Senarai Laman Web Yang Boleh Digunakan Untuk Iklankan Bisnes Homestay Anda
Kat mana tempat terbaik nak iklankan bisnes homestay yang sedang dijalankan?
Sepanjang saya menulis blog dan menulis topik tentang bisnes homestay dan pemasaran homestay, saya kerap dihubungi oleh pengendali bisnes homestay yang mempunyai masalah untuk dapatkan tetamu untuk menginap di homestay milik mereka.
Bila saya interview mereka ini, saya dapati terdapat beberapa persamaan antara mereka yang ada masalah untuk dapatkan tetamu.
Masalah yang paling common adalah iklan yang dihasilkan kurang menarik dan tak ramai yang nampak iklan tersebut. Bercakap tentang topik iklan, dekat sini saya nak kongsikan senarai laman web yang patut anda target untuk iklankan bisnes homestay yang anda jalankan.
Kali ini saya hanya akan buat senarai laman web sahaja dulu. In Shaa Allah next time, jika diberi kekuatan dan kesempatan, saya akan cerita tentang cara menulis iklan pula. Ada juga keadaan dimana individu tersebut telah iklankan homestay di laman web yang saya nyatakan dibawah ini tapi masih belum dapat sebarang tetamu.
Selain kena tahu tempat yang betul untuk iklankan bisnes, kena juga tahu cara menulis iklan atau cara mempersembahkan iklan supaya bakal tetamu rasa WOW dengan homestay anda.
Baiklah tanpa membuang lebih banyak masa, saya senaraikan dibawah laman web untuk anda iklankan bisnes homestay milik anda. Kalau sebelum ini, anda tak pernah gunakan servis dari mana-mana laman web dibawah ini, saya harap selepas anda baca perkongsian saya ini, akan terbuka hati anda untuk cuba perkhidmatan yang mereka tawarkan ini ya.
(1) Airbnb.com
Saya mulakan dengan laman web Airbnb.
Program perkongsian rumah menerusi Airbnb ini juga semakin popular dan diterima di negara kita. Saya dapati ada beberapa projek perumahan yang dibina khusus untuk tujuan pelaburan dan mesra Airbnb.
Contohnya macam salah satu apartment di Sabah yang pernah saya menginap dulu, iaitu di Sutera Avenue kebanyakkan unit disewakan untuk short term melalui Airbnb dan juga lain-lain laman web tempahan Online Travel Agent (OTA).
Jika anda baca ebook berjudul Jutawan Homestay ini, penulis ebook ini juga mencadangkan anda untuk menggunakan perkhidmatan dari laman web Airbnb untuk mengiklankan homestay milik anda.
Apabila anda mula mengiklankan homestay anda melalui Airbnb, pada waktu itu anda membuka peluang untuk pelancong dari luar negara dan serata dunia untuk mengetahui kewujudan homestay milik anda.
Airbnb ada menawarkan program referral kepada mereka yang telah mendaftar sebagai ahli. Menerusi program ini, kita sebagai ahli, boleh kongsikan Travel Credit kepada mereka yang masih belum menjadi ahli di laman web Airbnb.
Ini contoh Travel Credit yang kita boleh sebarkan kepada kenalan kita.
Kita berikan Travel Credit bernilai RM165 kepada kenalan kita.
Daripada RM165 tu,
(1) RM120 boleh digunakan untuk buat tempahan homestay
(2) RM45 untuk tempahan experience
Fungsi Travel Credit ini lebih kurang sama macam voucher diskaun. Kalau homestay yang kita nak booking tu harganya RM300 satu malam, dengan menggunakan Travel Credit ini, automatik akan dapat diskaun sebanyak RM120.
Homestay yang berharga RM300 semalaman jadi RM180 sahaja. Dekat situ kita boleh jimat sangat banyak. Kalau anda boleh kumpul Travel Credit ni banyak-banyak, anda juga boleh buat tempahan homestay 100% menggunakan Travel Credit tanpa perlu bayar apa-apa duit.
Sebagai pemilik bisnes homestay, apa kelebihan memberi Travel Credit kepada bakal pelanggan anda? Sudah tentu ada kelebihannya.
Ianya ibarat anda memberikan diskaun sebanyak RM120 kepada bakal tetamu untuk menginap di homestay milik anda , tetapi diskaun yang anda berikan itu, langsung tidak menjejaskan keuntungan yang anda bakal miliki.
Contohnya, homestay anda tetapkan harga RM300 untuk satu malam.
Anda berikan Travel Credit bernilai RM120 kepada bakal pelanggan.
Jadi tetamu anda hanya perlu bayar RM180 sahaja kepada Airbnb.
Setelah tetamu anda check out, dan semuanya tak ada masalah, Airbnb akan bayar kepada anda duit sewa yang dibayar oleh tetamu sebelum ini mengikut harga asal yang anda tetapkan, iaitu sebanyak RM300.
Diskaun sebanyak RM120 tu sebenarnya datangnya dari pihak Airbnb sendiri. Satu lagi berita baik, setelah tetamu tersebut check out, dan saya andaikan yang tetamu tersebut adalah referral anda, anda akan dapat tambahan Travel Credit sebanyak RM60 yang mana anda boleh gunakan untuk buat booking di laman web Airbnb.
Kalau anda dapat bakal pelanggan yang minta diskaun, bolehlah suruh pelanggan ini buat tempahan melalui Airbnb. Walaupun pelanggan ini nanti akan membayar satu harga yang lebih rendah berbanding yang sepatutnya, namun anda tetap dapat harga penuh untuk homestay yang anda iklankan melalui Airbnb.
Masih kurang jelas dengan konsep diskaun yang saya maksudkan?
Baca juga artikel saya sebelum ini: Beri tawaran diskaun untuk tingkatkan sales bisnes homestay anda
Tapi kalau pelanggan anda jenis yang tak banyak soal, tak banyak kerenah, boleh sahaja minta mereka ini buat tempahan secara terus kepada anda.
(2) Booking.com
Laman ini merupakan satu laman Online Travel Agent yang kita boleh gunakan untuk membuat tempahan, bukan sekadar tempat penginapan, malahan boleh juga buat tempahan tiket penerbangan, kereta sewa, aktviti dan banyak lagi.
Jika anda menjalankan bisnes homestay, anda juga boleh mengiklankan atau menyenaraikan homestay anda di laman web booking ini.
Cuma jika anda menggunakan khidmat dari Airbnb pada masa yang sama, anda perlu pastikan tidak berlaku masalah seperti double booking. Kalau pada tarikh yang sama ada dua pelanggan buat tempahan dan kedua-duanya telah buat bayaran, ini akan memberi masalah kepada anda nanti.
Kalau anda merasakan laman web Airbnb masih belum cukup untuk anda gunakan bagi tujuan dapatkan pelanggan, apa kata anda guna juga laman web booking.com
Tidak kira, apa jenis kediaman, sama ada guest house, apartment, kondo dan sebagainya, anda boleh iklankan di booking.com
Sila buat pendaftaran dan isi borang untuk menyenaraikan homestay milik anda disini.
(3) Agoda.com
Ini satu lagi laman web yang anda patut pertimbangkan untuk iklankan bisnes homestay milik anda. Laman web yang saya maksudkan adalah laman web Agoda.
Antara booking.com dengan agoda.com mana satu yang lebih bagus?
Saya percaya setiap satu ada kelebihannya. Lagipun, penilaian setiap orang berbeza-beza. Bila kita nak pilih mana satu yang lebih bagus, kita sebenarnya sedang membandingkan kriteria apa?
Kalau kita nak bandingkan mana satu lagi murah, antara booking.com dengan agoda.com saya boleh katakan harganya tak jauh beza. Mungkin artikel mengenai perbandingan antara agoda.com dengan booking.com ini saya akan tulis di lain masa.
Buat pengusaha bisnes homestay, anda juga boleh iklankan homestay anda di laman web Agoda. Sila layari halaman ini untuk membuat penyenaraian.
Anda akan dibawa ke halaman seperti dibawah.
Tekan klik pada butang LIST YOUR PLACE NOW dan ikut sahaja langkah seterusnya.
Dari perspektif pengguna, saya lebih suka menggunakan laman web Agoda untuk buat tempahan sebab ada pilihan untuk buat bayaran kemudian (pay later). Lihat screenshot dibawah ini.
Saya sengaja buat dummy booking pada tarikh hari ini iaitu 2 Oktober 2019, dan buat tempahan untuk menginap pada tarikh 9 November 2019. Saya tak perlu bayar apa-apa untuk buat tempahan ini, dan saya hanya perlu buat bayaran pada tarikh 1 November 2019 nanti.
Kiranya masa yang ada ini masih sempat untuk kumpul duit, itupun kalau bajet masih belum ada. Bila kita boleh buat bayaran kemudian macam yang Agoda tawarkan ini, setidak-tidaknya kita tak rasa terlalu terbeban sebab nak kena buat bayaran semua sekali one shot.
Kalau sebagai pengguna, saya suka guna Agoda, maka anda sebagai pemilik bisnes homestay kenalah pastikan homestay anda turut diiklankan di laman web ini. Manalah tahu satu hari nanti, saya juga akan buat tempahan untuk menginap di homestay milik anda.
(4) Homestay.com
Anda pernah dengar nama laman web homestay.com?
Kalau anda menjalankan bisnes homestay, laman web homestay.com adalah satu lagi laman web yang sangat sesuai untuk anda iklankan homestay milik anda.
Konsep laman web ini sebenarnya tak banyak beza dengan konsep laman web Airbnb. Anda juga boleh iklankan homestay milik anda disini. Tanpa membuang lebih banyak masa, anda boleh terus ke halaman ini untuk mula iklankan homestay anda.
Cuma dari pemerhatian saya, saya dapati listing untuk property di Malaysia masih lagi belum banyak kalau nak bandingkan dengan laman web Airbnb. Mungkin ini satu peluang untuk anda, sebab bila belum ada banyak iklan, ini juga menunjukkan anda tidak ada banyak persaingan.
Apa pun, cubalah dulu.
(5) Mudah.my
Nama laman web mudah.my pastinya sudah tidak asing lagi bagi para pengguna internet di Malaysia. Satu masa dulu, sebelum Lazada dan Shopee diperkenalkan dan popular seperti sekarang ini, laman web ini menjadi tumpuan utama untuk mencari pelbagai iklan produk dan perkhidmatan.
Sebenarnya hingga ke hari ini, masih ada lagi yang menggunakan mudah.my sebagai platform untuk iklankan bisnes homestay yang dijalankan. Agak-agak kenapa ya?
Boleh jadi sebab laman web mudah.my ada pengikutnya yang tersendiri. Masih ada ramai lagi yang lebih suka untuk cari perkhidmatan dan produk melalui portal iklan mudah.my
Termasuklah bila nak sewa homestay apabila pergi bercuti. Ini adalah antara iklan homestay yang saya temui di portal iklan mudah.my
Bawah ini juga iklan yang saya ambil dari laman web mudah.my
Next time kalau anda nak cari homestay, mungkin boleh cari di laman web ini. Kalau anda adalah pengusaha bisnes homestay, juga boleh pertimbangkan untuk guna portal ini bagi mengiklankan bisnes anda.
Sama ada iklan disini berkesan atau tidak, itu kita kena tunggu dan lihat sama ada, ada atau tidak bakal pelanggan yang menghubungi anda setelah melihat iklan anda di sini.
Kalau langsung tak ada, tinggalkan sahaja platform iklan ini dan fokus pada platform iklan lain yang lebih berkesan.
(6) Google.com dan juga google.com.my
Ya, jangan ketinggalan untuk iklankan bisnes anda di laman web carian google untuk dapatkan lebih banyak bakal pelanggan!
Sama ada anda perasan ataupun tidak, hakikatnya ada banyak individu yang akan memulakan carian tempat untuk menginap menggunakan laman web google. Pada mulanya mereka mungkin minat nak tahu apa yang menarik yang terdapat disesuatu kawasan atau destinasi percutian.
Kata kunci seperti tempat menarik di Pulau Langkawi, tempat menarik di Port Dickson, tempat menarik di Cameron Highland akan dijadikan pilihan dalam carian yang dilakukan di google.
Setelah mereka puas hati dengan tempat-tempat cadangan yang boleh dikunjungi, seterusnya barulah mereka akan cari tempat untuk menginap. Jika nama homestay atau hotel milik anda muncul di beberapa laman web yang mencadangkan tempat menarik untuk dikunjungi, besar kemungkinan anda juga bakal memperolehi tetamu melalui kaedah pengiklanan ini.
Bagi kaedah iklan seperti ini, anda perlu mempunyai laman blog sendiri, ataupun boleh lihat cadangan ke tujuh saya, iaitu anda menjalinkan kolaborasi dengan pemilik dan penulis blog berkaitan dengan percutian.
(7) Blog tentang percutian milik penulis blog yang anda kenali
Di alam maya ini, terdapat banyak pengendali dan pemilik blog.
Sekiranya anda merupakan pengusaha bisnes homestay, mungkin boleh pertimbangkan untuk jalinkan kerjasama dengan pemilik blog yang fokus menulis tentang tempat percutian, untuk menulis tentang homestay milik anda.
Dekat luar sana memang ada banyak blog, tapi kalau nak cari blog yang benar-benar fokus tentang topik percutian mungkin agak payah. Kalau nak cari blog yang tulis macam-macam topik dalam satu blog, itu tak susah.
Saya juga mempunyai blog yang fokus menulis tentang tempat percutian. Jika anda minat, boleh hubungi saya untuk kita bincangkan apa yang anda perlukan untuk saya menulis tentang homestay atau hotel milik anda. Blog yang saya maksudkan adalah blog Xplorasi Destinasi.
Kalau anda rasa kita boleh jalinkan kerjasama, bolehlah hubungi saya ya.
Bagaimana dengan senarai yang saya berikan ini? Agak-agak dah cukup ke masih belum cukup untuk melonjakkan lagi bisnes homestay anda ke satu tahap yang lebih baik?
In Shaa Allah, jika ada pertambahan laman web, yang pada pandangan saya sesuai untuk digunakan bagi tujuan mengiklankan bisnes homestay anda, saya akan kemaskini lagi artikel ini.
Selamat mencuba dan saya doakan semoga bisnes anda semakin berkembang dan bertambah baik.
The post Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda appeared first on Blog Sabree Hussin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sabreehussin.com/senarai-website-untuk-iklankan-bisnes-homestay/