Senarai Barang Hantaran Untuk Bertunang


Assalamualaikum
Bismillah
Alahmdulillah 'ala kulli hal.. Hari ini baru ada kesempatan untuk berkongsi tentang Majlis Pertunangan aku tahun lalu. Sekarang dah masuk 8 bulan aku berkahwin. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ja bertunang kelmarin haha

Sebelum nak cerita pasal senarai barang hantaran untuk bertunang. Jom kita baca tentang maksud pertunangan mengikut Mufti Wilayah

Takrif PertunanganBertunang bermaksud mengikat janji untuk menjadi suami isteri (berkahwin). Meminang pula bermaksud meminta anak gadis supaya menjadi isteri, melamar, meminang.
Dapat difahami bahawa pertunangan ialah sebagai satu tanda persetujuan oleh kedua-dua pihak dalam rangka membina rumah tangga menjadi suami isteri.
Pertunangan Menurut IslamPertunangan dalam Islam bertujuan bagi mengenal akhlak dan sifat pasangan sebelum diadakan akad nikah. Ia dapat membantu dalam menguatkan hubungan cinta serta mempersiapkan diri masing-masing sebelum berkahwin. 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat yang ingin bertunang:

انْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَاMaksudnya: “Lihatlah perempuan itu dahulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.” Riwayat al-Tirmizi (1087)
Begitu juga hadith dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sahal bin Sa’d R.A, katanya:

أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ جِئْتُ لأَهَبَ لَكَ نَفْسِى فَنَظَرَ إِلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَعَّدَ النَّظَرَ إِلَيْهَا وَصَوَّبَهُ ثُمَّ طَأْطَأَ رَأْسَهُ
Maksudnya: “Seorang menemui Rasulullah SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku datang menyerahkan diriku kepadamu! Lalu Rasulullah SAW memerhatikan perempuan itu ke atas dan ke bawah dan kemudian Baginda menundukkan kepalanya.” Riwayat al-Bukhari (4833)
Aku menyerahkan diriku kepadamu bermaksud menyerahkan dirinya kepada Rasulullah SAW agar mengahwininya tanpa mas kahwin atau mengahwinkannya dengan orang yang sesuai.

Hadith yang seterusnya, daripada Abu Hurairah RA, katanya:

كُنْتُ عِنْدَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَأَخْبَرَهُ أَنَّهُ تَزَوَّجَ امْرَأَةً مِنَ الأَنْصَارِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَنَظَرْتَ إِلَيْهَا ». قَالَ لاَ. قَالَ « فَاذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّ فِى أَعْيُنِ الأَنْصَارِ شَيْئًا ».
Maksudnya: “Ketika aku bersama-sama Nabi SAW, seorang lelaki telah menemui Baginda, lalu memberitahu bahawa dia akan mengahwini seorang perempuan Ansar. Maka, Rasulullah SAW bersabda: Adakah engkau melihatnya? Lelaki itu menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Pergilah lihat perempuan itu kerana pada mata Ansar terdapat suatu kelainan daripada mata perempuan lain, yang mungkin tidak menarik hatimu.” Riwayat Muslim (3550)
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Humayd al-Sa’idi RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ إِلَيْهَا إِذَا كَانَ إِنَّمَا يَنْظُرُ إِلَيْهَا لِخِطْبَتِهِ وَإِنْ كَانَتْ لَا تَعْلَمُMaksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seorang perempuan, tidaklah salah melihatnya dahulu, jika tujuan melihat itu untuk meminang walaupun tidak diketahui oleh perempuan.” Riwayat Ahmad (23602)Seorang perempuan juga berhak melihat lelaki yang ingin dikahwininya bagi memastikan keadaan lelaki tersebut supaya tidak menyesal selepas perkahwinan. 
Hal ini adalah kerana perempuan juga tertarik hati dengan lelaki, sepertimana lelaki tertarik hati dengan perempuan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/529)
Secara ringkasnya, meminang adalah menyatakan keinginan untuk berkahwin kepada seorang perempuan. Ini adalah berdasarkan perbuatan Nabi saw yang meminang Aisyah dan Baginda juga pernah meminang Hafsah

Perlukah Membuat Majlis Pertunangan? Adapun adat-adat kebiasaan seperti bertukar cincin, membawa dulang ke rumah si perempuan dan lain-lain adalah merupakan adat yang harus dan tidak bercanggah dengan Islam. 
Ia hanya sebagai simbolik dan tanda keseriusan untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri. Selagi mana adat tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus. 
Perkara tersebut juga perlulah dipersetujui bersama dan ia perlulah diikuti serta beriltizam dengannya. Sabda Nabi saw :

الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ شَرْطًا أَحَلَّ حَرَامًاMaksudnya :” Orang Muslim berpegang dengan syarat mereka (yang telah dipersetujui) kecuali syarat yang mengharamkan perkara yang halal dan syarat yang menghalalkan perkara yang haram.” Riwayat al-Baihaqi ( 11762) di dalam Sunannya.

Dan sebaik-baiknya adalah MENYEMBUNYIKAN PERTUNANGAN.
Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة

Maksudnya: Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan. Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)
Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. 
Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:

وَأَمَّا الْخِطْبَةُ بِالْكَسْرِ فَيُنْدَبُ إخْفَاؤُهَا كَالْخِتَانِ وَإِنَّمَا نُدِبَ الْإِخْفَاءُ خَوْفًا مِنْ الْحَسَدَةِ فَيَسْعَوْنَ بِالْإِفْسَادِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَهْلِ الْمَخْطُوبَةِMaksudnya: Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.
Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian.

Rujukan :IRSYAD AL-FATWA KE-163: HUKUM MENYEMBUNYIKAN PERTUNANGANAL-KAFI #819 : HUKUM BERTUNANG BESAR-BESARANAL-KAFI #798 : APA ITU TUNANG?Senarai Barang Hantaran Untuk BertunangJadi sekarang kita dah tahu serba sedikit tentang maksud pertunangan dan hukum menjalankan majlis pertunangan. Semoga tiada lagi timbul persoalan-persoalan wajib atau tidak buat majlis dan sebagainya. 


Sebagai tambahan, aku mahu kongsikan sedikit senarai barang hantaran masa aku bertunang. 


Sebelum menyatakan hasrat untuk merisik atau bertunang, aku bawa calon suami merangkap suami aku sekarang berjumpa dengan keluarga aku dahulu. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan calon suami aku kepada kedua orang tua dan meminta restu mereka.


Setelah berbincang, ibu bapa aku menetapkan tarikh untuk suami aku datang ke rumah merisik sekali bertunang. Kami membuat persiapan selama seminggu untuk majlis pertunangan. 


Pihak perempuan membuat persiapan untuk menyediakan juadah buat keluarga pihak lelaki yang akan datang. Manakala, pihak lelaki pula menyediakan dulang hantaran untuk pertunangan. 


Memandangkan kitaorang orang sabah dan tidak mengikut adat orang Melayu. Jadi adat kami (pihak perempuan) tidak menyediakan dulang untuk pihak lelaki. (Bagi suku kaum Dusun Bonggi).


Sekiranya pinangan diterima dan sepanjang tempoh pertunangan pihak perempuan memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang munasabah, maka pihak perempuan wajib membayar denda atau memulangkan kembali apa yang diberikan oleh pihak lelaki (mengikut persetujuan kedua buah keluarga)


Dan sekiranya pihak lelaki memutuskan tali pertunangan, maka pihak perempuan tidak akan memulangkan apa-apa yang telah diberikan oleh pihak lelaki. Apapun bergantung dengan perbincangan keluarga juga. 


Keluarga aku tidak menetapkan dulang hantaran. Yang penting cincin dan duit hantaran untuk majlis pernikahan sahaja. Jadi suami aku pada ketika itu memberikan 5 dulang hantaran untuk bertunang dan duit hantaran. (Tiada balasan dulang dari pihak perempuan) 
Antara senarai barang hantaran untuk bertunang :

Set Al-QuranSet TelekungCincin TunangSet sejadahSet Skincare Semua barang boleh beli di shopee atau kedai. Aku tak minta apa-apa pun sebab memang kami mahu buat seringkas dan sederhana yang boleh. 
Sebaik-baiknya sediakan dulang yang pasangan kita guna setiap hari. Aku tak bermekap dan tidak memakai sebarang wangian jadi suami aku memang tak bagilah. 
Selain senarai barang di atas korang juga boleh bagi :Sirih junjungSet jam atau dompetBeg tanganKasut Set barang kosmetikKain songket Set baju kurung / kebaya / MelayuSet tudung / purdahSet mandianBarang perhiasan (rantai, subang, gelang)Minyak wangiKuih muih / kekBuah-buahanHantaran coklatKain pelikatBunga rampai Gong / Keris / Alat tradisional Kain pasang / Meter
Banyak lagi barang hantaran yang korang boleh bagi, yang paling penting ikut kemampuan masing-masing, besederhana dan tidak berlebihan. 
Dalam Islam sendiri, tidak digalakkan untuk mengadakan majis bertunang secara besar-besaran sehingga membawa kepada pembaziran. Namun, jika mampu dibolehkan. Jika tidak mampu, maka tidak perlu. 
Aku tak buat pun pelamin. Tetapi kakak sepupu aku yang baik hati buatkan pelamin mini simple. (Buat backdrop saja) Tiada kerusi dan duduk di karpet sahaja hahaha. 
Selepas pinangan diterima, mama mertua masuk dalam bilik dan sarungkan cincin tunang. Kemudian bergambar dengan bakal mama mertua dan makcik suami. Itu sahaja haha. Kitaorang jamu selera dan sebelum balik, ambil 1 - 2 foto dengan tunang (suami aku) untuk kenangan. 
Perbincangan antara keluarga untuk majlis pernikahan itu yang penting sekali bagi aku. Bila nak tetapkan tarikh pernikahan. Nak buat majlis macam mana? Berapa orang yang datang bagi pihak keluarga lelaki dan perempuan. 
Apatah lagi kalau pasangan kita berlainan daerah dengan kita memang banyak sekali urusannya. Jadi masa tu lah kena bincang betul-betul agar majlis pernikahan berjalan lanjar dan dipermudahkan. 
Apa yang penting dan lebih utama adalah barakah dan doa dalam apa jua perkara. Itulah yang lebih utama untuk dicapai. 
Sebaik-baiknya pertunangan yang dilangsungkan dipendekkan tempoh masanya hanya beberapa minggu atau sebulan dua sahaja. Ini kerana, matlamat asal adalah perkahwinan dan mengelak sebarang bentuk dan pintu yang membawa kepada maksiat

Aku bertunang tak sampai 3 minggu terus kami nikah. Alhamdulillah, fasa-fasa bertunang memang mencabar dan banyak sekali dugaannya. Bila diingat kembali memang menangis. Tetapi ALLAH yang permudahkan semuanya. Allah yang bagi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semuanya. 
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Semuanya dengan izin Allah. Semuanya dengan bantuan dan kasih sayang Allah akhirnya kami disatukan dalam ikatan perkahwinan. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/08/senarai-barang-hantaran-untuk-bertunang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Family Camping Journey Pertama Kali Beli Barang Camping Kat Decathlon Damansara

Family Camping Journey Pertama Kali Beli Barang Camping Kat Decathlon Damansara

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 646 hits
Assalamualaikum Kita stop dulu review review barang nie Untuk tahun 2022 ini catatan pertama kami untuk memulakan family camping Sebelum ini Fiza dah share barang barang dan keperluan asas dalam camping terutamanya apabila kita bercamping d...
Bila Checkout Hotel Jangan Lupa Ambil Dan Bawa Balik 5 Barang Ini

Bila Checkout Hotel Jangan Lupa Ambil Dan Bawa Balik 5 Barang Ini

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 142 hits
Kebiasaan bila kita bertandang atau menumpang di tempat orang kita perlu jaga guna seeloknya kel ngkapan yang ada dan tidak sesekali meng mbil barangan orang tanpa keiz nan tuannya Misalnya di hotel secara logiknya kita beranggapan bahawa s...
Mak Mak Kat Jepun Jarang Jadi Dragon Tak Banyak Barang Nak Kemas Contohi Famili Jepun

Mak Mak Kat Jepun Jarang Jadi Dragon Tak Banyak Barang Nak Kemas Contohi Famili Jepun

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 162 hits
Betul Masa untuk menguruskan rumah sahaja sudah ambil masa berejam lamanya Makin letih bila mana sudah kemas rumah anak sepahkan pula Semua ini buat mak mak mula rasa stress dan istilah bertukar jadi singa seakan sudah sebati Perkongsian se...
Harga Barang Sudah Stabil Peniaga Makanan Diminta Turunkan Harga Jualan Menteri

Harga Barang Sudah Stabil Peniaga Makanan Diminta Turunkan Harga Jualan Menteri

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 213 hits
Peniaga khususnya penjual makanan digesa supaya menurunkan harga jualan dan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga berikutan kenaikan harga yang bersifat sementara Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa berkata ...
Ini Punca Utama Kenapa Anda Terlajak Habiskan Duit Beli Barang Yang Tak Perlu Berulang Ulang

Ini Punca Utama Kenapa Anda Terlajak Habiskan Duit Beli Barang Yang Tak Perlu Berulang Ulang

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 297 hits
Berapa kali dalam hidup anda beli barang tak perlu Tak perlu ertinya kalau tak beli pun tak apa Bila tak perlu maka tak berapa ataulansung tak pakai Masa awal baru beli saja mungkin digunakan Selepas itu terbiar begitu saja Kemudian ulang l...
Fbi Sita 10 Kardus Barang Bukti Dari Rumah Donald Trump

Fbi Sita 10 Kardus Barang Bukti Dari Rumah Donald Trump

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 191 hits
Penggeledahan rumah Donald Trump merupakan bagian dari penyelidikan Departemen Kehakiman terkait dugaan Trump menyimpan sejumlah dokumen rahasia di akhir masa jabatannya
Girlfriend Amar Singh Curi Satu Beg Barang Berharga Dari Rumah Najib

Girlfriend Amar Singh Curi Satu Beg Barang Berharga Dari Rumah Najib

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 231 hits
Pada May 2018 Pengarah CCID Amar Singh Ishar Singh membuat serbuan dirumah Najib Razak dan telah merampas lebih dari 350 beg dan kotak mengandungi duit tunai dan macam macam barang berharga bernilai lebih dari RM1 bilion Salah satu dari beg...
Jaga Nilai Barang Sitaan Komisi Iii Apresiasi Kehadiran Rupbasan Kpk

Jaga Nilai Barang Sitaan Komisi Iii Apresiasi Kehadiran Rupbasan Kpk

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 105 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi meresmikan gedung Rumah Penyimpanan Benda Sitaan dan Barang Rampasan KPK di Cawang Jakarta Timur Rabu
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall