Senarai Penuh 34 Sekolah Diarah Tutup Oleh Menteri Pendidikan Di Pasir Gudang





SEKOLAH yang terletak dalam lingkungan jarak tiga kilometer dari Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor diarahkan tutup serta merta.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, keputusan itu dibuat memandangkan keadaan di kawasan berkenaan yang masih kritikal dan membahayakan murid, guru dan kakitangan sekolah.

Menurutnya, sehingga hari ini, sebanyak 34 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta merta dan tiada sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan sehingga disahkan selamat.

“Selepas melihat keadaan yang semakin meruncing, saya mengarahkan 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta merta. Ini untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada murid dan warga sekolah.

“Ingin saya tegaskan Kementerian Pendidikan bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Tenaga, Sains dan Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan murid, guru dan kakitangan sekolah menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Kementerian Pendidikan memandang serius isu berkenaan kerana ia membabitkan nyawa murid, guru dan kakitangan sekolah serta menggesa penjenayah terbabit dibawa ke muka pengadilan dengan segera.



Dalam sidang media selepas melawat Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Chow Kit, hari ini, Maszlee berkata, kementerian akan mendapatkan khidmat pakar dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor untuk memastikan insiden pencemaran gas dapat dikawal segera.

“Kejadian ini menjejaskan aktiviti persekolahan namun dalam masa sama kita tidak boleh berkompromi dengan keadaan persekitaran yang boleh menjejaskan kesihatan murid, guru dan kakitangan sekolah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, SBJK adalah contoh terbaik institusi pendidikan di negara ini serius untuk memastikan golongan tidak bernasib baik seperti gelandangan dan anak yang tidak mempunyai sijil kelahiran mendapat pendidikan sebaik mungkin.

Beliau berkata, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan diminta untuk tampil menghulurkan bantuan daripada pelbagai aspek untuk membolehkan lebih banyak sekolah yang membela nasib mereka yang kurang berkemampuan dapat dibina di negara ini.

“Negara luar kagum dan mengambil SBJK sebagai contoh untuk digunakan dalam sektor pendidikan di negara mereka.

“Ini membuktikan usaha mewujudkan SBJK memberi impak positif khususnya dalam memastikan golongan kurang berkemampuan turut menerima pendidikan yang adil,” katanya.

Senarai sekolah diarahkan tutup setakat 13 Mac 2019

1. Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih

3. Sekolah Kebangsaan Pasir Putih

4. Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort

6. Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2

7. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai 2

8. Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3

9. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai

10. Sekolah Kebangsaan Kota Masai

11. Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh

12. Sekolah Agama Kampung Pasir Putih*

13. Sekolah Agama Taman Pasir Putih*

14. Sekolah Kebangsaan Scientex

15. Sekolah Kebangsaan Taman Mawar

16. Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai

17. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting 1

18. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Cendana

19. Sekolah Seni Malaysia

20. Sekolah Menengah Scientex

21. Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia

22. Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Gudang 4

23. Sekolah Kebangsaan Nusa Damai

24. Sekolah Kebangsaan Kopok

25. Sekolah Kebangsaan Cahaya Masai

26. Sekolah Kebangsaan Taman Cendana

27. Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2

28. Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3

29. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2

30. Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Timur

31. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3

32. Sekolah Kebangsaan Masai

33. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang

34. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 4


Sumber : harian metro

© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Sumber Senarai penuh 34 sekolah diarah tutup oleh menteri pendidikan di Pasir Gudang

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/03/senarai-penuh-34-sekolah-diarah-tutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesemua 111 Buah Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta Merta Tiada Darurat

Kesemua 111 Buah Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta Merta Tiada Darurat

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 725 hits
Kesemua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang Johor diarah tutup serta merta hari ini sehingga ke satu tarikh akan diumumkan kelak kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Maszlee dalam satu kenyataan malam ini berkata keputusan itu dibuat ber...
Isu Pencemaran Semua Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup

Isu Pencemaran Semua Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 411 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan untuk menutup semua sekolah iaitu sebanyak 111 buah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta merta hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak Menterinya Dr Maszlee Mali...
Makin Melarat Selain Sekolah Pekerja Sekitar Pasir Gudang Juga Diserang Gas Beracun

Makin Melarat Selain Sekolah Pekerja Sekitar Pasir Gudang Juga Diserang Gas Beracun

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 597 hits
Insiden pencemaran bahan kimia di sekitar Pasir Gudang sejak 7 Mac lalu menyebabkan mangsa mengalami beberapa simptom seperti loya nbsp muntah dan sesak nafas Walaupun kebanyakan mangsa terlibat adalah murid pelajar guru kakitangan dan peke...
Pencemaran Makin Teruk Tutup Semua Sekolah P Gudang Beerjaga Jaga

Pencemaran Makin Teruk Tutup Semua Sekolah P Gudang Beerjaga Jaga

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 543 hits
PASIR GUDANG Semakin teruk Itulah gambaran yang dapat diberikan berikutan isu pencemaran udara akibat sisa pembuangan bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim di sini Menteri Pendidikan dalam kenyataan pada jam 10 30 ...
Sungai Kim Kim Menteri Lantik 3 Pakar Utm Anggota Jawatankuasa Bencana Pasir Gudang

Sungai Kim Kim Menteri Lantik 3 Pakar Utm Anggota Jawatankuasa Bencana Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 722 hits
JOHOR BAHRU Tiga orang pakar dari Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Saintifik oleh Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim YB Yeo Bee Yin bagi membantu memberikan ma...
Lawatan Bencmarking Mqs Oleh Unikl Mitec Pasir Gudang

Lawatan Bencmarking Mqs Oleh Unikl Mitec Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 581 hits
LAWATAN BENCMARKING MQS OLEH UNIKL MITEC PASIR GUDANGTarikh 18 Februari 2019Masa 8 30 Pagi UniKLMITEC Pasir Gudang telah melawat IKM JB untuk melihat persediaan persediaan yang telah IKM JB buat bagi audit Mara Ecosystem Quality Standard Un...
Tak Perlu Rujuk Kementerian Untuk Tutup Sekolah Timb Menteri

Tak Perlu Rujuk Kementerian Untuk Tutup Sekolah Timb Menteri

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 206 hits
MANA MANA sekolah yang kawasannya mencatatkan indeks pencemaran udara tertentu boleh ditutup tanpa rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata penutupan itu bagaimapun haruslan mengikut standard...
Kandungan Hidrogen Sianida Di Pasir Gudang Lebih Tinggi Berbanding Sebatang Ro Kok Menteri Kesihatan

Kandungan Hidrogen Sianida Di Pasir Gudang Lebih Tinggi Berbanding Sebatang Ro Kok Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 356 hits
SHAH ALAM Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad membuat penjelasan bahawa kandungan hidrogen sianida yang dikesan di ruang udara Pasir Gudang jauh lebih rendah berbanding sebatang ro kok Katanya berdasarkan bacaan hidrogen sianida yang...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan