Senarai Jersi Home Away Third Kits Negara Dalam World Cup 2022 Qatar


Setiap empat tahun sekali akan berlangsung satu satunya acara sukan boleh dikatakan terbesar di dunia iaitu Football World Cup.

Senarai Jersi Negara Dalam World Cup Qatar 2022
Jika di luar bumi terdapat pasukan bola sepak lain maka juara dalam World Cup akan mewakili bumi (dunia) untuk kejohanan peringkat itu pula.



Kejohanan Empat Tahun Sekali Kini Di Qatar
Begitulah gahnya World Cup yang berlangsung empat tahun sekali. World Cup yang diadakan 4 tahun sekali kerana memberi ruang dan peluang pasukan setiap benua untuk persediaan dan menghabiskan pusingan kelayakan sehinggalah adanya play-off untuk ke peringkat akhir.
Pada bulan November 2022 ini bermulalah peringkat akhir World Cup untuk edisi 2022 yang berlangsung di Qatar.
Jersi Negara Bertanding Dalam Piala Dunia Qatar 2022
Lapan kumpulan sudah layak untuk menghadapi kejohanan ini dari kumpulan A sehingga kumpulan H. 
Penulis akan kongsikan kesemua jersi (home/away/third) yang termampu penulis kongsikan, yang pastinya semua jersi mewakili semua pasukan yang bertanding di kejohanan terbesar dunia ini.
1. Argentina
Kit Argentina masih mengekalkan base warna putih dengan jalur biru cyan. Tidak banyak berbeza kit World Cup 2022 kali ini untuk dipakai oleh Lionell Messi yang berhasrat untuk menggantung but selepas World Cup Qatar ini.
Bagi kit kedua jersi pasukan Argentina ia tampak menyerlah dengan warna unggu gelap dengan rekaan api yang membakar dari bawah.


Namun, dari pandangan penulis, mungkin warna ungu sebegini nampak agak buruk dan lama.Mungkin pasukan Argentina lebih mementingkan kemahiran dalam persaingan berbanding persalinan.
BELI JERSI ARGENTINA WORLD CUP SINI
2. Australia
Wakil dari benua Ocenia ini mengekalkan warna keramat mereka iaitu kuning jagung dengan warna hijau yang lebih gelap.
Tidak kira jersi sukan manapun Australia mengekalkan warna ini. Padanan untuk saiz dari Nike sememangnya nampat fit dan seumpama lekatan di kulit pemakai.
Bagi jersi World Cup 2022 Australia kedua pula warna biru gelap dengan sedikit warna cyan pada lengan dan leher tampak lebih kemas dan kasual


BELI JERSI AUSTRALIAN WORLD CUP SINI
3. Belgium
Belgium dalam dekad terakhir ini bukan lagi sebuah pasukan yang sekadar pelengkap jadual.



Kehadiran Kevin De Bruyne dengan kit jersi Belgium dengan warna asas merah dan sedikit hiasan hitam menampakan Belgium juga kuasa besar bola sepak.


Sejujurnya kit rekaan dari adidas ni lebih mirip kepada kit jersi Germany suatu masa dahulu.
BELI JERSI BELGIUM WORLD CUP SINI
4. Brazil
Kehadiran skuad Brazil dalam World Cup bukan sesuatu yang asing, yang menjadi asingnya jika skuad Amerika Selatan ini gagal melayakkan ke peringkat akhir World Cup.

Dengan latar jersi kuning cair dan hijau dengan garisan biru tua menjadi 'trademark' kepada pasukan Brazil
Kit jersi Brazil kedua pula lebih bebas rekaannya kerana terdapat corak seakan harimau bintang atau batu karang di bahagian bahu kit ini.
Dengan latar biru tua air laut di tengah lautan menampakkan kehadiran corak ini.

Lebih tampak elegan apabila dikenakan dengan 'long sleeve' apalagi ketika Coutinho atau Martinelli yang sedang mengolek bola melepasi pihak lawan.
BELI JERSI BRAZIL WORLD CUP SINI
5. Cameroon
Wakil lapan kali dalam kejohanan World Cup yang mewakili benua Afrika, Cameroon, tampil dengan kit jersi bewarna asasnya hijau padang rumput dengan renjisan putih seakan akan tahi bintang yang jatuh dari langit


Dengan logo singa sedang mengaum di bahagian kiri dada jersi menampakan kegarangan semangat mereka dalam World Cup

BELI JERSI CAMEROON WORLD CUP SINI
6. Canada
Kanada merupakan wakil Amerika Utara untuk World Cup 2022 di Qatar ini. Sebagaimana warna pada bendera negara Kanada, sebegitulah warna yang diterapkan pada jersi kit pasukan World Cup Kanada


Kali terakhir Kanada berada di pusingan akhir World Cup adalah pada 1986 maka pastinya jersi ini yang dicipta oleh Nike untuk Kanada menjadi tanda kepada penyokong Kanada dalam dunia bolasepak

Putih menjadi warna sandaran pada kit kedua jersi pasukan Kanada. Putih yang tidak menampakan apa apa pada jersi ini melainkan kesan lumpur atau ais krim padanya nanti

BELI JERSI CANADA WORLD CUP SINI
7. Costa Rica
Costa Rica berjaya bersaing di peringkat akhir World Cup 2022 selepas mengalahkan New Zealand pada perlawanan play-off


Jersi yang menjadi kebanggaan mereka dengan latar belakang bewarna merah cukup ringkas dengan warna biru sebagai penambah warna pada lengan jersi

BELI JERSI COSTA RICA WORLD CUP SINI
8. Croatia
Sebut sahaja mengenai bola sepak Croatia pasti akan mengingatkan akan pemain bernama Luka Modric


Itu dari segi pemain, tetapi dari segi jersi, penulis akan terus terbayangkan tiga warna iaitu putih, biru dan merah dengan petak petak kecil menghiasi jersi

Sama juga untuk World Cup kali ini Croatia masih mengekalkan tema tersebut termasuklah petak petak yang ada

Bagi rekaan jersi kedua mereka, masih warna pada bendera dimana warna asasnya biru, dan petak petak tidak pernah dilupakan dengan warna cyan cerah

BELI JERSI CROATIA WORLD CUP SINI
9. Denmark
Denmark tidak lain tidak bukan adalah negara Lord bentdner. Terus penulis teringat akan hal ini selain dari badminton


Warna merah keseluruhan warna pada kit jersi World Cup 2022 mereka menenggelamkan segala apa yang ada pada jersi ini
Termasuklah logo dan tajaan

BELI JERSI DENMARK WORLD CUP SINI
10. Ecuador
Ecuador memberikan kepercayaan kepada jenama Marathon untuk mengeluarkan kit jersi mereka untuk World Cup 2022 kali ini


Dengan base kuning yang agak terang diambil dari tema bendera Ecuador sendiri

Jika dari gambar memang cukup fit saiznya. Dengan warna hitam sedikit merah di bahagian tepi cukup menarik dilihat. Apalagi disekeliling leher terdapat cebisan warna biru tua yang menidakkan warna kuning sebagai warna dominan seluruhnya


Dengan fit yang cukup tegap ditambah pula dengan warna biru gelap dan tidak serabut rekaannya. Kit kedua jersi Ecuador tampak lebih maskulin

Corak corak ala ala dinding aztec memang terbaik. Ini adalah antara jersi bolasepak yang cun

BELI JERSI ECUADOR WORLD CUP SINI
11. England
England memang gah dengan Liga Premiernya namun dari segi pasukan kebangsaan ia agak biasa


Sama juga dengan jersi untuk kit Piala Dunia di Qatar kali ini. Dengan asas warna putih dan warna cyan muda di atas bahu yang menjadi bayang kepada warna biru gelap

Dari segi fit saiznya cukup terbaik apabila Nike menjadi penaja untuk kit England di Qatar 2022


Warna merah menjadi teraju utama warna pada kit kedua jersi World Cup 2022 England. Agak ringkas namun warna merah memberikan identiti England itu sendiri

BELI JERSI ENGLAND WORLD CUP SINI
12. France
Merupakan penyandang Juara Dunia 2018 dengan dua kali mengangkat piala World Cup, France atau Perancis pastinya hadir dengan gaya pasukan juara


Dorongan warna bendera pastinya ditekap pada kit jersi Piala Dunia 2022. Masih mengekalkan warna biru tua sebagai warna utama pada kit utama

Dengan rekaan Nike, jelas saiznya yang tidak sesuai untuk dipakai oleh mereka yang memiliki perut yang agak ke depan jika tidak kena dengan saiz


Putih menjadi warna jersi sandaran mereka jika bertemu dengan pasukan lawan yang memiliki warna biru tua. Ringkas dan fit pastinya 'trademark' rekaan Nike untuk pasukan Perancis

BELI JERSI FRANCE WORLD CUP SINI
13. Germany
Dari zaman Jurgen Klinsman, Michael Ballack hinggalah sekarang Havertz atau Kroos. Warna putih dan hitam akan dipadankan pada jersi utama kit Germany dalam Piala Dunia


Cuma mungkin ada sedikit calitan merah sebagai perbezaan

Namun untuk Piala Dunia 2022 di Qatar ini, dengan penampilan Serge Gnabry dengan jersi putih dan jalur besar hitam di bahagian tengah mampu memberikan tuah untuk Germany menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar ini


Bagi kit kedua jersi Germany, padanan gabungan dua warna iaitu merah dan hitam dalam tekstur selang seli memberikan sedikit kasualiti ketika bermain. Dengan Adidas sebagai penaja jersi mungkin ia lebih 'ramah' saiz

BELI JERSI GERMANY WORLD CUP SINI
14. Ghana
Puma menjadi pereka rekaan jersi kit untuk pasukan Ghana dalam Piala Dunia 2022 di Qatar kali ini


Dengan warna oren yang agak terang dan dengan jalur seakan beanie kegemaran Bob Marley ia berkonsepkan bendera Ghana itu sendiri

Namun, sedikit pelik apabila nombor di hadapan jersi seakan akan bib untuk larian, jika jenama Marathon mungkin agak kena

Dengan warna sebegini dan dengar lagu reggae serta pakai beanie kegemaran Bob Marley pasti kasual

BELI JERSI GHANA WORLD CUP SINI
15. Iran
Putih menjadi warna asas pada kit jersi World Cup Qatar pasukan Iran. Dengan tema masih tertumpu kepada bendera Iran sendiri cukup ringkas talaan rekaannya


Bagi penulis ia lebih kepada rekaan baju sukan yang biasa kita lihat di kedai kedai sukan

Namun, itu jika tiada jalur hijau dan merah di penghujung lengan jersi ini. Jalur melintang telah menaikan seri pada jersi yang dianggap biasa ini


Bagi jersi kedua Iran, agak garang berbanding yang utama. Merah menjadi pilihan warna dasar dengan jalur yang masih mengekalkan kesetian pada bendera dan negara

BELI JERSI IRAN WORLD CUP SINI
16. Italy
Italy, memiliki jati diri mereka sendiri dengan mengekalkan warna asas iaitu biru mudah ke arah pertengahan usia warnanya



Lembut sahaja warnanya. Selembut liga di Italy. Dengan rekaan menyerupai bendera di penjuru padang dengan petak secara simetri membahagi jersi ia sepakat dengan tema Croatia

Ton warna berlainan tidak menenggelamkan pembahagian petak yang ada. Jika biasanya jalur kini trend petak mula rancak

Sejujurnya penulis memang gemar fit yang ada pada jenama Puma, ia umpama keseimbangan dari segi fit antara Adidas dan Nike, buat raso raso



Bagi kit jersi kedua, warna dasar putih menjadi pilihan. Dengan rekaan yang cukup ringkas. Iyalah, kit kedua bukan. Ada juga petak namun mungkin untuk 'signature' atau tempat pemain memberikan 'autograph' kepada peminat
BELI JERSI ITALY WORLD CUP SINI
17. Jepun
Captain Tsubasa, satu anime dari Jepun yang penulis pernah nikmati dahulu. Dalam persembahan pelancaran jersi kit Piala Dunia 2022 oleh jepun, tema anime diketengahkan
Seperti kebiasaan warna biru yang sinonim dengan Jepun walaupun benderanya cukup ringkas


Penulis juga tidak berapa pasti adakah terdapat unsur origami burung pada patern design yang ada pada jersi


Dengan garisan garisan dan segitiga terus mengingatkan mengenai origami. Jika dilihat pada ilustrasi di atas, memang origami burung


Jersi away atau jersi kedua bagi pasukan World Cup Jepun lebih menampakkan tema origami. Dengan dasar warna putih, di bahagian lengan jika penulis tidak salah (mesti firmino) mestilah ia burung origami

BELI JERSI JAPAN WORLD CUP SINI
18. Mexico
Seumpama warna tradmark untuk Mexico, hijau ini memang milik mereka tidak kisah jika tidak tahu apa nama pemain di belakang


Dengan logo seekor burung yang garang hijau ini memang milik mereka

Namun, agak sukar untuk menilai mana baju baharu dan mana baju lama dengan warna sebegini. Apalagi bila secara pudarnya ia menghala ke arah hijau gelap dan hitam dari bawah ke atas

Cliche warna hijau berjaya ditampan dengan megah oleh kit jersi mereka yang kedua. Nampak lebih muda seakan melihat kelibat Carlos Vela menggelecek padu di bahagian tepi

Dengan corak ala ala aztec atau lakaran gua kuno, hadinya burung seakan phoenix, jelas sekali jersi kedua lebih ada penceritaannya

BELI JERSI MEXICO WORLD CUP SINI
19. Morocco
Kit jersi Morocco tidak banyak yang boleh diperkatakan dari aspek definisi dalam rekaannya
Dengan jalur dibahagian dada dan warna hijau tersebut lebih menuju ke arah warna tema jersi Portugal




Adakah mereka bersaudara

BELI JERSI MOROCCO WORLD CUP SINI
20. Netherland/Holland
Netherland atau Holland atau Dutch dan lebih sinonim dengan bahasa Malaysia, Belanda. Pasukan yang ramai bintangnya di seluruh dunia bolasepak


Dengan gelaran "The Oranje" iaitu peminat setia warna oren. Jika ingat akan Belanda pasti pakaian, jersi, apa apa yang berkaitan dengan Belanda pasti oren warnanya

Namun, mengapa Piala Dunia Qatar kali ini mereka mengabaikan perasaan warna oren

Warna emas kekuningan menjadi warna utama pada jersi pertama mereka. Mungkin ingin mengabadikan nilai retro dalam rekaan ini. Kuning dan oren walaupun sepupu namun berlainan ibu bapa

Mana jati diri oren pada Belanda


Pasti jika peminat Belanda lebih gemar memilih jersi kedua mereka dengan warna biru sederhana gelap yang lebih tampak maskulin berbanding warna emas. Dengan jalur oren pasti ia adalah trademark mereka kembali meskipun agak kecil jumlah orennya

Jika diberi pilihan warna ini sepatutnya menjadi jersi home mereka

BELI JERSI HOLLAND/NETHERLAND WORLD CUP SINI
21. Poland
Merah putih memang warna rasmi untuk pasukan Poland. Penulis boleh simpulkan bahawa warna ini akan sinonim dengan pasukan Poland tidak kira berapa banyak lagi World Cup yang akan berlangsung dan pasukan ini layak ke pusingan akhir


Cukup ringkas untuk diceritakan, baju putih logo Nike dan logo pasukan sahaja bewarna merah. OK, itu sahaja

Begitu juga dengan baju away mereka, vice versa kepada warna jersi home, latar merah dengan logo pasukan dan logo Nike bewarna putih

BELI JERSI POLAND WORLD CUP SINI
22. Portugal
Potugal datang dengan gaya belahan sereng tepi. Belahan campuran warna hijau dan merah. Dua warna ini dicampur pada satu jersi dengan serengan bawah lengan


Cukup cantik sebenarnya padanan warna hijau dan merah yang tidak begitu terang dan tidak begitu gelap ini

Apa lagi ia adalah dalam saiz fit Nike


Bagi peminat Portugal yang meminati warna putih boleh beli jersi kedua mereka yang berlatarkan warna putih, bukan putih semata-mata namun dihiasi dengan satu jalur hijau merah warna trademark mereka pada bahagian dada

Tiga unsur warna bersatu dalam jersi kedua portugal ini

BELI JERSI PORTUGAL WORLD CUP SINI
23. Qatar
Qatar, tuan rumah untuk Piala Dunia 2022. Pastinya ingin menunjukan mereka bukan sekadar tuan rumah tetapi semangat bolasepak juga impian mereka


Dengan inspirasi warna merah bendera Qatar tidak banyak pengolahan rekaan pada jersi utama mereka. Sekadar warna merah yang kosong

Memang betul betul mengabadikan rekaan pada bendera Qatar apabila boleh diperhatikan terdapat warna putih dengan segitiga pada lengan jersi mereka ini


Bagi jersi kedua, Qatar memilih warna putih dan tiada sebarang penambahan pada rekaan tetapi bewarna putih
BELI JERSI QATAR WORLD CUP SINI
24. Saudi Arabia
Berbanding ada segelintir rekaan kosong (plain) pada jersi mereka. Saudi Arabia bukan sebahagian dari mereka


Kekal dengan warna hijau keislaman. Hijau tua yang belum lagi sempat mengeluarkan KWSP. Corak hijau lebih tua seperti renjisan atau tertumpahnya air cukup menaikan aura jersi utama mereka

Menarik warnanya dan corak
BELI JERSI SAUDI ARABIA WORLD CUP SINI
25. Senegal
Senegal adalah wakil seterusnya untuk benua Afrika. Sejujurnya penulis menyedari bahawa jika ada pasukan dari Afrika (Afrika safari) pasti rekaan jersi mereka seakan sama. Bersatu itu kerjasama mungkin dalam pakatan mereka


Untuk jersi Senegal, putih latarnya menjadi pilihan. Puma pasti melabur untuk pasukan dari benua Afrika memandangkan 'Puma' merupakan abang long kawasan safari

Dengan warna hijau kuning menempel pada dada dan jalur lengan pastinya memberikan semangat larian versi Puma di atas padang

BELI JERSI SENEGAL WORLD CUP SINI
26. Serbia
Vlahovic, Mitrovic antara nama besar untuk pasukan Piala Dunia 2022, Serbia. Dengan trademark nama berakhir dengan 'vic' dan 'ic' pastinya jersi pasukan mereka juga ada tema tersendiri


Merah darah menjadi pilihan utama warna jersi dari jenama Puma ini. Tidak banyak contengan atau jalur tetapi merahnya cukup menawan


Dengan warna emas pudar pada dada, jersi putih dijadikan jersi kedua untuk pasukan Serbia dalam World Cup 2022 kali ini

BELI JERSI SERBIA WORLD CUP SINI
27. South Korea
Korea selatan antara negara Asia yang boleh mencabar pasukan terbaik lain. Semangat berjuang pasukan dari Asia Timur biasanya cukup kental


Ia berjaya di ekpresikan pada warna merah dan hitam yang ada pada jersi utama pasukan South Korea ini. Ringkas, sepertimana impian mereka, tiada yang lain


Namun, kecerian dalam bola sepak mesti ada, ia diinspirasikan pada jersi kedua mereka yang lebih ceria. Lebih kepada jersi pasukan badminton sebenarnya

Cukup kasual dengan warna biru dan corak compang camping yang mengiurkan mata yang melihat, maksud penulis, jersinya

BELI JERSI SOUTH KOREA WORLD CUP SINI
28. Spain

Merah dan kuning, bukan Selangor, tetapi ia merupakan warna rasmi untuk Sepanyol atau Spain. Adidas sebagai pengeluar dan pereka kepada jersi Piala Dunia 2022 Spain tidak begitu merumitkan jersi dengan rekaan yang bersahaja


Bagi jersi kedua pasukan Spain, terdapat sedikit corak yang dipamerka. Tidak pasti ia adalah corak bola ketika suatu masa dahulu, sonar atau gelombang ombak. Apa yang pasti warna biru muda yang ingin menghampiri warna putih berjaya mendominasi jersi Spain untuk Piala Dunia 2022 di Qatar

BELI JERSI SPAIN WORLD CUP SINI
29. Switzerland
Kebanyakan negara eropah jika diamati negara yang bergunung ganang seperti Switzerland contohnya gemarkan warna merah dan putih


Bagi jersi utama Switzerland warna merah dengan jalur putih menghiasi pada jersi pasukan mereka


Jika jersi utama sudah merah, semestinyalah jersi kedua mereka akan memilih warna putih. Pemilihan jenama Puma untuk jersi ini lebih tampak menarik kerana ia ringkas dan fit yang sesuai

BELI JERSI SWITZERLAND WORLD CUP SINI
30. Tunisia
Tidak banyak yang boleh penulis ulas mengenai jersi Piala Dunia 2022 di Qatar pasukan Tunisia. Biasa sahaja dan mungkin mereka beranggapan jersi sekadar jersi semangat yang membara itu penting


Dengan inspirasi bendera negara mereka, merah menjadi pilihan. Jalur putih kiri dan kanan lengan serta bahagian leher pasti boleh memerangkap peluh yang berjujuran

BELI JERSI TUNISIA WORLD CUP SINI
31. Uruguay
Ingat Uruguay pastinya warna biru cyan berada di fikiran. Tapi cyan kali ini agak cair warnanya dengan warna putih menjadi warna asas


Terdapat kotak dibahagian tengah untuk meletakan nombor pemain rasanya

Puma berbesar hati meletakkan kotak tersebut mungkin untuk memudahkan peminat mendapatkan autograf pemain untuk ditandatangani pada ruang berkenaan

BELI JERSI URUGUAY WORLD CUP SINI
32. USA

USA turut serta dalam World Cup 2022 di Qatar dengan menjadikan jersi warna putih ringkas dengan beberapa tampalan warna biru tua serta terpampang logo USA pada bahagian sternum pemain


Bagi jersi kedua, terdapat corak pada jersi bewarna biru ini. Seumpama satu baldi cat biru yang baharu sahaja dikacau dan dibiarkan seketika

BELI JERSI U.S.A WORLD CUP SINI
33. Wales
Aaron Ramsey berasal dari Wales, yang merupakan salah satu negara eropah yang jarang kita sebut, walaupun ramai juga pemain bolasepak dari sana


Wales dengan kerjasama Adidas berjaya mengeluarkan jersi utama mereka yang bewarna merah yang cukup ringkas, tiada sebarang contengan, semburan atau apa apa melainkan logo Adidas dan logo pasukan


Bagi jersi kedua mereka, putih warna asas dengan jalur di tepi kiri kanan apalagi corak seakan ular sawa batik di bahagian leher nampak lebih kasual berbanding keringkasan pada jersi pertama

BELI JERSI WALES WORLD CUP SINI

Beli dan Simpan Jersi World Cup Kegemaran Anda
Inilah senarai jersi semua pasukan yang bertanding di Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada November 2022 nanti

Jersi pasukan manakah yang menjadi pilihan hati dan mungkin ada rasa getar untuk membelinya

Boleh buat belian jersi-jersi World Cup 2022 Qatar kegemaran anda melalui link atau pautan bewarna oren yang telah penulis sediakan

Anda fikir anda tahu Senarai Jersi Home/Away/Third Kits Negara Dalam World Cup 2022 Qatar ?
Anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2022/10/senarai-jersi-homeawaythird-kits-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Sukan Negara 2022 Malaysia Tarikh Masa Dan Senarai Lokasi Sambutan Hsn2022

Hari Sukan Negara 2022 Malaysia Tarikh Masa Dan Senarai Lokasi Sambutan Hsn2022

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 253 hits
Hari Sukan Negara 2022 Malaysia diadakan pada hari Sabtu 8 Oktober 2022 secara serentak di seluruh negara Hari Sukan Negara diadakan pada bulan Oktober iaitu pada minggu kedua Pada tahun 2022 tarikh Hari Sukan Negara Malaysia 2022 berlansun...
Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Seluruh Negeri

Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Seluruh Negeri

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 291 hits
Hari Sukan Negara diadakan setiap tahun di Malaysia sejak 2015 Ianya bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan rakyat negara ini sekali gus ingin mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif Setiap tahun ianya akan berlangsun...
Persiapan Ekuador Menghadapi Tuan Rumah Qatar Di Laga Pembuka Piala Dunia 2022

Persiapan Ekuador Menghadapi Tuan Rumah Qatar Di Laga Pembuka Piala Dunia 2022

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 200 hits
Pertandingan pembukaan Piala Dunia 2022 akan mempertemukan tuan rumah Qatar dengan Ekuador Ekuador sedang mempersiapkan timnya untuk mematangkan kemampuan jelang menghadapi Qatar pada 20 November mendatang di Al Bayt Stadium
Rp3 5 Juta Per Malam Ini Penampakan Kabin Penginapan Saat Piala Dunia 2022 Qatar

Rp3 5 Juta Per Malam Ini Penampakan Kabin Penginapan Saat Piala Dunia 2022 Qatar

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 149 hits
Para penggemar sepak bola dari seluruh dunia akan berdatangan ke Qatar untuk menyaksikan langsung Piala Dunia 2022 Berbagai penginapan mewah disiapkan untuk menyambut kedatangan mereka Namun ada yang unik salah satu penginapan mewah di Qata...
Souq Waqif Pasar Tradisional Tertua Di Doha Kian Ramai Jelang Piala Dunia 2022 Qatar

Souq Waqif Pasar Tradisional Tertua Di Doha Kian Ramai Jelang Piala Dunia 2022 Qatar

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 215 hits
Souq Waqif merupakan salah satu tempat wisata belanja terpenting di kota Doha Dengan menggabungkan warisan budaya dan peradaban modern pasar tradisional tertua di Doha ini diprediksi akan menjadi episentrum tujuan para tamu seluruh dunia un...
Penampakan 8 Stadion Piala Dunia 2022 Qatar Dari Tercanggih Hingga Terunik

Penampakan 8 Stadion Piala Dunia 2022 Qatar Dari Tercanggih Hingga Terunik

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 212 hits
Penampakan 8 Stadion Piala Dunia 2022 Qatar dari Tercanggih hingga Terunik Bertindak sebagai tuan rumah Qatar telah menyiapkan sedikitnya delapan stadion untuk perhelatan Piala Dunia 2022 Berikut adalah penampakan stadion stadion tersebut
Negara Kantongi Penerimaan Pajak Rp1 310 Triliun Per September 2022

Negara Kantongi Penerimaan Pajak Rp1 310 Triliun Per September 2022

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 149 hits
Rinciannya tercatat realisasi PPh non migas mencapai Rp723 3 triliun atau 96 6 persen dari target APBN Menkeu optimis PPh nonmigas pasti akan mencapai target dari APBN bahkan lebih
Jadual Perlawanan Final Afc Cup 2022

Jadual Perlawanan Final Afc Cup 2022

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 266 hits
Perlawanan Final AFC Cup 2022 telah dimuktamadkan apabila kedua dua finalist KL City dan Al Seeb akan bertemu pada 22 Oktober 2022 hari Sabtu bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur Nampaknya wakil negara sekali lagi berpelua...
Sweat It Out Bersama Finalis Mr World Malaysia 2022

Sweat It Out Bersama Finalis Mr World Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 193 hits
Hi Korang Finalis finalis Mr World Malaysia 2022 telah menyertai sesi senaman bertempat di Star Fitness Aeon Big Wangsa Maju pagi tadi Pencarian jejaka idaman Malaysia ini dianjurkan oleh Universal Music Malaysia dan Star Fitness merupakan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids