Senarai Biodata Anak Sultan Pahang


Anak-Anak Sultan Pahang sering mendapat perhatian umum kerana ketampanan dan kejelitaan mereka terutamanya di khalayak ramai.
Selain itu, mereka juga sering menjadi perhatian disebabkan mereka aktif dalam badan amal dan juga terlibat dalam sukan.
Biodata Sultan Pahang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.
Baginda menerima pendidikan awal prasekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis pada 1965, sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan (1966–1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas (1970–1974).
Baginda kemudiannya berangkat ke United Kingdom (UK) untuk meneruskan pengajian di Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, UK dan Davies College, London, UK pada 1975–1977.
Pengajian baginda kemudiannya disambung dalam bidang ketenteraan iaitu di The Royal Military Academy Sandhurst, UK (1978 – 1979) dan pengajian di Worchester & Queen Elizabeth College, UK (1980 – 1981) sehingga baginda dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy.
Dalam bidang ketenteraan, baginda telah dilantik sebagai Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England dengan menerima pentauliahan oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1980.
Baginda juga merupakan Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia, dan pada 1 Mei 1999 baginda dilantik menjadi Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah, dan menjadi Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Jun 2000 serta menjadi Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 April 2004.
Pada tanggal 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.
Pada usia 20 tahun, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-VII.
Pada 8 Disember 2016, baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019, iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang yang keenam.
Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Senarai Anak Sultan Pahang Perkongsian hidup baginda dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah dikurniakan dengan empat putera dan lima puteri iaitu:
Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan Yang Mulia Puteri Ilisha Ameera Ke Bawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah. i- Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
Tengku Amir adalah anakanda angkat kepada Sultan Pahang yang merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga beliau iaitu Czarina binti Abdullah.
Baginda telah berkenan untuk mengambil Tengku Amir Naseer pada tahun 1987 yang pada ketika itu berusia setahun, dan juga merupakan sepupu baginda, sebagai anak angkat baginda.
ii- Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan
Tengku Iman Afzan Abdullah adalah anak sulung kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hasil perkahwinan dengan seorang aktres tahun 80-an, Cik Puan Julia Rais.
Tengku Iman dikenali kerana aktif dalam memperjuangkan isu kesihatan mental di Malaysia.
Ini dapat dilihat apabila Tengku Iman komited terhadap penubuhan Green Ribbon Group yang berperanan dalam meningkatkan kesedaran berkaitan kesihatan mental.
Tengku Iman telah dinamakan sebagai Penaung Pemangku Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
iii- Yang Mulia Puteri Ilisha Ameera
Puteri Ilisha Ameera merupakan anakanda kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Cik Puan Julia Rais.
Puteri Ilisha Ameera telah dilahirkan pada 1 Oktober 1993 yang dikenali sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah untuk Pahang Rangers FC dan satu-satunya wanita yang berada di dalam pengurusan Pahang Rangers FC.
iv- Ke Bawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tengku Hassanal telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, yang merupakan putera kedua Sultan Pahang dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan, Pahang pada tahun 2002 hingga 2005. 
Baginda meneruskan pendidikannya di Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom pada tahun 2006 hingga 2009 dan seterusnya ke Sherbone School, London, United Kingdom dari tahun 2009 hingga 2014.
 
Baginda seterusnya melanjutkan pengajian di Geneva School of Diplomacy and International Relations, Switzerland ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.
 
Selain itu, baginda juga telah menjalani kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst bermula 1 Januari 2019 hingga 14 Disember 2019.
Dalam bidang sukan, selain meminati sukan berkuda polo, Tengku Hassanal juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat.
Pada 18 Jun 2018 Tengku Hassanal telah dilantik menjadi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Tengku Hassanal kemudiannya dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019.
v- Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Ilyana, lahir di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada tanggal 20 April 1997.
Tengku Puteri Ilyana merupakan salah seorang daripada anakanda Sultan Pahang hasil perkahwinan dengan Cik Puan Julia Rais.
vi- Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Tengku Muhammad merupakan adik beradik ketiga daripada sembilan beradik yang merupakan pewaris takhta yang kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang selepas Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.
Jarak usia antara Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM Tengku Muhammad hanya berbeza dan selang dua tahun sahaja.
Tengku Muhammad juga sememangnya terkenal dengan keaktifannya dalam pelbagai jenis sukan termasuklah bola sepak, sukan polo dan sukan golf.
vii- Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Tengku Abdullah, putera ketiga Sultan Abdullah, dilahirkan pada 11 September 2000, membawa gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang. 
Tengku Ahmad Ismail memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St. Thomas, Kuantan, sebelum meneruskan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory School, Farnham Royal, UK.
Seterusnya, Tengku Ahmad Ismail melanjutkan pengajian dalam bidang Kriminologi dan Sosiologi di Royal Holloway, Universiti London, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains.
Tengku Ahmad Ismail mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan dan menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS) di London, sama seperti ayahandanya dan abangnya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam bidang sukan, sukan berkuda adalah salah satu suka yang digemari Tengku Ahmad Ismail dan sering terlibat dalam acara sukan dan aktiviti yang membabitkan stamina dan ketahanan.
viii- Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
Tengku Puteri Afzan merupakan puteri sulung dan anakanda keempat daripada lima puteri kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengki Puteri Afzan dilahirkan pada 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, dan dilahirkan kembar bersama Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Panglima Perang Leftenan Pahang.
Dalam bidang pendidikan, Puteri Afzan menggenggam ijazah daripada universiti ternama di United Kingdom, University of London.
Tengku Afzan Aminah kemudiannya telah diijab qabulkan dengan pasangan, FD Idzham FD Iskandar pada 25 Ogos 2024.
ix- Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah
Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah dilahirkan pada 27 april 2002, yang merupakan puteri bongsu Sultan Pahang dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Tengku Puteri Jihan sedang melanjutkan pengajian di kota London, menumpukan masa beliau untuk menuntut ilmu dalam bidang seni, reka bentuk, dan media.
Info Lanjut Info lanjut mengenai anakanda Sultan Pahang, sila layari pautan berikut:
https://www.sinarharian.com.my/article/7626/berita/nasional/biodata-sultan-pahang-keenam https://istanapahang.my/kerabat-diraja-pahang/ http://blog.ump.edu.my/azrin/2018/08/27/keluarga-pewaris-takhta-kerajaan-negeri-pahang-darul-makmur/ https://www.remaja.my/tengku-puteri-iman-afzan-berkenan-menjadi-penaung-ncmw-malaysia/ Baca juga: Hari Keputeraan YDP Agong 2025 & Tarikh Cuti Umum


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/anak-sultan-pahang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=anak-sultan-pahang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 115 hits
KUALA LUMPUR Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang bahawa setiap dasar dan keputusan yang diambil perlulah berasaskan kepentingan rakyat...
Perkahwinan Di Raja Sultan Mahmud Tengku Mariam Damaikan Kerajaan Pahang Johor

Perkahwinan Di Raja Sultan Mahmud Tengku Mariam Damaikan Kerajaan Pahang Johor

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 103 hits
Tengku Besar Mahmud Tengku MariamSultan Ahmad Muadzam Shah Pada tahun 1881 Tun Ahmad telah mengunjungi Johor dan Singapura selama 13 bulan Dalam kesempatan ini baginda telah berbincang dengan Maharaja Abu Bakar mengenai kedudukannya di Paha...
Dengar Suara Rakyat Sultan Pahang Beritahu Kerajaan Negeri

Dengar Suara Rakyat Sultan Pahang Beritahu Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 89 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan negeri peka kepada masalah dan keperluan rakyat KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan kerajaan negeri sentiasa peka terhadap masalah rakyat d...
Biodata Talitha Dekta Anak Shuib Dan Siti Sarah

Biodata Talitha Dekta Anak Shuib Dan Siti Sarah

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 121 hits
Rindu para peminat kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raisudin sedikit terubat apabila Talitha anak kedua Siti Sarah dan usahawan Shuib Sepahtu membuat persembahan pertama kali di hadapan orang ramai di Bukit Bintang pada 3 Januari la...
Diskaun 30 Peratus Beli Kelengkapan Sekolah Anak Ini Senarai Kedai Terpilih

Diskaun 30 Peratus Beli Kelengkapan Sekolah Anak Ini Senarai Kedai Terpilih

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 75 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani Back To School di seluruh Malaysia sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025 yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara...
Vincent Tan Biodata Senarai Syarikat Empayar Perniagaan

Vincent Tan Biodata Senarai Syarikat Empayar Perniagaan

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 138 hits
Siapa yang tida kenal dengan Vincent Tan salh seoran oang paling kaya di Malaysia Vincent Tan Chee Yioun lahir pada 23 Februari 1952 di Batu Pahat Johor adalah seorang tokoh perniagaan pelabur dan dermawan Malaysia yang terkenal B eliau mer...
Anak Dia Kaya

Anak Dia Kaya

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 80 hits
Fathi Aris OmarTun sebahagiannya ada dengan SPRM lah Patut tidak jumpa di bawah sofa bantal TV dan iPhone
Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 123 hits
Sampai hati ibu kandung dera anak kandung sehingga maut Seorang wanita muda berusia 25 tahun dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu atas perbuatannya yang kejam mencederakan anak kandung lelaki berusia enam tahun sehingga...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Apa Yang Buat Korang Selalu Semangat Untuk Pergi Kerja

Senarai Chord Lagu Ajl 39 2024

Senarai Biodata Anak Sultan Pahang

The New Morgan Embracing Heritage With A Modern Twist