Senarai Jenis Spesis Ikan Laga Liar Dalam Dunia



"Jenis Betta Liar Di Dunia"

Di zaman penulis masih kecil, tiada sebarang gajet ditemui sehinggalah penulis berjaya memasuki kolej matrikulasi itu pun telefon polyphonic Nokia 2300.


Senarai Spesis Ikan Betta (Laga) LiarBanyak masa penulis ketika kanak-kanak melakukan aktivit di luar salah satunya menangkap ikan.


Ikan Betta Liar Di Dunia

Kita kecilkan skop walaupun aktiviti menangkap ikan adalah banyak spesis yang boleh ditemui di paya dan di sawah padi.

Dahulu penulis gemar akan mendapatkan ikan karin atau dalam bahasa antarabangsanya adalah 'betta fish'.

Hobi Bela Ikan Betta 

Apabila dewasa minat dengan hobi ini tidak pernah hilang.

Maka pelbagai info dan maklumat mengenai ikan cantik ini, jika sebelum ini penulis hanya mengenai ikan yang berekor separa bulat, dengan warna badan merah dan biru sesekali jika bernasib baik ada yang bewarna hijau kepada itik.

Dengan janggut merah dan putih, ini jenis betta yang selalu penulis tangkap ketika kecil iaitu dari spesis betta imbelis.

Sebenarnya terdapat 73 spesis betta yang terdapat di muka bumi dunia, seperti ;

1. Betta Akarensis (Akar Betta)


Betta Akarensis (Akar Betta) | Google ImagePanjang Maksimum : 14.0 cm
Julat Ph Air: 5.5 - 6.8    
Suhu Air Sesuai : 21°C - 27°C

Asal : Borneo

Perincian : Biasa ditemui di kawasan jeram air dalam hutan. Gemar berteduh di teduhan tebing-tebing. Terdapat juga di dalam paya-paya.

2. Betta Albimarginata


Betta Albimarginata | Google ImagePanjang Maksimum : 2.8 cm 
Julat Ph Air: 5.5 - 6.8   
Suhu Air Sesuai : 21°C - 27°C

Asal : Sebuku basin, Kalimantan Timur, Borneo, Indonesia

Perincian : Hidup di dalam jeram air di hutan dengan kelajuan air sederhana.
Suka tinggal di air kedalaman antara 5 cm dan 10 cm. Berteduh di daun daun dan teduhan sampah

3. Betta Anabatoides (Giant Betta)


Betta Anabatoides (Giant Betta) | Google ImagePanjang Maksimum : 8.2 cm 
Julat ph Air: 7.5   
Suhu Air Sesuai : 21°C - 27°C

Asal : Lower Barito basin in South Kalimantan and Kotawaringin, Katingan, Sampit, Mentaya and Kahayan basins in Central Kalimantan, Indonesian Borneo.

Perincian : Suka hidup di kawasan air yang gelap. Kawasan pertanian yang mengeluarkan air yang kotor dan hitam menjadi tempat tinggal.

Biasa ditemui pada kedalaman sehingga 1.2 m. Terdapat di pasaran jualan.

Dapatkan bekas akuarium Ikan Betta Semurah RM3 : https://bit.ly/3gMI4pa

4. Betta Antoni


Betta Antoni | Google ImagePanjang Maksimum : 5.0 cm 
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Lower Kapuas basin in Kalimantan Barat, Indonesia

Perincian : -

5. Betta Apollon


Betta Appolon | Fishbase.sePanjang Maksimum : 5.1 cm 
Julat ph Air: 6.2   
Suhu Air Sesuai : 24°C - 26°C

Asal : Thailand

Perincian : Biasa ditemui di kawasan jeram dalam bukit hutan yang tebal. Keadaan air yang tidak begitu dalam.

Air yang jernih menjadi kegemaran. Suka berteduh disekitar tebing sungai, bawah timbunan daun mati dan celah celah batu.

6. Betta Aurigans


Betta Aurigans | Google ImagePanjang Maksimum : -
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Natuna Besar, Indonesia

Perincian : -

7. Betta Balunga


Betta Balunga | Google ImagePanjang Maksimum : 4.9 cm
Julat ph Air: 5.2 - 7.0   
Suhu Air Sesuai : 21°C - 27°C

Asal : Borneo

Perincian : Ditemui di jeram dalam hutan dengan kedalaman air yang cetek. Suka berada di bawahan dedaun yang jatuh ke air dan tebing-tebing dengan tumbuhan air.

8. Betta Bellica (Slim Betta)


Betta Bellica | Fishbase.sePanjang Maksimum : 10.0 cm
Julat ph Air: 6.5 - 7.5   
Suhu Air Sesuai : 24°C - 30°C

Asal : Indonesia dan Malaysia

Perincian : Biasa ditemui di paya yang banyak reba dan sampah hasil kotoran. Ditemui juga sekitar paya dalam hutan.
Mengeluarkan buih untuk bertelur.

9. Betta Breviobesus


Betta Bereviobesus | Fishbase.sePanjang Maksimum : 6.5 cm
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : -

Asal :  Indonesia

Perincian : -

10. Betta Brownorum


Betta Brownorum | Fishbase.sePanjang Maksimum : 2.6 cm
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : 22°C - 26°C

Asal : Indonesia dan Malaysia

Perincian : Biasa ditemui di paya yang banyak reba dan sampah hasil kotoran dalam hutan.

11. Betta Burdigala


Betta Burdigala | Fishbase.sePanjang Maksimum : 2.5 cm
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : 24°C

Asal : Banka, Indonesia

Perincian : Ditemui di sekitar paya dengan sampah hutan dan belukar-belukar serta semak semak.

12. Betta Channoides


Betta Channoides | Fishbase.sePanjang Maksimum : 2.0 cm
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Mahakam River basin in Kalimantan Timur, Borneo, Indonesia

Perincian : Berada di sekitar jeram air yang agak kelabu dengan keasidan air yang tinggi. Kebiasaan tempat tinggal adalah di bawah sampah daun dan tumbuhan air.

13. Betta Chini


Betta Chini | Google ImagePanjang Maksimum : 5.1 cm
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Sabah, Borneo, East Malaysia

Perincian : Gemar berada di sampah sarap tinggal apa-apa yang menjadi sampah. 0.5m kedalaman air menjadi kegemaran.
Kawasan air yang gelap dan kotor.

14. Betta Chloropharynx


Betta Chloroparynx | Fishbase.sePanjang Maksimum : 5.9 cm
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Banka, Indonesia

Perincian : Ditemui sekitar lopak lopak air yang ditutupi daun daun dan tumbuhan air.

15. Betta Coccina


Betta Coccina | Fishbase.sePanjang Maksimum : 5.6 cm
Julat ph Air: 4.0 - 6.0   
Suhu Air Sesuai :  24°C - 27°C

Asal : Malaysia and Indonesia

Perincian : -

16. Betta Compuncta


Betta Compuncta | Google ImagePanjang Maksimum : 6.2 cm
Julat ph Air: 3.7 - 5.3   
Suhu Air Sesuai : -

Asal :  Kalimantan Timur in Borneo, Indonesia

Perincian : Ditemui di air yang bersifat asid. Dengan kedalaman yang cukup cetek dengan kelajuan air yang perlahan di kawasan hutan.

17. Betta Cracens


Betta Cracens | Fishbase.sePanjang Maksimum : 5.7 cm
Julat ph Air: 5.8   
Suhu Air Sesuai : -

Asal :  Sumatra, Indonesia

Perincian : Tinggal di sekitar paya yang belum pernah diterokai

18. Betta Dennisyongi


Betta Dennisyongi | Google ImagePanjang Maksimum : 3.5 cm
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Sumatra in Indonesia, from Meulaboh to lowland hill streams before Singkil

Perincian : Terdapat di paya paya tanah rendah. Habitatnya di kawasan air yang jernih walaupun kelabu di kawasan hutan dan ladang-ladang serta kawasan pertanian.

19. Betta Dimidiata


Betta Dimidiata | Fishbase.sePanjang Maksimum : 4.6 cm
Julat ph Air: -   
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Indonesia

Perincian : Cukup banyak ditemui di bawah daun daun dalam air dalam jeram dan paya dalam hutan.

20. Betta Edithae


Betta Edithae | Fishbase.sePanjang Maksimum : 8.2 cm
Julat ph Air: 6.5 - 7.5   
Suhu Air Sesuai : 24°C - 28°C

Asal : Indonesia

Perincian : Banyak di pasaran 'ornamental trade'

21. Betta Enisae


Betta Enisae | Fishbase.sePanjang Maksimum : 5.9 cm
Julat ph Air: 5.5 - 6.8   
Suhu Air Sesuai : 24°C

Asal : Middle Kapuas basin, Indonesia

Perincian : Ditemui di jeram dalam hutan dengan berteduh di sekitar tebing.

22. Betta Falx


Betta Falx | Fishbase.sePanjang Maksimum : 3.5 cm
Julat ph Air: 4.7-6.8   
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Central Sumatra, Indonesia

Perincian : Di kawasan yang tenang dan lebih kepada kawasan pertanian.

23. Betta Ferox


Betta Ferox | Fishbase.sePanjang Maksimum : 6.3 cm
Julat ph Air: 5.8-6.3   
Suhu Air Sesuai : 23.3°C - 24.2°C

Asal : Thailand

Perincian : Ditemui sekitar sungai dengan berkederasan sederhana.

24. Betta Foerschi


Betta Foerschi | Fishbase.sePanjang Maksimum : 7.0 cm
Julat ph Air: 4.0 - 6.0   
Suhu Air Sesuai : 24°C - 26°C

Asal : Indonesia: Southern Borneo

Perincian : Ditemui sekitar sungai dalam hutan.

25. Betta Fusca (Dusky Betta)


Betta Fusca | Fishbase.sePanjang Maksimum : 8.2 cm
Julat ph Air: 5.5 - 7.0   
Suhu Air Sesuai : 22°C - 26°C

Asal : Sumatra, Indonesia

Perincian : Ditemui sekitar sungai dalam hutan.

26. Betta Gladiator 


Betta Gladiator | Google ImagePanjang Maksimum : 5.6 cm
Julat ph Air: 4.2 - 4.8  
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Maliau basin in Sabah, Malaysia

Perincian : Ditemui sekitar sungai dalam hutan.

27. Betta Hendra 


Betta Hendra | Google ImagePanjang Maksimum : 4.2 cm
Julat ph Air: 4.0  
Suhu Air Sesuai : 29°C

Asal : Sungai Sebangau drainage in Kalimantan Tengah, Borneo, Indonesia

Perincian : Ditemui di dalam air yang tenang dalam paya yang berkedalaman sekitar 5cm hingga 50cm.

Berteduh di kawasan semak berair dan sampah sarap semulajadi.

28. Betta Hipposideros 


Betta Hipposideros | SeriouslyfishPanjang Maksimum : 7.8 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Selangor and Perak in Malaysia. Riau Archipelago, Indonesia

Perincian : Ikan yang bersaiz besar gemar bermain sekitar air deras muka muka air sekitar paya kotor dengan bawahan daun mati atas air.
Bagi yang kecil bermain sekitar kolam air yang lebih tenang.

29. Betta Ibanorum


Betta Ibanorum | SeriouslyfishPanjang Maksimum : 8.1 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Southern Sarawak, Malaysia

Perincian : Ditemui di dalam air yang gelap dan tidak jernih. Lebih suka dengan kawasan air yang bewarna oren hasil dari uraian tumbuhan dan daun serta bahan organik lain.

30. Betta Ideii 


Betta Ideii | Fishbase.se

Panjang Maksimum : 8.3 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Kalimantan Selatan in Borneo, Indonesia

Perincian : -

31. Betta Imbellis 


Betta Imbellis | Google ImagePanjang Maksimum : 6.0 cm
Julat ph Air: 6.0 - 7.0
Suhu Air Sesuai : 24°C - 28°C

Asal : Thailand, Malaysia, Singapore and Indonesia

Perincian : Biasa hidup sekitar air dan paya bertakung. Lebih suka pada persekitaran bewarna gelap. Paya paya tanah rendah, lopak air tinggalan pertanian dan sawah sawah padi.

Merupakan betta liar yang cukup popular.

32. Betta Krataios 


Betta Krataios | Fishbase.sePanjang Maksimum : 4.5 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal :  Lower Kapaus basin in Kalimantan Barat, Indonesia

Perincian : -

33. Betta Kuehnei 


Betta Kuehnei | SeriouslyfishPanjang Maksimum : 8.0 cm
Julat ph Air: 7.0 
Suhu Air Sesuai : 25°C

Asal : Malaysia and Thailand

Perincian : Suka berada di perairan yang cetek. Sentiasa berlindung di bawah tumbuhan air dan daun daun serta sampah yang terapung.

34. Betta Lehi 


Betta Lehi | SeriouslyfishPanjang Maksimum : 6.1 cm
Julat ph Air: 6.8 
Suhu Air Sesuai : -

Asal :  restricted to the area southwest of Kuching, Malaysia and in the lower Kapuas basin in Kalimantan Barat, Indonesia

Perincian : Ditemui di dalam air yang gelap dan tidak jernih. Lebih suka dengan kawasan air yang bewarna oren hasil dari uraian tumbuhan dan daun serta bahan organik lain.

35. Betta Livida


Betta Livida | Fishbase.se Panjang Maksimum : 3.6 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Selangor, Peninsular Malaysia

Perincian : Ditemui di kawasan paya terbiar dengan kedalaman kurang dari 1 meter.

36. Betta Macrostoma (Spotfin Betta)


Betta Macrostoma | Fishbase.sePanjang Maksimum : 6.7 cm
Julat ph Air: 4.4 - 5.7
Suhu Air Sesuai : 24°C - 26°C

Asal :  Borneo

Perincian : Ditemui di kawasan cetek dengan kedalaman sekitar 30cm di dalam air yang tenang. Turut ditemui di jeram jeram sungai dalam hutan.

37. Betta Mahachaiensis


Betta Mahachaiensis | Fishbase.se Panjang Maksimum : 4.4 cm
Julat ph Air: 6.9 - 7.8 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Thailand

Perincian : Selalu boleh terserempak di sekitar paya paya pokok nipah atau rumbia. Kawasan paya yang berlopak lopak yang sentiasa airnya tenang.

38. Betta Mandor 


Betta Mandor | Fishbase.sePanjang Maksimum : 5.7 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Lower Kapuas basin, Kalimantan Barat, Borneo, Indonesia

Perincian : -

39. Betta Midas 


Betta Midas | SeriouslyfishPanjang Maksimum : 6.6 cm
Julat ph Air: 4.1
Suhu Air Sesuai : -

Asal : lower Kapuas basin in west Kalimantan, Indonesia; possibly Sambas river basin; and extreme western part of Sarawak, in heathforest streams near the town of Lundu

Perincian : Tempat asalnya di kawasan air paya yang hitam dan tenang.

40. Betta Miniopinna 


Betta Miniopinna | SeriouslyfishPanjang Maksimum : 2.4 cm 
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Pulau Bintan, Riau Archipelago, Indonesia

Perincian : Ditemui sekitar paya yang berasid airnya dan terdapat lumpur yang lembut.

41. Betta Obscura 


Betta Obscura | Google ImagePanjang Maksimum : 6.9 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Barito basin in Kalimantan Tengah, Indonesia

Perincian : -

42. Betta Ocellata


Betta Ocellata | Fishbase.sePanjang Maksimum : 8.0 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : northeastern Borneo in Sabah and East Kalimantan

Perincian : Hidup sekitar kawasan permulaan air (kepala air) dengan kelajuan air yang perlahan. Biasanya di kawasan lembah dan kolam di kawasan tinggi.

43. Betta Pallida


Betta Pallida | Fishbase.sePanjang Maksimum : 3.4 cm
Julat ph Air: 6.3 - 6.5
Suhu Air Sesuai : 25.5°C - 26.6 °C 

Asal : Thailand

Perincian : Penemuan pada tahun 2005 di kawasan denai yang airnya perlahan dan sukakan air yang jernih dengan sedikit warna tan.

44. Betta Pallifina


Betta Pallifina | Fishbase.sePanjang Maksimum : 6.6 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Barito in Kalimantan Tengah, Indonesia

Perincian : Hidup sekitar kawasan permulaan air (kepala air)

45. Betta Pardalotos


Betta Pardalotos | Fishbase.sePanjang Maksimum : 7.2 cm
Julat ph Air: - 
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Indonesia

Perincian : Ditemui di jeram yang kecil.

46. Betta Patoti


Betta Patoti | FIshbase.sePanjang Maksimum : 10.7 cm
Julat ph Air: 5.5 - 6.8 
Suhu Air Sesuai : 23°C - 28°C

Asal : Kalimantan Timur in Indonesia

Perincian : -

47. Betta Persephone


Betta Persephone | SeriouslyfishPanjang Maksimum : 2.6 cm
Julat ph Air: 7.0 
Suhu Air Sesuai : 23°C - 28°C

Asal : Ayer Hitam Johor Malaysia (Endemik)

Perincian : Ditemui di kawasan  dalam hutan berkanopi yang berjeram. Merupakan spesis betta liar paling kecil. Merupakan satu satunya spesis di Johor, Malaysia.

48. Betta Pi


Betta Pi | Google ImagePanjang Maksimum : 9.0 cm
Julat ph Air: 7.0 
Suhu Air Sesuai : 23°C - 28°C

Asal : Thailand and Malaysia

Perincian : Hidup di kawasan paya dan air bertakung di dalam hutan dengan litupan pelbagai tumbuhan.

49. Betta Picta (Spotted Betta)


Betta Picta | Fishbase.sePanjang Maksimum : 6.0 cm
Julat ph Air: 6.5 - 7.5
Suhu Air Sesuai : 22°C - 24°C

Asal : Indonesia

Perincian : -

50. Betta Pinguis


Betta Pinguis | Fishbase.sePanjang Maksimum : 7.9 cm
Julat ph Air: 6.5 - 7.5
Suhu Air Sesuai : 22°C - 24°C

Asal : Indonesia

Perincian : Tempat asal di sekitar jeram sungai yang perlahan dan kawasan paya dalam hutan.

51. Betta Prima


Betta Prima | Google ImagePanjang Maksimum : 5.0 cm
Julat ph Air: 6.5 - 7.5
Suhu Air Sesuai : 24°C 

Asal : southeastern Thailand and Mekong basin in Laos and Cambodia

Perincian : Ditemui di kawasan laluan air yang perlahan.

52. Betta Pugnax (Ikan Laga Gajah/Penang Betta)


Betta Pugnax | Google ImagePanjang Maksimum : 6.7 cm
Julat ph Air: 7.1 - 7.6
Suhu Air Sesuai : 24°C - 28°C

Asal : Malaysia, Singapore and Indonesia

Perincian : Asalnya ditemui di kawasan jeram yang airnya perlahan dan tebing-tebing kawasan pertanian.

53. Betta Pulchra


Betta Pulchra | Google ImagePanjang Maksimum : 5.6 cm
Julat ph Air: 3.9 - 4.2
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Pontian, Johor, West Malaysia

Perincian : Kawasan berpaya dengan air yang hitam

54. Betta Raja


Betta Raja | Google ImagePanjang Maksimum : 6.4 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Sumatra, Indonesia

Perincian : Paya di kawasan tanah rendah

55. Betta Renata


Betta Renata | Google ImagePanjang Maksimum : 8.5 cm 
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Indonesia

Perincian : Laluan keluar paya yang warna airnya gelap dan wujud di kawasan paya tinggal.

56. Betta Rubra (Toba Betta)


Betta Rubra | Google ImagePanjang Maksimum : 5.0 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal :  Indonesia

Perincian : Paya di kawasan hutan rimba wujud spesis ini.

57. Betta Rutilans


Betta Rutilans | Google ImagePanjang Maksimum : 3.5 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : 22°C - 26°C

Asal :  Indonesia

Perincian : -

58. Betta Schalleri


Betta Schalleri | Google ImagePanjang Maksimum : 4.5 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : 22°C - 26°C

Asal :  Banka, Indonesia

Perincian : Ditemui di paya hutan, paya terbiar dan kawasan bukit

59. Betta Siamorientalis


Betta Siamorientalis | Google ImagePanjang Maksimum : 3.6 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Thailand and Cambodia

Perincian : Ditemui di lopak paya, kawasan pertanian dan kawasan sawah padi. Dengan kedalaman yang cetek.Sentiasa bermain-main di tepi tepi kolam, tasik dan denai.

Agak mirip dengan betta imbellis.

60. Betta Simorum


Betta Simorum | Google ImagePanjang Maksimum : 6.4 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Indonesia

Perincian : -

61. Betta Simplex


Betta Simplex | Google ImagePanjang Maksimum : 8.0 cm
Julat ph Air: 7.0
Suhu Air Sesuai : 22°C - 26°C

Asal : endemic to Thailand

Perincian : Habitat asal di sekitar lombong batu kapur.

62. Betta Smaragdina (Blue Betta)


Betta Smaragdina | Google ImagePanjang Maksimum : 7.0 cm
Julat ph Air: 6.0 - 8.0
Suhu Air Sesuai : 24°C - 27°C

Asal : Mekong and Chao Phraya basins

Perincian : -

63. Betta Spilotogena


Betta Spilotogena | Google ImagePanjang Maksimum : 7.0 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Pulau Bintan and Pulau Singkep, Indonesia

Perincian : Hidup dalam paya yang berhampiran dengan jeram air yang tidak dalam. Dengan purata 1 meter kedalaman.

64. Betta Splendens (Siamese Fighting Fish)


Betta Splendens | Google ImagePanjang Maksimum : 6.5 cm
Julat ph Air: 6.0 - 8.0
Suhu Air Sesuai : 24°C - 30°C

Asal : Mekong basin

Perincian : Dijumpai di kawasan air bergenang, parit dan tali air serta sawah padi. Juga hidup di sungai yang sederhana dan besar saiznya.

65. Betta Stigmosa


Betta Stigmosa | Google ImagePanjang Maksimum : 4.1 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Terengganu, Peninsular Malaysia

Perincian : Berasal dari jeram jeram atas bukit.

66. Betta Stiktos


Betta Stiktos | Google ImagePanjang Maksimum : 2.8 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Mekong drainage in Cambodia

Perincian : -

67. Betta Strohi


Betta Strohi | Google ImagePanjang Maksimum : 7.0 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Indonesia

Perincian : -

68. Betta Taeniata (Borneo Betta)


Betta Taeniata | Google ImagePanjang Maksimum : 7.0 cm
Julat ph Air: 6.5 - 7.8
Suhu Air Sesuai : 23°C - 26°C

Asal : Borneo

Perincian : Hidup di kawasan jeram di atas bukit dengan air yang laju.

69. Betta Tomi


Betta Tomi | Google ImagePanjang Maksimum : 7.0 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : eastern Johor, Peninsular Malaysia, and previously from Singapore

Perincian : Dijumpai di kawasan jeram yang perlahan arusnya dengan banyak lumpur halus serta daun daun yang menjadi teduhan.

70. Betta Tussyae


Betta Tussyae | Google ImagePanjang Maksimum : 3.7 cm
Julat ph Air: 4.0 - 5.0
Suhu Air Sesuai : 21°C - 24°C

Asal : Malaysia (known from the type locality south of Pekan, Pahang)

Perincian : Kawasan paya yang terbiar menjadi habitat ikan betta ini.

71. Betta Uberis


Betta Uberis | Google ImagePanjang Maksimum : 3.6 cm
Julat ph Air: -
Suhu Air Sesuai : -

Asal : Kalimantan Tengah and Kalimantan Barat in Borneo, Indonesia

Perincian : Kawasan paya yang terbiar menjadi habitat ikan betta ini.

72. Betta Unimaculata (Howong Betta)


Betta Unimaculata | Google ImagePanjang Maksimum : 12.6 cm
Julat ph Air: 6.5 - 7.5
Suhu Air Sesuai : 21°C - 25°C

Asal : upper Kayan (=Kajan) and Howong drainages in east Borneo, Indonesia

Perincian : -

73. Betta Waseri


Betta Waseri | Google ImagePanjang Maksimum : 9.8 cm
Julat ph Air: 6.5 - 7.5
Suhu Air Sesuai : 21°C - 25°C

Asal : Malaysia

Perincian : Berasal dari paya terbiar yang terletak di bawah teduhan dengan kapasiti daun daun teduhan dan selut halus kotoran yang banyak.

Beli Makanan Ikan Betta Marubeni Pellet Dengan Harga Borong : https://bit.ly/2Azl8Jz

Spesis Ikan Laga (Betta) Liar yang Asli

73 spesis ikan betta ini adalah spesis ikan betta liar (wild betta). Ditemui dikawasan asal mereka. Kebanyakan adalah berasal dari hutan dan paya tropika di sekitar Asia Tenggara.

Nama yang diberikan kepada kebanyakan spesis betta liar ini adalah berdasarkan mereka yang mula-mula menemui spesis ikan laga liar ini dan tempat mereka ditemui.


Sparkling Gourami | Google ImageMelalui pandangan penulis, ikan betta liar atau asli ini berada ditengah tengah spesis channa dan gourami. Seumpama ade sedikit karakter dua jenis ikan tersebut secara kasarnya.


Channa Bleheri | Google Image
Habitat Ikan Laga Liar (Wild Betta) Di Malaysia

Di Malaysia kebanyakan betta liar ini mudah ditemui di paya gambut, sawah padi dan ada juga ditemui di sekitar jeram bukit. Longkang atau parit bersaliran perlahan dengan air yang agak gelap mungkin terdapat betta liar.

Ada juga yang menemui ikan laga liar di lopak-lopak takungan hujan di lubang-lubang tinggalan pertanian atau untuk pembangunan.

Lebih mudah untuk ditemui adalah ditebing-tebing denai atau saliran air. Betta gemar berteduh dan berlindung dibawah batang pokok, daun daun dalam air dan kawasan air cetek.

Spesis Betta Liar yang Biasa Ditemui Di Malaysia

Kebanyakan spesis yang banyak ditemui di paya gambut (peat swamp) sekitar semenanjung malaysia (malahan mana-mana kawasan paya gambut di sekitar kita) adalah;

1. Betta Imbellis (Ikan Karin)
2. Betta Pugnax (Ikan Laga Gajah)
3. Betta Livida
4. Betta Persephone (Johor Sahaja)
5. Betta Bellica
6. Betta Coccina

Kebanyakan spesis ikan laga liar lebih lasak dan agresif berbanding betta kacukan (breed betta).

Kepupusan Spesis Ikan Laga (Betta) Liar

Dari kesemua spesis betta liar ini ada yang telah hampir pupus dan sedikit bilangan populasi mereka. Artikel ini bukanlah untuk menggalakan penggemar ikan laga liar untuk menangkap sesuaka hati mereka. Namun, sebagai panduan tentang wujudnya spesis liar ini.

Selain dari kita kenal akan spesis laga 'breed' yang dibiak sebagaimana yang banyak terdapat di pusat akuarium dan kedai ikan.

Antara spesis yang hampir pupus (endangered wild betta species) adalah :

1. Betta Livida

Bagi bilangan populasi yang semakin menghampiri kepupusan adalah seperti;

1. Betta Miniopinna
2. Betta Persephone
3. Betta Spilotogena

Maka sebagai pencinta ikan dan haiwan, seboleh-bolehnya tinggalkanlah untuk generasi akan datang dengan tidak semudahnya menyauk dan menangkap untuk tujuan jual beli.

Masih banyak betta yang terbaik dan cantik-cantik untuk dibela seperti yang sudah dibiak dan kacuk;

1. koi betta
2. plakat betta
3. fancy betta

Asal Spesis Betta Kacukan

Kebanyakan betta kacuk atau hibrid yang ada di pasaran sekarang bermula kacukan menghasilkan mutasi antara jenis;

1.Betta Splendens
2.Betta Mahachaiensis
3.Betta Imbellis

4.Betta Samaragdina


Koi Betta | Google Imagedan banyak lagi

Anda fikir anda tahu Senarai Jenis Spesis Ikan Betta Liar (Wild Betta) Dalam Dunia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2020/06/senarai-jenis-spesis-ikan-laga-liar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Shared Universe Yang Ada Dalam Dunia Perfileman

Senarai Shared Universe Yang Ada Dalam Dunia Perfileman

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 343 hits
Selain Marvel Cinematic Universe MonsterVerse DC Extended Universe apa lagi shared universe yang anda tahu Sudah trend studio studio Hollywood untuk menghasilkan Shared Universe berbanding menghasilkan filem standalone Tapi tahukah anda apa...
5 Salah Faham Tipikal Mengenai Ikan Laga

5 Salah Faham Tipikal Mengenai Ikan Laga

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1575 hits
Mitos Mengenai Ikan Betta Ikan betta atau pelaga siam dalam bahasa mudah cukup cantik dan menarik Jika di kampung dahulu penulis menangkap ikan ini sendiri di sawah sawah dan paya Mitos Salah Faham Tentang Ikan BettaNamun kini ikan yang dik...
Ikan Toman Paling Besar Di Dunia

Ikan Toman Paling Besar Di Dunia

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 1322 hits
NEWTON menunjukkan ikan toman yang berjaya ditangkapnya di Aquia Creek Virginia pada Sabtu lalu AgensiFREDERICKSBURG Virginia Seorang lelaki Amerika Syarikat berjaya menangkap seekor ikan toman sepanjang satu meter di Aquia Creek Stafford V...
Kematiannya Cetus Hiba Masyarakat Dunia Zahir Solidariti Kematian Gajah Malang Dalam Lukisan

Kematiannya Cetus Hiba Masyarakat Dunia Zahir Solidariti Kematian Gajah Malang Dalam Lukisan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 311 hits
Berita mengenai seekor gajah liar bunting yang mati akibat termakan buah nenas yang diisi dengan mercun pada 27 Mei lalu telah mencetuskan kemarahan ramai Malahan Ketua Menteri Kerala juga turut menjanjikan tindakan tegas ke atas pesalah ya...
Ramai Pemimpin Dunia Dari Penjara Ke Puncak Kuasa

Ramai Pemimpin Dunia Dari Penjara Ke Puncak Kuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 277 hits
Mail SemanPM India Mahatma Gandhi Presiden Nelson Mandela Presiden Chile Micheal Marchelet Perdana Menteri India Jawaharal Nehru PM Myanmar Aung San Suu Kyi Presiden Turki Erdo an Presiden Republik Czech Vaclav Havel Perdana Menteri Turki N...
1dirham Set Masjid Dunia Edisi Ke 2

1dirham Set Masjid Dunia Edisi Ke 2

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 504 hits
Type Coin Card Pecahan 1 Dirham Berat 2 975 gram Diameter 25 mm Bahan Perak Silver Ag Kadar 99 9 Tahun 2017 1438H Produk Nubex MalaysiaSetiap set datang dengan 10 keping coin 1 dirham bertemakan Masjid di seluruh dunia 01 Al Masjid Al Haram...
10 Filem Dengan Rating Paling Tinggi Di Dunia Yang Perlu Korang Layan

10 Filem Dengan Rating Paling Tinggi Di Dunia Yang Perlu Korang Layan

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 498 hits
Mungkin ada dari 10 filem berikut yang korang tak pernah tengok pun lagi tapi inilah dia senarai 10 filem dengan rating paling tinggi di dunia setakat hari ini seperti yang disenaraikan oleh IMDb Semua memang best Tapi mana satu yang korang...
Jaga Aib Pasanganmu Seburuk Buruknya Kamu Atau Dia Dunia Tak Perlu Tahu

Jaga Aib Pasanganmu Seburuk Buruknya Kamu Atau Dia Dunia Tak Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 302 hits
Pernikahan adalah ikatan suci antara dua orang anak manusia Selain bernilai ibadah juga merupakan amalan separuh agama Penuh limpahan pahala manakala semua aktifitas di dalamnya diniatkan semata mata karena Allah Berlimpah keberkahan kala s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids