Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia Sempena Kempen Bmf
Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia | Sempena Kempen #BMF | Rasanya sudah ramai sudah mengenali dan ketahui akan kewujudan kempen membeli barangan muslim dahulu iaitu Buy Muslim First dengan menggunakan #BMF.
Manakan tidak di group Facebook kini sudah mencecah hampir 2 juta ahli di dalamnya dengan menggunakan Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia. Mungkin antara group Facebook yang teramai ahlinya di Malaysia buat masa ini. Seperti di maklumkan, admin group tersebut menerima permohonan 5 hingga 10 post bagi setiap minit. Jadi terpaksa tapis apa yang tidak perlu.
Baca Juga : 10 Page Facebook Paling Popular Di Malaysia Tahun 2019
Apa sasaran kempen ini sebenarnya? Katanya ingin memboikot barangan non-muslim, betul ke? Jadi untuk pengetahuan kepada yang belum tahu, kempen ini bukan mengajak pengguna untuk memboikot barangan non-muslim tetapi ianya hanya mengutamakan terlebih dahulu barang muslim. Jika tiada sudah barang muslim, kami juga akan membeli barang non-muslim yang telah disahkan halal oleh pihak JAKIM. Maka tiada isu boikot sebenarnya.
Ini kerana, semua peniaga Muslim akan dikenakan bayaran Zakat. Jika peniaga tersebut membayar zakat lebih tinggi, maka saluran zakat kepada mereka yang memerlukan juga akan meningkat. Jadi lebih ramai orang susah akan menerima bantuan.
Jadi disini, kami kongsikan sedikit intipati berkaitan dengan kempen #BMF yang sedang hangat diperkatakan di media sosial terutamanya.
#BMF = Buy Muslim First
Kaedah Pelaksanaan Kempen #BMF
Ianya mengikut kedudukan tertinggi hingga ke bawah:
Produk Muslim Di Kedai Muslim⇩Produk Muslim Di Kedai Bukan Muslim⇩Produk Bukan Muslim Di Kedai Muslim⇩Produk Bukan Muslim Di Kedai Bukan Muslim
Produk Muslim Di Kedai MuslimIni adalah tingkat yang paling baik. Boleh memaksimakan pembelian untuk membantu ekonomi Muslim
Produk Muslim Di Kedai Bukan MuslimIni adalah tingkat kedua sekiranya pengguna tidak dapat pergi kepada kedai Muslim. Pembeli akan mengutamakan barangan Muslim dahulu
Produk Bukan Muslim Di Kedai MuslimTingkat ini boleh dilakukan sekiranya pengguna tidak dapat mencari produk keluaran Muslim tetapi akan membantu kedai Muslim yang ada
Produk Bukan Muslim Di Kedai Bukan MuslimIni adalah tingkat paling bawah sekiranya pengguna tidak dapat cari produk Muslim atau kedai Muslim. Ingat, kami tidak boikot, hanya mendahulukan Muslim sahaja
Dapatkan bahan kempen softcopy daripada pihak asal (Izzudin Norrahman) di pautan di bawah :DOWNLOAD
Senarai Produk Muslim Di Pasaran Malaysia
Disamping itu juga, Izzudin Norrahman anda mengeluarkan beberapa senarai produk Muslim mengikut kategori bagi setiap barang. Senarai produk tersebut seperti dibawah :
BerasJUARA - FAIZA - ERA BAYAM - FIKRI / FIAZ
Gula & GaramCSR (WARNA MERAH) - TAMIN - ADABI - FAIZA
Bihun, Kuey Teow & Mee KuningFAIZA - MUSLIM - TIGA TERATAI - TAMIM - SUFI - TAYBAH
Minyak Masak SAJI - LESONG - ADELA - ALIFF - JENAMA FGV
Kicap, Sos & CukaJALEN - TAMIN - KIPAS UDANG - FAIZA - AGROMAS - MUDIM - ALIF - ADELA - ADABI - ENAQ - HPA - FIKRI - TAYBAH
#BFM = Buy Muslim FirstSusu Pekat / CairSAJI - ALIFF - COOP 1 MALAYSIA
SardinADABI - KING CUP - PERTIMA - AGROMAS
SantanADABI - AGROMAS - USAHAWAN TEMPATAN
Rempah RatusADABI - AGROMAS - BRAHIMS - FAIZA - MAK SITI - IMANS - BESTA - BUNGA ROS
Biskut / RotiGARDENIA - HPA - AGROMAS - IKHWAN
Minuman / KopiHANG TUAH - GANTANG - AGROMAS - HPA
Produk TenusuSUMMERFIELD - LAZZ
Sapuan Roti / MajerinGARDENIA - AGROMAS - SUN BEAR (FGV) - ADELA - SERI PELANGI - MARINA
Air MineralHPA - GAU - FAIZA - MYDIN - UMMAH - HAFI
Produk Sejuk BekuRAMLY - AYAMAS - IWANI - AZMY - ENNA
Sabun / Penjagaan DiriSECRET GARDEN - MyUMMAH - ASMAK
Pasaraya MuslimMYDIN - SABASUN - IKHWAN MART - SAKAN - AZ-ZAIN - SMA GROCERIES
Dapatkan bahan kempen softcopy daripada pihak asal (Izzudin Norrahman) di pautan di bawah :
DOWNLOAD
Mungkin ada banyak lagi produk Muslim dengan kempen #BMF yang masih belum tersenarai, insya Allah akan di kemaskini dari semasa ke semasa.
Semoga kempen ini sedikit sebanyak memberi percambahan dan pertambahan ekonomi bagi umat Islam khususnya dan terus memberi pesaingan yang sihat bagi peniaga-peniaga di luar
Nasihat Kepada Semua Peniaga Muslim
Tingkatkan lebih lagi kualiti produk yang dihasilkan. Gunakan bahan yang berkualiti.Jangan naikkan harga barang sesuka hati.Tingkatkan lagi iklan pemasaran. Keluarkan sedikit wang bagi tujuan promosi.Jangan ambil kesempatan terhadap pengguna yang bersungguh terhadap kempen #BMF
Nasihat Kepada Semua Pengguna Muslim
Teruskan kempen #BMF selagi tidak melanggar apa-apa undang-undangBeli barangan hanya mengikut keperluan sahaja.Tolong jangan bangkitkan isu BoikotBantulah sesama muslim
sumber : Izzudin Norrahman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2019/10/senarai-produk-muslim-di-pasaran.html