Senarai Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam Dan Adab Bersalam Dalam Islam


Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam Di Malaysia, ada kebiasaan amalan ziarah menziarahi ketika hari raya oleh ahli keluarga. Namun mesti kita tertanya-tanya “Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam?”. Bersalam adalah merupakan satu tanda hubungan yang baik dengan niat untuk bertegur sapa dan berkasih sayang sesama kita. Namun, Islam menetapkan beberapa batasan dalam pergaulan diantara lelaki dan perempuan.
Dengan siapa kita boleh bersalam adalah penentuan dengan siapa kita layak bersentuhan dan tidak diharamkan keatas kita. Hikmah mempunyai batasan dalam Islam adalah untuk menjaga kehormatan dan maruah diri. Jom ikuti penerangan lengkap berkenaan dengan siapa kita boleh bersalam dan dengan siapa kita tidak boleh bersalam.
Berkenaan Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam Di dalam Islam, wajib kita menjaga pergaulan dan mengelakkan daripada sengaja menyentuh ajnabi (boleh berkahwin) dan bukan mahram. Ini adalah keindahan islam yang memupuk umat mempunyai malu dan menjaga batasan berlainan jantina.
Akan diterangkan mengenai dengan siapa kita boleh bersalam dengan bahagian seperti dibawah:
Mahram bagi lelaki (boleh bersalaman) Bukan mahram bagi lelaki (tidak boleh bersalaman) Mahram bagi perempuan (boleh bersalaman) Bukan mahram bagi perempuan (tidak boleh bersalaman) Berikut adalah penerangan lengkap berkenaan dengan siapa kita boleh bersalam
Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam Bagi Lelaki Berikut adalah penerangan bagi lelaki mengikut mahram dan bukan mahram:
Mahram Bagi Lelaki (Dibolehkan Bersalaman) Pertama: Mahram Dari Sudut Kerabat (hubungan kekeluargaan)
Ibu kandung. Nenek (ibu kepada ibu). Nenek (ibu kepada bapa). Anak perempuan. Adik beradik perempuan seibu sebapa. Adik beradik perempuan seibu. Adik beradik perempuan sebapa. Cucu perempuan (dari anak lelaki). Cucu perempuan (dari anak perempuan). Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa). Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu. Yakni anak-anak saudara perempuan atau anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita. Kedua: Mahram Dari Sudut Musaharah (perkahwinan)
Isteri kepada bapa (ibu tiri). Sama dengan isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu. Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Sama dengan isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah. Ibu kepada isteri (ibu mertua). Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi). Ketiga: Mahram Disebabkan Susuan
Ibu susuan. Adik beradik perempuan susuan. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan. Anak susuan perempuan. Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan. Bukan Mahram Bagi Lelaki (Tidak Dibolehkan Bersalaman) Berikut senarai bukan mahram untuk lelaki:
Isteri kepada bapa saudara. Sepupu perempuan. Kakak ipar (isteri kepada abang kandung). Adik ipar (perempuan). Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan. Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam Bagi Perempuan Untuk perempuan pula berikut adalah senarai boleh bersalam bagi mahram dan bukan mahram:
Mahram Bagi Perempuan (Dibolehkan Bersalaman) Untuk perempuan, perlu ketahui senarai mahram adalah seperti berikut:
Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang. Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit. Adik beradik lelaki. Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara. Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki. Bapa susuan. Adik beradik susuan yang lelaki. Bapa mertua. Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan). Bukan Mahram Bagi Perempuan (Tidak Dibolehkan Bersalaman) Berikut adalah merupakan individu bukan mahram yang tidak dibolehkan untuk bersalam:
Suami kepada ibu saudara. Sepupu lelaki. Abang ipar (suami kepada kakak kandung). Adik ipar (lelaki). Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan. Pastikan anda mengikut dan mengetahui dengan siapa kita boleh bersalam, Penting juga untuk anda ikuti adab-adab bersalam yang kami sediakan dibawah.
Senarai Adab Salam dan Berjabat Tangan Melalui perkongsian daripada Facebook, Ahmad Raje terdapat adab salam dan berjabat tangan yang boleh ketahui seperti berikut:
Orang yang memberi salam terlebih dahulu, tanpa menunggu orang lain memberi salam, ialah yang lebih dekat di sisi Allah. (Hadis Sahih Bukhari) Dalam salam, hendaklah menyapa semua orang, laitu orang yang dikenali dan tidak dikenali. Orang yang lebih muda mestilah menyapa orang yang lebih tua, mereka yang berjalan memberi salam kepada yang duduk dan yang sedikit memberi salam kepada yang lebih ramai. Hendaklah beri salam kepada orang yang berpisah walaupun perpisahan itu hanya sebentar (umpamanya di sebalik tembok). (Baihaqi) Hendaklah beri salam apabila masuk atau meninggalkan rumah (samada rumah sendiri atau orang lain) Allah adalah yang menjamin untuk seseorang yang memberi salam dan (kemudian) masuk ke dalam rumah. (Al Adabul Mufrid) Hendaklah membei salam dengan kuat bagi (orang yang salam itu ditujukan) supaya ia mendegarnya. Jika orang ketiga memberi salam di sampaikan kepada kita, maka hendaklah dijawab dengan kalimah “Wa a’alaika wa a’dai hissalam” Ertinya: Salam buat kamu dan dia. ( Riwayat Abu Daud) Melalui Nabi SAW, cara yang sempurna memberi salam adalah dengan berjabat tangan. (Mishkaat) Semasa berjabat tangan sebaik-baiknya disertakan dengan berselawat ke atas Nabi SAW. Sebaik-baiknya berjabat tangan dengan mengunakan kedua-dua belah tangan dan hendaklah melihat kepada mata orang yang bersalam dengan kita. Elakkan mengoncang-goncangkan tangan semasa bersalam atau bersalam mengikut cara barat. Semoga kita dapat mengamalkan sesama kebaikan kerana kita boleh memilih untuk menjadi seorang yang baik dan menyenangkan orang lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/04/dengan-siapa-kita-boleh-bersalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Doa Pagi Yang Boleh Diamalkan Umat Islam

7 Doa Pagi Yang Boleh Diamalkan Umat Islam

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 191 hits
Berikut merupakan senarai beberapa doa yang boleh kita baca dan amalkan setiap pagi bagi memastikan hari hari kita berjalan lancar urusan kita dipermudahkan dan diri kita sentiasa dilindungi Allah S W T Sebagai umat Islam anda digalakkan un...
Islam Haramkan Hisap Vape

Islam Haramkan Hisap Vape

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 176 hits
Bilangan mereka yang menghisap dan ketagih rokok elektronik atau vape semakin meningkat Bahkan didapati penghisap vape langsung tidak malu untuk menyedutnya apabila dikehendaki Benda haram itu disedut dan digantung di leher tayang kepada or...
Bukan Sahaja Nampak Jahil Tapi Pemalas Nak Cari Maklumat Akhirnya Terjebak Fitnah Khawarij Suka Memecahbelah Islam

Bukan Sahaja Nampak Jahil Tapi Pemalas Nak Cari Maklumat Akhirnya Terjebak Fitnah Khawarij Suka Memecahbelah Islam

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 89 hits
Mohammad Norrazam B Mohd Noor Sambil sambil ready untuk mengajar subjek STAM dgn pelajar hari ini sedikit terganggu bila terbaca posting satu akaun yang menyebar fitnah tentang tiada pertandingan tilawah Al Quran pada tahun ini Lebih tergan...
Pengasas Kk Supermart Mohon Ampun Kepada Agong Dan Umat Islam

Pengasas Kk Supermart Mohon Ampun Kepada Agong Dan Umat Islam

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 97 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr Chai Kee Kan di Istana Negara di sini hari ini Menurut hantaran di laman Fa...
Negara X Islam Mudah Jadi Begini Kembalilah

Negara X Islam Mudah Jadi Begini Kembalilah

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 105 hits
Bella bersama ibu bapa yang menetap bersamanya di Kuala Lumpur Foto IG Bella AstillahI Ibu Bella enggan ulas isu anak didakwa curang dengan menantuKUALA LUMPUR Ibu kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah enggan...
Human Rights Chief Activist Gets Hauled Up By Cops Over Speech Doctored As If He Insults Islam

Human Rights Chief Activist Gets Hauled Up By Cops Over Speech Doctored As If He Insults Islam

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 69 hits
TALKING about selective pace of police action or inaction Global Human Rights Federation president S Shashi Kumar has found himself in hot soup after his actual speech was deliberately manipulated to depict as though he had insulted Islam t...
Jangan Polemik Istilah Kafir Elak Islam Dipandang Serong Ust Zawawi

Jangan Polemik Istilah Kafir Elak Islam Dipandang Serong Ust Zawawi

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 82 hits
Oleh Abdullah Zaid Polemik perkataan kafir yang sengaja diambil di luar konteks oleh pihak pro pembangkang untuk memburuk burukkan imej Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dikhuatiri hanya akan menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang ser...
Jom Buka Akaun Be U Oleh Bank Islam

Jom Buka Akaun Be U Oleh Bank Islam

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum Korang tahu tak pasal bank digital yang ada kat Malaysia Dua tahun yang lepas Bank Islam Malaysia Berhad dah lancarkan aplikasi Be U kat Malaysia weyh Bagi yang tak berapa familiar aplikasi Be U ni adalah bank digital pertam...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu