Filem Polis Evo 3 Kita Lagi Kuat Boh 2 Jam Padat Dengan Aksi Kombat


FILEM POLIS EVO 3 "KITA LAGI KUAT BOH" 2 JAM PADAT DENGAN AKSI KOMBAT | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Teruja Ruby ingin berkongsi ulasan dan perkongsian filem yang Ruby nantikan iaitu sequel filem Polis Evo Polis. 2015, 2018 dan sekarang 2023 barulah ditayangkan Polis Evo 3. 
Ternyata Pandemik Covid-19 memberi impak kepada para penggiat seni untuk terus berkarya.  Namun, ia juga memberi impak segar dengan terhasilnya perkembangan watak yang mantap dari Inspektor Sani dan Inspektor Khai. 
Inspektor Sani dah berani wei, dah tak takut-takut nak kombat lawan penjenayah. Benar lah bak kata pickup line Polis Evo 3, Kita Lagi Kuat Boh

FILEM POLIS EVO 3 "KITA LAGI KUAT BOH" 2 JAM PADAT DENGAN AKSI KOMBAT

Polis Evo 3 menampilkan garapan arahan dari Pengarah Syafiq Yusof yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Selepas setiap filem yang diarahkan oleh beliau sering mendapat sambutan. 
Kini, ramai mencari filem melalui nama pengarah. Jika ada nama pengarah ini, mereka akan ke panggung wayang untuk menonton naskah seni beliau. 
Merupakan filem yang paling dinantikan selepas beberapa tahun berjaya menambat hati penonton. Ramai dahagakan filem dari badan beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
Apabila penonton menonton filem melibatkan Anggota PDRM dan dari pasukan khas. Kita secara automatik akan terbit perasaan patriotik dan berasa teruja serta kagum dengan pengorbanan mereka. 

Melalui sekuel Polis Evo bermula pada tahun 2015 arahan Encik Ghaz Abu Bakar yang membanteras jenayah penghasilan dan pengedaran Syabu Naga bertempat di Negeri Terengganu Darul Iman. 
Merupakan titik permulaan SuperCop Inspektor Khai dan Inspektor Sani bekerjasama sebagai pasukan. Bajet penggambaran RM 2.7 juta dan berjaya mendapat kutipan pawagam sehingga RM 18 juta. 

Seterusnya Polis Evo 2 arahan Encik Joel Soh ditayangkan pada tahun 2018. Polis Evo 2 menampilkan peningkatan tanggungjawab Inspektor Sani dan Inspektor Khai dalam pasukan Narcotics Crime Investigation Division (NCID) / Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. 
Polis Evo 2 menampilkan jalan cerita tentang pengedaran Syabu, Puak Pengganas Al Minas, kerjasama Polis dua negara di antara Malaysia dan Indonesia. Polis Evo 2 memasuki pasaran Indonesia. Dengan bajet penggambaran sebanyak RM 7.8 juta. Sequel filem Polis Evo 2 berjaya mendapat kutipan pawagam sehingga RM 23 juta

Polis Evo 3 yang paling dinantikan selama ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Mei 2023. Mampukah Polis Evo 3 mengatasi kutipan box office? Ruby percaya dengan peningkatan watak dan arahan dari Encik Syafiq Yusof, pasti boleh. 

Tahukah anda ketiga-tiga filem ini diterbitkan oleh Penerbit, Pengarah dan Penulis Skrip yang merupakan anak jati Terengganu iaitu sutradara Joel Soh? 
Keghairahan beliau terhadap pembikinan filem aksi dan pencapaian dalam seni kreatif sejak usia muda menyebabkan dia dianugerahkan biasiswa daripada syarikat penyiaran media terbesar negara iaitu Astro. Bakat yang digilap sehingga mencipta kejayaan. Tahniah

POLIS EVO 3 MENAMPILKAN UNIT PASUKAN KHAS PDRM DENGAN LEBIH JITU
Melalui sequel Polis Evo, kita boleh lihat sendiri bagaimana Pasukan Unit Khas dari PDRM menjalankan tugas dari mata seorang Penerbit, Pengarah dan Penulis Skrip filem. 
Di dalam sesebuah karya filem, pastinya ada keseimbangan jalan cerita, plot twist, drama, kasih sayang, kecewa, sedih, penggunaan alat letupan, kesan khas, kenderaan yang bersesuaian dan aksi kombat. 

Shaheizy Sam ni memang sesuai la berlakon filem aksi. Boleh pergi jauh stail dan komitmen yang Sam bagi ni. Watak Inspektor Khai memang makanan Sam. 
Pelakon kegemaran kita masa filem zaman cinta cintun dulu dah berlakon filem aksi gais. Kami support Sam sampai bebila! Harap ada Polis Evo 4. Hahaha. 
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani adalah watak di luar kotak untuk pelawak no 1 negara kita sebenarnya. Lakonan Zizan Razak memang A++++++. 
Setiap kali Zizan Razak berlakon dalam apa sahaja naskah filem. Pasti beliau memberi lebih dan kelainan. Kita tak nampak Abang Long Fadil di sini. Kita tak nampak lawak krik krik. Kita tak nampak pelawak MLM. 
Zizan Razak memang lahir dengan bakat penghibur. Berlakon dan melawak bergabung. Sangat istimewa anugerah yang Allah s.w.t berikan kepada beliau. Asal buka mulut je buat orang ketawa. Dia serius pun rasa nak ketawa. Keep it up Zizan Razak!  Tahniah


Penampilan Michael Ang ternyata adalah babak luar kotak yang kita tidak menyangka akan ada di dalam Polis Evo 3. Awal-awal Inspektor Sani dan Inspektor Khai perlu undercover. 
Memang lucu dan kali ini Inspektor Sani tidak teragak-agak membuat keputusan dan nampak keseimbangan kerjasama dengan Inspektor Khai. Polis Evo, Polis Evo 2 kita boleh tengok betapa stress Inspektor Khai nak meyakinkan rakan sekerja tentang tipu daya penjenayah kan? Hehehe


Seterusnya watak Sharnaaz Ahmad yang bukan biasa-biasa kita tengom Antagonisnya. Ruby rasa ia sangat hebat, malah menakutkan. 
Sebab dendam kesumat boleh bawa kepada nekad yang kita tidak sangka. Memang padu sinematografi watak Reza ni. 
Jitu kombat, ekspresi wajah kecewa, air mata bertakung, mata merah, mekap parut kebakaran nampak realistik dan babak dalam api tu bukan setakat tunjuk badan sasa Sharnaaz Ahmad. 
Tetapi, ia menunjukkan kebangkitan dari kekecewaan dan menjadi dendam. Sedih sebenarnya. Tapi itulah hikmah kehidupan. 

Farali Khan pula watak baru di dalam Polis Evo 3. Dah macam Lesley hero dari permainan MOBO Mobile Legends Bang Bang. Melihat gaya dia bawa senjata, tembakan tepat, ternyata watak Marksman ni memang bersesuaian dengan Inspektor Julie lakonan Farali Khan. 
Ekspresi wajah, gaya dan pakaian. Perghhhhhh rasa women empowerment tu kuat gilaaaa. Cara Farali Khan berdialog pun nampak strong women. Suka lah. Jarang filem Malaysia ada watak Marksman wanita. 
Boleh la buat filem Inspektor Julie ni macam drama bersiri Alias yang Jennifer Garner berlakon tu. 

Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani adalah watak paling mendebarkan ya. Besar tanggungjawab kalau berkenaan bahan letupan. Semasa menonton, boleh dikatakan babak berkenaan potong wayar bahan letupan tu buat kami berhenti bernafas. 
Yelah dekat stesen MRT dan food truck Bukit Bintang. Rasa macam kita pun berhadapan situasi tersebut. Orang awam ramai, Nora Danish kesayangan kami pula dalam bahaya

Serius lepas Inspektor Dani berjaya potong wayar, satu dewan pawagam tepuk tangan. Garapan dari pengarah berjaya beri impak luar biasa. Tambahan pula ini kali pertama Ruby tengok Syafiq Kyle berlakon filem aksi begini. Boleh berlakon lagi filem macam ni. Terbaik


Menonton Polis Evo 3 selama 2 jam sememangnya berbaloi-baloi. Kita tidak sedar filem hampir habis. Malah kita tidak pula rasa filem ini tergantung. Namun, kami mengharapkan Polis Evo 4 pula. Hahaha. 
Idea untuk Polis Evo 4, plot twist isteri Inspektor Sani adalah Spy! Manakala Inspektor Khai nikah dengan Anis dan beliau perlu rekrut anggota PDRM baru untuk pasukan NCID. 
Penjenayah pula dari kalangan semua golongan B40, M40 dan T20. Dari pelajar sekolah, sampai orang tua jawatan besar di syarikat terkemuka. Hehehe. 
Ulasan filem dari setiap penonton adalah subjektif, namun Ruby beri 10/10 bintang untuk Polis Evo 3. Tahniah buat semua


FILEM POLIS EVO 3 

Tajuk : Polis Evo 3Genre : Aksi / KomediPengarah : Syafiq YusofPenerbit : Joel Soh | Andre ChiewPenerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad | Datuk Yusof Haslam Skrip : Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari AsrafSinematografi: Jordan ChiamSyarikat Penerbitan : Astro Shaw | Skop Productions | TGV Pictures | BlackFlagLokasi Penggambaran : Klang ValleyJumlah Hari Penggambaran : 8 MingguBahasa : Bahasa MelayuDurasi Filem : 113 minitKlasifikasi: 13Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023Barisan Pelakon:Shaheizy Sam sebagai Inspektor KhaiZizan Razak sebagai Inspektor SaniSharnaaz Ahmad sebagai RezaSyafiq Kyle sebagai Inspektor DaniFara Ali Khan sebagai Inspektor Julie, ahli tunggal wanita dalam UKAN yang mahir menembak tepat (marksman)Douglas Lim sebagai Inspektor DellNora Danish sebagai AnisEyka Farhana sebagai Yati, adik Inspektor SaniFadilah Mansor sebagai Ibu Khai, Inspektor SaniFauzi Nawawi sebagai ACP FaroukFezrul Khan sebagai Inspektor FaizalMichale Ang sebagai Chao, ketua kongsi gelap serta buruan Khai dan Sani yang muncul di awal filem
Dato' Afdlin Shauki sebagai Kasim, membuat penampilan kameo
Isha Norsham sebagai Khadijah, penampilan khas akad nikah bersama Inspektor Sani

Penampilan khas Ben Amir, Iman Corinne Adrienne, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fouziah Gous, Ezzaty Abdullah, Danial Zaini, Radin Amir Affendy.


SINOPSIS POLIS EVO 3
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. 
Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

POLIS EVO 3 BAKAL PECAH PANGGUNG
Filem francais blockbuster dengan penampilan gandingan duo nombor 1 Malaysia, Polis Evo kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel terbaru, Polis Evo 3 di 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini. 
Kemunculan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini disambut positif oleh penonton selepas treler rasmi dilancarkan pada bulan lalu. 
Dengan pengalaman dan ‘forte’ pengarah terkenal Syafiq Yusof, Polis Evo 3 menjanjikan kualiti filem setanding karya antarabangsa serta mampu memberikan pengalaman dan kepuasan berbeza kepada penonton.  
Antara lain yang menjadi kekuatan Polis Evo 3 adalah gandingan barisan pelakon hebat yang menggerakkan setiap watak. Jika terdahulu watak Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) hanya berdua, kali ini skuad Polis Evo dibesarkan lagi dengan watak-watak baru yang mempunyai kepakaran masing-masing


Watak Inspektor Dani (Syafiq Kyle) pakar bahan letupan; Inspektor Julie (Fara Ali Khan) pakar penembak tepat; Inspektor Dell (Douglas Lim) fokus dalam mengakses data teknologi; ACP Farouk (Fauzi Nawawi) ketua skuad; dan Inspektor Faizal (Fezrul Khan) menjadi perisik khas. Sementara itu pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad membawakan watak antagonis, Reza yang digeruni. 

Istimewa Polis Evo 3 turut mengembalikan watak-watak daripada francais terdahulu seperti pelakon Nora Danish, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor. 
Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. 
Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati. 


Mewakili pihak penerbit Polis Evo 3, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Jenama Polis Evo semakin kukuh sebagai francais aksi no 1 negara. Tentunya sebagai penerbit, kami berusaha meningkatkan taraf filem ini ke tahap lebih tinggi. Kami yakin kualiti produksi, jalan cerita serta lakonan adalah yang terbaik pernah kami hasilkan. 
Ia bukan saja mampu menepati cita rasa penonton semua lapisan umur, latar dan bangsa, malah kami mensasarkan ia untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia. 
Filem francais box-office Polis Evo yang paling dinantikan ramai kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel ketiganya. Kelainan Polis Evo 3 kali ini tentunya menampilkan lebih aksi, lebih dramatik, dan mengembangkan ‘keluarga Polis Evo’ melalui watak-watak baru untuk turut bersama dalam perhubungan ‘bromance’ Inspektor Khai dan Inspektor Sani. 
Di samping itu, Polis Evo 3 turut mengalu-alukan rakan penerbit baru Skop Productions dan TGV Pictures dalam memperkukuhkan lagi strategi penerbitan filem ini. Kami juga akan tampil dengan rangkaian promosi kreatif dengan menjalinkan kerjasama bersama jenama-jenama PUBG MOBILE, serta video pendek khas bersama pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa, Sofyank, di samping inisiatif kreatif bersama rakan-rakan pemamer. 
Diharapkan juga naskah ini dapat mengangkat wajah filem tempatan apabila ia dipersembahkan kepada penonton negara luar. Dengan kisah yang universal, Polis Evo 3 membawa penonton merasai ‘emotional roller coaster’ melalui mood yang mendebarkan dan komedi dalam tema persahabatan, kekeluargaan dan percintaan. 
Kami harap kehadiran Polis Evo 3 dapat menjadikan ia sebagai filem francais aksi terbaik Malaysia serta mampu memberi kejutan terbaru dalam industri perfileman tempatan.”

Pengarah Polis Evo 3, Syafiq Yusof berkongsi rasa gembira namun dalam pada itu turut berdebar menantikan reaksi penonton. “Saya meminati filem-filem Polis Evo dan apabila diberi peluang untuk mengarahkan sekuel seterusnya, tentunya saya sangat teruja, namun masih ada rasa bimbang kerana francais sebelum ini telah mencipta kejayaan luar biasa. 
Saya perlu memastikan Polis Evo 3 juga mempunyai keunikan tersendiri yang mampu memenuhi jangkaan peminat serta dapat memikat penonton baru untuk mengenali Polis Evo. Pihak produksi, penerbit, barisan pelakon dan semua yang menjayakan filem ini telah melakukan yang terbaik dan kini tiba masanya untuk Polis Evo 3 dipersembahkan kepada penonton. 
Saya harap penonton dapat menerima hasil sentuhan saya dan terhibur menyaksikan filem ini. ”

Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam menyatakan rasa teruja berpeluang terlibat dalam filem francais terbesar negara yang dinanti nantikan penonton. “Astro Shaw telah mewujudkan keserasian dalam bekerjasama dengan Skop Productions melalui filem-filem kolaborasi terdahulu. Sebagai penerbit dan pengkarya seni tentunya kami ingin menghidangkan sesuatu yang berbeza dan sekali gus mampu menepati cita rasa penonton. 
Polis Evo 3 diarahkan oleh Syafiq Yusof dan kami yakin kemampuan beliau mampu menghasilkan sebuah filem luar biasa. Nantikan filem Polis Evo 3 dan harapan kami agar karya ini mampu mencipta fenomena tersendiri serta memberi kejutan dalam industri perfileman kita.”  

Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han, “TGV rasa amat berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat penerbit perfileman gergasi Malaysia, Astro Shaw dan SKOP Productions, menerusi francais filem blockbuster Polis Evo. 
Melihat sambutan francais terdahulu, TGV yakin Polis Evo 3 mampu mengulangi dan mencipta kejayaan tersendiri. Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab kami dalam menyokong industri perfileman tempatan dan berharap dapat menjalinkan usahasama sebegini lebih banyak lagi pada masa hadapan."
Polis Evo 3 menyaksikan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. 
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 
POLIS EVO 3 - AYUH (OST)
Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. 

Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas enam tahun tidak merakam lagu. 

SIRI JELAJAH POLIS EVO 3
Buat peminat di luar sana, barisan pelakon Polis Evo 3 akan hadir ke tempat anda melalui siri jelajah pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 9, 10, 11 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. 
Pembelian Tiket Awal Polis Evo 3Istimewa buat peminat dan penonton, tiket filem Polis Evo 3 boleh mula dibeli pada 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara. 
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023 – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.  
Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/05/filem-polis-evo-3-kita-lagi-kuat-boh-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Evo 3 Kaut Untung Penerbit Beri Bayang Potensi Filem Keempat

Polis Evo 3 Kaut Untung Penerbit Beri Bayang Potensi Filem Keempat

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 364 hits
Setelah diperam sekian lama filem Polis Evo 3 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof berjaya menemui peminat Namun sambutan filem ini sememangnya luar biasa apabila sehari tayangan sahaja filem ini berjaya mendapat kutipan melebihi RM3 juta Malah...
Filem Polis Evo 3 Di Pawagam 25 Mei 2023

Filem Polis Evo 3 Di Pawagam 25 Mei 2023

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 284 hits
Tonton Filem Polis EVO 3 mula ditayangkan di pawagam seluruh seluruh Malaysia Singapura Brunei pada 25 Mei 2023 Filem Polis EVO 3 merupakan filem aksi blockbuster Malaysia kesinambungan daripada Polis EVO 2 dan filem ketiga dalam trilogi Po...
Hiburan Kutip Rm16 Juta Hanya Dalam Masa 4 Hari Polis Evo 3 Kalahkan Rekod Mat Kilau

Hiburan Kutip Rm16 Juta Hanya Dalam Masa 4 Hari Polis Evo 3 Kalahkan Rekod Mat Kilau

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 180 hits
Filem Polis Evo 3 arah Syafiq Yusof yang kini sedang ditayangkan memecah rekod filem diarahkan oleh abangnya Syamsul Yusof Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Polis Evo 3 yang menampilkan Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama itu tel...
Filem Plane 2023 Penuh Dengan Aksi Dan Lawan

Filem Plane 2023 Penuh Dengan Aksi Dan Lawan

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 475 hits
Lama tak share review filem kat blog ni Meh k fiezz nak kongsi pendapat k fiezz untuk filem plane 2023 ni Filem plane ni diterajui oleh Gerard Butler Mike Colter Yang hero omputih tu biasa tengok dia berlakon tapi tak tahu nama pelakonnya c...
Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga Rm3 4 Juta

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga Rm3 4 Juta

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 237 hits
Selepas meraih lebih RM1 juta pada tayangan awal filem aksi tempatan terbaru Polis Evo 3 terus menunjukkan prestasi baik pada hari pertama tayangan rasminya Menerusi akaun Instagram peribadi pengarah Polis Evo 3 Syafiq Yusof telah kongsikan...
Syafiq Yusof Kalahkan Abang Sendiri Polis Evo 3 Atasi Rekod Mat Kilau

Syafiq Yusof Kalahkan Abang Sendiri Polis Evo 3 Atasi Rekod Mat Kilau

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 330 hits
Filem laris ketika ini Polis Evo 3 berjaya meraih kutipan RM16 juta dalam tempoh empat hari tayangan di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura Menurut laporan Harian Metro filem arahan Syafiq Yusof itu sekali gus mengatasi rekod fi...
Ribut Kuat Terbangkan Dinding Rumah Tingkat 12 Penduduk Risau Nasib Bangunan Uzur

Ribut Kuat Terbangkan Dinding Rumah Tingkat 12 Penduduk Risau Nasib Bangunan Uzur

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 234 hits
ANGIN kuat menyebabkan dinding bilik tercabut dan menerbangkan beberapa barangan lain termasuk rak serta beg pakaian dari tingkat 12 Perumahan Awam Loke Yew pada Jumaat Menceritakan kejadian mangsa Nazri Nasir 55 berkata dia bersama isteri
Ikut Pecah Tanah Peluang Kerja Mau 10 Juta Di Kelantan Tapi Lebai Kuat Pembohong

Ikut Pecah Tanah Peluang Kerja Mau 10 Juta Di Kelantan Tapi Lebai Kuat Pembohong

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 212 hits
RMS Jika dikira semua projek pecah tanah termasuk hospital patuh syariah kilang simen bandar perabut gua musang projek stadium projek lapangan terbang Machang lebuhraya rakyat Terminal BAS Tunjung jambatan paklebang peluang pekerjaan untuk ...
13 Jam Disidang Teddy Minahasa Resmi Dipecat Tidak Hormat Dari Polri

13 Jam Disidang Teddy Minahasa Resmi Dipecat Tidak Hormat Dari Polri

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 186 hits
13 Jam Disidang Teddy Minahasa Resmi Dipecat Tidak Hormat dari Polri Mantan Kapolda Sumatera Barat Irjen Pol Teddy Minahasa resmi dipecat secara tidak hormat dari Polri karena melanggar etik Teddy dinilai telah melakukan perbuatan tercela k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization