Senarai Penjual Jam Tangan G Shock Original Dan Boleh Dipercayai


Alang-alang nak pakai jam tangan G-Shock, pakailah jam tangan yang original.
 
Dekat luar sana, ada terlalu banyak penjual jam tangan G-Shock yang mengaku jual barang original, tapi sebenarnya jual yang palsu.
 
Memang agak sukar untuk kita kenalpasti, mana satu yang original dan mana satu yang palsu. Tapi kalau kita lihat penjual tu tawarkan harga yang sangat rendah, dan terlalu berbeza dengan harga di kedai, dari situ kita boleh berjaga-jaga yang penjual tersebut sebenarnya menjual jam tiruan.
 
Kalau anda memang jenis yang tak kisah pakai barangan tiruan, sebab barang tersebut murah, maka info yang saya kumpulkan disini mungkin tak berapa relevan untuk anda. Jam tangan G-Shock tiruan memang boleh diperolehi dengan harga serendah RM50 bergantung kepada jenis model.

Tapi kalau dah nama pun tiruan, tak perlulah nak persoalkan lagi soal kualiti. Dengan jam tak water resistant, butang kebanyakkannya tak berfungsi dan warna jam yang salah. Macam-macam lagi.
 
Baru-baru ini, saya ada buat carian untuk kenalpasti kedai-kedai online yang menjual jam tangan jenama G-Shock yang menjual produk original sahaja. Jadi kat sini, saya kongsikan kepada anda hasil carian tersebut. In Shaa Allah di masa akan datang, jika ada pertambahan senarai, saya akan update posting ini.
 
Tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia senarai kedai online dan laman web yang menjual jam tangan G-Shock Original.

 
(1) Laman web rasmi Casio G-Shock Mana lagi tempat terbaik untuk dapatkan jam tangan G-Shock kalau bukan melalui laman web rasmi mereka?
 
Ini dia laman web rasmi G-Shock.
https://world.g-shock.com/asia-mea/en/

Kalau nak beli secara online melalui laman web rasmi ni, macam tak boleh. Tapi kita boleh gunakan fungsi “store” untuk membuat carian dimana kedai fizikal yang menjual jam tangan G-Shock Original.
 
Sebagai contoh, saya gunakan fungsi store locator dan untuk kenalpasti lokasi kedai di Kuala Lumpur yang menjual jam tangan original. Ini adalah hasilnya.

Untuk sekitar Kuala Lumpur, boleh walk in ke Fahrenheit 88, Isetan KLCC, Mid Valley Megamall, NU Sentral Mall ataupun di Isetan The Japan Store.
 
Bagusnya bila beli dekat kedai, kita boleh pegang dulu, cuba pakai dekat tangan dulu, belek-belek sampai puas hati lepas tu baru buat bayaran.
 
(2) Casio Official Lazada Mall Flagship Store  Ini merupakan kedai rasmi milik Casio yang dibuka melalui platform Lazada. Anda boleh ke halaman ini untuk akses ke official store milik Casio.

Apabila kita buat pembelian melalui kedai rasmi atau yang berstatus LazMall di laman web Lazada, kita diberikan 3 jaminan iaitu
i. Barang yang dibeli confirm authentic, genuine, original
Pihak Lazada akan berikan dua kali ganda wang balik jika kita memperolehi barangan yang tidak authentic apabila buat pembelian melalui kedai berstatus LazMall.
 
ii. Boleh buat pemulangan produk dalam masa 15 hari
Ayatnya ialah easy returns. Maksudnya kalau dalam masa 15 hari tiba-tiba kita berubah fikiran, boleh pulangkan barang dan dapatkan wang balik. Macam biasalah, tertakluk pada terma dan syarat.
 
iii. Servis penghantaran yang pantas
Barang yang ditempah akan dihantar dalam masa 24 jam. Jadi kita tak perlulah nak menunggu terlalu lama untuk dapatkan barang yang kita tempah.
 
Anda boleh baca maklumat seperti pada screenshot dibawah ini untuk lebih faham tentang status LazMall ini ya.

Lepas ni kalau nak buat pembelian, cari mana-mana kedai yang ada status LazMall dan lepas tu bolehlah buat bayaran dengan tenang sebab ada macam-macam jaminan. Walaubagaimanapun, saya dapati beli melalui official store ni harganya agak mahal.
 
Tak apa, kalau harga yang menjadi isu, kita tengok pula pada pilihan yang lain ya.
 
(3) The Wola LazMall Flagship Store Saya jumpa kedai ini secara tak sengaja. Statusnya juga adalah LazMall Flagship Store. Jadi tawaran yang mereka berikan memang boleh dipercayai dan mereka hanya menjual produk yang authentic sahaja.

The Wola ini juga ada menjual pelbagai model jam tangan jenama Casio G-Shock. Anda boleh terus ke pautan ini untuk melihat tawaran yang diberikan oleh The Wola.
 
The Wola ini fokusnya adalah menjual pelbagai barangan aksesori gaya hidup dan juga fesyen. Kalau nak buat pembelian terus ke laman web rasmi mereka juga boleh. Anda boleh layari pautan ini http://www.thewola.com/
 
Saranan saya, sebelum buat pembelian cuba buat perbandingan harga, kalau harganya sama, boleh terus buat bayaran. Tapi manalah tahu kalau harga yang ditawarkan melalui Lazada lebih rendah, maka belilah dekat Lazada.
 
Kadang-kadang harga di Lazada boleh jadi lebih rendah sebab ada voucher diskaun dan sebagainya.
 
(4) All In One Hub  All In One Hub ini merupakan satu lagi kedai yang menjual pelbagai jenama jam tangan yang terdapat di laman web Lazada.

Saya tertarik dengan kedai online ini sebab harga yang mereka tawarkan berkali ganda lebih murah berbanding kedai official.
Sila ke pautan ini untuk akses ke kedai online All In One Hub.
 
Ya, mereka tidak mempunyai status LazMall tetapi kalau kita lihat pada review dan komen pembeli terdahulu, banyak yang puas hati dengan produk yang mereka jual.
 
No wonder mereka mempunyai 98% positive Seller Ratings. Ketika catatan ini saya tulis, saya juga sedang mempertimbangkan untuk beli seutas jam tangan melalui kedai ini.
 
(5) C&H Movement Saya dah follow C&H Movement ini agak lama. Cuma sampai sekarang masih belum pernah buat sebarang pembelian melalui kedai ini.

Almaklumlah, bajet untuk beli jam tangan G-Shock melalui kedai ini masih belum ada. Setiap kali kumpul duit, dan bila duit dah nak cukup, asyik ada-ada je benda lain nak kena beli.
Layari pautan ini untuk ke kedai online C&H Movement.
 
Nak tak nak, terpaksalah utamakan hal lain yang lebih penting tu. Dengan kedai C&H Movement ini, saya sebenarnya tertarik nak beli model G-Shock GA-400HR-1A yang didatangkan dengan warna hitam dan merah.

Harganya kejap naik kejap turun, mungkin sebab kedai ini kadang-kadang buat promosi. Kalau kebetulan ada promosi 9.9, 10.10, 11.11 dan 12.12 kadang-kadang boleh dapat dengan harga lebih rendah.
 
Untuk model ini, anda boleh lihat listing tersebut menerusi pautan ini, dan anda boleh baca sendiri review dan juga soalan-soalan dari pembeli terdahulu. Disebabkan banyak sangat yang puas hati, barulah saya yakin untuk buat pembelian melalui C&H Movement.
 
(6) Stussy Gallery  Stussy Gallery, All In One Hub dan juga C&H Movement, mereka ni macam lawan-lawan harga pula.

Sebelum nak buat pembelian untuk satu-satu model G-Shock, saya kira ada baiknya cuba buat perbandingan antara tiga kedai ini.
Anda boleh ke pautan ini untuk akses ke Stussy Gallery.
 
Memandangkan mereka semua jual jam G-Shock Original, menawarkan servis yang baik, at the end of the day, kita boleh pilih mana-mana satu yang tawarkan best price. Tak gitu?
 
(7) Casio Official Store Shopee Mall Dekat laman web atau Apps Shopee juga ada kedai rasmi milik Casio.

Kalau nak lebih keyakinan, bolehlah beli dekat Casio Official Store. Macam biasa, harganya sedikit tinggi kalau nak bandingkan dengan lain-lain kedai jam yang terdapat di Shopee.
 
Ini dia pautan untuk ke Casio Official Store di Shopee.
 
(8) Shopee TS Timepiece TS Timepieces ni statusnya ialah Shopee Preferred atau dalam bahasa melayu kedai pilihan Shopee.

Kedai ini ada rekod dan rating yang bagus. Bila saya semak komen-komen dan review dari pembeli terdahulu, ada ramai juga yang memberikan feedback positif dan juga memuji khidmat yang mereka berikan.
Sila ke pautan ini untuk direct akses ke TS_Timepieces.
 
Biasalah kalau nak beli jam tangan G-Shock yang agak mahal harganya, sudah tentu sebagai pelanggan kita akan tanya macam-macam soalan sampai kita betul-betul puas hati.
 
Bukan apa, risau juga kalau dah bayar mahal-mahal, sekali barang yang kita dapat tu sebenarnya barangan fake, palsu atau sekadar copy ori 1:1.
 
Kalau tengok pada salah satu listing, iaitu untuk model Casio G-Shock Mudmaster Carbon Core Guard GG-B100-1A3 ini, model ini telah dibeli sebanyak 19 kali dan tak ada satu pun komen negatif dari pembeli.

Anda boleh lihat lain-lain komen dan review untuk model jenis ini melalui pautan ini.
 
Selain beli melalui laman web Lazada dan juga Shopee, anda juga boleh beli terus dari negara Jepun. Harga yang anda bakal perolehi mungkin lebih rendah, cuma bila beli terus dari Jepun, anda akan dapat Japanese Set Product dengan manual dan waranti semua dari Jepun.
 
Untuk ketahui macam mana nak beli pelbagai produk dari Jepun dengan selamat, anda boleh rujuk pada halaman ini ya.
 
The post Senarai penjual Jam Tangan G-Shock Original dan boleh dipercayai appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/jam-tangan-g-shock-original/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Para Artis Indonesia Dituding Pakai Jam Tangan Palsu Terbaru Barbie Kumalasari

Para Artis Indonesia Dituding Pakai Jam Tangan Palsu Terbaru Barbie Kumalasari

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 371 hits
Mengikuti kehidupan artis memang selalu menarik Terlebih soal glamour nya kehidupan yang dijalani oleh artis Indonesia
Senarai Laman Web Yang Boleh Digunakan Untuk Iklankan Bisnes Homestay Anda

Senarai Laman Web Yang Boleh Digunakan Untuk Iklankan Bisnes Homestay Anda

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 724 hits
Kat mana tempat terbaik nak iklankan bisnes homestay yang sedang dijalankan Sepanjang saya menulis blog dan menulis topik tentang bisnes homestay dan pemasaran homestay saya kerap dihubungi oleh pengendali bisnes homestay yang mempunyai mas...
Tak Cuma Jam Tangan Ini Deretan Barang Aspal Barbie Kumalasari

Tak Cuma Jam Tangan Ini Deretan Barang Aspal Barbie Kumalasari

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 219 hits
Nama Barbie Kumalasari kerap menjadi sorotan publik Hal ini karena Barbie Kumalasari yang gemar memamerkan barang barang mewahnya
Garmin Marq Commander Dilancarkan Jam Tangan Pintar Untuk Kegunaan Tentera

Garmin Marq Commander Dilancarkan Jam Tangan Pintar Untuk Kegunaan Tentera

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 443 hits
Mac lalu lima model dilancarkan bagi mereka yang memerlukan jam tangan pintar mewah dengan rekaan yang kelihatan profesional Minggu ini tiba giliran Garmin MARQ Commander pula dilancarkan dengan rekaan tahan lasak yang memenuhi keperluan ke...
Menantu Elvy Sukaesih Simpan Sabu Di Jam Tangan

Menantu Elvy Sukaesih Simpan Sabu Di Jam Tangan

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 230 hits
Menantu Elvy Sukaesih Simpan Sabu di Jam Tangan Dari penangkapan dua orang itu polisi amankan beberapa barang bukti berupa narkotika jenis sabu
Spotify Kini Akhirnya Boleh Dikawal Menggunakan Siri

Spotify Kini Akhirnya Boleh Dikawal Menggunakan Siri

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 257 hits
Awal Mac lalu Spotify menuduh Apple tidak berlaku adil kerana mengehadkan kawalan siri hanya untuk Apple Music Bagi mendapatkan keadilan laporan telah difailkan oleh Spotify kepada Suruhanjaya Kesatuan Eropah Nampaknya isu ini telah selesai...
Dr M K Jaan Boleh Kurangkan Bayaran Tol Bukan Hapus Serta Merta

Dr M K Jaan Boleh Kurangkan Bayaran Tol Bukan Hapus Serta Merta

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 390 hits
Oleh kerana itu kata perdana menteri kerajaan bersedia memberi pertimbangan kepada tawaran daripada mana mana pihak swasta
3 Jenis Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menziarahi Orang Sakit

3 Jenis Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menziarahi Orang Sakit

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 428 hits
3 Jenis Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menziarahi Orang Sakit Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain adalah menziarahi apabila sakit Dalam masyarakat kita amalan menziarahi ketika sakit memang menjadi kebiasaan Selalunya kita akan membaw...
Bukan Sekadar Seorang Anak Tapi Jadikan Mereka Sahabat Mak Ayah Baru Boleh Rapat

Bukan Sekadar Seorang Anak Tapi Jadikan Mereka Sahabat Mak Ayah Baru Boleh Rapat

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 544 hits
Personaliti Instafamous ini bersederhana dan dia juga sering berkongsi info di dalam penulisan blognya Juga rajin membuat perkongsian melalui laman Instagram Isteri kepada Dr Anwar Fazal Abu Bakar ini juga sempat Pa Ma dekati untuk mencungk...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo