Senarai Bangunan Yang Pernah Menjadi Bangunan Tertinggi Di Malaysia




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar? Kali ini aku nak kongsikan dengan anda info menarik mengenai bangunan tertinggi di Malaysia. Umum mengetahui bahawa Malaysia sekarang ini mempunyai banyak bangunan tinggi hasil kemajuan ekonomi dan juga pembangunan pesat

Senarai kali ini akan mengimbau balik kenangan dari bangunan pertama yang diiktiraf sebagai bangunan tertinggi sehinggalah yang akan datang. Mungkin ada bangunan yang anda tidak sangka-sangkakan berada di dalam senarai ini. Jom kita kira senarai turun 17 hingga 1.

Artikel Berkaitan : [ 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2019 ]
17. Menara Condong Teluk Intan 
Sumber : Orang Perak

Bandar : Teluk Intan  Tahun : 1885 - 1897 Ketinggian : 25.2 meter  Tingkat : 3
Merupakan salah satu menara condong yang terdapat di dunia, setanding dengan Menara Condong Pisa di Itali. Menara ini condong ke bahagian kiri, sama dengan Menara Pisa. Bangunan ini adalah setinggi 25.5 meter tinggi. Jika dilihat dari luar, bangunan ini kelihatan seperti 8 tingkat tetapi kenyataannya adalah hanya 3 tingkat sahaja. 
16. Bangunan Sultan Abdul Samad
Sumber : Watch,Game,Read
Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1897 - 1842 Ketinggian : 41 meter  Tingkat : 3


Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada penghujung abad ke 19 dan terletak di Jalan Raya berhadapan dengan Dataran Merdeka dan juga Kelab Diraja Selangor. Bangunan ini pada awalnya dibina sebagai bangunan pentadbiran bagi kerajaan British semasa zaman penjajahan. Sekarang, bangunan ini menjadi pejabat bagi Kementerian Komunikasi dan Media serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 
15. Bangunan Sultan Ibrahim
Sumber : MyPT3

Bandar : Johor Bahru  Tahun : 1942 - 1945 Ketinggian : 60 meter  Tingkat : 5


Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas bangunan pentadbiran bagi negeri Johor. Terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru. Bangunan ini dibina sekitar tahun 196 hingga tahun 1939. Merupakan bangunan tertinggi di Malaya bagi era sebelum merdeka. 

14. Bangunan Lee Yan Lian
Sumber : nas.gov.sg

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1945 - 1959 Ketinggian : 73 meter  Tingkat : 18

Merupakan bangunan pencakar langit terawal di Malaysia.

13. Bangunan Parlimen
Sumber : Flickr

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1959 - 1971 Ketinggian : 77 meter  Tingkat : 20 

Terletak di kawasan Taman Tasik Perdana, kompleks ini mempunyai dua bahagian, untuk bangunan utama mempunyai 3 tingkat dan juga mempunyai menara setinggi 20 tingkat. Bangunan utamanya mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bangunan ini dibina ketika pusat pentadbiran kerajaan masih berada di Kuala Lumpur


12. Menara Takaful
Sumber : Penang Travel Tips


Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1971 - 1973 Ketinggian : 110 meter  Tingkat : 28 

Dikenali sebelum ini sebagai Bangunan Sime Bank. Merupakan bangunan pencakar langit pertama melebihi ketinggian 100 meter.

11.  Crowne Plaza Mutiara
Sumber : hotelroomblog.com

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1973 - 1978 Ketinggian : 130 meter  Tingkat : 36

Sebelum ini dikenali sebagai KL Hilton. Telah dirobohkan pada tahun 2013.

10. Menara Bumiputra
Sumber : Penang Travel Tips

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1978 - 1980 Ketinggian : 150.5 meter  Tingkat : 34

Juga dikenali sebagai Menara Bank Muamalat.

9. Bangunan DBKL
Sumber : Wikiwand

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1980 - 1983 Ketinggian : 150.9 meter  Tingkat : 35

8. Menara KHSumber : PropertyGuru

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1983 - 1984 Ketinggian : 152 meter  Tingkat : 36


Sebelum dikenali sebagai Menara Promet


7. Kompleks Daya BumiSumber : Wikipedia
Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1984 - 1985 Ketinggian : 157 meter  Tingkat : 35
Kompleks Dayabumi merupakan salah satu mercu tanda terawal di bandar Kuala Lumpur dan merupakan antara bangunan pencakar langit yang terawal di Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan ini bermula pada 14 Februari 1982

6. Menara Dato' OnnSumber : Pressreader
Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1985 - 1985 Ketinggian : 175 meter  Tingkat : 40

Merupakan sebahagian daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bangunan ibu pejabat bagi UMNO dan juga pusat pameran dan persidangan terkenal

5. KomtarSumber : Penang Monthly

Bandar : George Town  Tahun : 1985 - 1988 Ketinggian : 231.7 meter  Tingkat : 65

Komtar merupakan akronim bagi Kompleks Tun Abdul Razak, terletak di bandaraya George Town, Pulau Pinang. Ketika siap dibina, bangunan ini merupakan bangunan kedua tertinggi di Asia. Pada tahun 2015, tambahan 3 tingkat telah dibina menjadikan ketinggian sekarang bangunan ini adalah 249 meter

4. Menara MaybankSumber : The Skyscraper Center

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1988 - 1998 Ketinggian : 244 meter  Tingkat : 55

Menara Maybank terletak di Pudu, Kuala Lumpur. Merupakan ibu pejabat bagi Maybank. Dibina pada tahun 1984 dan siap pada tahun 1987. 
3. Menara Berkembar PetronasSumber : The Patriots
Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1998 - 2018 Ketinggian : 452 meter  Tingkat : 88
Menara Petronas atau Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan tertinggi di dunia mengikut pengiktirafan dari Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) dan masih lagi bangunan berkembar tertinggi di dunia. Merupakan salah satu mercu tanda di Kuala Lumpur bersama Menara Kuala Lumpur

2. The Exchange 106Sumber : New Straits Times
Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 2018 - 2021 Ketinggian : 453.5 meter  Tingkat : 106
The Exchange 106 sebelum ini dikenali dengan nama TRX Signature Tower terletak di kawasan Tun Razak Exchange. Mempunyai 106 tingkat dan mempunyai crown di 12 tingkat teratas yang menjadikannya unik


1. Merdeka PNB 118
Sumber : Halfen Moment
Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 2021 - masa hadapan Ketinggian : 644 meter  Tingkat : 118
Merdeka PNB 118 merupakan sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di bandar Kuala Lumpur, dengan ketinggian 644 meter (ketinggian sebenar masih belum diketahui). Apabila siap kelak pada tahun 2021, akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia

Sumber : Instagram aerill_hassan
Jadi begitulah senarai kira turun dari tangga 17 hingga 1. Bagaimana dengan senarai ini? Ada yang anda tahu atau tidak tahu? Macam aku sendiri, tak sangka Menara Condong pernah menjadi bangunan tertinggi di negara ini. Yang pastinya sekarang sudah banyak bangunan 200 meter ke atas. Yang menjadi lebih menarik adalah banyak bangunan yang sedang dibina sekarang ini datangnya bukan sahajan dari Kuala Lumpur tetapi bandar-bandar lain

Baca Juga : [ 10 Manusia Tertinggi di Dunia Sepanjang Zaman ]
Sekian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/10/senarai-bangunan-yang-pernah-menjadi-bangunan-tertinggi-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Ltte Dan Mengapa Ltte Ni Tiba Tiba Menjadi Berita Besar Di Malaysia

Siapa Ltte Dan Mengapa Ltte Ni Tiba Tiba Menjadi Berita Besar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 371 hits
Logo LTTE Foto WikipediaUntuk pengetahuan semua Pemberontak Tamil Eelam merupakan antara kumpulan pemberontak paling ganas di dunia dan fakta ini telah disahkan oleh agensi keselamatan yang terbesar dunia seperti Biro Siasatan Persekutuan d...
Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia Sempena Kempen Bmf

Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia Sempena Kempen Bmf

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 2475 hits
Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia Sempena Kempen BMF Rasanya sudah ramai sudah mengenali dan ketahui akan kewujudan kempen membeli barangan muslim dahulu iaitu Buy Muslim First dengan menggunakan BMF Manakan tidak di group Facebook ...
Pesalah Pedofil Yang Pernah Jerat 200 Kanak Kanak Malaysia Dan Kemboja Mati Ditikam

Pesalah Pedofil Yang Pernah Jerat 200 Kanak Kanak Malaysia Dan Kemboja Mati Ditikam

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 339 hits
Kalau korang masih ingat kita pernah dikejutkan dengan penangkapan seorang lelaki warga Britain yang merupakan seorang pedofil dan telah mencabul lebih 200 orang kanak kanak Malaysia dan Kemboja Akibat dari itu dia telah dipenjara dan menja...
Di Malaysia Tak Pernah Ada Ayam Yang Di Suntik Hormon

Di Malaysia Tak Pernah Ada Ayam Yang Di Suntik Hormon

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 795 hits
Tertipu lah sudah selama ni bila saya fikirkan memang ada ayam yang disuntik Tapi walaupun selama ni saya rasa betul betul wujud ayam yang disuntik saya tetap beli ayam dan masak ayam setiap hari ayam sedap dan anak anak suka jadi makan je ...
Rekaan Kasut Dari Malaysia Ini Terima Undian Tertinggi Di Vans Custom Culture

Rekaan Kasut Dari Malaysia Ini Terima Undian Tertinggi Di Vans Custom Culture

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 1073 hits
Jika sebelum ini rekaan nasi lemak untuk Vans Custom Culture trending di Twitter rupanya bukan rekaan berkenaan sahaja yang mempunyai jumlah undian yang banyak untuk peringkat Asia Peserta dari Malaysia Najlaa Razak kekal di tangga pertama ...
Visi Malaysia Jelas Menjadi Negara Maju Yang Inklusif Tiada Pihak Yang Ketinggalan

Visi Malaysia Jelas Menjadi Negara Maju Yang Inklusif Tiada Pihak Yang Ketinggalan

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 305 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
42 Peratus Penempatan Orang Asli Di Malaysia Kini Menikmati Rangkaian 4g Gobind Singh Deo

42 Peratus Penempatan Orang Asli Di Malaysia Kini Menikmati Rangkaian 4g Gobind Singh Deo

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 277 hits
Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa pihak kerajaan mempunyai pelan untuk di seluruh Malaysia untuk memastikan bahawa rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat sambungan internet yang pantas Di sidang Parlimen baru baru ini M...
Malaysia Sedang Kiamat Dr Mahathir Maszlee Dan Kabinet Jadi Malaikat Maut

Malaysia Sedang Kiamat Dr Mahathir Maszlee Dan Kabinet Jadi Malaikat Maut

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 356 hits
1 Some PPR people are not sending their children to school We are located in Bangsar South in Pantai Dalam Yesterday one of our customers walked in and shared some news with us She said that in the PPR apartments in our area some of the PPR...
Malaysia Is About To Explode

Malaysia Is About To Explode

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 342 hits
The Malay nationalist sentiments currently run very high especially since this year Most Malays consider themselves Malays and or Muslims first and Malaysians second And most Malays are of the opinion that their race and religion are under ...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven