Senarai Lengkap Air Yang Boleh Dan Tidak Boleh Minum Dalam Pantang


Senarai Lengkap Air Yang Boleh Dan Tidak Boleh Minum Dalam Pantang | Bila fikir tentang minuman dalam pantang ni terus teringat saat di beri minum milo sebaik saja lepas selamat bersalin. Nikmat betul!!! Terus hilang rasa dahaga! 

Okay disebabkan sebelum ini daku ada share tentang jenis ikan yang boleh di makan dalam pantang, kuih yang boleh makan dalam pantang dan juga sayur yang boleh makan dalam pantang. Maka sekarang ni afdal sangatlah untuk daku kongsikan tentang senarai air boleh minum dalam pantang pula. Yelah, takkan asyik nak minum air kosong je kan? Boring juga.... 



Selepas melahirkan bukan saja makanan yang perlu dititik beratkan tapi juga minuman dalam pantang. Pengambilan makanan dan minuman semasa berpantang perlu di beri perhatian supaya tidak memudaratkan kesihatan. Ohya, semasa berpantang jangan asyik makan saja hingga hadkan diri sendiri dari minum banyak air. 

20 Jenis Air Yang Boleh Di Minum Ketika Dalam Pantang

Di sini akan ku senaraikan minuman dalam pantang terutama untuk ibu lepas bersalin.  Ini antara cadangan air yang boleh di minum ketika berpantang dan semoga dengan adanya senarai ni mudahlah untuk para ibu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Antara minuman yang dibolehkan minum ketika berpantang ialah:

1. Air Kosong Suam
Air kosong memang sangat penting! Adalah lebih baik jika ibu berpantang ni amalkan minum air kosong suam. Ini kerana air kosong suam yang bersifat sedikit panas dapat bantu lancarkan darah dan keluarkan peluh. Jumlah yang disyorkan adalah lebih kurang 2 liter sehari.

2. Susu Kambing 
Nak dapatkan susu kambing asli bukannya mudah kan? Jadi boleh saja minum susu kambing dalam bentuk tepung yang dibancuh dengan air suam. Sedap minum susu kambing suam ni kerana ia dapat bantu perbanyakkan lagi susu ibu. Susu kambing juga boleh bantu sihatkan lagi tubuh ibu dan lancarkan darah.

3. Susu Tepung Untuk Ibu Menyusu 
Jika tak suka dengan susu kambing boleh minum susu tepung biasa. Lebih baik jika amalkan susu tepung yang khas untuk ibu menyusu badan. Barulah susu badan boleh jadi meriah untuk si comel minum.

4. Minuman Coklat Panas seperti Milo dan sebagainya 
Tak salah nak minum milo dan coklat panas ni TAPI sila jangan minum dengan tahap yang keterlaluan. Dalam erti kata lain jangan minum kerap sangat sampai beberapa kali sehari. Jangan juga di bancuh dengan terlalu pekat. Ini kerana minuman dalam bentuk 'malt' ini sebenarnya boleh menyebabkan masalah sembelit.

5. Horlicks 
Horlicks juga boleh di minum dan ada yang mengatakan susu menjadi semakin banyak selepas minum horlicks. Namun horlicks ini sama juga seperti milo. Jangan di bancuh terlalu pekat kerana takut nanti boleh berlaku masalah sembelit. Memadai minum beberapa hari sekali sekadar untuk melepaskan rasa bosan akibat asyik minum air yang sama saja setiap hari.

6. Susu Badam Kurma 
Susu badam kurma memang sedap! Nak buat pun tak susah. Caranya campurkan 1 gelas susu rendah lemak bersama 2 biji kurma, 7 biji kismis dan 5 biji badam. Kisar semuanya dan bolehlah terus di minum. Susu badam kurma ini dikatakan bagus juga untuk penambahan susu ibu. Nak lagi best, buat ikut kuantiti kat bawah ni dan bolehlah di minum sekali dengan suami.



7. Air Teh O / Kopi O
Teh ni sebenarnya agak berangin. Melainkan teh herba, itu lain. Selain daripada itu teh dan kopi ini ada kafein yang jika di amalkan selalu boleh menjejaskan kualiti susu ibu. Kiranya air teh dan air kopi boleh minum dalam pantang. Ya, nak minum tak salah cuma jangan terlalu kerap. Kat sini kan ada banyak jenis minuman jadi bolehlah di tukar-tukar tanpa perlu di ambil minuman teh dan kopi O saja hari demi hari. 

8. Air Madu
Madu memang ada banyak khasiat. Air madu juga elok untuk panaskan badan yang sejuk. Tapi jangan di minum banyak sangat takut nanti suhu badan menjadi lebih tinggi hingga mengakibatkan demam dan air susu kurang.

9. Air Rebusan Herba
Air rebusan herba ada banyak jenis. Ada yang boleh terus di beli dan ada juga yang lebih suka buat sendiri. Bagi yang tidak tahu dari mana nak dapatkan herba ni boleh cuba resepi air rebusan herba cara homemade. 



10. Air Nasi / Air Didih Beras
Air nasi atau air didih beras ni memang dah ramai yang tahu ianya berkhasiat untuk tubuh. Air didih beras dikatakan ada vitamin dan enzim untuk tubuh. Cara untuk mendapatkan air beras ini mudah saja. Ketika ingin masak nasi lebihkan kandungan air daripada biasa dan setelah air rebusan nasi tu menggelegak, keluarkan sedikit airnya. Sejukkan dan bolehlah di minum. Untuk rasa lebih sedap boleh tambahkan dengan sedikit gula. 

Antara air lain yang boleh di minum adalah seperti :

11. Air Kunyit
12. Air Pegaga 
13. Air Manjakani 
14. Air Halia
15. Air Serai (detox)
16. Jus Kurma
17. Jus Roselle
18. Jus Delima
19.  Jus Oren
20. Jus Carrot


Cara Minum Air Dalam Pantang Dengan Betul

Ini adalah antara kaedah cara minum air yang betul buat ibu ketika berpantang 44 hari. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk hari biasa setelah selesai tempoh berpantang nanti.



#1 - Elakkan minum terlalu banyak sangat air manis kerana air manis ini boleh menyebabkan luka lambat sembuh. 

#2 - Jangan teguk air kosong terlalu banyak dalam satu masa. Minumlah sedikit demi sedikit secara berulang. 

#3 -  Minum dengan cara menghirup adalah lebih baik daripada meneguk kerana ia akan lebih cepat menghilangkan dahaga.

#4 - Jangan selang selikan dengan minum air ketika sedang makan. Tabiat ini tidak elok untuk sistem penghadaman dan boleh menjadi salah satu punca perut menjadi menggeleber.


#5 - Seloknya minum air sedikit demi sedikit hingga mencapai kandungan 2 liter sekaligus. Jangan terlalu takut untuk minum air ketika dalam pantang kerana ia akan boleh menyebabkan susu menjadi kurang dan masalah sembelit. 


6 Sebab Utama Mengapa Ibu Berpantang Perlu Banyak Minum Air Suam 

Sebab #1 : Dapat Menyegarkan Tubuh Badan Ibu

Sebab #2 : Dapat Bantu Memperbanyakkan Susu Ibu

Sebab #3 : Mencegah Sembelit

Sebab #4 : Mempercepatkan Proses Penyembuhan Luka Bersalin

Sebab #5 : Mengelakkan Berlakunya Dehidrasi

Sebab #6 : Mengelak Jangkitan Kuman / Kencing Kotor


Antara Air Yang Tidak Boleh Di Minum Ketika Berpantang 

Jika tadi disenaraikan jenis air yang boleh minum dalam pantang, ini pula adalah sebahagian dari jenis air yang tak boleh minum dalam pantang.

[X] Air Kosong Yang Sejuk

[X] Air Manis Yang Berais

[X] Air Dengan Pewarna Tiruan

[X] Air Yang Bergas

[X] Air Yang Memabukkan

[X] Air Kelapa / Tuak / Nira

[X] Jus Tembikai, Jus Jambu Batu, Jus Nenas


Dalam Pantang Boleh Minum Air Sejuk / Ais Batu Tak? 

Petua orang tua, dalam pantang tak boleh minum air kosong sejuk sebab takut nanti perut jadi buncit! Faraj pula akan jadi kembang dan berair! Nanti faraj dah tak ketat macam dulu! Emakku sendiri tak sarankan daku ambil air sejuk sebab katanya takut nanti boleh jadi demam dan sebagainya. Cuma mak takde pula sebut buncit dan lain-lain tu. 

Tapi tak dinafikan yang kajian saintifik ada mengatakan yang air suam adalah jauh lebih bagus dari air sejuk / berais. Ini kerana air suam mampu lancarkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. 



Kenapa tak boleh minum air sejuk dalam pantang ni sebenarnya? Disebabkan rasa nak tahu tu sangat tinggi maka daku sempatlah juga cari info yang berkaitan. Menurut bacaan tersebut, sebab tak boleh minum air sejuk dalam pantang ni adalah :

Kesan buruk air batu / ais ini kepada badan kita amat memudaratkan terutama sekali selepas kita makan. Air batu yang sejuk tersebut secara tak langsung akan membekukan makanan berminyak di dalam perut kita sekaligus melambatkan proses penghadaman.
minuman berais ni, badan kita akan cepat mengah/ penat. Ini dek kerana air batu tadi telah memperlahankan fungsi peparu kita untuk menukar gas oksigen kepada karbon dioksida.
sumber : Sumbat Parok

Dalam Pantang Boleh Minum Air Soya Tak?

Air soya boleh minum tak dalam pantang? Hmmm... susah nak explain part air soya ni sebabnya ada yang cakap boleh dan ada yang cakap tak boleh. Tapi untuk selamat rasanya baik JANGAN minum. Daku sendiri tak berani nak sentuh air soya ni waktu dalam pantang. Sebabnya......


Sebabnya daku ada terbaca yang kacang soya ni tinggi kandungan asid phytic (sejenis bahan anti-nutrien) yang menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink yang penting untuk badan. Akibatnya, zat  makanan yang kita makan tidak akan memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh. 

Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Alah, apa nak risau habis pantang nanti boleh minum juga kan? Jadi daripada was-was baik tak usah minum semasa masih lagi berada di dalam pantang ni.

Dalam Pantang Boleh Minum Air Barli Tak?

Daku tak pernah pula cuba minum air barli sewaktu dalam pantang. Tapi mengikut pembacaan ramai juga yang minum air barli ni dalam pantang. Ia dikatakan dapat menyejukkan badan dan diyakini dapat bantu banyakkan susu ibu. Kiranya ramai yang berpendapat bahawa air barli boleh minum dalam pantang.


Caranya adalah dengan merebus biji barli sehingga kembang dan minum air rebusannya setelah suam. Boleh juga ditambah sedikit gula tapi janganlah tahap terlajak manis. Beli biji barli dan rebus sendiri tau! Jangan pula di beli barli siap segera dalam tin dan sebagainya.

Dilema Antara Pantang Moden Dan Tradisional 

Jika di tanya pada pendapat peribadiku yang telah selamat berpantang selepas melahirkan 6 anak ini, daku terima seadanya secara sama rata antara pantang moden dan tradisional. Tak dinafikan daku lebih suka pantang cara moden yang bagi aku lebih releven dengan gaya hidup sendiri. Tapi dalam masa yang sama daku juga ikut guna pakai gaya tradisional terutama untuk perkara yang baik seperti amalan bertungku, berstokin dan sebagainya.

Begitu juga dengan soal makanan dan minuman ni. Jika daku yakin daku boleh ambil semasa berpantang maka daku teruskan dan jika daku was-was maka daku tak amalkan. Yelah tempoh berpantang ni jika difikirkan balik bukannya lama sangat pun. Pejam celik je dah habis. Lagipun tak boleh makan dan minum itu ini tak bererti dah tak ada pilihan makanan dan minuman sedap lain yang kita tak boleh ambil.

Tak kisahlah pantang moden ataupun tradisional yang penting jangan sesekali abaikan soal makanan dan minuman. Dalam pantang tubuh nak cepat sembuh dan sihat sambil menyusu baby maka amalkanlah makanan dan minuman yang berkhasiat. =D









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/07/air-yang-boleh-dan-tidak-boleh-di-minum-semasa-dalam-pantang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Jika Bayi Bawah 6 Bulan Diberi Minum Air

Bahaya Jika Bayi Bawah 6 Bulan Diberi Minum Air

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 429 hits
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi b...
Anak Demam Atau Cirit Birit Elak Bagi Minuman Isotonik Cukup Minum Air Masak

Anak Demam Atau Cirit Birit Elak Bagi Minuman Isotonik Cukup Minum Air Masak

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 473 hits
Air putih paling sesuai dan baik untuk anak demam atau tak sihat kerana ia boleh mengembalikan semula tenaga dan mengelakkan dehidrasi bagi yang mengalami cirit birit Namun bagi kebanyakan ibu bapa memilih untuk memberi minuman isotonik den...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Tak Perlu Air Kosong Boleh Jadi Keracunan Sawan

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Tak Perlu Air Kosong Boleh Jadi Keracunan Sawan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 479 hits
Amalan beri makan dan air kosong kepada bayi 6 bulan ke bawah mungkin masih banyak berlaku di dalam masyarakat Mama dan papa kalau betul sayangkan anak hapuskan segera amalan ini Ibu bapa dan penjaga bayi termasuk pengasuh dan ahli keluarga...
Elak Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut

Elak Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 675 hits
Kenapa tidak boleh memandikan bayi dengan air sejuk Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir Terlalu kecil takut nak pegang bimbang terlepas terjatuh dan ma...
Bahaya Letak Botol Berisi Air Dalam Kereta Boleh Sebabkan Kereta Terbakar

Bahaya Letak Botol Berisi Air Dalam Kereta Boleh Sebabkan Kereta Terbakar

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 516 hits
Kadang kala sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan kita yang selalu meninggalkan botol air yang masih mempunyai air di dalam kereta Sebenarnya meninggalkan botol air dalam keadaan masih mempunyai air adalah sangat bahaya terutama bila botol...
Doktor Jelaskan Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Durian Lepas Makan Isinya Hantu Durian Kena Tahu

Doktor Jelaskan Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Durian Lepas Makan Isinya Hantu Durian Kena Tahu

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 729 hits
Sekarang ini pergi ke semua tempat di Malaysia tak kisahlah di kampung atau bandar memang banyak gerai yang menjual buah durian Buah ini boleh dikatakan sebagai buahan kegemaran rakyat Malaysia Tambah pula sekarang ini musimnya dan harga ya...
Artis Indonesia Ini Punya Kebiasaan Unik Minum Air Kencing Sampai Cium Ketiak

Artis Indonesia Ini Punya Kebiasaan Unik Minum Air Kencing Sampai Cium Ketiak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 920 hits
Cantik dan memiliki tubuh ideal siapa sangka bila di balik kesempurnaan penampilannya para artis Indonesia ini memiliki kebiasaan unik dan cenderung aneh
Salah Sukat Bancuhan Susu Boleh Kurangkan Zat Untuk Anak Elak Guna Air Mendidih

Salah Sukat Bancuhan Susu Boleh Kurangkan Zat Untuk Anak Elak Guna Air Mendidih

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 647 hits
Membancuh susu anak ada aturannya Begitu juga pengendalian botol susu Cara yang tepat boleh membantu si kecil mendapatkan khasiatnya Adakalanya ibu bapa jadi kurang endah bab mencuci botol Mungkin kerana nak cepat ada yang mencuci dengan pe...
Polis Buru Remaja Picit Picit Roti Minum Air Rosakkan Makanan Family Mart

Polis Buru Remaja Picit Picit Roti Minum Air Rosakkan Makanan Family Mart

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 864 hits
Gara gara merosakkan barang makanan di kedai Family Mart Nilai Negeri Sembilan seorang remaja lelaki telah menjadi buruan pihak polis Semalam video 1 minit 10 saat tular dan menjadi perbualan hangat di media sosial yang memaparkan seorang r...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord