Senarai Kawasan Berisiko Banjir Di Selangor


KAWASAN BERISIKO BANJIR DIINGATKAN SIAP SIAGA HADAPI BENCANA – Selangor Pertimbang Isytihar Darurat Iklim
Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri itu sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim.
Dato Seri Amirudin Shari baru-baru ini mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.
Paras laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.
Dalam masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan.
Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.
Sumber: Selangor Kini, Utusan Malaysia
Senarai Kawasan Berisiko Banjir & Banjir Kilat Di Selangor Kerajaan negeri arah pelbagai agensi & jabatan siap siaga mendepani Monsun Timur Laut yang dijangka melanda dalam bulan November-Disember 2022.
JPS Selangor turut mengemukakakan senarai kawasan berisiko banjir & banjir kilat.
Kebanyakan kawasan di Selangor dijangka menerima taburan hujan sekitar 170 hingga 250mm sepanjang bulan ini susulan Monsun Barat Daya sejak 14 Mei.
Sepanjang tempoh berkenaan, kejadian hujan lebat dan ribut petir dijangka berkurangan dengan hanya berlaku pada awal pagi terutama di kawasan pesisir perairan Selat Melaka.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim menerusi surat arahan persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut kepada agensi berkaitan hari ini.
Rujuk infografik oleh Media Selangor seperti yang dilampirkan berikut:
KAWASAN BERISIKO BANJIR & BANJIR KILAT SELANGOR 2022
Sumber infografik: Media Selangor Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Tips Penting Menghadapi Banjir Berikut adalah langkah persediaan dalam menghadapi banjir. Kekal berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
Di rumah
Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan   agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.Sediakan Beg Kecemasan yang dilengkapi dengan barang-barang keperluan.
Jika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir
Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jadual rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam keadaan banjir.Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, Portal Bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
SEMASA BANJIR
Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir
Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa pemindahan
Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.
Di dalam kenderaan
Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat
Di dalam rumah
Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.Bersedia dengan peralatan kecemasan.Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Di luar rumah
Pergi ke tempat tinggi dan selamat.Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.Jangan minum air banjir.
SELEPAS BANJIR
Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak  berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.
Semasa memasuki bangunan
Pakai kasut.Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.Periksa ancaman bahayaPeriksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa. Dapatkan info amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau aplikasi mudah alih MyPublic InfoBanjir.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kawasan-berisiko-banjir-selangor-2022/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kawasan-berisiko-banjir-selangor-2022

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Mb Selangor Bakal Isytihar Darurat Iklim L Rujuk Senarai Kawasan Berisiko

Terkini Mb Selangor Bakal Isytihar Darurat Iklim L Rujuk Senarai Kawasan Berisiko

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 185 hits
TERKINI MB Selangor Bakal Isytihar Darurat Iklim l Rujuk Senarai Kawasan Berisiko Berita tergempar hari ini Negeri Selangor dilaporkan bakal menghadapi bencana alam Hal ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari Me...
Cara Semakan Kawasan Banjir Amaran Terkini

Cara Semakan Kawasan Banjir Amaran Terkini

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 249 hits
SEMAKAN INFO BANJIR TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia pen...
22 Kawasan Perumahan Terjejas Banjir Di Melaka

22 Kawasan Perumahan Terjejas Banjir Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 226 hits
Sehingga kini 29 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS di Melaka Gambar APMMELAKA Sebanyak 22 kawasan perumahan terjejas akibat banjir kilat di Melaka dengan dua pusat pemindahan sementara dibuka sejak awal pagi tadi Angkatan...
Kerajaan Perlu Kumpul Data Golongan Dipindah Banjir

Kerajaan Perlu Kumpul Data Golongan Dipindah Banjir

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 124 hits
Kerajaan perlu kumpul data golongan dipindah banjirPosted By on September 12 2022Amaran Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa akan berlaku banjir besar di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada November ini perlu ditanggapi dengan seriu...
Sejumlah Wilayah Di Bogor Banjir Dan Longsor Akibat Hujan Lebat

Sejumlah Wilayah Di Bogor Banjir Dan Longsor Akibat Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 135 hits
Teo menerangkan untuk titik banjir lintasan terjadi di Kampung Mandala RT003 002 Kelurahan Ciparigi Kecamatan Bogor Utara dan di RT005 013 Kelurahan Cilendek Barat Kecamatan Bogor Barat
Nak Tunggu Kami Jadi Arwah Soal Mangsa Banjir Di Baling Makin Hilang Sabar

Nak Tunggu Kami Jadi Arwah Soal Mangsa Banjir Di Baling Makin Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 209 hits
Kampung Iboi di Baling dilanda banjir kilat buat kali ketiga pada 6 Sept lalu PETALING JAYA Bukan sekali sebaliknya sudah tiga kali banjir kilat melanda Kampung Iboi Baling Kedah yang membuatkan penduduk semakin hilang sabar menanti tindaka...
Johor Siap Sedia 777 Pps Hadapi Banjir

Johor Siap Sedia 777 Pps Hadapi Banjir

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 166 hits
Kerajaan negeri Johor bersiap sedia membuka sebanyak 777 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri ini bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku penghujung tahun ini Gambar failKLUANG Kerajaan negeri Johor bersiap sedia membuk...
1 000 Rumah Di Palu Terendam Banjir Ribuan Warga Terdampak

1 000 Rumah Di Palu Terendam Banjir Ribuan Warga Terdampak

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 134 hits
Banjir akibat meluapnya sungai Palu menyebabkan 1 000 rumah warga di kelurahan Lere Baru Ujuna Besusu Barat Nunu Lolu Utara dan Lolu Selatan terendam air Tidak kurang 5 337 jiwa dari 1 450 Kepala Keluarga terdampak peristiwa ini
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti