Senarai Nama Umur Sebenar Pelakon Filem Polis Evo 3



Tahniah kepada pihak produksi dan pelakon Filem Polis Evo 3 kerana berjaya mengutip RM41 juta dalam tempoh 12 hari tayangan. Tapi memang ramai yang review filem ni best dan gempak.

Yelah, tengok pelakon-pelakon pon semua hebat-hebat.

Jom kita tengok senarai Nama & Umur Sebenar Pelakon Filem Polis Evo 3. Iday susun senarai ni dari paling muda hingga paling berusia.


Wanna Ali sebagai Khadijah



Watak Khadijah, tunang Inspektor Sani dilakonkan oleh pelakon Wanna Ali anak kepada penerbit filem, Datin Normashayu Puteh.

Wanna Ali atau nama sebenar dia Nor Syazwana Mohd Ali dilahirkan pada 25 Disember 1997 dan tahun ini berusia 26 tahun

Eyka Farhana sebagai Yati


Watak adik bongsu Inspektor Sani dilakonkan oleh pelakon Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi.

Eyka Farhana dilahirkan pada 3 Februari 1995 dan tahun ini memasuki usia 28 tahun (2023).


Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani


Ini ada penampilan pertama Syafiq Kyle dalam siri Polis Evo.

Dalam Polis Evo 3, Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak memegang watak Inspektor Dani yang juga pakar permusnahan bom.

Syafiq Kyle yang juga tunang pelakon cantik Mimi Lana dilahirkan pada 24 Jun 1992 dan tahun ini memasuki usia 31 tahun (2023).


Ben Amir sebagai Orang Kanan Gaya


Pelakon Ben Amir memegang watak orang kanan Gaya iaitu ketua pengganas dalam Polis Evo 3.

Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir bin Sabaruddin dilahirkan pada 13 Mei 1990 dan tahun ini memasuki usia 33 tahun (2023).


Ezzaty Abdullah sebagai isteri Reza


Isteri watak antagonis, bekas koperal Reza dilakonkan oleh Ezzaty Abdullah yang juga isteri kepada pelakon Azwan Kombos.

Dia yang memasuki usia 33 tahun pada tahun ini dilahirkan pada 7 April 1990.


Farali Khan sebagai Inspektor Julie


Pelakon yang juga kakak ipar pelakon Risteena Munim iaitu Farali Khan memegang watak Inspektor Julie yang mahir menembak tepat.

Norfara binti Ali Dad Khan dilahirkan pada 15 April 1989 dan tahun ini memasuki usia 34 tahun (2023).

Dia yang sudah berkahwin kini sedang hamil hampir 8 bulan.


Zulin Aziz sebagai Mimi

Watak Mimi, jiran Inspektor Sani yang sukakan Inspektor Khai dilakonkan oleh pelakon Zulin Aziz.

Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda binti Abdul Aziz dilahirkan pada 26 November 1989 dan tahun ini memasuki usia 34 tahun (2023).


Sharnaaz Ahmad sebagai Reza

Sharnaaz Ahmad memegang watak antagonis iaitu Reza seorang bekas pegawai polis yang berdendam dengan Inspektor Khai.

Dalam filem ini juga, Reza seorang pakar bom.

Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2009 di usia 24 tahun.

Dia yang berasal dari George Town, Pulau Pinang dilahirkan pada 30 Ogos 1985 dan tahun ini memasuki usia 38 tahun (2023).

Sharnaaz kini duda dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia 5 tahun.


Zizan Razak sebagai Inspektor Sani





Watak rakan sekerja Inspektor Khai iaitu Inspektor Sani dilakonkan oleh pelawak dan pelakon popular Zizan Razak.


Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan bin Abdul Razak memulakan karier hiburan apabila menjadi naib juara Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.


Dia yang berasal dari Dungun, Terengganu dilahirkan pada 15 April 1984 dan tahun ini memasuki usia 39 tahun (2023).


Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai

Watak Inspektor Khai dilakonkan oleh pelakon hebat Shaheizy Sam bin Abdul Samad

Dia yang memulakan karier lakonan pada tahun 1995 merupakan anak pelakon veteran Khaty Fauziah dan adik Zizie Ezette.

Shaheizy Sam dilahirkan pada 4 September 1982 dan tahun ini (2023) dia memasuki usia 41 tahun (2023).

Dia telah berkahwin dengan pelakon Syatilla Melvin pada 8 Februari 2016 dan mempunyai 3 orang cahaya mata.


Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal

Fezrul Khan atau nama sebenarnya Fezrul Khan bin Junaidi Khan memegang watak Inspektor Faizal dalam Polis Evo 3.

Dia merupakan bekas rakan setugas Inspektor Khai dan Reza.

Fezrul Khan dilahirkan pada 24 September 1982 dan tahun ini dia memasuki usia 41 tahun.


Fouziah Gous sebagai isteri Inspektor Faizal



Watak isteri Inspektor Faizal lakonan Fezrul Khan dilakonkan oleh pelakon dan usahawan Nor Fouziah binti Mohd Gous
Dia dilahirkan pada 11 Disember 1982 dan tahun ini memasuki usia 41 tahun


Nora Danish sebagai Anis



Watak adik Inspektor Sani dan juga kekasih Inspektor Khai iaitu Anis dilakonkan oleh pelakon cantik Nora Danish atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif

Walaupun Zizan Razak memegang watak abang, Zizan sebenarnya lebih muda 2 tahun dari Nora Danish.

Dia yang berasal dari Kemaman, Terengganu dilahirkan pada 7 Mac 1982 dan tahun ini memasuki usia 41 tahun (2023).

Nora Danish telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak kandung dan seorang anak tiri.


Iman Corrine Adrienna sebagai Gaya


Watak Gaya iaitu ketua pengganas dilakonkan oleh Iman Corrine Adrienna.

Dia yang memulakan karier sejak tahun 2001 menerusi filem Spinning Gasing dilahirkan pada 23 Mac 1978.

Iman Corrine Adrienna memeluk Islam sejak tahun 2010. Tahun ini dia memasuki usia 45 tahun.


Douglas Lim sebagai Inspektor Dell


Watak Inspektor Dell, seorang pakar IT dilakonkan oleh pelakon dan pelawak Douglas Lim.

Douglas Lis dilahirkan pada 11 Oktober 1977 dan tahun ini memasuki usia 46 tahun (2023).


Michael Ang sebagai Chao
 
Michael Ang Hai Swee memegang watak Chao, ketua kongsi gelap serta buruan Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang muncul di awal filem

Michael Ang dilahirkan pada 16 Mac 1976 memasuki usia 47 tahun pada tahun ini.


Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk


Ketua Operasi dalam Polis Evo 3 iaitu ACP Farouki dilakonkan oleh Fauzi Nawawi.

Fauzi Nawawi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi bin Mohd Nawawi pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin pada tahun 2010.

Dia dilahirkan pada 7 Mac 1973 memasuki usia 50 tahun pada tahun ini (2023).

Isteri Fauzi Nawawi iaitu Lisdawati juga seorang pelakon.


Afdlin Shauki sebagai Kassim



Pelawak dan pelakon popular Afdlin Shauki turut muncul dalam filem ini dengan memegang watak Kassim iaitu ayah Khadijah.

Dato Afdlin Shauki binti Aksan dilahirkan pada 19 Mei 1971 dan tahun ini memasuki usia 52 tahun


Fadilah Mansor sebagai Ibu Khai

Watak ibu Inspektor Khai dilakonkan oleh pelakon veteran Datin Fadilah Mansor.

Datin Fadilah binti Mansor berasal dari Kangar, Perlis dan dilahirkan pada 22 Oktober 1958. Tahun ini beliau memasuki usia 65 tahun


Kamaliah Mat Dom sebagai Ibu Sani


Watak Ibu Inspektor Sani, Anis dan Yati dilakonkan oleh pelakon veteran Kamaliah Mat Dom yang juga ibu saudara Datuk Aznil Haji Nawawi

Iday tak jumpa info nama dan umur sebenar Kamaliah Mat Dom. Kalau korang tahu, boleh komen di bawah ye.

Jadi ini antara Senarai Nama dan Umur Sebenar Pelakon Filem Polis Evo 3.

Kalau ada info kurang tepat atau nama tertinggal, korang boleh komen di bawah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sayaiday.com/2023/06/senarai-nama-umur-sebenar-pelakon-filem-polis-evo-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Pelakon Pun Sibuk Ikut Sana Sini Amelia Christie Dikecam Sentiasa Ikut Sharnaaz Ahmad Ketika Tour Polis Evo 3

Bukan Pelakon Pun Sibuk Ikut Sana Sini Amelia Christie Dikecam Sentiasa Ikut Sharnaaz Ahmad Ketika Tour Polis Evo 3

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 131 hits
Filem Polis Evo 3 tidak dinafikan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat dari seluruh pelusuk Malaysia Tambahan dengan rangka promosi yang hebat daripada produksi dan para pelakon itu sendiri sememangnya filem itu layak ...
Filem Polis Evo 3 Kita Lagi Kuat Boh 2 Jam Padat Dengan Aksi Kombat

Filem Polis Evo 3 Kita Lagi Kuat Boh 2 Jam Padat Dengan Aksi Kombat

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 135 hits
FILEM POLIS EVO 3 KITA LAGI KUAT BOH 2 JAM PADAT DENGAN AKSI KOMBAT Assalammualaikum semua Apa khabar Teruja Ruby ingin berkongsi ulasan dan perkongsian filem yang Ruby nantikan iaitu sequel filem Polis Evo Polis 2015 2018 dan sekarang 2023...
Hiburan Setup Nampak Murah Macam Filem Low Budget Mas Khan Bagi Rating 6 Per 10 Untuk Filem Polis Evo 3

Hiburan Setup Nampak Murah Macam Filem Low Budget Mas Khan Bagi Rating 6 Per 10 Untuk Filem Polis Evo 3

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 211 hits
Pelakon memberikan rating 6 10 bagi filem aksi Polis Evo 3 yang diarahkan pengarah muda Syafiq Yusof Ujar Mas Khan dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem tersebut namun kecewa dengan beberapa perkara yang ditonjolkan dalam naskah...
Polis Evo 3 Kaut Untung Penerbit Beri Bayang Potensi Filem Keempat

Polis Evo 3 Kaut Untung Penerbit Beri Bayang Potensi Filem Keempat

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 279 hits
Setelah diperam sekian lama filem Polis Evo 3 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof berjaya menemui peminat Namun sambutan filem ini sememangnya luar biasa apabila sehari tayangan sahaja filem ini berjaya mendapat kutipan melebihi RM3 juta Malah...
Majoriti Rakyatnya Berbangsa Cina Tapi Kebanyakan Nama Jalan Guna Bahasa Melayu Rupanya Ini Kisah Sebenar

Majoriti Rakyatnya Berbangsa Cina Tapi Kebanyakan Nama Jalan Guna Bahasa Melayu Rupanya Ini Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 205 hits
Majoriti rakyatnya berbangsa cina tapi kebanyakan nama jalan guna bahasa melayu rupanya ini kisah sebenar Para pemimpin kita sentiasa diingatkan agar tidak melupakan sejarah dan warisan negara Kalau hal ini tak dibuat endah sebab nak kejar ...
Syafiq Yusof Kalahkan Abang Sendiri Polis Evo 3 Atasi Rekod Mat Kilau

Syafiq Yusof Kalahkan Abang Sendiri Polis Evo 3 Atasi Rekod Mat Kilau

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 253 hits
Filem laris ketika ini Polis Evo 3 berjaya meraih kutipan RM16 juta dalam tempoh empat hari tayangan di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura Menurut laporan Harian Metro filem arahan Syafiq Yusof itu sekali gus mengatasi rekod fi...
Polis Evo 3 Benam Kutipan Sekuel Keduanya Dalam Hanya Seminggu

Polis Evo 3 Benam Kutipan Sekuel Keduanya Dalam Hanya Seminggu

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 232 hits
Dalam masa seminggu sahaja Polis Evo 3 kini sudah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM25 juta Sebelum ini sekuel kedua filem berkenaan Polis Evo 2 berjaya mengutip RM23 juta sepanjang tayangan dalam tempoh 44 hari Hal ini sekaligus menjadik...
Polis Evo 3 Kini Telah Mengumpul Rm25 Juta

Polis Evo 3 Kini Telah Mengumpul Rm25 Juta

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 215 hits
Selepas seminggu ditayangkan filem aksi arahan Syafiq Yusof Polis Evo 3 telah memperoleh kutipan yang cukup memberangsangkan iaitu RM25 juta Pekara tersebut didedahkan pengarahnya sendiri menerusi akaun peribadi Instagram miliknya Syukur Ya...
Polis Evo 3

Polis Evo 3

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 192 hits
Filem ni wajib korang tengok Kali ini Sani dan Khai ada team untuk tewaskan pejahat Mantap derr Pecah panggung
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City