Bahaya Jika Bayi Bawah 6 Bulan Diberi Minum Air



Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain. Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berumur enam bulan kerana susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan tenaga dan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi.

Di samping itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan kematian bayi yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti cirit-birit atau diarea dan radang paru-paru. Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mempercepat proses penyembuhan semasa kanak-kanak sakit dan membantu ibu menjarakkan kehamilan.

Sejak dari lahir sehingga berumur enam bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air tambahan, walaupun ketika cuaca panas.
Mengapa pemberian air bahaya kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu?

Air mengenyangkan bayi tanpa membekalkan sebarang kalori dan boleh menyebabkan bayi mengalami penurunan berat badan atau berat badan tidak meningkat dengan mencukupi.Pengambilan air atau minuman lain, walaupun sedikit, boleh memenuhkan perut bayi dan mengurangkan selera bayi untuk menyusu susu ibu yang padat dengan nutrien.Pengambilan air boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Ini kerana, bayi yang diberi air akan kurang berminat untuk menyusu. Jika bayi tidak disusukan dengan kerap, susu ibu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan ini boleh melambatkan atau mencegah pengaliran susu. Sekiranya bayi diberi air menggunakan botol dan puting susu, bayi akan menjadi keliru dan berkemungkinan tidak mahu menyusu terus daripada payu dara ibu.Air meningkatkan risiko penyakit kerana ia boleh menjadi pembawa kuman. Bayi yang diberi air lebih mudah terdedah kepada organisme yang menyebabkan cirit-birit, terutama dalam persekitaran yang kurang bersih.Air dikaitkan dengan peningkatan paras bilirubin dan keseriusan jaundis di kalangan bayi baru lahir. Bayi yang menyusu susu ibu dengan baik kurang menghadapi masalah jaundis.Air boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil oral water intoxication. Di kalangan bayi yang berumur kurang dari lima minggu, air yang berlebihan boleh mencairkan natrium di dalam darah dan ini menyumbang kepada simptom-simptom seperti suhu badan yang rendah, kembung dan kekejangan.

Bagaimana bayi yang menyusu susu ibu mendapat air yang secukupnya?

Susu ibu mengandungi 88% air dan berupaya membekalkan kesemua cecair yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibu. Bayi yang sihat dilahirkan dengan cukup air dan keadaan ini akan terus kekal jika bayi disusukan dengan susu ibu secara eksklusif, siang dan malam, dengan kerap dan tanpa had. Pada beberapa hari pertama selepas dilahirkan, kolostrum sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan air kepada bayi.


Bagaimana dengan bayi yang tinggal di dalam iklim yang panas dan kering?

Beberapa kajian yang dijalankan di pelbagai lokasi (lembap dan kering) pada julat suhu antara 22°C – 41°C (71.6°F – 105.8°F) dan kelembapan relatif antara 9% – 96%, mengesahkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Bayi akan mendapat semua cecair yang diperlukan melalui susu ibu, sekiranya dibenarkan menyusu susu ibu mengikut keperluannya.


Haruskah bayi yang mengalami cirit-birit atau diarea diberi air?

Dalam keadaan cirit-birit atau diarea yang tidak teruk, adalah dicadangkan supaya ibu-ibu meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit atau diarea yang sederhana atau teruk, ibu-ibu perlu membawa bayi berjumpa doktor dengan serta – merta, di samping meneruskan penyusuan susu ibu seperti biasa.


Haruskah air diberi kepada bayi yang berumur enam bulan ke atas?

Pada umur enam bulan, selain daripada susu ibu, bayi harus diberi makanan pelengkap. Ini penting untuk memenuhi keperluan nutrien bayi yang semakin meningkat.

Jenis makanan yang dimakan oleh bayi mempengaruhi keperluan airnya. Secara amnya, keperluan air bagi bayi yang berumur 6 hingga 11 bulan boleh dipenuhi melalui susu ibu. 
Walau bagaimanapun, air yang telah dimasak boleh diberi kepada bayi selepas makan. Perlu diingatkan bahawa memberi air kosong kepada bayi adalah lebih baik berbanding jus buah-buahan. Ini kerana air kosong adalah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga dan tidak mengandungi gula, sebagaimana jus buah-buahan.

Bayi juga patut diberi air menggunakan cawan dan bukannya botol. Ini kerana pemberian air menggunakan botol mendorong bayi untuk minum air secara berlebihan yang melebihi keperluannya.

Apabila memberi bayi air atau sebarang cecair lain, pastikan yang ia tidak menggantikan susu ibu. Air yang ditambah ke dalam makanan pelengkap juga boleh menggantikan atau mencairkan kandungan di dalam nutrien makanan tersebut.

Oleh itu, kurangkan penambahan air ke dalam makanan pelengkap seperti bubur dan sup untuk meningkatkan kepekatan nutrien dalam makanan tersebut, yang seterusnya akan membantu meningkatkan status pemakanan bayi.

MyHealth

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/bahaya-jika-bayi-bawah-6-bulan-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Bawah 6 Bulan Boleh Kena Sawan Tanpa Demam Kalau Kerap Diberi Air Masak Melebihi Keperluannya

Bayi Bawah 6 Bulan Boleh Kena Sawan Tanpa Demam Kalau Kerap Diberi Air Masak Melebihi Keperluannya

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 515 hits
Perbuatan memberi bayi bawah 6 bulan minum air masak melebihi keperluannya boleh menyebabkan si kecil kena sawan tanpa demam Sebenarnya ramai ibu bapa yang mengamalkan pemberian air masak kepada bayi dengan alasan si kecil masih haus atau h...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Tak Perlu Air Kosong Boleh Jadi Keracunan Sawan

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Tak Perlu Air Kosong Boleh Jadi Keracunan Sawan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 503 hits
Amalan beri makan dan air kosong kepada bayi 6 bulan ke bawah mungkin masih banyak berlaku di dalam masyarakat Mama dan papa kalau betul sayangkan anak hapuskan segera amalan ini Ibu bapa dan penjaga bayi termasuk pengasuh dan ahli keluarga...
Jangan Lagi Bikin Susu Formula Bayi Dari Air Dispenser Ketahui Bahaya Dan Cara Menyiapkan Susu Yang Benar

Jangan Lagi Bikin Susu Formula Bayi Dari Air Dispenser Ketahui Bahaya Dan Cara Menyiapkan Susu Yang Benar

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 299 hits
Mungkin banyak orang yang menganggap menyiapkan susu formula untuk bayi adalah perkara mudah Susu formula tinggal dimasukkan di dalam botol dot dan masukkan air ke dalamnya Bahkan masih banyak yang masih menggunakan air panas dari dispenser...
7 Makanan Yang Perlu Dielakkan Untuk Diberi Kepada Bayi

7 Makanan Yang Perlu Dielakkan Untuk Diberi Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 572 hits
Seperti yang kita sedia maklum tubuh bayi belum bersedia sepenuhnya lebih lebih lagi daripada aspek makanan Malah makanan yang sering golongan dewasa makan sudah semestinya membawa mudarat pada kesihatan bayi
Artis Indonesia Ini Punya Kebiasaan Unik Minum Air Kencing Sampai Cium Ketiak

Artis Indonesia Ini Punya Kebiasaan Unik Minum Air Kencing Sampai Cium Ketiak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 949 hits
Cantik dan memiliki tubuh ideal siapa sangka bila di balik kesempurnaan penampilannya para artis Indonesia ini memiliki kebiasaan unik dan cenderung aneh
Bayi Maut Akibat Overdose Selepas Diberi Kokain Heroin Oleh Ibu Bapanya

Bayi Maut Akibat Overdose Selepas Diberi Kokain Heroin Oleh Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 377 hits
The ReporterSeorang bayi perempuan berusia dua bulan maut selepas disuap dengan dadah heroin dan kokain Eugene Chandler 27 dan isterinya Shaleight Brumfield 26 didakwa menyebabkan kematian mangsa Marleigh Chandler pada tahun lalu Pasangan i...
Senarai Lengkap Air Yang Boleh Dan Tidak Boleh Minum Dalam Pantang

Senarai Lengkap Air Yang Boleh Dan Tidak Boleh Minum Dalam Pantang

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1277 hits
Senarai Lengkap Air Yang Boleh Dan Tidak Boleh Minum Dalam Pantang Bila fikir tentang minuman dalam pantang ni terus teringat saat di beri minum milo sebaik saja lepas selamat bersalin Nikmat betul Terus hilang rasa dahaga Okay disebabkan s...
Amalan Minum Air Dari Ruas Kulit Durian Dapat Hilangkan Panas Badan Selepas Makan Durian Dan Ada Kebenarannya

Amalan Minum Air Dari Ruas Kulit Durian Dapat Hilangkan Panas Badan Selepas Makan Durian Dan Ada Kebenarannya

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 887 hits
Pencinta durian dan kebanyakan orang akan bersetuju bahawa amalan meminum air atau air garam dari ruas kulit durian dapat menghilangkan rasa panas selepas memakan durian yang banyak Akan tetapi sejauh mana kebenaran amalan ini atau ia hanya...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice