Senarai Produk Israel Dan Syarikat Sokong Israel Serta Senarai Produk Muslim Malaysia


Rupanya ada banyak produk Israel yang kita sedang gunakan secara rutin yang menjana ekonomi mereka secara pesat. Dengan berlakunya kekejaman Israel kepada rakyat Palestine pada hari ini. Saya akan cuba kongsikan informasi lengkap mengenai produk barangan Israel buat pembaca semua. 
Sebagai rakyat Malaysia dan lebih utama sebagai umat Islam adalah menjadi tanggungjawab kita memerangi MUSUH ISLAM ini. Usaha boikot Israel ini disokong oleh pelbagai pihak dalam Malaysia, Negara Jiran malah seluruh DUNIA. Usahlah anda takut, kerana anda berada di jalan yang benar.

Ada banyak lagi produk Malaysia, Produk Muslim yang ada di Malaysia ini. Rezeki dari Allah swt, carilah rezeki yang halal, rezeki yang tidak menganiaya saudara Islam kita khususnya. Amiin ya Allah.



Apakah Maksud Boikot Barangan Israel Kepada Ekonomi Mereka?Boikot ekonomi merujuk kepada tindakan yang diambil oleh individu, kumpulan, atau masyarakat untuk menghentikan atau mengurangkan sokongan terhadap produk, perkhidmatan, atau entiti ekonomi tertentu sebagai bentuk protes atau tindakan politik. Ini boleh termasuk tidak membeli produk dari syarikat atau negara tertentu, atau menggalakkan orang lain untuk tidak melibatkan diri dalam urusan perniagaan dengan entiti yang sedang diboycot. Matlamatnya adalah untuk memberi tekanan kepada entiti yang disasarkan untuk mengubah dasar, tindakan, atau tingkah laku yang dianggap tidak patut atau tidak bersetuju oleh pihak yang melakukan boikot. Dalam kes yang anda sebutkan, boikot ekonomi adalah usaha untuk menekankan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Israel melalui penarikan sokongan terhadap produk-produk Israel.
Kenapa Kita Perlu Boikot Produk Israel?

Boikot ini sedang menyebabkan kerugian kepada ekonomi Israel. Muslim sedang memboikot produk Israel sebagai cara untuk menyampaikan mesej kepada Israel bahawa mereka tidak boleh membunuh Muslim yang tidak bersalah, merampas rumah mereka, atau memaksa mereka meninggalkan negara mereka sendiri.
Senarai Produk Israel Di Malaysia Benar bahawa ramai orang, termasuk Muslim, mungkin secara tidak sedar menyumbang kepada ekonomi Israel dengan menggunakan produk dan perkhidmatan mereka, beberapa di antaranya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Produk-produk ini sering mencapai pasaran global, menjadikannya sukar untuk mengelak daripada memberikan sokongan tidak langsung kepada ekonomi Israel. Ia adalah isu yang kompleks, dan ramai individu dan kumpulan memilih untuk menyatakan kebimbangan mereka melalui boikot dan bentuk-bentuk protes aman lain untuk meningkatkan kesedaran tentang situasi di Timur Tengah.
Namun tindakan anda, walaupun sedikit adalah usaha kita sebagai seorang Muslim. Mari kita lihat apakah produk barangan Israel yang kita boleh elak dan ubah jenama ini dari kegunaan harian di rumah.





AramisCliniquePrescriptivesOrigins Natural ResourcesMAC cosmeticsLa MerBobby brown EssentialsTommy Hilfiger ToiletriesJaneDonna Karan CosmeticsAvedaStila CosmeticsJo MaloneBumble and BumbleKate SpadeAirBnbUpWorkFiverrFantaSpriteNescafeStarbucksKnorrL’OrealAhavaOral-BGarnierNikePumaCastroRevlonEste LauderMacPalmoliveKellogg’sNiveaKentMcDonald’sDoveKitKatDomestosWix (Website builder)Viber (App)SignalWaze (App)ColgateNeutrogenaFiverr (Service)RexonaMonday.com (Service)PantenePayoneer
Senarai Jenama dan Barangan Popular dari IsraelWazeIntelMobileyeTeva PharmaceuticalsIsraeli Defense Industries (IDI)SabonOrCamWixCheck Point Software TechnologiesSodaStreamMellanox TechnologiesEl Al Israel AirlinesStratasysAmdocsGiven ImagingM-SystemsMizrahi Tefahot BankNice SystemsTnuvaBank HapoalimBank LeumiSuper-SolBank DiscountAroma Espresso BarRafael Advanced Defense SystemsCompugenFrutaromTower SemiconductorAzrieli GroupOsemStrauss GroupMekorotBank Mizrahi-TefahotPoalim GroupCarmel WineryGazit-GlobeBezeqDelta Galil IndustriesPaz Oil CompanyShufersalLev Leviev Group of CompaniesNICE Ltd.PlasanGiven ImagingSNC-LavalinAIG IsraelSolbar IndustriesPlaytikaKeter PlasticZIM Integrated Shipping ServicesApplikasi Mobile dan Software Dari IsraelWaze: Aplikasi navigasi GPS yang mengumpul maklumat trafik secara langsung daripada pengguna untuk membantu pengguna menjalankan perjalanan dengan lebih cekap.Mobileye: Perisian dan peranti kecerdasan buatan untuk keselamatan kenderaan dan auto-pandu, termasuk sistem pengecaman dan pengelakar.Wix: Platform pembinaan laman web yang membolehkan individu dan perniagaan mencipta laman web dengan mudah tanpa pengetahuan teknikal yang mendalam.Check Point Software Technologies: Syarikat keselamatan siber yang menghasilkan perisian keselamatan rangkaian dan sistem komputer daripada ancaman siber.IronSource: Platform monetisasi aplikasi yang membantu pembangunan aplikasi untuk menghasilkan pendapatan daripada aplikasi mereka.Fiverr: Platform perkhidmatan bebas yang membolehkan perkhidmatan profesional dan freelancer menjual perkhidmatan mereka dalam pelbagai bidang.Monday.com: Perisian pengurusan projek dan kerja berkumpulan yang memudahkan pengurusan dan kolaborasi dalam projek.Viber: Aplikasi komunikasi yang membolehkan panggilan suara, mesej teks, dan panggilan video antara pengguna di seluruh dunia.MyHeritage: Platform penyelidikan keluarga dan penjanaan keluarga yang membantu individu menjejaki keturunan mereka.Playtika: Pembangun permainan video dalam talian dan aplikasi mudah alih yang terkenal dengan permainan seperti Slotomania dan House of Fun.SimilarWeb: Perisian analitik laman web yang menyediakan maklumat mengenai lalu lintas laman web, pemasaran digital, dan pemahaman pesaing.Taboola: Platform pemasaran dalam talian yang menyediakan penstriman rekomendasi dan iklan.WalkMe: Perisian pembelajaran mesin yang membantu pengguna belajar cara menggunakan aplikasi dan laman web dengan cepat.Vonage: Syarikat komunikasi yang menyediakan perkhidmatan suara atas talian (VoIP) dan komunikasi selular.AppsFlyer: Platform analitik periklanan mudah alih yang membantu pemasar melacak prestasi iklan mereka.Rujukan : https://infopelajar.my/jenama-dari-israel/
Lebih penjelasan mengenai Boikot kepada negara Israel dan Syarikat yang menyokong mereka. Saya sertakan di sini untuk rujukan pembaca semua. Berfikirlah dan tetapkanlah pendirian kita semua

Kenapa Perlu Boikot Israel & Sekutunya? 
Kredit:  HALUAN
Boikot kepada produk dan perniagaan Israel dan sekutunya adalah merupakan usaha kita sebagai pengguna untuk memilih keperluan yang sentiasa menjurus kepada terhapusnya kekejaman dan kezaliman Israel terhadap bangsa Palestin. Usaha tersebut harus dilihat sebagai salah satu langkah protes secara aman dan adil, justeru memberi tekanan di peringkat antarabangsa terhadap rejim teroris Israel sepertimana yang pernah dilakukan oleh mesyarakat dunia terhadap rejim aparthied Afrika Selatan dengan jayanya

Adakah kita memboikot semua kaum Yahudi?
Tidak. Usaha boikot tidak sekali-kali ditujukan kepada agama mahupun etnik tertentu. Boikot hanya ditujukan kepada entiti perniagaan yang secara langsung dan jelas menyokong, terlibat atau membantu penindasan terhadap Palestin. Kita tidak membezakan antara penyokong Israel - sekiranya sebuah perniagaan yang dimiliki seorang Muslim dengan jelas menyokong kekejaman Israel, ia perlu diboikot sama sepertimana entiti perniagaan yang lain


Apakah boikot Israel ini satu tindakan yang adil dan dibenarkan?
Dewan Perniagaan dari seluruh pelusuk dunia, termasuk UNISON, iaitu dewan perniagaan terbesar di United Kingdom dengan keahlian sebanyak 1.4juta mengesyorkan tindakan boikot terhadap semua produk Israel. Pertubuhan Kristian, termasuk Christian Aid, telah bersatu dalam usaha boikot ini, malahan mereka menyeru kepada pemansuhan perjanjian perdagangan Eropah-Israel

Beberapa pertubuhan Yahudi seperti B'Tselem dan Gush Shalom telahpun melancarkan usaha boikot mereka sendiri kepada produk Israel. Bagi masyarakat Islam, tokoh-tokoh Ulama terkenal dari berbagai latar-belakang menyokong usaha ini dan memberi fatwa yang jelas terhadap tindakan boikot ini. Antaranya, Sheikh Yusuf al Qaradawi berkata:
"Setiap riyal, dirham... yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman."

Benarkah perniagaan atau produk tersenarai menyokong Israel?(supaya mereka tidak teriniaya)
Ramai dari kita yang sememangnya ingin turut menyokong usaha boikot Israel, tetapi ragu-ragu dengan maklumat berkenaan syarikat atau produk perniagaan yang tersenarai. Ini merupakan salah satu sikap yang terpuji, lebih-lebih lagi kita sebagai orang Islam seharusnya meneliti setiap maklumat yang diterima sebelum bertindak. Innovative Minds mengambil inisiatif menjalankan kajian menyeluruh untuk memastikan maklumat yang diberi tidak membawa unsur fitnah dan penginiayaan. Setiap maklumat yang disebarkan disertakan bersama rujukan berkaitan, supaya anda sendiri dapat memastikan fakta tersebut dan memahami bagaimana mereka terlibat menyokong Israel


Bukankah mana-mana produk juga menjurus kepada Israel?
Benar, dalam situasi umat Islam lemah tidak bermaya, ekonomi dan politik dunia dikuasai oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan Israel dan sekutunya. Situasi ini umpama barah yang menyerang dan mencemar saluran darah kita, yang mana ianya boleh sampai ke seluruh badan. Tapi apakah kita masih ingin mencari alasan, semata-mata kerana kita seperti tidak lagi terdaya melawan barah tersebut? Syarikat perniagaan yang tersenarai adalah merupakan penyokong kuat kepada Israel, yang sentiasa mendapat pujian dan anugerah kepujian atas sokongan mereka. Sekiranya kita berjaya mengurangkan kekuatan ekonomi syarikat tersebut, dan beralih kepada syarikat atau produk alternatif, InsyaALlah mereka akhirnya akan lemah juga


Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?
Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar. Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald's dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam

Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin? Harus diingat, syarikat-syarikat besar dari luar yang beroperasi di negara-negara Islam tidak membawa manfaat ekonomi kepada kita melainkan eksploitasi terhadap kelemahan kita. Lihatlah bagaimana Delta Galil, sebuah syarikat membuat pakaian yang dipasarkan dengan jenama GAP, Banana Republic, Calvin Klien, BOSS, M&S, DKNY dan berbagai lagi. Syarikat ini membina kilang-kilang di Jordan, Mesir dan juga Palestin. Sikap mereka yang hanya mengeksploitasi pekerja tempatan begitu teruk sekali, sehinggakan Sweatshop Watch (www.sweatshopwatch.org) melabelkan mereka sebagai "Sweatshop Czar." Adakah merugikan kita jika syarikat-syarikat seperti ini mengangkat kaki meninggalkan tanah air kita yang subur dan bertuah ini


Apakah usaha ini akan berjaya? Mengapa tidak?
Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald's. McDonald's merupakan "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai "bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel." Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald's adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald's menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald's terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald's terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan

Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald's akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta. Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald's boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin. Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi "Buy Amazon.com & Support Israel" dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post

Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin. Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel. Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat


Apakah usaha boikot benar-benar akan dapat memberi kesan kepada ekonomi Israel?
Sejak tahun 2002 lagi, ekonomi Israel telah menuju keruntuhan tanpa tanda-tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari US. Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut. Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak

Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip. Pelaburan dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari tahun 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur? Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih - pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka

Adakah boikot Israel dan Syarikat Sekutunya Berkesan?
Sama ada jangka masa pendek atau panjang, yang penting kita mulakan serta merta, apa yang boleh dibuat oleh kita sebagai seorang pengguna, memilihlah syarikat dan barangan dari Malaysia, buatan Muslim. Cuba dan sentiasa listkan apakah barangan kebiasaan yang menjadi habit pembelian kita dan ubah pada hari ini. Baca lebih lanjut mengenai kesan boikot terhadap produk israel ini dengan lebih lanjut, kupasan dari Malaysia Bersuara. Semoga pembacaan ini dapat lebih membantu kalian semua
Baca sini : Adakah Usaha Boikot Berkesan Dalam Memberi Tekanan Kepada Syarikat Yang Menyokong Israel?
Sokong Produk Malaysia, Produk Barangan Muslim


Kita pernahkan membuat slogan ini, BMF iaitu BUY MUSLIM FIRST, apa sudah jadi? Bagaimana nak ganti atau tukar produk dari jenama Israel dan seangkatan dengannya? Mulalah dengan membuat list pada hari ini. Kempen beli produk barangan buatan Malaysia patut kita mulakan kembali dengan lebih giat dan aktif bukan?

Sebagai contoh, nescafe boleh ditukarkan kepada instant coffee jenama indo cafe, super

Boleh atau tidak? Jom kita mulakan hari ini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/10/senarai-produk-israel-dan-syarikat-sokong-israel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Syarikat Produk Popular Sokong Israel

Senarai Syarikat Produk Popular Sokong Israel

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 661 hits
Senarai Syarikat Produk Popular Sokong Israel Tindakan rejim Zionis Israel terus menyerang Palestin menyebabkan sesetengah orang Islam telah bertindak memboikot produk dari Israel sebagai signal membantah tindakan yang dilakukan mereka terh...
Senarai Produk Makanan Dan Barangan Israel Untuk Diboikot

Senarai Produk Makanan Dan Barangan Israel Untuk Diboikot

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 427 hits
Masuk je kereta suami kata beli makanan kat McD pun rasa berdosa macam bawak balik plastik hitam time bulan puasa Hahaha Sebenarnya kami dalam kempen memboikot McDonalds sebab kes McDonalds kasi makanan free pada tentera IDF yang sekarang t...
Senarai Politeknik Di Malaysia Serta Kursus Yang Ditawarkan

Senarai Politeknik Di Malaysia Serta Kursus Yang Ditawarkan

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 166 hits
Di Malaysia terdapat beberapa Politeknik yang menawarkan pelbagai kursus kepada pelajar pelajar yang ingin mengejar pendidikan dalam bidang bidang tertentu Tentunya ramai pelajar yang ingin menyambung pengajian tinggi mereka di Politeknik Y...
Dikecam Beri Sokongan Buat Israel Eric Nam Batal Konsert Di Malaysia

Dikecam Beri Sokongan Buat Israel Eric Nam Batal Konsert Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 316 hits
Sehingga kini masih lagi ramai yang menerima informasi mengenai konflik yang berlaku di antara Palestin dan Israel Disebabkan oleh kempen kesedaran yang berlaku secara meluas di serata media sosial sudah pasti ramai yang mengharapkan agar P...
Ramai Tak Tahu Sardin Ayam Brand Sebenarnya Bukan Syarikat Milik Rakyat Malaysia

Ramai Tak Tahu Sardin Ayam Brand Sebenarnya Bukan Syarikat Milik Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 188 hits
Ayam Brand sebuah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dimana kewujudannya sudah ada di pasaran sejak 127 tahun yang lalu Pergilah di mana mana sahaja tidak kira kedai runcit di kampung hingga ke pasaraya besar terkemuka jenama Ayam Bra...
Tak Educated Langsung 5 Selebriti Korea Ini Dikecam Sokong Israel

Tak Educated Langsung 5 Selebriti Korea Ini Dikecam Sokong Israel

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 197 hits
Kini isu mengenai kekejaman Israel yang menyerang rakyat Palestin sedang hangat diperkatakan seluruh dunia ARTIKEL BERKAITAN Umum mengetahui bahawa rakyat Palestin sudah sekian lama menentang pendatang itu yang sudah berabad cuba mengambil ...
Syarikat Permainan Video Antarabangsa Berpotensi Bertapak Di Malaysia Kata Fahmi

Syarikat Permainan Video Antarabangsa Berpotensi Bertapak Di Malaysia Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 230 hits
KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital telah mengenal pasti beberapa syarikat permainan video antarabangsa yang berpotensi untuk bertapak di negara ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Gaming Hub di rantau Asia Tenggara Menteri Komunikasi...
Seluruh Dunia Sokong Palestin Kesombongan Israel Akan Tamat

Seluruh Dunia Sokong Palestin Kesombongan Israel Akan Tamat

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 190 hits
Kesombongan rejim Israel menindas rakyat Palestin tidak mungkin dapat diteruskan setelah dunia menyaksikan kekejaman mereka mengebom penduduk awam sehingga menyebabkan lebih 5 000 korban di Semenanjung Gaza pada waktu ini Menurut Presiden A...
Giliran Peniaga Warung Kedai Makan Boikot Guna Produk Israel

Giliran Peniaga Warung Kedai Makan Boikot Guna Produk Israel

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 280 hits
KOSMO PETALING JAYA Kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin ketika ini memberi kesan kepada ramai pihak sehingga mereka mula memboikot segala barangan berkaitan negara tersebut Tindakan ini juga turut dilakukan segelintir peniaga warung ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe