Senarai Jenis Jenis Buah Kurma Yang Popular Di Pasaran
"Jenis Jenis Kurma Dalam Pasaran"
Buah kurma antara buah yang selalu disebut di dalam Al-quran, apalagi seringkali di sebut dalam hadis dan sunnah nabi.
Jenis Jenis Kurma Popular Di Pasaran
Buah kurma berputik dari pohon kurma yang seumpama pokok kelapa sawit yang tergolong dalam keluarga tumbuhan palma.
Tanaman Kurma Di Malaysia
Di Malaysia, masih begitu jarang penanaman pokok kurma berbanding negara-negara Timur Tengah. Di Malaysia pokok kurma sering ditemui di masjid-masjid yang menanamnya.
Di Kelantan ia popular seketika apabila berbuah untuk kali pertama. Dijadikan tumbuhan lanskap di bulatan menghiasi bandar Kota Bharu yang juga memiliki gelaran serambi Mekah.
Oleh demikian, untuk mendapatkan buah kurma perlu membeli dari negara-negara pengeluar kurma seperti Iran, Tunisia, Maghribi dan beberapa negara timur tengah lain.
Senarai Jenis Kurma Paling Popular Di Dunia
Buah kurma sebenarnya terdiri dari beberapa jenis dan spesis, bukan semua kurma sama walaupun rupanya ada iras namun ada bezanya.
Jom lihat buah kurma yang ada di pasaran.
1. Kurma Ajwa
Tekstur buahnya yang kering namun lembut apabila di gigit. Kulitnya agak kering namun setelah dikunyah terasa kelembutan dan jusnya.
Bewarna hitam dan cukup manis
Manis buah kurma yang pasti akan diingati. Terdapat banyak hadis mengenai kurma ajwa ini. Buah kurma yang berasal dari tanah suci Madinah
2. Kurma Safawi
Ditanam di tanah suci Madinah, Arab Saudi. Boleh dikenali dengan warna hitamnya yang terang, panjang bentuknya dan lebarnya yang tidak begitu besar.
Ia memiliki nilai kesihatan sama seperti kurma ajwa menyebabkan ia cukup laris apabila tiba musimnya.
3. Kurma Ruthab Bam
Turut dikenali sebagai mazafati dan berasal dari Iran. Memiliki rasa yang unik dan dianggap yang paling lazat antara kurma yang lain.
Memiliki gelaran lain seperti kurma madu dan di pasaran menjadi 20% wakili eksport kurma Iran ke seluruh dunia.
4. Kurma Mariami
Mendapat gelaran kurma semi-kering paling lazat di dunia. Turut dikenali dengan nama lain iaitu nama kurma piarom.
Kurma ini berasal dari Hajiabad, Iran.
5. Kurma Sukkari
Namanya sudah diketahui bahawa ia memiliki rasa yang manis, sukkar dalam bahasa arab bermaksud gula.
Buah kurma yang memiliki agen antioksida ini juga memiliki kelebihan menjadi anti radang dalam fungsi untuk kesihatan tubuh badan.
Popular di kawasan Al-Qassem
6. Kurma Anbara
Berasal dari Madinah, Arab Saudi dan antara kurma yang termahal. Tekstrur isinya yang tebal dan lembut apabila dimakan.
Bewarna coklat dan antara pilihan ramai kerana isinya yang tebal.
7. Kurma Barhi
Jenis kurma ini berwarna kuning dan renyah. Kurma matang rasanya seperti karamel dan gula merah. Rasanya manis, seperti kebanyakan kurma. Kurma Barhi sering dijual waktu kurma jenis ini masih di cabang-cabang pokok sebelum masak.
Jenis kurma ini bermusim, peniaga akan bekukannya di dalam tempat ais dan akan dijual utk sepanjang musim. Kurma jenis ini banyak dijual di kawasan Masjid Quba.
8. Kurma Saghai
Jenis kurma ini renyah dan dibudidayakan di Riyadh. Kurma Saghai biasanya coklat, dan kuning cahaya di hujung kepala. Kulitnya keras tapi tidak mengelupas.
9. Kurma Khudri
Jenis Kurma Khudri berwarna coklat gelap yang kering dan manis. Kurma jenis ini kulitnya keriput baik besar atau kecil.
Jenis kurma ini adalah salah satu kurma yang paling banyak dieksport kerana kesegaran dan harga yang wajar.
Ini adalah salah satu kurma terbaik jika Anda ingin segar dan penuh bertenaga.
Jenis kurma ini renyah dan dibudidayakan di Riyadh. Kurma Saghai biasanya coklat, dan kuning cahaya di hujung kepala. Kulitnya keras tapi tidak mengelupas.
10. Kurma Zahidi
Keras, berkilat dan kering adalah antara sifat yang ada pada buah kurma ini. Dengan bentuk tebal, kecil dan bujur kurma ini memiliki rasa yang tidak terlampau manis berbanding kurma lain.
11. Kurma Mejdool
Berasal dari Palestine dan Afrika Utara, ia jarang dikenali di negara kita. Kurma medjool ini popular sebagai diet dalam makanan masyarakat Timur Tengah.
Dari segi rasa ia lebih kepada rasa karamel dan walaupun kering ia tetap memiliki rasa segar apabila di makan.
Sesuai untuk dijadikan pencuci mulut.
12. Kurma Kholas
Kurma ini berwarna cokelat terang. Bentuk kurma ini mirip dengan kurma barhi.
Kurma Kholas ini terkenal di Arab Saudi karena memiliki tekstur yang empuk dan rasanya tidak terlalu manis.
Kurma ini terkenal dari daerah 'Huffuf' (Al-Ahsa) dan 'Qatif' di Timur Provinsi Arab Saudi (Al-Sharqheyah).
Buah Kurma Asal Timur Tengah
Banyak jenis kurma yang dijual di pasaran, namun, yang mampu sampai ke luar negara hanya beberapa. Malaysia biasa akan mengimport stok kurma dari Timur Tengah.
Ada juga mereka yang berada di kawasan Timur Tengah mengirim untuk jualan di Malaysia.
Kiriman Ketika Musim Haji dan Umrah
Ketika musim Haji di Mekah dan Madinah, ada juga jadikan peluang sebegini untuk membawa pulang ke tanah air.
Lebih menguntungkan mereka yang melakukan umrah yang boleh mengunjungi kawasan penanaman kurma. Semua bergantung kepada keadaan laluan dan pintu masuk keluar negara.
Jika tiada pergerakan ini maka Malaysia akan kekurangan stok buah kurma untuk pasaran dalam negara. Contohnya, apabila berlaku pandemik seperti covid-19, stok kurma sukar untuk diperolehi.
Beli Buah Kurma Dari Timur Tengah Online
Namun, ada yang masih meneruskan usaha membawa masuk stok buah kurma ke Malaysia demi rakyat negara ini yang memerlukan stok kurma.
Bagi yang ingin mendapatkan stok kurma tidak kira untuk dimakan harian atau untuk stok di bulan puasa atau bulan ramadhan, penulis boleh mencadangkan untuk membuat belian dengan Tuan Haji Hashim.
Bagi yang ingin membuat belian stok kurma dari Madinah, boleh klik pada pautan di bawah;
KLIK UNTUK BELI KURMA PREMIUM DARI MADINAH Anda fikir anda tahu Senarai Jenis Jenis Buah Kurma yang Laris di Pasaran ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2021/03/senarai-jenis-jenis-buah-kurma-yang.html