Hadis Hadis Kelebihan Dan Kebaikan Buah Kurma Dalam Perubatan
"Hadis kelebihan Makan Kurma"
Kurma adalah makanan sunnah. Makanan yang telah wujud zaman berzaman, dari zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga kini.
Hadis Kelebihan Buah Kurma untuk Kesihatan
Pokok kurma tidak pernah pupus ditelan zaman. Buah kurma sentiasa menjadi pilihan apabila mencari makanan sunnah.
Lazimnya, buah kurma mendapat sambutan ketika musim puasa iaitu bulan Ramadhan setiap tahun. Namun, sedarkah anda memakan buah kurma tidak mengikut musim.
Banyak keberkatan yang ada dalam buah kurma, kurma ajwah adalah antara kurma terbaik yang ada di muka bumi Allah ini.
Senarai Hadis Sahih Kelebihan Memakan Kurma Ajwah
Antara hadis sahih yang menerangkan kebaikan dan kelebihan kurma ajwah adalah seperti;
Hadis Kelebihan Memakan Kurma Ajwa Setiap Hari
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
Hadis Tentang Kurma Ajwah Sebagai Ubat Penyembuh
Begitu juga, daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً - أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ - أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa ‘Aliyah ialah kawasan yang terdiri daripada kebun-kebun, perkampungan dan pekan dari dataran tinggi Madinah yang menuju ke arah Najd. Atau dataran rendah dari arah yang lain yang menuju ke Tihamah. Kawasan ‘Aliyah yang paling dekat dari Madinah adalah pada jarak 3 batu (mil) dan yang paling jauh adalah pada jarak 8 batu. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3) dan Ikmāl al-Mu’lim bi fawāid Muslim]
Hadis Kurma Mampu Menghilangkan Mudarat Termakan Racun
Dalam satu riwayat lain daripada Saad bin Abi Waqqas datang dengan lafaz tanpa menyebut kurma Ajwah :
مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ، لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan pada waktu pagi tujuh biji kurma, yang ditanam antara dua bebatuan hitam, tidak akan memberi mudarat kepadanya sebarang racun sehinggalah petang.” [HR Muslim (2047)]
Akan tetapi di dalam Mustakhraj Abi Awanah, selepas disebutkan hadis di atas, dinukilkan pula kata-kata daripada Abu Tuwalah yang menyebut bahawa dia mendengar orang ramai menyebut kurma yang dimaksudkan adalah kurma Ajwah. Begitu juga, Ibnu Wahb menyatakan perkara yang serupa. [Lihat : Mustakhraj Abi Awanah, no. 8341, (5/189)]
Hadis Kurma Ajwah Berasal dari Syurga
Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :
والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ
Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]
Daripada hadis-hadis ini, secara zahirnya dapat kita fahami bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi akan mendapat fadilat sebagaimana yang telah disebutkan iaitu terselamat daripada sebarang racun dan sihir.
Adakah fadilat ini khusus buat kurma Ajwah Madinah sahaja, atau umum buat semua jenis kurma?
Hadis Kurma Ajwah Mampu Mengubati Sihir
Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pendapat ulama mengenai hal ini. Antaranya daripada al-Khattabi yang menyatakan bahawa :
كَوْنُ الْعَجْوَةِ تَنْفَعُ مِنَ السُّمِّ وَالسِّحْرِ إِنَّمَا هُوَ بِبَرَكَةِ دَعْوَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِتَمْرِ الْمَدِينَة لَا لخاصية فِي التَّمْر
Maksudnya : “Kurma Ajwah bermanfaat bagi mengubati racun dan sihir disebabkan oleh keberkatan doa Nabi SAW kepada kurma Madinah, dan bukan kerana khasiat kurma itu sendiri.”
Manakala Ibnu al-Tin pula berpendapat bahawa :
يُحْتَمَلُ أَنْ يَكُونَ الْمُرَادُ نَخْلًا خَاصًّا بِالْمَدِينَةِ لَا يُعْرَفُ الْآنَ
Maksudnya : “Berkemungkinan yang dimaksudkan di sini ialah kurma yang secara khususnya terdapat di Madinah, yang tidak diketahui lagi pada masa sekarang”
Semua hadis ini dipetik dari laman web pejabat mufti Wilayah Persekutuan : Klik Sini
Maka apakah ada yang masih ragu ragu akan kebaikan memakan buah kurma tidak kira ketika bulan ramadhan atau sedang sakit.
Kurma ajwah sering disebut di dalam hadis nabi, begitulah kepentingan kurma untuk kesihatan. Semua jenis kurma banyak kelebihan kepada kesihatan manusia.
Kelebihan Buah Kurma untuk Kesihatan Dalam Sains Perubatan
Selenium
Kajian telah mendapati bahawa selenium yang terdapat di dalam buah kurma penting dalam sistem imunisasi badan.
Agen antioksida
Selain itu, kurma juga mengandungi agen antioksida. Satu kajian telah dijalankan ke atas hati tikus yang telah diaruh menjadi toksik, kemudian dirawat dengan ekstrak buah kurma. Hasil menunjukkan bahawa buah kurma berpotensi sebagai agen antioksida.
Begitu juga, satu kajian lain telah dijalankan ke atas 11 jenis kurma dari Iran bagi melihat aktiviti antioksida dan kandungan fenolik di dalam kurma-kurma tersebut. Hasil menunjukkan jenis kurma dari Iran ini berpotensi sebagai bahan antioksida.
Flavonoid
Hasil kajian mendapati kurma Deglet-Noor mengandungi 13 jenis flavonoid. Selain daripada itu, ia juga mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan. Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan baik untuk pencegahan penyakit terutamanya seperti penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular.
Cara Dapatkan Buah Kurma Bermutu Dari Madinah
Bagi yang ingin mendapatkan buah kurma untuk dibuat makan dan stok di bulan ramadhan boleh cuba dapatkan dengan membeli dengan tuan Haji Hashim.
Senarai Harga Kurma Ajwa Haji Hashim
Boleh klik pautan dibawah jika ingin membuat tempahan dan pembelian secara terus.
KLIK UNTUK BELI KURMA PREMIUM DARI MADINAH Anda fikir anda tahu Hadis Hadis kelebihan dan Kebaikan Buah Kurma Dalam Perubatan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2021/03/hadis-hadis-kelebihan-dan-kebaikan-buah.html