Senarai Complaint Dari Tetamu Kepada Pemilik Bisnes Homestay


Anda patut lakukan yang terbaik dan cuba elakkan daripada menerima review serta feedback yang negatif dari tetamu homestay anda.
 
Sekarang ini, dah menjadi satu kelaziman untuk bakal tetamu membaca review dan feedback dari tetamu terdahulu sebelum mereka buat keputusan untuk menginap di sesuatu homestay.
 
Jika homestay tersebut ada banyak review negatif dan kebanyakkan tetamu yang pernah menginap disitu, banyak yang komplen dari memuji, ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi perniagaan pemilik homestay tersebut.
 
Tetamu yang baru kali pertama menjumpai homestay tersebut akan rasa teragak-agak untuk buat tempahan. Kalau ada alternatif lain, mungkin dia akan beri keutamaan tempat tersebut berbanding homestay yang ada review negatif tadi.
 
Perkara ini sudah pasti akan menjejaskan pendapatan dan perniagaan homestay yang dijalankan.

Laman web berkonsepkan Online Travel Agent seperti Airbnb, Agoda, Booking.com dan sebagainya mempunyai satu ciri yang membolehkan kita untuk membaca feedback dari tetamu yang pernah menginap di mana-mana homestay yang disenaraikan di platform tersebut.
 
Lagi ramai tetamu yang pernah check in disesebuah homestay, maka lagi banyak feedback dan review yang dapat kita baca. Dalam banyak-banyak review yang ditulis oleh tetamu, pasti kita akan terjumpa satu atau dua review negatif.
 
Bila ada kesempatan, saya akan baca komen dan feedback dari tetamu yang pernah check in sebelum ini. Biasanya kalau komen yang baik-baik, saya tak pandang sangat.
 
Tapi kalau komen yang berbentuk complaint, komen seperti itu bagi saya agak menarik untuk diperhatikan. Sebagai contoh review negatif yang ditulis oleh pengguna dibawah.


Dalam perbincangan dekat sini, saya akan kongsikan beberapa contoh rungutan yang biasanya akan disuarakan oleh tetamu homestay. Jadi buat anda yang menjalankan bisnes homestay dan yang baru nak buat bisnes ini, harap dapat berikan perhatian kepada review negatif yang akan ditinggalkan oleh bakal tetamu anda.
 
Sebelum ada tetamu yang memberikan review negatif, ada baiknya anda bersiap-sedia dengan persiapan yang sewajarnya untuk mengelakkan bisnes homestay anda menerima review negatif.
 
Senarai complaint dari tetamu kepada pemilik homestay Saya telahpun membuat pembacaan dan memerhati review yang ditinggalkan oleh tetamu yang menginap di homestay yang berbeza. Keutamaan saya berikan kepada review yang bersifat negatif.
 
Apa yang saya dapati, kebanyakkan review yang negatif, atau complaint ini, kebiasaannya lebih kurang sama sahaja. Walaupun ia disuarakan oleh pengunjung yang berbeza di homestay yang berbeza.
 
Jadi apa yang saya buat ialah, saya buat senaraian dan jenis-jenis complaint yang biasa akan disuarakan oleh tetamu. Dalam perbincangan kali ini, saya senaraikan antara bentuk rungutan yang biasa disuarakan oleh tetamu homestay.
 
Kalau anda merancang untuk menjalankan bisnes ini untuk satu tempoh yang lama, mungkin sehingga 5 – 10 tahun, berkemungkinan anda juga akan menerima rungutan yang lebih kurang sama, jika anda tak berhati-hati.
 
Justeru, saya berharap semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan dapat menjadikan anda lebih peka terhadap perkara-perkara yang boleh membuatkan tetamu anda complaint lalu memberi review negatif terhadap homestay anda.
 
(1) Kebersihan Faktor kebersihan adalah perkara paling penting yang perlu dijaga oleh pengendali bisnes homestay. Kalau tetamu merasakan homestay anda tak cukup bersih, mereka pasti akan menyuarakan rungutan, sama ada secara terbuka ataupun secara personal kepada anda.
 
Anda rasa homestay anda dah cukup bersih, tapi kenapa ada tetamu yang kata homestay anda kotor?
Bagaimana yang dikatakan sebagai homestay anda “tidak bersih”?
 
Memang mudah untuk kita katakan tak bersih. Tapi, mari kita fokus dengan lebih spesifik, apa yang dimaksudkan dengan tak bersih atau kurang bersih tu?
 
Kita bermula dengan waktu mula-mula tetamu tiba.
Adakah terdapat tong sampah yang penuh dengan sampah berdekatan dengan pagar, halaman rumah atau pintu masuk?
 
Kemudian tetamu akan mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Bagaimana keadaan di ruang tamu?
Apa yang tetamu akan rasa sebaik sahaja melangkah masuk?
Adakah keadaan lantai berpasir?
Adakah keadaan lantai melekit?
 
Bagaimana pula aroma didalam homestay?
Sebaik-baiknya tetamu disambut dengan bau-bauan yang wangi.
 
Bagaimana pula dengan keadaan sofa?
Sesetengah tetamu ada yang tak peka dalam soal menjaga kebersihan. Mereka makan sambil duduk disofa dan akhirnya ada makanan yang tertumpah dan terkena pada sofa. Kesan tumpahan makanan ini agak susah untuk dihilangkan.
 
Walaupun sudah dicuci dan telahpun kering, ia akan meninggalkan kesan kotoran yang agak jelas. Tetamu yang baru masuk, akan anggap sofa tersebut kotor. Walaupun sebenarnya sudah dibasuh.
 
Dalam keadaan ini, mungkin anda patut pertimbangkan untuk gunakan sofa berwarna gelap atau yang menggunakan material yang senang untuk dibasuh.
 
Bila tetamu dah tengok keadaan di ruang tamu, dia akan masuk ke bilik pula.
Dalam bilik ini juga ada beberapa perkara yang penting untuk diperhatikan.
 
Antaranya adalah sarung bantal, cadar, selimut, comforter dan sebagainya.
Jika anda menggunakan warna putih atau apa-apa warna yang cerah, adakah terdapat kesan tompokan pada barangan tersebut.
 
Ia mungkin kesan kotoran yang dah lama yang sudah tak boleh dibersihkan lagi, tapi tetamu anda tak tau perkara tersebut. Dia akan anggap yang anda tak cuci dengan bersih, ataupun lebih teruk lagi anda memang tak cuci.

Kemudian tetamu akan lihat keadaan dan tahap kebersihan ditandas pula. Kalau dibahagian tandas, biasanya yang akan diperhatikan adalah singki, cermin, saluran air, dan mangkuk tandas.
 
Adakah terdapat kesan najis yang ditinggalkan?
Bagaimana bau dalam tandas?
Adakah terdapat rambut-rambut dibahagian trap?
 
Kalau dekat bahagian dapur pula, perkara yang akan dilihat adalah dibahagian kabinet dapur, countertop, singki dan sebagainya.
Adakah terdapat kesan-kesan minyak, atau kesan kotoran dari makanan yang tak dicuci dengan bersih.
 
Kemudian bagaimana pula dengan pinggan mangkuk, gelas, cawan, dan peralatan memasak yang anda sediakan?
Adakah ianya berminyak, terdapat sedikit kesan kotoran dan sebagainya atau tidak?
 
Biasanya dekat bahagian dapur ini juga akan disediakan tong sampah. Adakah anda menggunakan bakul sampah yang bertutup atau jenis yang terbuka?
 
Saya sebagai tetamu, lebih suka kalau tuan rumah sediakan tong sampah yang jenis ada penutup.
Boleh dapatkan disini.

Penggunaan tong sampah seperti ini dapat mengelakkan bau busuk dari sampah-sampah merebak ke serata rumah. Kalau nak buang pampers anak pun tak risau bau busuk, sebab tong sampah ada penutup.
 
Lagi satu, tong sampah jenis terbuka ini juga akan menarik perhatian serangga seperti lipas, lalat, semut dan lain-lain.
 
Jadi pada asasnya, faktor kebersihan ini adalah sangat penting dan sebarang perkara yang membuatkan tetamu rasa seperti homestay anda kotor akan membuatkan mereka memberikan review yang kurang elok.
 
Ya saya tahu, topik kebersihan ini sangat basic, tapi ada juga pemilik bisnes homestay yang terlepas pandang. Mereka bukan tak tahu, cuma tak perasan. Bila ada yang tegur, baru mereka nampak yang mereka tersilap percaturan.
 
Lebih baik dapat teguran dari awal, daripada terus dapat “teguran” dari tetamu yang kemudiannya memberikan review negatif.
Tak begitu?
 
(2) Keselesaan Perkara kedua yang boleh membuatkan tetamu complaint adalah berkenaan dengan keselesaan.
 
Pernah tak anda menginap dimana-mana tempat penginapan, sama ada hotel atau guesthouse, dan sepanjang anda berada disana, anda rasa langsung tak selesa. Pernah?
 
Kalau pernah ada pengalaman sedemikian, cuba ingat semula, apa yang membuatkan anda rasa tak selesa.
 
Ada beberapa perkara yang akan membuatkan tetamu rasa tak selesa.
i. Homestay anda panas
Masalah homestay panas ini, biasanya disebabkan oleh sistem pengudaraan yang kurang baik. Mujurlah penyelesaian dia mudah sahaja. Pasang aircond.
 
ii. Masalah bantal
Masalah bantal ini biasanya sama ada bantal yang disediakan tak cukup, terlalu nipis, atau terlalu keras. Saya puji tuan rumah yang sediakan bantal extra untuk kegunaan tetamu.
 
Ada juga tuan rumah yang menyediakan bantal standard hotel untuk kegunaan tetamu.
Contohnya seperti bantal jenis ini.

Selain bantal hotel, saya berpendapat bantal Das Abdul Global (DAG) pun cukup selesa.
 
iii. Sofa tak selesa
Ada juga tetamu yang akan buat complaint disebabkan sofa yang tak selesa. Tak selesa untuk duduk, tak selesa untuk baring.
 
Bab keselesaan ini memang agak subjektif.
Mungkin pada pendapat anda, apa yang anda sediakan dah cukup selesa. Tapi pada tetamu, ia langsung tak selesa.
 
Saya masih ingat lagi, saya pernah check in di satu homestay yang gunakan set sofa lama. Memanglah kita masih boleh duduk dekat sofa tersebut, tapi tak berapa selesalah.
 
(3) Respon dari tuan rumah Tetamu juga mungkin akan complaint tentang maklum balas dari tuan rumah yang agak perlahan dalam menjawab pertanyaan atau permintaan sepanjang penginapan.
 
Kalau setiap kali tetamu hantar whatsapp, tuan rumah akan balas dalam masa satu jam, itu dah dikira tak responsif.
 
Itulah sebabnya kalau anda baca posting saya yang terdahulu, saya kerap kali highlight cadangan untuk anda sediakan buku panduan atau katalog untuk homestay anda. Segala jenis maklumat berkaitan homestay, anda sediakan dalam bentuk buku panduan.
Baca: Strategi memberikan pengalaman TERBAIK kepada tetamu homestay
 
Kumpulkan semua soalan-soalan yang selalu ditanya oleh tetamu sebelum ini, dan masukkan soalan tersebut beserta dengan jawapan dalam buku panduan homestay tersebut.

Biasanya apa yang tetamu anda akan tanya?
 
Boleh jadi tetamu anda selalunya akan tanya
i. Macam mana nak on TV dan menonton channel tertentu
ii. Cara menggunakan mesin basuh
iii. Tempat anda simpan barang-barang seperti penyapu, penyodok, plastik sampah, mop dan sebagainya
 
Kemudian dalam buku panduan tersebut, anda boleh masukkan juga maklumat seperti
i. Tempat menarik untuk dikunjungi
ii. Aktiviti yang boleh dilakukan
iii. Tempat makan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam
 
Saya faham, menyediakan buku panduan ini memang terasa leceh. Lebih-lebih lagi kalau anda memang selalu sibuk. Tapi percayalah, bila anda sediakan buku panduan seperti ini, ia akan dapat mengurangkan soalan-soalan dari para tetamu yang check in.
 
Apa alternatif bagi menyediakan buku panduan?
Kalau anda mempunyai laman web untuk bisnes homestay anda sendiri, anda boleh sediakan panduan tersebut secara online sahaja. Minta tetamu anda untuk baca laman web, blog, atau mungkin FB Fanpage anda.
 
Sediakan panduan dalam betuk online juga bagus. Boleh jimat kertas.
 
(4) Kualiti kelengkapan dalam rumah Anda telah menyediakan pelbagai kelengkapan untuk digunakan oleh tetamu anda. Tapi pernah tak anda semak, kualiti kelengkapan tersebut?
 
Jika anda tak check, ia mungkin akan dijadikan sebab untuk tetamu anda complaint tentang pengalaman penginapan tersebut.
 
Anda menyediakan sambungan internet kepada tetamu, tapi dari segi kualiti sambungan internet, ianya sangat perlahan.
 
Ataupun anda sediakan televisyen yang boleh menonton pelbagai saluran, tetapi pada waktu tetamu menginap, tak ada satupun yang boleh ditonton sebab anda tak bayar yuran langganan.
 
(5) Ketepatan maklumat Maklumat yang anda berikan dalam iklan tak sama seperti keadaan sebenar homestay.
 
Misalnya apa yang biasa berlaku ialah
1. Lokasi homestay yang agak jauh dengan kawasan bandar
2. Penggunaan perabot yang tak sama seperti dalam iklan
3. Ada beberapa peralatan yang tak ada seperti mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya.
 
Kadang-kadang benda ini berlaku disebabkan berlaku kerosakkan. Jadi pemilik mengeluarkan barang yang rosak dan ganti dengan yang lain. Tapi, disebabkan dia tak update maklumat terkini, ia boleh menyebabkan tetamu rasa tertipu dengan iklan yang dibaca, atau gambar-gambar yang dilihat.
 
(6) Proses check in dan check out yang rumit Ini juga boleh jadi isu.
 
1. Mula-mula tetamu perlu letak kereta terlebih dahulu dan buat pendaftaran di pondok keselamatan.
2. Selesai daftar di pondok sekuriti, tetamu perlu masuk dan cari tempat parking untuk pelawat.
3. Kemudian tetamu perlu masuk ke lobi dan cari peti surat bernombor 234 untuk dapatkan kunci rumah.
4. Selepas itu tetamu perlu kembali ke kereta dan cari petak parking bernombor 88 khas untuk pemilik rumah bernombor A345.
5. Selesai letak kenderaan, cari lif dan pergi ke tingkat 3 baru boleh masuk ke rumah.

Perkara ini saya sendiri pernah lalui. Memang agak menyusahkan. Sebelum nak masuk rumah, kena buat treasure hunt dulu.
 
Kemudian pada hari nak check out, saya perlu pergi ke lobi dulu. Cari peti surat yang sama untuk saya tinggalkan kunci disitu. Selepas itu kena pergi ke parking lot pula.
 
Sedangkan boleh je
1. Tuan rumah bantu daftarkan maklumat tetamu dengan pondok pengawal.
2. Tetamu terus ke tempat parking.
3. Kunci rumah ditinggalkan dihadapan pintu dalam kunci bernombor.

Contoh kunci bernombor seperti yang saya tunjukkan diatas.
Boleh dapatkan disini.
 
Nanti bila nak check out, boleh tinggalkan kunci tersebut dalam lock box tersebut.
 
(7) Bunyi bising Adakalanya ada juga tetamu yang akan komplen disebabkan oleh bunyi bising, sama ada bunyi tersebut datangnya dari jalanraya berdekatan, datang dari premis perniagaan berhampiran, dari kawasan lapangan terbang dan sebagainya.
 
Kalau dikawasan yang ada banyak tetamu dari kumpulan lain, mereka ini juga boleh jadi sumber kepada bunyi bising, jika mereka buat parti atau apa-apa aktiviti.
 
Atas sebab ini, saya perhatikan ada banyak juga unit di airbnb yang meletakkan peraturan untuk para tetamu mengurangkan aktiviti dan bunyi bising pada waktu atas pukul 10 atau pukul 11.
 
(8) Tempat parking Tetamu juga mungkin akan komplen sebab parking.
 
Kenapa dengan parking dan apa isu yang berkaitan dengan tempat parking ini?
Pada saya, ada beberapa isu berkaitan dengan tempat parking.
 
1. Tempat parking jauh dari homestay
2. Tempat parking gelap dan nampak suram
3. Tempat parking tak mencukupi untuk 3 buah kenderaan
4. Tempat parking first come first serve basis
5. Tempat parking kena bayar
 
Ya, memang betul sesetengah isu berkaitan dengan parking ini, bukan dalam bidang kuasa anda. Kalau tempat parking perlu bayar misalnya, itu pernah berlaku pada saya memandangkan homestay tersebut adalah merupakan sebuah apartment yang dibina diatas sebuah shopping mall.
 
Kalau tak silap saya, masa tu saya check in disekitar i-city Mall.
 
Disebabkan parking tetamu kena bayar dulu, tuan rumah ganti balik duit yang saya bayar untuk parking. Pada hari saya check out tu, tuan rumah minta nombor akaun bank untuk dia transfer duit yang saya gunakan untuk bayar parking.
 
(9) Bayaran tambahan Bayaran tambahan ini biasanya untuk tempahan yang dilakukan di Airbnb.
 
Bayaran tambahan ini sama ada untuk
1. Cleaning fees
2. Deposit fees
 
Biasanya deposit ini akan dipulangkan balik kepada tetamu setelah tetamu check out. Melainkan kalau sepanjang penginapan tersebut, tetamu ada merosakkan barang-barang dalam rumah. Kos baik pulih kerosakkan tersebut akan diambil dari duit deposit.
 
Tetamu akan complaint berkenaan dengan cleaning fees.
Logiknya, kalau kena bayar cleaning fees, tetamu patut dapat homestay yang bersih dan selesa. Tapi kalau sebaliknya yang berlaku, ini sudah tentu akan mengundang rasa kurang puas hati.
 
(10) Serangga dan makhluk perosak Ada juga tetamu yang komplen disebabkan dalam bilik ada pepijat, kutu katil dan sebagainya.
 
Bagi homestay yang dah agak lama tak menerima tetamu, ia berpotensi untuk menerima kunjungan dari tikus.

Kalau sewaktu ada tetamu menginap dihomestay tersebut, tiba-tiba ada tikus berkeliaan dalam rumah, ini memberi gambaran bahawa homestay anda tak bersih.
 
(11) Haiwan peliharaan Untuk tetamu yang ada masalah alergik, mereka mungkin akan membuat rungutan jika anda tak beritahu yang didalam rumah ada haiwan peliharaan yang turut atau pernah tinggal didalamnya.
 
Haiwan seperti kucing akan meninggalkan bulu-bulu dibahagian tertentu dalam rumah. Kadang-kadang bulu kucing ini tak begitu ketara pada penglihatan manusia, tapi bagi mereka yang ada masalah alergik, secara tiba-tiba mereka akan bersin tanpa henti.
 
Oleh yang demikian, ada baiknya anda berterus terang, yang didalam homestay tersebut memang ada kucing atau ada kucing pernah berada didalamnya. Setidak-tidaknya mereka yang ada masalah alergik ini boleh standby dengan ubat alergik.
 
Atau lebih baik lagi, “haramkan” terus haiwan untuk masuk dalam rumah. Buat macam hotel, “no pet allowed”. Lebih mudah nak bersihkan rumah jika tak ada haiwan peliharaan dalam rumah.
 
(12) Keperluan asas Ada kekurangan dari segi keperluan asas yang melibatkan barang-barang seperti
1. Sabun mandi
2. Shampoo
3. Tisu tandas
4. Tuala
 
Adakah menjadi satu kewajipan untuk pemilik homestay menyediakan barang-barang ini semua?
Saya pun tak tahu.
 
Tapi dari pengalaman saya sendiri, kebanyakkan homestay atau guesthouse yang pernah saya check in, memang ada sediakan semua kelengkapan ini. By the way, saya sebut kebanyakkan homestay. Ada juga homestay yang tak sediakan semua kelengkapan ini.
 
Saya pun tak tahu, kenapa pemilik bisnes homestay tu agak lain daripada yang lain. Mungkin dia tak nak keluarkan kos tambahan untuk sediakan kemudahan ini semua.
 
(13) Privasi jika perlu kongsi ruang Kalau di laman web airbnb, ada pemilik homestay yang menyewakan homestay mereka mengikut bilik, bukannya sebuah rumah. Ini bermakna tetamu perlu berkongsi ruang, sama ada dengan pemilik rumah ataupun dengan tetamu yang lain.
 
Ini bukan satu isu besar. Asalkan privasi setiap orang terjaga.
Sebagai contoh, kalau nak sewakan mengikut bilik, sebaik-baiknya dalam setiap bilik sudah tersedia bilik mandi dan tandas. Jadi ruangan yang perlu dikongsi adalah dapur, meja makan, dan ruang tamu.
 
Ruang yang perlu bercampur ini memang agak rumit dari segi privasi. Tapi setidak-tidaknya ada ruang khas yang mana hanya penyewa sahaja yang ada akses.
 
Kemudian dalam topik pravasi ini juga, kita perlu perhatikan faktor bunyi. Adakah tetamu boleh dengar, apa-apa bunyi yang datang dari bilik berdekatan.
 
Jika boleh dengar, bermakna ada masalah dari segi privasi.
Cubalah usahakan supaya bilik-bilik dalam homestay anda mempunyai ciri sound proof.
 
(14) Masalah pencahayaan Biasanya masalah pencahayaan ini terjadi disebabkan oleh tuan rumah cuba untuk jadi kreatif dengan menggunakan lampu yang boleh menghasil ambience yang agak unik.
 
Ia memang cantik dipandangan, tapi adakalanya agak menyusahkan.
 
Menyusahkan dari segi apa pulak ni?
Susah nak make up bila lampu tak cukup terang. Nak pakai contact lense pun jadi susah.
 
Kalau cuba membaca atau menulis dalam keadaan suasana lampu yang begitu, juga agak menyakitkan mata.
 
(15) Maklumat yang tak jelas Saya pernah menginap disebuah homestay di Port Dickson yang menyediakan kemudahan seperti swimming pool, gym dan lain-lain kemudahan.
 
Bila saya nak gunakan kemudahan tersebut, ada pihak pengurusan yang meminta bayaran tambahan, kerana saya bukannya tetamu rasmi disitu, sebaliknya saya hanyalah tetamu persendirian untuk salah sebuah unit kediaman yang ada disitu.
 
Sebenarnya homestay tersebut adalah terletak dikawasan pengurusan hotel. Ada unit kediaman yang dijual kepada pemilik orang perseorangan.
 
Pihak pengurusan hanya benarkan tetamu yang ingin menggunakan swimming pool dari kalangan mereka yang buat booking melalui pengurusan hotel, dan bukannya yang booking secara private melalui Airbnb.
 
Selepas kejadian tersebut, baru saya tahu, rupanya ada pengurusan hotel yang kurang senang dengan pengendali bisnes homestay dan Airbnb. Pengalaman yang lebih kurang sama pernah berulang di homestay yang berbeza. Tapi disebabkan saya dah ada pengalaman, kali ini saya tak rasa terkejut.
 
Cuma apa yang boleh saya katakan, sepatutnya pihak tuan rumah maklumkan hal ini lebih awal kepada tetamu.
 
(16) Penyelenggaraan dalam rumah Hal-hal yang akan dibangkitkan adalah tentang peralatan dalam rumah yang rosak, misalnya seperti kepala pili air yang sentiasa menitik, shower yang dah tak berfungsi, ada kebocoran paip didalam bilik air, lampu yang rosak dan sebagainya.
 
(17) Lokasi homestay Faktor lokasi merupakan faktor yang sangat penting dalam bisnes jenis tempat penginapan.
 
Kalau lokasi tak cukup baik, ia bukan sahaja membuatkan homestay tersebut kurang menarik pada pandangan bakal tetamu, malahan ia mungkin menyusahkan tetamu yang telah membuat tempahan.
 
Biasanya homestay seperti ini akan dijadikan pilihan terakhir. Kalau tak ada homestay lain, barulah tetamu akan pilih homestay seperti ini.
 
Antara komplen yang berkaitan dengan lokasi biasanya adalah seperti
1. Lokasi homestay yang terlalu jauh dengan tempat-tempat tarikan pengunjung
2. Terlalu sukar nak cari tempat untuk makan
3. Homestay terlalu dekat dengan jalan raya yang sibuk
4. Homestay terlalu dekat dengan lapangan terbang
5. Homestay terlalu dekat dengan stesen kereta api
6. Homestay terletak terlalu jauh di kawasan pedalaman
 
Berkenaan dengan lokasi ini, mungkin tak banyak perkara yang anda boleh lakukan selaku pengendali bisnes homestay. Tapi sekurang-kurangnya anda boleh berikan maklumat yang tepat, setidak-tidaknya tetamu tak merasa tertipu atau menyesal sebab pilih homestay anda.
 
(18) Keselamatan Tetamu juga mungkin akan membangkitkan isu keselamatan setelah menginap di homestay anda.
 
Isu keselamatan ini agak besar, dan ia sama ada keselamatan diri tetamu sepanjang menginap ditempat anda ataupun keselamatan harta benda.
 
Kalau homestay anda tak mempunyai tempat parking yang khas, dan tetamu perlu parking dimana-mana tempat kosong, ini mungkin akan menimbulkan masalah, kalau-kalau pada waktu tertentu, tiada tempat untuk parking.
 
Tetamu perlu parking ditempat yang agak jauh, dan mungkin ditepi-tepi jalan.
 
(19) Harga Ada tak tetamu yang akan komplen berkenaan dengan harga yang perlu dibayar?
Biasanya tak.
 
Kalau tetamu rasa harga tersebut terlalu mahal, dari awal-awal lagi dia boleh elakkan untuk buat tempahan.
Tapi setelah dia buat tempahan, dan booking dah confirmed, tetamu ini mungkin akan komplen berkaitan dengan harga.
 
Ia bergantung kepada pengalaman yang dia lalui sepanjang menginap di homestay anda.
Jika pengalaman yang dilalui bagus, maka tiada sebarang komplen berkaitan dengan harga.
 
Sebaliknya, jika pengalaman penginapan tak berapa baik, sama ada sebab kebersihan, keselesaan, kelengkapan dalam rumah yang disediakan dan sebagainya, pada waktu ini tetamu anda pasti akan komplen dan akan sentuh bab harga.
 
Pada masa ini tetamu akan rasa harga yang dibayar untuk menginap di homestay anda terlalu mahal atau tak berbaloi untuk tahap perkhidmatan yang diberikan.
 
(20) Ruang untuk sidai baju Jika homestay anda ada menyediakan mesin basuh dan tetamu anda pula menginap untuk tempoh masa yang agak lama, misalnya 2 malam atau 3 malam minimum, biasanya akan ada yang akan basuh baju.
 
Oleh yang demikian, anda juga perlu sediakan tempat untuk sidai baju.
Selain tempat penyidai baju, anda juga perlu sediakan penyangkut baju yang banyak.
 
(21) Kaedah sanitasi rumah Memandangkan kita kini berada di era pasca covid, tetamu anda mungkin akan turut bangkitkan isu-isu berkaitan dengan pembersihan dan proses sanitasi pada homestay tersebut.
 
Terutama sekali jika anda tak menyediakan hand sanitizer, air purifier dan sebagainya.
 
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh United States Environmental Protection Agency EPA ini, dikatakan penggunaan Air Cleaners atau Air Purifiers dapat membantu dalam melawan penyebaran virus covid.

Dalam banyak-banyak jenama dan model air purifiers, model yang mana satu yang bagus?
Anda boleh guna Air Purifiers dari jenama SK Magic ini.
 
Penutup Anda telahpun tahu, apakah contoh-contoh complaint yang biasanya akan dibangkitkan oleh tetamu yang menginap disesebuah homestay.
 
Jadi, apa seterusnya? Bagaimana cara untuk menggunakan maklumat yang saya kongsikan disini?
Cuba sesuaikan dengan situasi perniagaan homestay yang anda jalankan.
 
Jika anda tak pernah lakukan “kesilapan” yang akhirnya membuatkan tetamu anda memberikan review negatif, tahniah saya ucapkan.
Tetapi, jika anda dapati anda ada kebarangkalian untuk menerima review negatif disebabkan beberapa perkara yang saya ada bincangkan dalam artikel ini, maka ambillah tindakan yang sewajarnya.
 
Jangan tunggu ada tetamu yang complaint atau ada tetamu yang berikan review negatif baru anda nak bertindak.
Sebaliknya, jadilah tuan rumah yang proaktif dan lakukan sesuatu untuk memastikan tetamu anda sentiasa berpuas hati dan seronok menjadikan homestay anda sebagai pilihan UTAMA.
 
Anda dah download?
Kalau masih belum, boleh download disini.  
 
 
 
The post Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/complaint-tetamu-homestay/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Dengan Scammer Bisnes Homestay

Hati Hati Dengan Scammer Bisnes Homestay

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 272 hits
Pernah dengar atau pernah baca tak laporan berita mengenai kisah ataupun pengalaman orang yang jadi mangsa scam yang melibatkan penginapan di homestay Tahukah anda dalam industri pelancongan yang melibatkan tempat penginapan seperti homesta...
Strategi Memberikan Pengalaman Penginapan Terbaik Kepada Tetamu Homestay

Strategi Memberikan Pengalaman Penginapan Terbaik Kepada Tetamu Homestay

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 347 hits
Nak tau tak cara untuk berikan pengalaman penginapan yang terbaik kepada tetamu homestay anda Sebelum kita bercerita panjang lebar tentang strategi mungkin ada baiknya kalau kita berhenti sejenak dan fikirkan dulu persoalan tentang kenapa k...
Shuk Sahar Dan Sera Tunai Umrah Bersama Bersyukur Jadi Tetamu Allah

Shuk Sahar Dan Sera Tunai Umrah Bersama Bersyukur Jadi Tetamu Allah

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 152 hits
Kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau biasa dipanggil Sera suatu ketika dulu pernah menjadi topik utama media Namun selepas beberapa waktu tenang seketika Shuk dan Sera telah berkongsi ...
Penjenayah Tertidur Di Ruang Tamu Selepas Minum Arak Kepunyaan Pemilik Rumah

Penjenayah Tertidur Di Ruang Tamu Selepas Minum Arak Kepunyaan Pemilik Rumah

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 120 hits
Seorang penjenayah terlena di rumah yang dicerobohi dipercayai gara gara mabuk selepas minum minuman keras milik penghuni rumah berkenaan dalam satu kejadian di Taman Tanjung Bahau Jempol semalam Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hoo...
Dia Cantik Rendah Hati Ive Jadi Tetamu Running Man Haha Puji Kebaikan Wonyoung

Dia Cantik Rendah Hati Ive Jadi Tetamu Running Man Haha Puji Kebaikan Wonyoung

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 210 hits
Siap sedia semua untuk saksikan penampilan IVE sebagai kumpulan penuh dalam program Running Man ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Haha telah melakukan siaran langsung menerusi laman Twitch untuk berborak bersama peminat Dalam siaran itu Haha berkon...
Tetap Merendah Diri Dalam Diam Penonton Perasan Song Jihyo Sering Jaga Tetamu Running Man

Tetap Merendah Diri Dalam Diam Penonton Perasan Song Jihyo Sering Jaga Tetamu Running Man

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 290 hits
Meskipun sudah hampir 22 tahun aktif dalam dunia seni namun Song Ji hyo tetap merendah diri apabila bertemu dengan rakan selebriti lain ARTIKEL BERKAITAN Terutamanya apabila terdapat artis wanita yang menjadi tetamu dalam rancangan yang dih...
Peka B40 Semakan Kelayakan Tuntutan Manfaat Senarai Klinik

Peka B40 Semakan Kelayakan Tuntutan Manfaat Senarai Klinik

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 279 hits
Berita baik untuk golongan B40 anda boleh menerima pelbagai manfaat melalui Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia Skim ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihata...
Senarai Kolej Matrikulasi Kpm

Senarai Kolej Matrikulasi Kpm

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 300 hits
Senarai kolej Matrikulasi terkini 2023 serta nama alamat laman web dan lokasi GPS setiap kolej Juga disenaraikan kolej Matrikulasi berdasarkan aliran jurusan yang ditawarkan Program Matrikulasi merupakan satu program pendidikan prauniversit...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran