut pembedahan (scar). Saiz bayi kurang daripada 3.5kg. Ukuran pelvis ibu. Tidak melebihi tarikh jangkaan bersalin. Bayi dalam keadaan sihat. Dipersetujui ibu dan suaminya. Perlu difahami bahawa kelahiran bayi songsang dengan kaedah normal mempunyai risiko komplikasi tali pusat (cord accident) seperti cord prolapse iaitu tali pusat yang terkeluar terlebih dahulu sebelum bayi.
Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan tali pusat tidak berfungsi dengan baik dan bayi berkemungkinan tidak mendapat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Tali pusat juga boleh menjerut leher bayi dan boleh menyebabkan bayi lemas. Risiko tali pusat berpintal juga perlu diambil kira.

Selain itu, kedudukan kepala bayi di atas juga boleh menyebabkan ia tersangkut di saluran serviks. Hal ini kerana bahagian kepala adalah yang paling besar boleh menyebabkan asphyxia (lemas) yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian.
Menurut Dr Norleen, doktor yang merawat akan memberikan kaunseling pasangan terbabit tentang cara terbaik yang boleh dilakukan berdasarkan keadaan dan situasi semasa. Alternatif melahirkan terbaik bagi kehamilan songsang ialah pembedahan caesarean. Pembedahan ini akan dicadangkan apabila kehamilan mencecah usia minggu ke-37 di mana bayi telah matang.
The post Minggu Ke-36 Patut Kepala Ke Bawah. Kuantiti Air Ketuban, Uri Bawah, Cyst & Fibroid Antara Punca Bayi Songsang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/minggu-ke-36-patut-kepala-ke-bawah-kuantiti-air-ketuban-uri-bawah-cyst-fibroid-antara-punca-bayi-songsng/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamil 8 Bulan Setengah Air Ketuban Sedikit Kerana Gula Tinggi Raja Farah Risau Bayi Songsang

Hamil 8 Bulan Setengah Air Ketuban Sedikit Kerana Gula Tinggi Raja Farah Risau Bayi Songsang

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 499 hits
Setiap kehamilan mempunyai cabarannya Setiap anak berlainan Selebriti Raja Farah resah kandungan anak keduanya ini masih songsang pada usia kehamilan 8 bulan setengah serta air ketuban sedikit Ibu kepada Imran Iskandar ini juga mengalami di...
Koyak Hingga Punggung Hampir Meroyan Bayi Melekat Uri Tak Berbaju Gara Gara Homebirth Dengan Doula Ektremis

Koyak Hingga Punggung Hampir Meroyan Bayi Melekat Uri Tak Berbaju Gara Gara Homebirth Dengan Doula Ektremis

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 416 hits
Sebelum ini kita mengikuti pengalaman daripada para ibu yang pernah cuba mendapatkan perkhidmatan homebirth dengan doula Kali ini terapis pula yang berkongsi pengalaman ketika memberikan perkhidmatan kepada ibu ibu yang bersalin dengan cara...
Masuk Trimester Kedua Hanis Zalikha Amal Mandi Air Sejuk Buat Persiapan Bayi Bila Kandungan Cecah 8 Bulan

Masuk Trimester Kedua Hanis Zalikha Amal Mandi Air Sejuk Buat Persiapan Bayi Bila Kandungan Cecah 8 Bulan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 465 hits
Sedang hamil 28 minggu Hanis Zalika amalkan mandi air sejuk mengelakkan morning sickness berlanjutan di trimester kedua dan menjadikan dirinya segar serta aktif Hanis yang ditemui Pa Ma dalam majlis pelancaran Toujours Kid baru baru ini men...
Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 404 hits
Terkedu tengok uri dibiar kering di sebelah bayi ibu meroyan selepas bersalin guna khidmat doula
Guna Walker Ganggu Stimulasi Lambatkan Anak Berjalan Risiko Bayi Tercekik Cedera Kepala Otak Tinggi

Guna Walker Ganggu Stimulasi Lambatkan Anak Berjalan Risiko Bayi Tercekik Cedera Kepala Otak Tinggi

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 305 hits
Penggunaan walker perlu difikirkan semula Kalau niatnya nak latih anak berjalan ibu ayah perlu fahami risiko risiko ini Ramai ibu bapa yang mempunyai bayi sudah tidak sabar untuk melihat perkembangan si kecil Apatah lagi untuk membantu pros...
Baby Masih Belum Pusing Kepala Ke Bawah Tapi Raja Farah Kongsi Pengalaman Hamil Anak Kedua

Baby Masih Belum Pusing Kepala Ke Bawah Tapi Raja Farah Kongsi Pengalaman Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 510 hits
Pelakon dan pengacara Raja Farah Raja Aziz kini sedang sarat hamil anak keduanya Farah juga sempat berkongsi pengalamannya mengandungkan cahaya mata kedua hasil perkongsian dengan Iskandar Ismail Assalammualaikum semua Post ni sepatut nye n...
Malas Tukar Lampin Punca Bayi Hidap Ruam Ketahui Masalah Kulit Lain Cara Rawatanya

Malas Tukar Lampin Punca Bayi Hidap Ruam Ketahui Masalah Kulit Lain Cara Rawatanya

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 711 hits
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa Menjaga kulit bayi agak rumit kerana ia agak sensitif Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit Masih ramai ibu...
Uri Lekang Sedikit Pangkal Rahim Pendek Punca Isteri Dr Say Bleeding Pendarahan Walau Sedikit Perlu Diambil Serius

Uri Lekang Sedikit Pangkal Rahim Pendek Punca Isteri Dr Say Bleeding Pendarahan Walau Sedikit Perlu Diambil Serius

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 487 hits
Pendarahan yang berlaku rupanya berpunca daripada uri lekang dan pangkal rahim memendek Isterinya dinasihatkan banyak berehat tapi Dr Say Shazril anggap semua yang berlaku ada hikmahnya Pendarahan yang berlaku sejak dari kandungan 27 minggu...
Informasi Antara Iman Dan Integriti Presiden Pas

Informasi Antara Iman Dan Integriti Presiden Pas

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 228 hits
BANYAK pihak memperkatakan konsep integriti mengikut kefahaman dan ajaran yang dianutnya Islam adalah petunjuk Allah yang merangkumi fitrah manusia jasad akal dan roh Maka Islam dibahagikan kepada akidah syariat dan akhlak mengikut soalan m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord