Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel


Senarai Syarikat Jenama Produk Popular Sokong Israel
Dalam dunia moden hari ini, pengguna bukan lagi membeli hanya berdasarkan harga dan kualiti, tetapi juga nilai kemanusiaan di sebaliknya.
Tindakan rejim Zionis Israel menyerang Palestin mendorong ramai umat Islam memboikot produk berkaitan Israel sebagai bantahan.
Banyak syarikat besar menyalurkan bantuan kepada Israel, dan hasil jualan produk secara tidak langsung digunakan membiayai serangan ke atas rakyat Palestin. Boikot berterusan memberi kesan ekonomi dan menjadi mesej tegas agar penindasan dihentikan.
Artikel berkaitan: Doa Untuk Palestin: Lafaz Doa dan Maksudnya
Pengenalan Ekonomi Israel Israel dikenali sebagai antara negara dengan ekonomi yang pesat berkembang di Timur Tengah, didorong oleh sektor teknologi tinggi (high-tech), pertahanan, pertanian moden, dan pelaburan asing.
Negara itu mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi AS$500 bilion, dan menjadi hab penting bagi syarikat teknologi global.
Walau bagaimanapun, di sebalik kekuatan ekonominya, Israel kini berdepan tekanan besar akibat konflik yang berlarutan, terutamanya perang di Gaza dan ketegangan yang semakin memuncak dengan Iran.
Agensi penarafan kredit Fitch memberi amaran bahawa krisis geopolitik boleh menjerumus Tel Aviv ke dalam tekanan ekonomi serius. Bank Israel pula menganggarkan kos perang antara 2023 hingga 2025 mencecah AS$55.6 bilion (RM243 bilion).
Israel dijangka meningkatkan perbelanjaan ketenteraan sebanyak 1.5% daripada KDNK, yang akan menyebabkan defisit awam meningkat dan membebankan bajet negara. Dalam jangka panjang, situasi ini boleh mengurangkan pelaburan asing, melemahkan sektor eksport dan meningkatkan inflasi.
Kenapa Perlu Boikot? Boikot merupakan cara paling berkesan dan aman untuk menunjukkan penentangan terhadap kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Ia bukan sekadar menolak produk, tetapi tindakan simbolik dan strategik untuk memberi tekanan dari segi ekonomi, politik, dan moral.
1. Tekanan Ekonomi kepada Penindas
Setiap ringgit yang dibelanjakan untuk produk yang menyokong Israel boleh menjadi sumber kewangan untuk meneruskan penindasan dan peperangan.
Dengan memboikot, kita secara langsung mengurangkan aliran dana kepada rejim yang menindas rakyat Palestin. Langkah ini boleh menjejaskan kekuatan kewangan Israel dan memberi kesan besar terhadap operasi ketenteraan mereka.
2. Tindakan Aman Tetapi Berkesan
Boikot ialah senjata tanpa kekerasan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Walaupun kelihatan kecil, jika dilakukan secara kolektif oleh jutaan pengguna, ia memberi impak ekonomi yang besar dan menyampaikan mesej bahawa masyarakat dunia tidak menyokong kekejaman mereka.
3. Kuasa Pengguna Mampu Bawa Perubahan
Apabila syarikat melihat produk mereka ditolak kerana menyokong Israel, mereka akan terdorong untuk mengubah dasar atau memutuskan hubungan dengan entiti yang terlibat.
Ini membuktikan bahawa kuasa pengguna mampu mempengaruhi keputusan korporat dan dasar global.
4. Sokongan Pemimpin dan Tokoh Dunia Islam
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, turut menyarankan umat Islam terus memboikot produk dan syarikat yang menyokong serta menyalurkan dana kepada Israel.
Beliau menegaskan bahawa walaupun masyarakat dunia tidak mempunyai banyak cara untuk menghentikan kekejaman rejim Zionis, boikot adalah tindakan nyata yang boleh dilakukan oleh semua orang.
Menurut beliau:
“Umat Islam seramai 1.7 bilion di seluruh dunia. Jika separuh atau suku daripada jumlah itu memboikot, ia satu isyarat jelas kepada Israel.”
Tun Dr. Mahathir juga menekankan bahawa pengguna boleh menggantikan produk yang diboikot dengan alternatif tempatan yang tidak kurang hebatnya. Beliau secara berseloroh menyatakan:
“Saya bersyukur kerana saya tidak minum lagi kopi Starbucks. Saya pergi kedai lain. Rupa-rupanya kopi kedai lain lagi sedap daripada Starbucks.”
Beliau turut menyarankan umat Islam merujuk senarai produk yang menyokong Israel di media sosial sebagai panduan sebelum membuat pembelian, supaya pilihan kita selari dengan prinsip kemanusiaan dan solidariti terhadap Palestin.
Sumber: Harian Metro, 21 November 2023
Senarai Jenama Produk Popular Pro Israel Menurut NGO Aqsa Working Group dan #BDSmovement, berikut antara produk popular Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel :
Dior Coca Cola Pepsi Nescafe Starbucks Unilever HP (Hewlett Packard) Garnier Nike Revlon Estee Lauder Apple (Mac) Palmolive Kellogg’s Nivea McDonald’s Dove KitKat Nestle Colgate Neutrogena Rexona Evian Marks & Spencer NOTA: *PUMA telah menarik sokongan terhadap Israel pada Disember 2023 Sumber: Aqsa Working Group Sumber: BDS Movement Semakan Senarai Produk Yang Memberi Sokongan Kepada Israel Terkini, anda boleh membuat semakan di laman web berikut untuk mengetahui sama ada sesebuah jenama terlibat dengan pembangunan ekonomi atau penglibatan tentera Israel
1. Semak Melalaui Boycott The Witness
Semakan tersebut boleh dibuat di laman web https://boycott.thewitness.news/
Pelbagai kategori boleh dilihat dalam laman web ini dan ia sering dikemaskini dari semasa ke semasa. Layari : https://boycott.thewitness.news/ untuk membuat semakan produk jenama Israel yang patut diboikot.
Dalam laman web tersebut, akan dinyatakan senarai lengkap serta alasan KENAPA produk tersebut diboikot. Terdapat juga butang ‘Proof’ untuk anda mengetahui bukti dakwaan tersebut dengan lebih terperinci.
Aksesori Pakaian & Fesyen
Berikut merupakan antara produk dari Israel bagi kategori pakaian dan fesyen:
Source Sandals (Tekking dan sandal hiking) Elie Tahari TNT (Pakaian) Tzomet Sfarim YVEL (Kalung, Cincin, Anting-anting, Gelang) Leibish & Co. (Perhiasan) Cassidi Castro Fox (Pakaian) Gottex (Pakaian renang pereka) Honigman Kenvelo Naot (Kasut, sandal) Makanan & Produk Tenusu
Berikut merupakan antara produk dari Israel bagi kategori Makanan & Produk Tenusu:
L’Chaim Vodka Landwer Coffee Lone Tree Brewery MacDavid Max Brenner Mey Eden Neviot (air mata air) Noblesse (rokok) Osem (syarikat) Rabl (syarikat) Kumpulan Strauss Tara (Israel) Tempo Beer Industries Time (rokok) Tiv Ta’am Tnuva Vodka Perfect Teh Wissotzky Angel Bakeries Bamba (Kudapan) Berman’s Bakery Bissli (snek gandum Israel) Carmel Agrexco Kilang Wain Carmel Air Mineral Ein Gedi Hijau Galilee Klik (gula-gula) Krembo Ubat, Kesihatan, Perubatan & Produk Makanan
Berikut merupakan antara produk dari Israel bagi kategori Ubat, Kesihatan, Perubatan & Produk Makanan
Teva Pharmaceuticals CardiacSense Ltd Super-Pharm Teva Active Pharmaceutical Ingredients 2. Semak Melalui Boycott Israel
Selain itu, anda juga boleh buat semakan melalui pautan ini: https://boycott-israel.org/boycott.html
Boycott-Israel.org ialah sebuah platform yang berpangkalan di Aarhus, Denmark.
Platform ini berusaha menyokong keamanan, keadilan dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia.
Matlamat mereka adalah untuk menggunakan pengaruh secara bertanggungjawab bagi memupuk nilai kemanusiaan dan amalan beretika dalam masyarakat.
Produk Alternatif Buatan Malaysia Tahukah anda, terdapat pelbagai alternatif produk buatan Malaysia dan keluaran tempatan yang boleh dibeli, antaranya :
Marrybrown Secret Recipe 1901 Manhattan Fish Market Zus Coffee San Francisco Coffee Padini Saji Gardenia Adabi Sunquick Mak Siti Mokti’s Ice Cream Beryl’s Boh Tea Ramly Burger Faiza Adela Ayamas Mydin Az-Zain Elianto Simplysiti Big Apple Jimmy Choo Ogawa Appeton Rujuk selanjutnya : Jenama Barang Buatan Malaysia (Alternatif Produk Pro-Israel)
Panduan Boikot Oleh Mufti Wilayah Persekutuan Panduan berikut amat wajar dipertimbangkan agar boikot yang dilaksanakan benar-benar mencapai matlamat, berstrategi, tidak menyimpang daripada objektif yang digariskan dan tidak menzalimi pihak yang tidak bersalah:
1 – Fokus matlamat kempen boikot adalah untuk menekan syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung agar menukar polisi mereka berkenaan Palestin dan Israel.
2 – Dalam melaksanakan boikot, sikap tabayyun dalam menerima maklumat adalah amat diperlukan, bagi memastikan syarikat yang ingin diboikot benar-benar ada penglibatan secara langsung dengan Israel. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang kezaliman terhadap pihak yang tidak bersalah.
3 – Kita hendaklah melaksanakan kempen boikot secara bijak dan berhikmah dan tidak bertindak dengan cara ekstrem dan melulu seperti memaki hamun pekerja di syarikat yang terlibat memandangkan mereka sekadar mencari rezeki, mensabotaj dengan merosakkan infrastruktur atau mengambil gambar pelanggan yang sedang makan dan menularkannya ke media sosial dengan tujuan menjatuhkan imej.
4 – Kita juga perlu mengambil kira pengecualian dalam kes terpencil, contohnya terdapat pihak yang tidak mampu menjayakan keseluruhan boikot jenama-jenama berkenaan kerana kekangan tertentu seperti masalah kesihatan dan ubat yang diperlukan hanya dikeluarkan oleh jenama tertentu sahaja, atau anak hanya boleh minum susu jenama tertentu sahaja, jika ditukar akan menyebabkan masalah alahan dan sebagainya.
5 – Hukum pekerja yang bekerja di syarikat francais yang mereka membayar royalti kepada syarikat induk yang mungkin terlibat dengan menyumbang kepada negara haram Israel adalah harus dan gajinya adalah halal selagi syarikat yang mereka bekerja tidak membantu Israel secara langsung seperti memberi sumbangan atau lain-lain.
Kesimpulan Kesimpulannya, boikot bukan sekadar tindakan kecil ia adalah mesej global bahawa kekejaman tidak akan diterima.
Setiap ringgit yang anda belanjakan membawa kesan. Dengan menolak produk yang menyokong penindasan, kita menggunakan kuasa pengguna untuk “mendera” rejim Israel secara ekonomi, menyokong perjuangan rakyat Palestin, dan menunjukkan solidariti kita sebagai umat manusia.
Pilih produk yang bukan sahaja memenuhi keperluan hidup, tetapi juga menyokong nilai kemanusiaan dan keadilan termasuk perjuangan rakyat Palestin.
Sumber: BAYAN LINNAS SIRI KE-281: BOIKOT EKONOMI SEBAGAI STRATEGI MELAWAN ZIONIS: NASIHAT DAN PANDUAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/produk-israel/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=produk-israel

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Senarai Telefon Android Dengan Rekaan Hampir Sama Iphone 17 Pro

Ini Senarai Telefon Android Dengan Rekaan Hampir Sama Iphone 17 Pro

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 693 hits
Apple telah pun melancarkan model terbaru iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max dengan harga bermula dari RM5 499 Pada harga premium itu tidak semua yang mampu memilikinya Namun keinginan untuk memilikinya pastinya ada Jadi sebagai penyelesaian ada ...
Kotak Packaging Produk Fesyen Cara Buat Jenama Anda Lebih Menonjol

Kotak Packaging Produk Fesyen Cara Buat Jenama Anda Lebih Menonjol

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 125 hits
Dalam dunia fesyen yang penuh dengan persaingan jenama bukan sahaja produk anda perlu kelihatan menarik tetapi kotak packaging produk fesyen juga memainkan peranan penting untuk menonjolkan identiti dan nilai jenama anda Sama ada anda menju...
Pro Palestine Flashmob Members Accused Of Hypocrisy By Targeting Iphone 17 Apple For Supporting Israel

Pro Palestine Flashmob Members Accused Of Hypocrisy By Targeting Iphone 17 Apple For Supporting Israel

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 136 hits
IT is a loaded question why boycott certain products for alleged support of Israel in the on going conflict in Palestine It is a topic that is hotly debated the world over and Malaysia is no different with questions of selective persecution...
From Israel To Islam Zionist Lady Turns Pro Palestine But Netizens Warn She Might Be A Spy

From Israel To Islam Zionist Lady Turns Pro Palestine But Netizens Warn She Might Be A Spy

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 55 hits
CITIZENS of Israel who travel across the world will need to be careful with all that negative narrative about the country and its people News of Israeli tourists being beaten or harassed is no longer news And with all the atrocities and bru...
Abpbh 2025 Senarai Pemenang Keputusan Anugerah Bintang Popular 37

Abpbh 2025 Senarai Pemenang Keputusan Anugerah Bintang Popular 37

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 738 hits
Anugerah Bintang Popular BH atau ABPBH 37 merupakan antara majlis anugerah tertua di negara ini dan penganjurannya kembali sekali lagi pada tahun 2025 ini ABPBH pertama kali dianjurkan pada tahu 1987 ini penganjuran pada tahun ini merupakan...
Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 91 hits
Status terkini aktivis Malaysia yang ditahan rejim Israel atau terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara setakat jam 11 50 pagi 2 Oktober 2025 KUALA LUMPUR 2 Okt Kemaskini senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dal...
Pernah Cecah Jualan Rm200 Juta Jenama Pakaian Popular Umum Gulung Tikar Kilang Dulu Beroperasi Kini Sepi

Pernah Cecah Jualan Rm200 Juta Jenama Pakaian Popular Umum Gulung Tikar Kilang Dulu Beroperasi Kini Sepi

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 461 hits
Baru baru ini di laman Threads tular satu hantaran mendedahkan jenama pakaian yang pernah menjadi rebutan rakyat Malaysia iaitu Sabella dan Hasnuri kini difahamkan akan menutup operasi untuk selamanya Dalam hantaran tersebut jenama yang dah...
Detained Gsf Activists Arrive At Port Of Ashdod In Israel

Detained Gsf Activists Arrive At Port Of Ashdod In Israel

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 83 hits
The GSF legal team has started contacting them to provide legal aid The foreign ministry said that all 23 Malaysians detained by Israel while participating in the GSF humanitarian aid mission are safe and will be repatriated via a third cou...
Israel Tahanan Aktivis Sumud Flotila Akan Diusir Ke Eropah

Israel Tahanan Aktivis Sumud Flotila Akan Diusir Ke Eropah

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 89 hits
Malaysiakini nbsp Kementerian Luar Israel memaklumkan bahawa aktivis yang ditahan daripada Flotila Global Sumud akan diusir tidak lama lagi Merujuk kepada aktivis itu sebagai penumpang Hamas Sumud kementerian berkenaan turut mengesahkan mer...
Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum

Jalan Jalan Bandar Georgetown Chew Jetty

Genocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti Di Sebalik Tragedi

Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Lirik Lagu Sumud Nusantara Fetya

Usa89 10 July Usa89 Top 30 By Iris