Senarai Novel Yang Akan Diadaptasi Dalam Drama 2021 2022


SENARAI NOVEL YANG AKAN DIADAPTASI DALAM DRAMA 2021 & 2022 : Tidak dapat dinafikan lagi, Drama Adaptasi Novel pastinya menjadi intaian peminat novel. Tak kira di Malaysia mahupun di luar negara. Drama Adaptasi Novel antara drama yang saban hari dipaparkan di kaca tv. 
Untuk peminat novel, di sini cik akak senaraikan berapa buah novel yang akan diadaptasikan dalam drama. 


Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah





Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah


Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibu bapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.

"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.

Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!

Zarul Zafran lelaki tampan yang bekerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.

Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ini? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana.

"Ellani binti Rashdan, aku Zarul Zafran bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!"

Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.

"Allahuakbar! Mak kenapadia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini!Raungnya.

Ellani...cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.




Novel P.A Lelaki Kerek Karya Rose Eliza





Novel P.A Lelaki Kerek Karya Rose Eliza
Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?


Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard Karya Ateen Khalid



Sinopsis Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard Karya Ateen Khalid
Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak.

“Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?” – Hana Aralyn

Kemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia!

“Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni.” – Hadif Akashah

Bila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard!

Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya! Dan… telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka….

Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya?


Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie



Sinopsis Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie
"Rasa rindu itu tetap hadir selagi niat setia masih tersisip di hati"



MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?


Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.


Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.
Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.


Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.


Novel Perisik Cinta Tak Diundang Karya Puteri Aqish

Sinopsis Novel Perisik Cinta Tak Diundang Karya Puteri Aqish
‘NASI lemak anak dara tengah menganggur’. Hanya kerana nama itu, mereka sama-sama terikat. Episod perkenalan mereka tidaklah seindah mana. Banyak ‘ter’ antara mereka… terlanggar, tersalah cakap, tersarung…

“Ahh, saya tak kira. Kita sama-sama berlanggar lepas tu telefon saya jatuh. Saya nak awak ganti juga.” Niyaz berkeras.
“Faham bahasa tak? Saya tak mampu nak bagi kat awak benda yang sebijik seketul macam ni. Kalau nak sangat saya ganti, boleh. Ambil je batu asah pisau mak saya. Sebiji macam ni. Cukup nipis, cukup saiz. Warna je kelabu asap sikit. Ke nak lagi canggih? Saya upgrade sikit, okey. Ketulan belacan, yang tu siap berbau lagi.”

MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.

“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan.
“Nak tanya apa?”
“Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?”
Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!
“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan.
“Nak tanya apa?”
“Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?”
Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!

RUMAH TANGGA mana yang tidak diuji saat orang ketiga datang menghantui?
“Aku tak minta untuk cintai suami orang apatah lagi lelaki itu, Niyaz. Tak mungkin aku sengaja nak humban diri dalam masalah macam ni.” - Erianna
“Tolong jangan cabar mata dan hati I dengan perangai tak bermaruah you. Mulai saat ni, I tak kan berdiam diri, berdiri dan tengok perangai busuk you.” - Medina
“Hati sayang abang pegang dalam doa supaya kita sama-sama dekat dan terus bersama.”




Novel Sabarlah Duhai Hati Karya Mimie Afinie





Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati Karya Mimie Afinie


Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”
Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.
Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.
“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.



“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?




Novel Imamku Lelaki Pendosa Karya Umie Nadzimah

Sinopsis Novel Imamku Lelaki Pendosa Karya Umie Nadzimah
Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!

Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?

Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

“You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?” - ANGGUN

“Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu.” - DEAN ILYAS
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.
Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean?

“Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya... Awak ikhlas.” – DEAN ILYAS

Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hari kerana Allah, bukan kerana insan yang tak sepatutnya.

Tapi, bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban separuh seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.

Mampukah kedua-duanya, menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya? 


Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni





Sinopsis Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni
Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima.

Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi selamanya.

Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan...andai cinta pertama telah kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?




Novel Jangan Ganggu Jodohku Karya Umie Nadzimah

Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku Karya Umie Nadzimah
Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!

Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.

Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!

“Tak sedar diri sungguh perempuan kampung tu, berani nak tackle I! Rumah dia tak ada cermin ke untuk cermin diri sendiri?” - Imran.

Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.

Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.
“Aku tak nak kahwin dengan Doktor Imran! Dia tak segak, badan busuk, senyum macam badut… Gatal, miang!” - Aliza.

Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.

Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

Temui jawapannya di dalam naskhah JANGAN GANGGU JODOHKU!


Novel Derhaka Cinta Jebat Karya Cik Tet



Sinopsis Novel Derhaka Cinta Jebat Karya Cik Tet


Jebat Zulkarnain…

Dia seorang yang perengus. Egonya melebihi tahap tujuh petala langit. Setiap bait bicaranya hanya mengundang luka di hati insan yang terlalu sayangkannya.

Aisyah Humairah…

Bila hati dah terlanjur cinta… dia rela menadah hatinya untuk disakiti berkali-kali, walaupun jelas… sayang Jebat padanya hanya dusta semuanya. Cinta Jebat hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya.

“Sebesar kuman pun tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan curang macam kau ni.”
Bicara itu membunuh jiwanya. Sakit yang teramat.

“Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa, sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?”

“Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan, setiap nafas yang kau hela akan beralaskan duri yang amat tajam.”

Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari?
Kata benci, tapi kenapa Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu? Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan.

Pening Aisyah. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Kenapa Jebat begitu berdendam dengannya? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?




Novel Hari Kita Jatuh Cinta Karya Shera Zulghafar



Sinopsis Novel Hari Kita Jatuh Cinta Karya Shera Zulghafar


“Sudah-sudahlah betulkan tudung awak, Cik Mariam Sophia. Saya nak bagi pep talk ni.”
-YUSOF FARHAN

Pertemuan tidak dirancang menemukan Mariam Sophia dan Yusof Farhan di kota Istanbul yang penuh dengan 1001 kisah.

Apabila mereka kembali bertemu di Lubnan, baru dia tahu Farhan seorang askar berpangkat kolonel! Sikap Farhan yang tegas dan suka memandangnya tanpa sebab membuatkan dia bertambah janggal. Dalam diam, sebenarnya Farhan sedang cuba mencuri perhatiannya!

Itu rupanya cara si kolonel mengurat si peguam muda. Aduh, kenapalah lambat sangat signal otak ni berfungsi!

“Macam inilah ya, tuan. Saya tak berminat dan saya tak bersedia nak ada hubungan dengan sesiapa. Jadi, tuan tak payahlah nak mencuba.” -MARIAM SOPHIA

Farhan memilih untuk menculik hati si Dara. Mariam mula bergetar melihat wajah si kolonel. Akhirnya mereka memilih untuk jatuh cinta.

Datangnya Firhad mengeruhkan lagi keadaan. Begitu juga Julia, bekas kekasih Farhan.
Masing-masing sudah come back untuk meruntuhkan tembok cinta Maryam dan Farhan. Memang keluarga 69 betul!

Angan-angan Mariam untuk bahagia musnah apabila nahas helikopter melibatkan Farhan telah memisahkan mereka.

Saat semua sudah reda dengan pemergian Farhan, lelaki itu kembali ke pangkuannya tanpa sebarang ingatan.

Hatinya masih sayang pada Farhan, namun lelaki itu bukan lagi seperti dahulu. Mampukah Mariam mempertahankan cintanya bersama Farhan? Atau, patutkah dia relakan Farhan bahagia bersama Julia?

Walaupun duka, menerjah perasaan… menghapus kenangan. Izinkan aku kembali ke hari di mana kita jatuh cinta kerana saat itu aku hanya kenal makna bahagia.




Novel Hello Jangan Tapau Cintaku Karya Hasreeyati Ramli

Sinopsis Novel Hello, Jangan Tapau Cintaku
Cerita mengisahkan tentang seorang gadis, Ain Dheya dari kampung dari keluarga susah yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia memang amat penjimat orangnya. Dan sifat yang paling tidak dapat dikikisnya ialah sifat tapau.

Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.
Kisah antara mereka berdua bermula apabila Ash Fayya menawarkan wang upahan bernilai Rm 50,000.00 untuk sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda sementara kedua orang tuanya mengerjakan Haji di Mekah selama sebulan.
Tiada siapa yang sanggup menjaga adiknya yang perengus itu, termasuklah beberapa orang gaji yang sudah berhenti sebelum ini. Malah teman wanita Ash Fayyad sendiri tidak sanggup untuk membantu menjaga bakal adik iparnya itu.
Ain Dheya yang amat memerlukan duit itu sanggup menjaga adik perempuan Ain Fayyad kerana terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah kedua orang tuanya dan jika tidak membayarnya seluruh keluarganya akan dihalau dari rumah yang mereka duduki sekarang ini.
Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu.
Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?


Novel Kanvas Karya Ayumi Syafiqah


Sinopsis Novel Kanvas Karya Ayumi Syafiqah
If love is a mystery, would you risk yout heart trying to solve it?"
.
.
.
Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia 'hidup' hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi, apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak.
.
Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung.
.
Bersama, mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesainnya.
.
Tiada sesiapa, kecuali kanvas lukisan Ed.
.
.
.
"You, me and a mystery to solve." 





Novel Dia Yang Ku Jadikan Suami Karya Rinsya Chasiani



Sinopsis Novel Dia Yang Ku Jadikan Suami Karya Rinsya Chasiani
NAAZNEEN – Gadis berdikari yang punya kisah silam pahit menjadikannya punya dua personaliti berbeza. Manis, cantik, seksi, anggun dan kejam! Bertemu Naim Khair, buat dirinya berubah… Berubah baik, walaupun sesekali rasa dengki dan sikap kejinya datang mengusik. Sekejap rindu, sekejap mahu lari… Akhirnya dia tekad menjadikan Naim Khair sebagai suaminya…

“Kau ni lupa ke buat-buat tak ingat? Siapa yang duduk kat hotel tu berbogel dengan aku, hah?”
“Habis you nak buat apa, bukannya jadi apa-apa pun.”
“Sekarang baru you nak cakap tak ada apa-apa yang berlaku, kenapa tak dari dulu aje?”
“Dahlah Naim, you tak perlulah nak over reacting. Benda dah jadi. Biar ajelah. You nak kahwin dengan I ni, you ada fikir tak masa depan kita nanti? Dahlah, you pun tak cintakan I, I pun tak cintakan you.”
“Kalau you cakap benda yang betul tempoh hari, pertunangan I dengan Hidayah takkan jadi macam ni, tahu tak? I nak kahwin dalam masa beberapa hari aje lagi tapi semuanya dah musnah macam ni baru you nak blah dari rumah ni pulak!” Naim merenung wajah wanita itu dengan perasaan yang membuak-buak.
“Fine! You nak I buat apa pula untuk tebus kesalahan bodoh I tu?” jerkah Naaz kuat.
“You sedar tak, you yang mulakan masalah sampai kita memang wajib kahwin.”

NAAZNEEN yang insaf… Dia terpaksa dan dipaksa pergi setelah segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar satu per satu... Hilang rasa bahagia di hati, kabur saat-saat romantis bersama suaminya dan sunyi daripada suara serta bisikan mesra Naim Khair kepadanya lagi lalu bingkisan sayu dititipkan…

Maafkan I. I tak tahu dari mana untuk memulakan bicara ini tetapi demi segunung harapan yang pernah ada di hati, I minta ampun andainya I membuat you rasa menyesal punyai isteri seperti Naazneen Fatah.
You tahu kisah hidup I tak indah. I pun tidak pernah indah, kalaulah you tahu betapa manisnya saat you memberi peluang untuk I merasa ‘hidup’...
Naim, cinta yang I tanam buat you bukanlah satu pembohongan. I ikhlas walau pada mulanya langkah I sumbang. Tapi sesungguhnya, Naim, I selalu tercari-cari arah untuk terus berdiri di sisi you.
You tahu tak, setiap kali I dengar ‘pergi aje, I tak nak tengok muka you lagi’ dari bibir you, setiap kali itulah I tidur bertemankan mimpi buruk, Naim. Setiap kali you lemparkan pandangan penuh kebencian, setiap kali itulah hati I meraung kuat. You dah bawa impak yang cukup besar buat diri I, Naim. Kalau you nak ajar I apa itu erti derita, I telah merasakannya. I sayang you seadanya tapi I tahu you benci dengan apa yang I rasa.

APAKAH ada ruang untuk Naazneen kembali ke sisi Naim Khair setelah dia juga menjadi punca ibu mentuanya patah kaki dan ayah Hidayah meninggal di dalam kemalangan…


Novel Love Elsa Karya Acik Lana




Sinopsis Novel Love Elsa Karya Acik Lana
Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.
.
Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?
.
Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!
.
Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
.
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara
.
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
.
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.
.
Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.
.
Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?




Novel Promise Karya Acik Lana




Sinopsis Novel Promise Karya Acik Lana
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.

Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!

Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.

Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama.

"Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi

Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?




Novel Honey Moon Karya Nurharyati Ishak


Sinopsis Novel Honey Moon Karya Nurharyati Ishak
Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri. Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga… Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err… Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.
“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya.
Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah. “Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.
Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki. Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini.

Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.




Novel Mr. Bibik Karya Ain Dhiyauddin




Sinopsis Novel Mr. Bibik Karya Ain Dhiyauddin
“Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik.” – Firas Iman
“Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje.” – Aulia Izzatunnisa
Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.
Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.
Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.
Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.
Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.
“Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa.” – Firas
Apakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz?


Novel Sayang Tak Dikenang Karya Wazrul Shah


Sinopsis Novel Sayang Tak Dikenang Karya Wazrul Shah
Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan AYU IZZHANI dan RAQIB. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh CAMELIA.

“Listen, I'm so sorry sebab babitkan awak dalam hal ni. Tapi saya dah tak ada idea lagi... Saya dah tak ada idea nak elakkan diri saya daripada bertunang dengan dia...” – Raqib.

“Sepatutnya awak tak boleh babitkan saya macam tu aje. Macam mana kalau lepas ni dia serang saya?” – Ayu Izzhani.

“Saya kan ada... Awak jangan risau...” – Raqib.

Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, HATTIN juga bertemu dengan pilihan hati, TAFZANI setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.

“I nak tanya you satu soalan boleh tak?” – Tafzani.

“Soalan apa? Kalau tak penting, tak perlulah tanya.” – Hattin.

“You dah berpunya ke?” – Tafzani.

“Kenapa you nak tahu sangat?” – Hattin.

“Saja-saja... manalah tahu kalau-kalau I boleh masuk line ke?”

Dan musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis!

Pada masa yang sama, ERICK yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan

Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin. Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?


Novel Melati Untuk Gabriel Karya Norra Hassan


Sinopsis Novel Melati Untuk Gabriel Karya Norra Hassan
“Tolong jaga adik aku.”

Sebuah amanat kawan menjadi sebuah janji yang mengikat. Mulanya Gabriel tidak ambil peduli sangat tentang adik Aman yang menjadi amanah untuknya itu. Dia bukannya malaikat. Diri sendiri tidak terjaga, diminta pula menjaga anak orang. Memang satu kerja gila. Tetapi, kemudiannya dia ingin membuktikan yang dirinya masih ada nilai sebagai seorang manusia yang tahu apakah itu tanggungjawab.

“You ni betul-betul perangai macam mafia.” – Gabriel

“Kalau I ni mafia, you dah lama dah kena lapah kepada 18 bahagian tau.” – Melati Adik Aman memang bengang sangat.

Lancang benar pemuda yang tidak dikenalinya itu memanggilnya mafia. Okey, kalau dia mafia, pemuda itu pula mesti seorang yakuza dengan budi bahasa kelas ketiga. Menyakitkan hati sungguh. Malangnya, si yakuza sengal itu yang kerap muncul di hadapan mata. Entah apa malang nasib diri yang yatim piatu. Tidak cukup sakit hati dengan gelagat si yakuza, dia sakit jiwa dengan Gabriel yang sesuka hati mengaku diri sebagai kawan abangnya. Walhal dia yakin arwah abangnya tidak mungkin berkawan dengan pemuda yang bermulut celopar itu.

Tetapi, demi mendapat kerja, terpaksa dia ketepikan ego untuk menerima bantuan Gabriel. Di situ, dia bertemu dengan si yakuza kembali. Sebumbung tidak menjanjikan mereka semakin mesra. Semakin mencari gaduh dan bermusuh adalah. Konon benci, konon musuh azali. Tetapi, tatkala tiada di hadapan mata, hati menjadi rindu.

Cintakah ini?


Novel Lelaki Untuk Dicintai Karya Aunie Ayunie




Sinopsis Novel Lelaki Untuk Dicintai Karya Aunie Ayunie
”Hoi, bapak ayam!” - HAWA

“Aku tak jual orang, bongok! Aku jual ayam.”
- BUJANG.

“Ah, sama aje! Ayam jugak, kan? Eii, dahlah nama pun klasik.”- HAWA.

Ku Bujang Bin Ku Buang, teruk sangat ke nama tu? Mana ada teruk pun. Nama itu satu dalam sejuta kut. Siti Hawa Khadijah, si gadis yang namanya cukup indah. Tapi, mulut celopar tahap nak mati. Bujang rasa macam nak sumbat saja mulut Hawa dengan bom. Urghhh! Minah senget.

Bab-bab jodoh ni, Bujang seram. Dah penat kut mak carikan jodoh untuknya, tapi tak ada seorang pun yang sudi. Sudah berpuluh kali juga dia kena paksa mandi bunga gara-gara jodoh lambat. Nak buat macam mana, kan? Reda sajalah.

Saat mendengar rancangan ibu dan abahnya, Hawa rasa macam nak putus nyawa. Jadi isteri Bujang? Si tauke ayam yang asyik memandu lori buruknya ke hulu dan ke hilir tu? Eii, yark!. Puas menepis, tapi rupa-rupanya dialah pemilik tulang rusuk Bujang.

Bila dah kahwin, Bujang jadi lelaki paling gentleman. Terserlah sisi Bujang yang sweet bak gula tebu. Diam-diam, hati Hawa terpaut. Auch!

Saat bunga cinta mula berkembang, ada pulak awan hitam datang berarak. Pulangnya Diana ke kampung halaman kerana satu rancangan. Keakraban Hawa dengan Ethan buat hati Bujang bertunas cemburu.

Seorang ke kanan, seorang ke kiri. Inikah akhir hubungan yang mereka inginkan? Bukankah hati sudah berkata, kau milikku... aku milikmu?

Kebahagian dan kesedihan tidak akan berada di tempat yang sama selamanya kerana kadang-kadang kita perlu membiarkan takdir berjalan dengan caranya sendiri.

“I love you so madly.” BUJANG.

“I love you so badly.” HAWA.


Novel Untukmu Cinta Karya Dr Evelyn Rose




Sinopsis Novel Untukmu Cinta Karya Dr Evelyn Rose
Cinta. Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci.Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam diam dia menyukai sahabatnya Adam yang jelas menyukai sahabat mereka, Dr Eve.

Kata Orkid, biarlah kalau satu masa apabila Adam dan Eve bersatu hatinya akan terluka, dia rela dan dia masih mahu berharap. Menumpang kasih seorang Adam selagi Adam tak dimiliki walaupun dia sedar, dia seperti pipit yang menginginkan enggang.

' Kalaupun hati ini akan terluka, aku rela. ' - Orkid

Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pertemuan pertama membuatkan Arman tertanya, adakah Orkid bunian di tengah taman. Berbual dengan pokok dan bermain dengan rama – rama ?

Pertemuan kali kedua, buatkan hatinya berdegup kencang tatkala anak mata mereka bertaut lama dan pertemuan kali ke tiga terus membawa dia bertemu ahli keluarga Orkid.

Namun Arman menyimpan kisah lampau yang ingin dia lupakan. Yang buatkan dia menjauh dari wanita dan pesimis dengan cinta.

Saat itu juga Ramadhan muncul. Teman lama dan jejaka yang ingin dijodohkan dengan Orkid oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati, dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang cukup dia hormati.

Walaupun Orkid seringkali menolak cinta Arman dan Ramadhan, mereka seringkali bertemu tanpa dirancang. Kata ibu Orkid, ' Kalau tak dirancang, mungkin suratan ? '

Saat hati Orkid benar - benar terluka, mampukah dia mempertahankan cintanya ?

Saat hati terluka
Saat jiwa diuji
Siapakah yang kekal menyintai ?


Novel Designer Abang Cengeh Karya Mastura Abdullah




Sinopsis Novel Designer Abang Cengeh Karya Mastura Abdullah
Cengeh! Menyakitkan hati! Cerewet! Kaki buli! Oh, bukan! Syed Badiuzzaman pembuli besar!
Itu label paling sesuai untuk Syed Badiuzzaman dari Ainul Mardhiah. Semenjak mengenali Syed Badiuzzaman yang juga merupakan majikannya, hidup Ainul Mardhiah huru-hara. Apa yang Ainul Mardhiah buat semua tidak kena di matanya.
Hakikatnya, Syed Badiuzzaman lahir dari keturunan Syed dan diasuh sedari kecil untuk memakai pakaian yang ditempah khusus daripada tukang jahit sahaja. Sebab itu, dia membesar dengan segala sifat cerewet, memilih dan kurang penyabar. Dek perihal pakaian sahaja, Syed Badiuzzaman terpaksa mengiklankan jawatan Pereka Fesyen Peribadi di saluran akhbar. Dan dalam tidak sedar, Syed Badiuzzaman telah menemuduga seorang pereka fesyen peribadi, merangkap calon isteri. Bolehkah Ainul Mardhiah bertahan dengan Syed Badiuzzaman yang cengeh itu?


Novel Tunggu Dulu Cinta Karya Ayu Elmelda




Sinopsis Novel Tunggu Dulu Cinta Karya Ayu Elmelda
Kamal Noah... luarannya cukup sempurna. Lelaki macho, punya six-pack, hot dan seksi. Tapi, sayang... hatinya dingin macam ais. Mengalahkan Elsa dalam filem Frozen. Harapkan muka saja kacak, tapi hati kering. Ego sekeras Iron Man. Bila buat keputusan, ikut suka hati dia saja.

Nuraivy Sofea... gadis manis yang paling afdal jadi calon isteri. Bakal pak mertua memang sudah lama berkenan! Dia cukup serba-serbi, tapi agak sensitif dan clumsy! Kelembutan dan kesabaran Aivy, ada kalanya keterlaluan. Suka sangat mengalah sehingga selalu kena buli.

Janji mereka, mahu bercinta setelah sah akad dan nikah. Tapi apakan daya, rumah tangga mereka mula bergoncang dek sejarah silam. Di hati Kamal terus berbisik nama Suraya. Di hati Aivy pula, terpahat nama Khairy. Bila wujud orang ketiga... isteri mana tak cemburu? Suami mana tak tercabar? 


Novel Luka Di Hati Diya Hasliza Ismail




Sinopsis Novel Luka Di Hati Diya Hasliza Ismail
Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang
mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.

Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya. Apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka?

“Bisakah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?”
Novel Aku Pilih Bahagia Karya Umie Nadzimah


Sinopsis Novel Aku Pilih Bahagia Karya Umie Nadzimah
Ya. Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.
“Move on la Dhiya, nak meratap-ratap lagi buat apa? Sebab tu banyak lelaki yang melampau! Sebab ramai perempuan lemah! ” – Dzikri Hafiy

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.

Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.

Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai. Dapatkan jawapannya dan ikutilah kisah tiga wanita yang ingin bangkit dari fasa terluka dalam AKU PILIH BAHAGIA.


Novel My Sweetheart Hannan Karya Nureen Mirza


Sinopsis Novel My Sweetheart Hannan Karya Nureen Mirza
Menatap wajah Hannan Iman setelah dua tahun terpisah, hati Hizzad tak tentu rasa. Dia bagaikan
budak sekolah yang pertama kali jatuh cinta. Angaunya mencecah langit ketujuh. Cemburunya sukar

untuk dikawal.

" Sudi tak awak terima saya semula dalam hidup awak?"- Hizzad

" Saya tak naklah! Awak tak faham bahasa ke? "- Hannan

Hati Hizzad meronta-ronta mahu merujuk semula dengan bekas isterinya. Namun, dah tentulah Hannan

tak sudi. Yalah, dulu dia juga yang ceraikan Hanan. Alasannya;

1) Umi tak suka Hannan

2) Hannan bukan isteri yang baik

3) Dia dah ada Sofea

Tapi sekarang, dia pula terkejar-kejarkan Hannan. Sedihnya, Hannan hanya pandang dia sebelah mata.

" Awak ingat mencuci dosa itu semudah mencuci pakaian? Masukkan dalam mesin basuh. Letak sabun.

Keluar-keluar sudah bersih dan berbau wangi?" - Hannan

Namun, takdir menyatukan mereka kembali ke gerbang pernikahan. Bermulalah suka duka dalam

perkhawinan kedua Hizzad dan Hannan. Berhadapan dengan kebencian mak mentuanya, buatkan Hannan

meraup dada. Sofea dan Adam pula sentiasa berbuat onar untuk meruntuhkan mahligai baru mereka.

Ditambah lagi dengan kehadiran mesej misteri seringkali buat Hannan pening kepala.

Dapatkah Hizzad dan Hannan menjulang bahagia? Atau rumah tangga yang dibina kali kedua

ini bakal ranap seperti yang pertama?





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2021/04/senarai-novel-yang-akan-diadaptasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berunsur Saspens Dan Misteri Ini Senarai K Drama 2021 Yang Mampu Bikin Anda Resah

Berunsur Saspens Dan Misteri Ini Senarai K Drama 2021 Yang Mampu Bikin Anda Resah

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 298 hits
Gelombang fanatik drama Korea Selatan sudah lama melanda negara kita Perkara ini sering dibahas atau diperkatakan oleh masyarakat umum terutamanya warga di media sosial Tetap menjadi pilihan utama ramai drama drama ini mendapat pujian keran...
Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2021 2022 Cara Tulis Format Terkini

Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2021 2022 Cara Tulis Format Terkini

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 549 hits
CONTOH SURAT RAYUAN MATRIKULASI 2021 2022 CARA TULIS FORMAT TERKINI Bagaimana nak tulis surat rayuan matrikulasi Senang sahaja pelajar boleh rujuk contoh surat rasmi rayuan matrikulasi 2021 2022 dibawah Apakah lampiran yang diperlukan untuk...
Rayuan Matrikulasi Semakan Keputusan Tawaran 2021 2022

Rayuan Matrikulasi Semakan Keputusan Tawaran 2021 2022

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 340 hits
RAYUAN MATRIKULASI SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN 2021 2022 Kepada pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM anda boleh membuat semakan keputusan tawaran kemasukan matrikulasi Jika permohonan anda gagal boleh meng...
Senarai Bufet Ramadan 2021 Sekitar Shah Alam

Senarai Bufet Ramadan 2021 Sekitar Shah Alam

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 595 hits
Penurunan kes harian Covid 19 mendorong kerajaan meluluskan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini selain kebenaran bersolat tarawih di surau serta masjid Selain bazar ramadan buffet ramadan juga menjadi pilihan umum bagi berbuka ...
Konsisten Raih Rating Tinggi Sudah Nonton 5 Drama Korea Populer 2021 Ini

Konsisten Raih Rating Tinggi Sudah Nonton 5 Drama Korea Populer 2021 Ini

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 227 hits
Saking populernya beberapa drama Korea ini begitu konsisten raih rating tinggi lho
Senarai Lagu Melayu April 2021

Senarai Lagu Melayu April 2021

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 482 hits
Senarai Lagu Melayu April 2021 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tahun baharu bulan baharu pastinya anda menantikan lagu lagu baharu dari artis tempatan Jadi untuk Januari 2021 ini ada banyak lagu baru yang dikeluarkan dari ramai artis M...
Salam Ramadhan 1442h 2021

Salam Ramadhan 1442h 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 501 hits
Allhamdulillah Salam Ramdhan ke 3 selamat berpuasa semua Semoga kalian semua dpat menjalankan ibadah puasa dengan penuh kataqwaan Allhamdulillah syukur dapat lagi kita menyambut Ramadhan kali ni Kalau tahun lepas saya sambut di kampung dan ...
Polresta Bandung Antisipasi Kemunculan Pemudik Sebelum Tanggal 6 17 Mei 2021

Polresta Bandung Antisipasi Kemunculan Pemudik Sebelum Tanggal 6 17 Mei 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 234 hits
Menurutnya di Kabupaten Bandung sendiri ada delapan titik pos polisi untuk memberlakukan penyekatan arus mudik Selain titik tersebut menurutnya personel polisi pun bakal bersiaga di jalur alternatif yang kemungkinan dilewati pemudik
Kl Alternative Bookfest 2021 Acara Yang Mesti Dihadiri Edisi Ke 12 Ini Diadakan Selari Dengan Klwbc 2020

Kl Alternative Bookfest 2021 Acara Yang Mesti Dihadiri Edisi Ke 12 Ini Diadakan Selari Dengan Klwbc 2020

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 158 hits
Persatuan Patriots Malaysia dengan kerjasama Kuala Lumpur World Book Capital dan Buku FIXI akan menganjurkan Kuala Lumpur Alternatif Bookfest kali ke 12 pada 9 11 April 2021 Acara 3 hari ini akan berlangsung di Tingkat 4 Selera Street Sunwa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus