Bak Kwa Dari Makanan Popular Masyarakat Cina Kini Boleh Dinikmati Semua Bangsa
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang tidak dilupakan. Rasa kekok pula jari-jemari ini untuk menaip dan memulakan bicara setelah lama juga tak update blog kerana pandemik Covid-19 yang masih tak habis-habis kat Malaysia ni. Jadi cerita yang Maha nak kongsikan dengan korang pun jadi tak semeriah dulu sebelum segala ini melanda. Jadi sama-sama kita doakan agar negara kita Malaysia terus dihindarkan dan terus hilang penyakit Covid ni walaupun saki baki tak ada langsung aman sikit orang nak business
Maha masih teringat lagi akan seorang kawan blogger yang dulu beliau ni ada business studio rancak dan juga boleh dikatakan maju. Tapi segala ketentuan Allah beliau hilang semua dalam sekelip mata sahaja. Siapa menyangka dugaan ini semua bakal beliau lalui. Tapi itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mencari rezeki halal menyara keluarga kecil beliau yang kini telah masuk anak kedua. Alhamdulillah kerana semangat dan juga iltizam untuk berjaya beliau kini telah beralih kepada satu lagi perniagaan yang lain dan unik daripada orang lain.
Siapa sangka kalau selalu kita nampak penjual makanan Bak Kwa yang popular di Restoran Makanan Cina kini boleh dinikmati oleh semua masyarakat juga orang Islam. Teknologi dan juga kemajuan tidak memustahilkan kita untuk mencari sesuatu bagi menghasilkan sesuatu yang boleh diterima oleh semua masyarakat. Orang cina akan panggil makanan ini sebagai Bak Kwa tapi setelah dioleh menggunakan bahan yang Halal kini ia di kenali sebagai Daging Dendeng Bak Kwa Cik Midah
Daging Dendeng Bak Kwa Cik Midah adalah produk keluaran Melayu Islam Malaysia pertama yang seumpamanya di Malaysia. Ia adalah hasil 'perkahwinan' di antara Dendeng Singapore dan cara Bak Kwa dihasilkan demi menepati citarasa masyarakat Melayu yang kebanyakannya Islam. Resepi tradisional masyarakat China ini telah digantikan dengan ramuan dan rempah ratus yang Halal dan sesuai dengan selera pelbagai bangsa
Sedikit sejarah Daging Dendeng Singapore ia hanya boleh didapati pada musim Ramadan di Singapura dan ianya digemari oleh rakyat Singapura, Indonesia dan Brunei. Disebabkan rasanya yang unik dan sedikit manis, ia digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ia berbentuk kepingan 4 segi tipis dan lembut sama seakaran seperti 'Bak Kwa'.
Manakala Bak Kwa bermaksud 'Daging Kering'. Ia juga dikenali sebagai Rougan. Bak Kwa mempunyai rasa daging manis yang unik kerana mengandungi pelbagai ramuan rempah asli. Secara tradisionalnya, daging Bak Kwa berbentuk kepingan 4 segi tipis dan garing yang di bakar di atas arang. Sejarah Bak Kwa berasal dari teknik pengawetan dan penyediaan daging yang digunakan pada zaman China kuno. Ia dianggap sebagai makanan istimewa orang China Hokkien kerana berasal dari wilayah Fujian China dimana penggunaan daging dianggap sebagai makanan mewah yang biasanya disediakan untuk Tahun Baru Cina
Kenapa Maha kongsikan makanan ini sebab Maha dah nikmati sendiri daging ini yang di bawa oleh kawan blogger yang Maha ceritakan tadi iaitu saudara Firdaus Feeq dan isteri Fatin Bella. Mereka mengusahakan makanan panas bakar terus dari arang di kawasan N9 Foodcourt, Sg Ramal Kajang. Tapi mungkin sebab PKP dan juga arahan SOP yang ketat mereka lebih fokus kepada penjualan secara penghantaran pos kerana ia boleh dihantar seluruh Malaysia
Menarik lagi mereka menghasilkan produk ini dalam 3 rasa yang korang boleh pilih seperti :-Klasik Asli (Original)Ia lebih kepada rasa yang lebih manis tapi tidak terlalu manis dan juga masih kekal ketebalan dan juga rempah yang diadun bersama daging.
Madu Tualang (Honey)Pada yang suka rasa madu boleh cuba perisa ini ia menggunakan Madu Tualang yang asli dengan rasa lebih pejal dan juga lebih kuat manis melalui madu.
Pedas Szechuan (Spicy)Pedas ini lain sikit daripada pedas biasa daging yang dinikmati kerana ia adalah kepedasan daripada ramuan asal. Tapi masih boleh dinikmati dan Maha lebih suka yang ini.
Sebenarnya Daging Dendeng Bak Kwa yang di hasilkan bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja selepas ia dibakar. Tapi ia juga boleh dihasilkan dan dimakan bersama makanan lain yang korang suka. Contoh nak buat burger isi Daging Dendeng Bak Kwan atau juga masuk dalam wrapper pun sedap juga bersama dengan sos dan salad segar.
Jadi sekarang dan bila-bila masa korang boleh nikmati daging dendeng ini dengan mudah dan senang. Dah ada pos terus dengan tempah dalam talian atau whatsapp kat mereka lagi mudah. Macam Maha ni dah ada dalam peti sejuk semua perisa senang nak makan keluarkan dan panas sahaja atas kuali atau juga boleh panas guna Airfryer sangat mudah.
Maha nak ucapkan terima kasih kepada usahawan muda ini kerana berjaya menghasilkan sesuatu inovasi bagi memberi kenikmatan makana kepada semua orang. Lepas ni dengar cerita mereka akan keluarkan Bak Kwa Halal ni dari daging ayam dan juga arnab. Menarik juga tu kena cuba lah lagi hehehe. Sedap korang mesti kena cuba sekali baru tahu
Tempahan dan pertanyaan lanjut tentang produk ni boleh hubungi :Facebook : https://www.facebook.com/FirdausFeeqInstagram : https://www.instagram.com/dendengbakarcikmidahWhatsapp : https://go.wasap.my/JadiEjenCikMidahTel : 010-665 3553
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2021/02/bak-kwa-dari-makanan-popular-masyarakat.html