Senarai 19 Jenis Pelaburan Di Malaysia


Apa yang bermain difikiran anda apabila subjek mengenai “pelaburan” dilontarkan kepada anda?
 
Sesetengah orang melihat pelaburan sebagai suatu usaha meletakkan modal ditempat yang strategik bagi tujuan mengumpul kekayaan, manakala sebahagian yang lain melihat usaha pelaburan itu sebagai cara untuk mendapatkan kestabilan dari segi kewangan dimasa akan datang.
 
Boleh jadi mereka sedar, membuat simpanan semata-mata, tidak cukup untuk menyedia dan mengumpulkan dana yang diperlukan semasa usia persaraan kelak.
 
Usaha pelaburan boleh dilihat sebagai suatu usaha yang ringkas, seringkas membeli emas hinggalah lebih rumit melibatkan proses analisa dari segi teknikal mahupun fundamental bagi mencapai suatu keputusan pelaburan yang terbaik.

Setiap orang melihat dan memahami istilah pelaburan dengan perspektif yang berbeza.
 
Apa yang dianggap sebagai pelaburan terbaik bagi individu A, mungkin dianggap sebagai pelaburan paling tak berguna bagi individu B yang mungkin pernah ada pengalaman alami kerugian dalam pelaburan tersebut.
 
Tiada satu pelaburan yang dapat memuaskan hati semua orang.
 
Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza antara satu sama lain.
 
Posting kali ini, kita akan bincangkan secara ringkas, senarai pelaburan yang kita boleh lakukan, dan bagaimana mereka memilih instrumen pelaburan tertentu bagi tujuan mencapai matlamat kewangan mereka.
 
Lain individu mungkin mempunyai kecenderungan dan kegemaran terhadap instumen pelaburan yang tertentu. Tanpa membuang lebih banyak masa, berikut adalah instrumen pelaburan yang ada di negara kita.

 
(1) Pelaburan saham Pelaburan saham adalah salah satu kaedah melabur yang popular bagi individu untuk mengembangkan lagi kekayaan.
 
Pelaburan saham ini melibatkan aktiviti pembelian saham milik syarikat tertentu, menjadi pemegang saham dan berpeluang untuk meraih keuntungan apabila saham tersebut mencatatkan peningkatan dari segi harganya.
 
Pelabur boleh membeli saham melalui Bursa Malaysia atau melalui bank terpilih ketika ia baru pertama kali ditawarkan kepada orang awam melalui Initial Public Offering (IPO).
 
Menerusi platform Bursa Malaysia, pelabur boleh memilih pelbagai kaunter saham yang terdiri dari pelbagai jenis syarikat, industri dan pasaran untuk mempelbagaikan pegangan saham dalam portfolio pelaburan.
 
Pelaburan dalam saham telah merekodkan pertumbuhan dan pulangan yang cemerlang pada masa lalu. Walaupun harga saham ada naik dan turun, namun umumnya untuk jangka masa panjang, pergerakkan naik dan turun harga saham ini mampu untuk memberi keuntungan kepada para pelabur.

Syaratnya adalah pelabur perlu ada kemahiran dan pengetahuan untuk membaca carta pergerakkan harga jika menggunakan pendekatan technical analysis ataupun perlu mahir membuat penilaian bagi sesebuah saham jika menggunakan fundamental analysis.
 
Keuntungan dalam saham dijana melalui kenaikkan harga saham dan juga melalui dividen yang dibayar oleh syarikat.
 
Walaubagaimanapun, bukan semua saham yang kita beli itu akan naik harga. Boleh juga berlaku suatu keadaan dimana saham yang kita beli langsung tak naik harga, atau lebih buruk lagi, nilainya jatuh menjunam sehingga 90%!
 
Selain dari itu, bukan semua saham akan membayar dividen kepada pemegang saham. Ianya bergantung kepada kemampuan syarikat tersebut untuk membayar dividen.
 
Subjek tentang pelaburan saham ini juga sebenarnya sangat menarik, dan terdapat banyak buku yang ditulis mengenai pelaburan ini.

Bagi orang baru yang ingin mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai cara, strategi dan kaedah bagaimana menjana keuntungan melalui pelaburan saham, boleh mula dengan memuat turun panduan Jom Labur Saham ini.
 
Anda akan lebih faham mengenai kaedah analisa teknikal dan juga analisa fundamental apabila ikuti panduan tersebut.
 
(2) Pelaburan bon Bon adalah sijil pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan, perbadanan atau syarikat swasta yang menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan wang tersebut akan dibayar balik beserta dengan faedah (interest).
 
Sukuk adalah sijil pelaburan yang berfungsi sama seperti bon, namun ianya patuh syariah.
 
Pelabur akan membeli bon dan seterusnya akan menerima bayaran dalam bentuk interest.
 
Pelaburan bon boleh dikatakan berisiko rendah jika dibandingkan dengan pelaburan saham. Pergerakkan harga saham ada naik dan turun, dan berpotensi membuatkan nilai pelaburan menjunam.
 
Sebaliknya melalui bon, ia memberikan pendapatan yang tetap, nilai pelaburan yang kekal sama, dan ianya baik untuk memberi kepelbagaian kepada portfolio pelaburan.
 
Melabur dalam bon atau sukuk dilihat menarik ketika keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil.
 
Walaubagaimanapun, risiko pelaburan melalui bon atau sukuk ini ialah, keuntungan boleh mengecut jika kadar inflasi meningkat, atau inflasi lebih tinggi berbanding kadar keuntungan bon.
 
(3) Pelaburan hartanah Pelaburan dalam hartanah melibatkan aktiviti pembelian hartanah sama ada dalam bentuk rumah kediaman, bangunan komersial ataupun tanah dengan suatu jangkaan bahawa hartanah tersebut akan memberi pulangan dalam bentuk kutipan sewa ataupun peningkatan dari segi harga.
 
Bagi individu yang berminat untuk melabur dalam hartanah, mereka akan bermula dengan membuat kajian pasaran terlebih dahulu. Kemudian setelah mereka mendapatkan lokasi yang dianggap mempunyai potensi, barulah dia akan membeli hartanah dikawasan tersebut.
 
Sesetengah pelabur, ada yang tidak membeli hartanah tersebut, sebaliknya dia menggunakan kaedah sublet.
 
Pelaburan hartanah melalui kaedah sublet ini ada ditulis dalam buku berjudul buat untung dengan rumah sewa.

Umumnya nilai bagi hartanah akan meningkat seiring dengan masa. Pelaburan ini juga berupaya untuk memberikan pulangan yang stabil dalam bentuk sewa.
 
Sama ada anda bakal menyewakan hartanah tersebut untuk jangka masa pendek (short term stay) atau untuk jangka masa panjang, semua ini terpulang kepada strategi pelaburan masing-masing.
 
Lagi satu hartanah ini merupakan suatu pelaburan dalam kategori aset nyata yang bagus untuk anda mempelbagaikan lagi portfolio pelaburan anda.
 
(4) Mutual Fund Mutual fund beroperasi dengan mengumpulkan dana dari banyak pelabur untuk dilaburkan dalam sebuah portfolio yang mengandungi instrumen kewangan terdiri daripada saham, bon, dan lain-lain kelas aset.
 
Portfolio pelaburan ini akan dikawal oleh pengurus dana professional yang tahu bagaimana cara untuk mengawal risiko agar kerugian dapat dikurangkan.
 
Pelaburan melalui mutual fund ini sesuai untuk individu yang tak ada masa dan kurang kemahiran dalam menguruskan sendiri portfolio pelaburan. Bagi individu seperti ini, lebih baik serahkan kerja-kerja tersebut kepada mereka yang pakar dan profesional.
 
Jika anda ada masa dan kepakaran, Sebaik-baiknya anda labur dan urus sendiri.
 
Boleh jadi anda ingin melabur dan berdagang di pasaran saham ataupun pasaran futures crude palm oil fcpo.
 
(5) Akaun Simpanan Membuat simpanan dalam akaun simpanan biasa juga boleh dianggap sebagai satu lagi bentuk pelaburan yang baik.
 
Boleh jadi akan ada yang kurang bersetuju untuk menyamakan membuat simpanan dengan membuat pelaburan. Namun kita perlu akui setiap individu mempunyai tahap toleransi yang berbeza-beza terhadap risiko.
 
Kalau dalam pelaburan, biasanya akan wujud elemen risiko yang akan membuatkan nilai prinsipal yang dilaburkan akan berkurangan lalu menyebabkan kerugian.
 
Individu seperti ini lazimnya akan lebih cenderung memilih untuk membuat pelaburan melalui instrumen kewangan yang rendah risiko, dan pada masa yang sama masih lagi akan tetap membayar interest.
 
Antaranya adalah membuat simpanan di ASB, Tabung Haji dan juga di akaun simpanan bank pilihan masing-masing.
 
Cara untuk memulakan pelaburan seperti ini juga sebenarnya sangatlah mudah.

Anda hanya perlu membuka akaun dengan pihak yang berkenaan dan selepas itu, anda hanya perlu membuat deposit duit anda secara berkala atau secara lump sum.
 
Boleh jadi anda ingin lakukan simpanan secara berkala sebanyak RM200 sebulan, atau terus buat simpanan sebanyak RM20,000 dan biarkan duit tersebut dalam akaun simpanan anda selama bertahun-tahun.
 
Pelaburan melalui pendekatan ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri memandangkan duit penyimpan lazimnya
1. Selamat
2. Mudah dicairkan atau dikeluarkan
3. Menghasilkan interest atau keuntungan
4. Simpanan dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit
 
Walaubagaimanapun, simpanan melalui akaun bank biasa memberikan pulangan yang rendah iaitu sekitar 0.25% – 0.30% sahaja.
 
Individu yang lebih cenderung untuk menggunakan cara ini, boleh jadi kerana mereka memikirkan yang mereka akan perlukan duit segera dan akan perlu sentiasa keluarkan duit.
 
(6) Certificate of Deposit Atau dalam nama lainnya kita membuat simpanan melalui akaun fixed deposit.
 
Simpanan melalui kaedah ini menawarkan pulangan yang lebih besar berbanding akaun simpanan yang biasa. Kalau akaun simpanan biasa, kadar interest yang boleh diperolehi adalah ekitar 0.25% – 0.30% sahaja.
 
Sebaliknya, jika membuat simpanan melalui kaedah ini, anda boleh perolehi kadar interest atau keuntungan segingga 2.5% – 3.0%.

Individu yang berminat untuk buat simpanan melalui cara ini boleh membeli sijil simpanan untuk suatu jangka masa yang spesifik, untuk tempoh beberapa bulan hingga beberapa tahun.
 
Wang tersebut akan disimpan, dikunci dan tak boleh dikeluarkan mengikut tempoh sijil yang dipersetujui. Sebagai balasan, penyimpan akan menerima bayaran interest yang lebih tinggi.
 
Pelaburan melalui certificate of deposit atau CD menawarkan cara yang selamat dan interest yang lebih tinggi berbanding hanya membuka akaun simpanan biasa.
 
Pelaburan ini sesuai bagi pelabur yang inginkan pelaburan yang rendah risiko dengan jaminan interest yang tetap.
 
Adakah kaedah ini menepati citarasa pelaburan anda? Jika ya, bolehlah dapatkan maklumat penuh melalui institusi kewangan dan bank pilihan anda.
 
(7) Pelaburan Logam Berharga Pelaburan logam berharga melibatkan aktiviti pembelian logam dalam bentuk emas ataupun perak.
 
Logam berharga ini berguna dalam menyimpan nilai sesuatu matawang agar tidak menyusut dimakan oleh kesan inflasi. Selain itu, logam berharga ini juga mempunyai ciri yang membuatkan ianya nampak menarik dan boleh diubah untuk menjadi barang kemas.
 
Jika matlamat adalah untuk tujuan pelaburan, lazimnya pelabur akan membeli emas dalam bentuk bar ataupun coin.

Kalau di Malaysia, kita tak ada masalah untuk mendapatkan emas dan perak bagi tujuan pelaburan.
 
Anda boleh berurusan dengan pihak bank,
 
Atau anda boleh juga beli emas dengan syarikat pengeluar emas seperti Public Gold.
Boleh ke halaman ini untuk membuka akaun emas anda.
 
Emas mempunyai tarikannya yang tersendiri. Kilauan emas yang memukau mempunyai daya penarik yang mampu membuatkan manusia terpesona dan suka untuk kumpul emas lebih banyak.
 
Perkara ini tidak berlaku jika kita kumpul duit siling atau duit kertas.
 
Duit siling dan duit kertas akan membuatkan kita rasa nak berbelanja apabila ia ada banyak dalam simpanan kita. Sebaliknya, emas membuatkan kita rasa ingin kumpulkan dengan lebih banyak.
 
Atas sebab itu, jika anda ingin kekalkan kekayaan anda, tukarkan duit yang anda ada dalam bentuk emas. Jangan risau kerana nilai kekayaan anda tetap selamat.
 
Aset anda hanya berubah bentuk, dari wang tunai kepada logam emas.
 
Jika satu hari nanti, anda perlukan wang tunai, anda boleh jual semula emas tersebut melalui syarikat yang mengeluarkan emas, atau pajakkan di Ar Rahnu bagi tujuan mendapatkan duit tunai.
 
Ada juga yang memilih untuk menyimpan dan mengumpul barang kemas. Ini juga satu bentuk pelaburan yang agak baik. Walaubagaimanapun, kalau matlamat kewangan anda adalah untuk pelaburan, lebih baik pilih jongkong atau siling emas.
 
Emas dalam bentuk barang kemas biasanya nilainya lebih rendah.
 
Emas barang kemas ialah emas 916.
Manakala emas pelaburan adalah emas 999.
 
Tapi kalau anda nak mengumpul emas dalam bentuk barang kemas pun tak ada masalah. Sekurang-kurangnya, untuk wanita ianya boleh dijadikan perhiasan.

Anda boleh lihat tawaran emas pelbagai design di laman web PG Mall.
 
(8) Cryptocurrency Pelaburan cryptocurrency melibatkan kegiatan perdagangan matawang kripto.
 
Terdapat banyak matawang kripto yang dicipta yang didagangkan melalui Digital Asset Exchange.
 
Pelaburan matawang kripto menarik minat sesetengah golongan kerana pergerakkan harganya yang begitu volatile atau tidak menentu.
 
Anda boleh mengaut keuntungan sehingga 20% daripada nilai pelaburan anda dalam masa yang sangat singkat. Berapa singkat?
 
Ia boleh sesingkat beberapa bulan, beberapa minggu, atau mungkin beberapa hari. Kadang-kadang boleh juga berlaku, pelaburan anda meningkat nilainya sehingga 20% dalam masa sehari sahaja!
 
Namun pada masa yang sama juga anda boleh mengalami kerugian yang banyak juga dalam masa yang singkat.
 
Nilai bagi matawang kripto boleh meningkat dan menurun secara mendadak dalam masa yang singkat. Ini adalah suatu kelebihan dan juga risiko pelaburan ini.

Sesetengah matawang kripto ada yang terdedah dengan kegiatan pelaburan pump and dump. Ini juga merupakan satu lagi perkara yang pelabur matawang kripto perlu berjaga-jaga.
 
Pelabur yang minat untuk mula melabur dalam matawang kripto boleh mula dengan membuka akaun dengan pihak bursa.
 
Kalau di Malaysia ada beberapa bursa yang mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Sekuriti, iaitu
1. Hata Digital Sdn Bhd
 
2. Luno Malaysia Sdn Bhd
https://www.luno.com/en/my
 
3. MX Global Sdn Bhd
 
4. Tokenize Technology (M) Sdn Bhd

 
Anda boleh buat pembelian matawang kripto dan simpan ia dalam digital wallet.
 
Apa yang boleh dilakukan dengan matawang kripto tersebut?
1. Boleh jual apabila nilainya naik.
2. Boleh guna untuk buat transaksi
 
Jika anda pergi ke peringkat global, ada banyak lagi Digital Asset Exchange yang anda boleh sertai untuk urusan perdagangan matawang kripto.
 
Jumlah matawang kripto yang didagangkan melalui DAX luar negara juga terdapat lebih banyak.
 
(9) Akaun persaraan Akaun persaraan adalah salah satu instrumen pelaburan yang direka khas untuk membantu individu mempunyai dana yang mencukupi untuk tujuan persaraan.
 
Akaun persaraan lazimnya menawarkan pulangan yang baik untuk jangka masa panjang.
 
Kalau situasi kita di Malaysia, kita ada akaun persaraan iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Setiap orang yang bekerja diwajibkan untuk membuka akaun dengan KWSP, dan setiap bulan pekerja dan majikan akan mencarum secara berkala.
 
Dana yang dikumpulkan dalam akaun ini akan dikumpulkan lalu dilaburkan oleh pengurus dana profesional bagi mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.
 
Pelaburan akan dibuat sama ada di pasaran saham, hartanah, bon dan lain-lain instrumen pelaburan.
 
Sesetengah orang merasakan bergantung hanya pada dana persaraan yang dilaburkan melalui KWSP tidak mencukupi.
 
Justeru, mereka membuat keputusan untuk turut melabur melalui akaun persaraan yang dikenali dengan istilah Private Retirement Scheme atau PRS.
 
PRS ini ditawarkan oleh institusi kewangan swasta sebagai dana persaraan ahlinya.

Dana persaraan yang ditawarkan oleh syarikat swasta ini ada banyak dipasaran.
 
Saya syorkan, sebelum anda nak terus sertai mana-mana institusi kewangan atau syarikat yang menawarkan skim dana persaraan ini, anda rujuk dulu maklumat syarikat tersebut dilaman web Suruhanjaya Sekuriti.

Jika nama dana dan juga syarikat tersebut tersenarai dalam senarai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti, barulah anda membuka akaun dan mula melabur dengan yakin.
 
(10) Saham yang membayar dividen Terdapat syarikat yang mempunyai rekod yang baik dalam membayar dividen kepada para pemegang sahamnya.
 
Dalam keadaan ini, individu yang minat untuk menjadi pelabur kerana inginkan dividen boleh membeli saham syarikat yang membayar dividen.
 
Saham-saham ini bukan setakat membayar dividen, malahan ia juga mempunyai potensi untuk menunjukkan peningkatan dari segi nilainya.
 
Pelabur akan membuat senarai pendek, syarikat yang mempunyai rekod sejarah membayar dividen kepada pemegang saham dalam satu jumlah yang konsisten dari tahun ke tahun.
 
Kalau anda berjaya temui syarikat yang menunjukkan rekod membayar dividen dalam satu jumlah yang makin tinggi itu adalah satu bonus.
 
Ada satu buku yang saya pernah baca dan ianya membincangkan tentang topik melabur pada saham yang membayar dividen. Tajuknya ialah Dividend Growth investing – How To Build An Income Generating Stock Portfolio.

Jika anda berminat untuk membaca buku ini, boleh dapatkan menerusi pautan ini.
Atau boleh juga pinjam di perpustakaan awam berhampiran anda.
 
(11) Komoditi Pelaburan terhadap komoditi meliputi item seperti minyak, emas dan barangan keluaran pertanian.
 
Pelabur boleh membuat pelaburan dengan cara membeli atau menjual (berdagang) komoditi menerusi kontrak niaga hadapan (futures contract) atau menerusi exchange traded funds (ETF) dan boleh menyemak pergerakkan harga komoditi melalui carta pergerakkan harga.
 
Kalau dinegara kita, kita boleh melabur dalam pasaran FCPO atau Crude Palm Oil Futures.

Topik pelaburan tentang FCPO ini boleh dipelajari dengan lebih mendalam melalui halaman ini.
 
(12) Forex Trading Perdagangan pertukaran matawang (forex) melibatkan aktiviti beli dan jual matawang bagi tujuan mendapatkan keuntungan melalui kadar pertukaran matawang yang sering berubah naik dan turunnya.
 
Individu yang berdagang dalam matawang, boleh buat keuntungan sama ada ketika nilai sesebuah matawang itu sedang naik atau ketika ia turun.
 
Perdagangan forex adalah salah satu perdagangan yang mempunyai kecairan (liquidity) yang tinggi. Pemain forex boleh melihat hasil atau kesan keputusan pelaburan yang dilakukan dalam masa yang singkat, sama ada rugi atau untung.
 
Platform perdagangan juga boleh diakses 24 jam dan ia membolehkan pedagang untuk memilih waktu berdagang yang mungkin bersesuaian dengan jadual dan rutin harian mereka.
 
Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam kita tak dibenarkan untuk terlibat dalam aktiviti dagangan matawang.
 
Saya petik maklumat yang saya perolehi dari laman web http://e-smaf.islam.gov.my (e-Sumber Maklumat Fatwa)
 
Tajuk
Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik
 
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:
 
Syarat-syarat umum jual beli:
Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud); Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad; Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli; Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.  
Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:
Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad; Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.  
Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.
 
Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.
 
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.
 
Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.
 
(13) Barangan koleksi Barangan koleksi adalah seperti karya seni, barangan antik, kereta vintaj, jam tangan, mainan, duit lama dan barangan yang mempunyai had pengeluaran (limited edition).
 
Pelabur akan membeli barangan ini untuk dijadikan koleksi, dan mereka yakin barangan tersebut akan meningkat dari segi nilainya apabila dijual semula kepada individu lain yang ingin menjadikannya sebagai koleksi juga.
 
Pelaburan barangan koleksi ini boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan pada masa yang sama menguntungkan, terutama sekali jika individu tersebut memang minat pada barangan yang dia ingin kumpulkan.
 
Nilai barangan yang dikumpulkan boleh meningkat berkali ganda, jika berjaya dijual semula kepada pengumpul yang lain.
 
(14) Ilmu Ada sesetengah individu yang memilih untuk membelanjakan wang dan meluangkan masa untuk mempelajari ilmu dan skil baru.
 
Pada pandangan mereka, ilmu dan skil baru ini, berupaya untuk membantu dia menjana pendapatan, seiring dengan bertambahnya ilmu, kemahiran dan juga kepakaran dalam sesuatu bidang.
 
Individu seperti ini akan membelanjakan wang yang ada untuk mengikuti program ilmu, menyertai kursus, workshop dan juga belajar sendiri. Mereka sebenarnya melaburkan masa dan juga wang untuk meningkatkan pengetahuan.
 
Pelaburan terhadap ilmu berpotensi untuk meningkatkan pendapatan, mendapatkan peluang kerja yang lebih baik dan bagus untuk perkembangan diri.

Sudah tentu, seseorang yang ingin melabur terhadap pendidikan ini, perlu tahu, apakah bidang atau kursus yang boleh memberikan impak yang terus kepada pendapatan.
 
Sebagai contoh, untuk berjaya mencipta pendapatan melalui pelaburan saham seseorang itu perlu mempunyai ilmu dan skil tertentu.
 
Dia perlu tahu cara untuk membuat fundamental analysis dan juga technical analysis, supaya dia tidak tersilap dalam memilih saham yang mana satu yang patut dibeli.
 
(15) Anuiti Tetap Lebih dikenali dengan istilah fixed Annuities.
 
Ia merupakan suatu kontrak insurans yang menawarkan bayaran tetap dan terjamin sepanjang tempoh tertentu atau seumur hidup.
 
Fixed annuities ini digunakan bagi tujuan merancang pendapatan ketika diusia persaraan.
 
Pelabur akan membeli kontrak anuiti tetap sama ada dengan membuat bayaran secara lump sum, ataupun membuat bayaran secara berkala.
 
Pihak penanggung insurans kemudiannya akan membuat bayaran tetap, biasanya dengan kadar faeedah tetap apabila telah tiba masanya.
 
Pelaburan melalui cara ini menawarkan aliran pendapatan yang stabil, ketika diusia persaraan menjadikan ianya suatu pelaburan yang menarik untuk mereka yang bersiap sedia untuk hidup selesa ketika mencapai usia bersara.
 
Pelaburan ini menyediakan pendapatan yang stabil dan keselamatan dari segi kewangan untuk golongan pesara.
 
(16) Real Estate Investment Trusts atau REITs Pelaburan terhadap REITs adalah apabila kita melabur wang kita melalui syarikat yang memiliki dan menguruskan hartanah yang telah terbukti menghasilkan pendapatan.
 
Pelaburan terhadap REITs membolehkan individu menjana pendapatan dalam pasaran hartanah tanpa dia perlu memiliki dan menguruskan hartanah tersebut.
 
Pelabur yang berminat untuk melabur melalui REITs boleh merujuk kepada syarikat yang menawarkan pelan pelaburan ini. Anda boleh rujuk terlebih dahulu senarai syarikat yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
 
Pelabur REITs akan menerima pendapatan dalam bentuk dividen apabila syarikat yang dia pilih untuk melabur menghasilkan pendapatan, sama ada melalui kutipan sewa ataupun melalui jualan unit hartanah.
 
Melalui REITs pelabur boleh mempelbagaikan (diversifications) portfolio pelaburan milik mereka.
 
(17) Robo Advisor Investment Robo Advisor merupakan sebuah platform digital yang menggunakan teknologi algorithm untuk mengautomasikan portfolio pelaburan anda.
 
Pelabur boleh memuat turun aplikasi (apps) robo advisory menerusi Google Playstore untuk mula melabur. Sebelum itu, anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan matlamat pelaburan dan toleransi risiko anda.
 
Kemudian secara automatik, platform robo advisor ini akan mencadangkan portfolio pelaburan yang bersesuaian dengan anda.
 
Terdapat beberapa platform yang popular untuk tujuan pelaburan ini, antaranya ialah
1. Raiz
2. BEST Invest
3. Wahed Invest
 
Mana satu yang terbaik?
 
(18) Website atau blog Bolehkah website dan juga blog dijadikan sebagai salah satu alat untuk melabur?
Kenapa tidak?
 
Saya pernah menulis topik ini berulang-ulang kali dalam blog ini. Saya juga telah buktikan, bahawa melalui blog, sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan.
 
Sama ada pendapatan tersebut besar ataupun tidak, itu bergantung kepada strategi masing-masing.
 
Bagaimana cara menjadikan blog atau website sebagai instrumen pelaburan?
Bagi menjawab persoalan tersebut, pertama sekali kita perlu jelas bagaimana sesebuah laman web boleh menghasilkan pendapatan.
 
Lazimnya, laman web boleh hasilkan income melalui
i. Program pengiklanan
ii. Program Affiliate
iii. Jualan produk @ perkhidmatan
iv. Langganan konten
 
Bagaimana seseorang itu boleh melabur dalam projek blog atau website?
Pelabur boleh bermula dengan dua cara.
 
Cara pertama, dia boleh bina laman web miliknya sendiri, dan mula masukkan konten yang berkaitan dengan niche yang dia ingin pilih. Oleh sebab saya pernah menulis tentang topik pembinaan blog bagi tujuan menjana pendapatan, maka saya tak akan tulis dengan panjang lebar disini.
 
Jika anda minat dengan topik ini, boleh baca di posting berjudul
Panduan paling lengkap untuk jana pendapatan melalui blog dan website.
 
Cara pertama ini memerlukan masa dan tenaga untuk anda dapat lihat kesannya.
 
Cara yang kedua pula adalah, anda beli mana-mana blog yang sudah terbukti sedang menghasilkan pendapatan. Proses pembelian blog ini, boleh dilakukan secara terus dengan pemilik blog.
 
Sesetengah pemilik blog, mempunyai banyak blog dibawah kendaliannya, dan dia mungkin sudah tiada masa untuk menjaga semua blog miliknya.
 
Jika anda membuat tawaran yang menarik, tak mustahil kalau ada pemilik blog yang bersetuju untuk menjual blog miliknya, yang memang sudah menghasilkan pendapatan kepada anda.
 
(19) Kesihatan Melabur untuk kesihatan merujuk kepada pilihan dan tindakan individu untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.
 
Individu seperti ini akan melakukan aktiviti senaman secara berkala, mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, membuat pemeriksaan kesihatan, mengambil supplement dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
 
Mereka luangkan masa dan tenaga untuk melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.
 
Selain itu, mereka ini juga akan menyediakan bajet khas bagi tujuan pembelian makanan tambahan dan juga peralatan senaman yang boleh dilakukan dari rumah.
 
Mengamalkan gaya hidup sihat dapat meningkatkan tahap kualiti hidup, meningkatkan produktiviti dan pada masa yang sama dapat menjimatkan kos bagi tujuan rawatan dan ubat-ubatan.
 
Jika seseorang itu mempunyai tubuh badan yang sihat, dia tak perlu menanggung kos rawatan yang tinggi, yang mungkin boleh menjejaskan duit simpanan dan juga produktiviti individu tersebut.
 
Kesimpulan Setiap orang mempunyai kecenderungan dan selera yang berbeza terhadap pelaburan.
 
Adakalanya pemilihan cara yang mana satu yang ingin dijadikan sebagai kaedah pelaburan juga bergantung kepada faktor seperti ilmu, modal, matlamat kewangan yang ingin dicapai dan sebagainya.
 
Secara peribadi, anda lebih suka untuk invest dengan cara yang mana?
 
Saya tahu, diluar sana masih terdapat beberapa lagi cara untuk melabur yang saya masih tak masukkan dalam posting ini. Sengaja saya tak masukkan kerana saya masih belum betul-betul familiar dengan kaedah pelaburan tersebut.
 
In Shaa Allah jika saya ada maklumat baru, saya akan kemaskini semula artikel ini.
 
Apabila saya menulis senarai pelaburan seperti ini, saya mula nampak bahawa diluar sana terdapat banyak tempat yang kita boleh melabur. Pada masa yang sama, buat saya terfikir, untung betul orang yang ada banyak duit ini, kan?
 
Mereka boleh letakkan duit mereka, dekat banyak tempat dalam satu masa.
 
Sebaliknya, untuk kategori individu yang tak banyak duit ini pula, mereka perlu pertimbangkan kelebihan dan kekurangan apabila memilih instrumen pelaburan tertentu.
 
Kesimpulannya, kita semua patut melabur!
Baca juga: Pelaburan vs Simpanan
 
Cuma dimana anda ingin melabur, itu terpulang pada individu.
 
The post Senarai 19 Jenis Pelaburan di Malaysia appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/senarai-pelaburan-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Produk Israel Dan Syarikat Sokong Israel Serta Senarai Produk Muslim Malaysia

Senarai Produk Israel Dan Syarikat Sokong Israel Serta Senarai Produk Muslim Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 926 hits
Rupanya ada banyak produk Israel yang kita sedang gunakan secara rutin yang menjana ekonomi mereka secara pesat Dengan berlakunya kekejaman Israel kepada rakyat Palestine pada hari ini Saya akan cuba kongsikan informasi lengkap mengenai pro...
Senarai Politeknik Di Malaysia Serta Kursus Yang Ditawarkan

Senarai Politeknik Di Malaysia Serta Kursus Yang Ditawarkan

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 166 hits
Di Malaysia terdapat beberapa Politeknik yang menawarkan pelbagai kursus kepada pelajar pelajar yang ingin mengejar pendidikan dalam bidang bidang tertentu Tentunya ramai pelajar yang ingin menyambung pengajian tinggi mereka di Politeknik Y...
Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 181 hits
Anda tercari cari pelaburan emas terbaik di Malaysia Singapura dan sedang berkembang di Indonesia Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda Dahulu saya juga tercari cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank dan paling me...
24 Jenis Resipi Sambal Berapi Menyengat Citarasa Orang Malaysia

24 Jenis Resipi Sambal Berapi Menyengat Citarasa Orang Malaysia

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 224 hits
Jom Cuba 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang MalaysiaJika tekak Melayu tak ada stok sambal di rumah memang tidak sah Rasa tak lengkap je bila makan Ibarat makan nasi tak cukup rasa Haa Jangan buat main Selain sambal belacan terda...
Senarai Nama Lebuh Raya Malaysia Talian Hotline Kecemasan

Senarai Nama Lebuh Raya Malaysia Talian Hotline Kecemasan

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 201 hits
Tahukah anda nama lebuh raya di Malaysia Di Malaysia terdapat puluhan lebuh raya yang menghubungkan kawasan kawasan utama di Semenanjung Sabah dan Sarawak Kebiasaannya kita hanya akan menyebut nama lebuh raya ini menggunakan singkatannya sa...
Senarai Lokasi Jalan Jalan Japan Di Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi Jalan Jalan Japan Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 295 hits
Ramai yang kenal gedung bundle dan barangan branded Jepun di Jalan Jalan Jepun Tapi ramai yang tidak tahu bahawa ada 10 lokasi Jalan Jalan Japan seluruh Malaysia yang wajib anda kunjungi Dengan pengalaman JJJ adakan banyak event dan program...
Cybersecurity Malaysia Warns Of Phishing Site On Telegram

Cybersecurity Malaysia Warns Of Phishing Site On Telegram

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 164 hits
CyberSecurity Malaysia said the phishing website shows a page similar to the login page of the eWallet service in Malaysia to target Telegram users and take over their user accounts KUALA LUMPUR CyberSecurity Malaysia issued a warning today...
Dap S Manifesto Itself Shows Malaysia Isn T Secular Says Tuan Ibrahim

Dap S Manifesto Itself Shows Malaysia Isn T Secular Says Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 177 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man says DAP wouldn t need to state in its manifesto its goal of fighting for Malaysia as a secular country if the nation was already a secular country SHAH ALAM A PAS leader has scoffed at DAP s Kepon...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord