Bufet Ramadan 2023 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi
Mesti ramai yang tercari-cari Bufet Ramadan 2023 yang murah di Klang Valley kan? Ye lah, time bulan Ramadan ni la semua pakat nak berkumpul ramai-ramai bersama keluarga atau kawan-kawan untuk berbuka puasa bersama dan bersua muka makan semeja. Jom, aku kongsikan satu lagi lokasi best untuk Bufet Ramadan 2023 iaitu di Restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi
Untuk pengetahuan korang especially yang tak pernah dengar tentang Santapan Ummis Hijau Kasturi, restoran ini telah bertapak selama lebih tiga tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur. Restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi telah diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah. Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 30 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, mereka setia berkhidmat dengan kerabat di-Raja Brunei selama lebih dari 8 tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini sekiranya ada dalam kalangan kerabat yang mencemar duli ke Malaysia dan merindui akan air tangan mereka
Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya dan terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Bukan itu sahaja, Santapan Ummis Hijau Kasturi cukup terkenal dalam kalangan warga media kerana sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal seperti Astro, BERNAMA, TV3 dan banyak lagi
Untuk bulan Ramadan kali ni, pihak Santapan Ummis Hijau Kasturi menyajikan tiga cara masakan utama setiap hari iaitu Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak secara bergilir-gilir. Antara menu yang dihidangkan adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak
Selain itu, kita juga boleh menikmati pilihan bakar-bakar seperti Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga. Nak lagi sedap? Makan bersama aneka jenis kerabu, lauk-pauk, ulaman, soto, mi, masakan barat dan air penyegar dahaga untuk melengkapkan hidangan berbuka puasa. Untuk pencuci mulut, macam-macam jenis kuih-muih dan aneka bubur disediakan.
Dengan bertemakan ‘Air Tangan Ibu’, lebih daripada 45 jenis makanan daripada hidangan Melayu klasik dan Nusantara boleh dinikmati. Dengan pengalaman yang ada berpuluh tahun dalam bidang kulinari dan catering, dari segi rasa untuk setiap hidangan yang ditawarkan memang memuaskan. Memang sedap! So, korang tak perlu risau. Berbaloi-baloi! Untuk korang yang rindukan masakan mak di kampung, bolehlah cuba datang sini. Gerenti, korang akan dapat melepaskan rindu untuk makan masakan mak macam di kampung. Air tangan Chef Hajah Norziah dan Chef Haji Fauzi memang sedap. Patut la kerabat diraja Brunei suka dan sanggup datang ke Malaysia kalau rindu nak makan masakan mereka
Untuk Ramadan kali ini, para pelanggan bakal dihidangkan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum mereka pulang. Apa yang special, dalam dulang tersebut, setiap pelanggan akan menikmati sajian terakhir yang berlainan setiap hari. Menu tersebut juga sebagai simbolik mengambil keberkatan Ramadan dalam bersedekah dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Santapan Ummis Hijau Kasturi
Dari segi ruang dalam restoran hanya boleh memuatkan sehingga 80 orang sahaja setiap hari. Jadi kalau nak berbuka puasa kat sini kena buat booking awal tau. Untuk surau ada disediakan di dalam restoran dan tempat letak kereta pula boleh parking di bawah bahagian basement
Selain itu, kalau ada pelanggan yang berminat nak bawa pulang air tangan chef yang pernah berkhidmat buat keluarga diraja Brunei ini, korang boleh membeli produk sejuk beku di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antara produk sejuk beku yang tersedia adalah Karipap ‘Sendat Padat’ , Lasagna, Popia dan Macaroni. Produk yang wajib korang cuba adalah produk yang sedang laris dijual iaitu Ikan Keli Dendeng Ummis. Apa yang special tentang Ikan Keli tersebut, ia merupakan ikan yang diternak di dalam sangkar dan hanya memakan makanan rumusan yang diperkaya dengan protein dan Omega 3
Bagi korang yang mencari lokasi berbuka puasa dengan harga bufet Ramadan di bawah RM100, inilah tempat yang korang cari iaitu di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Tak percaya? Jom tengok harga yang ditawarkan
Harga Buffet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2023
DewasaRM 51.90 nett
Kanak-kanak (bawah 12 tahun)RM19.90 nett
Untuk pengetahuan korang, harga Bufet Ramadan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah PERCUMA. Untuk tujuan tempahan, bayaran 100% perlu dijelaskan untuk booking confirmation. Jadi apa tunggu lagi? Jom, book seats sekarang
Tarikh Buffet:23 Mac 2023 hingga 19 April 2023
Waktu Operasi Bulan Ramadhan:Dibuka setiap hari Bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
Alamat:Ummis Hijau KasturiG3A. Sentul Village Service Apartment,No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul,51200, Kuala Lumpur
Untuk pengetahuan semua, restoran ini juga dibuka pada setiap hari dengan menyajikan pelbagai juadah. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan berdekatan. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan buffet Ramadan atau tempahan untuk venue bagi apa jua acara, boleh hubungi pihak Santapan Ummis Hijau Kasturi
Pejabat03-40324383
Operasi017-6534133
Pengeluaran/Production011-23058511
Facebook: https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9
Instagram: https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penaberkala.com/2023/03/bufet-ramadan-2023-di-santapan-ummis.html