Senarai 10 Amalan Sunnah Yang Penuh Ganjaran Di Bulan Ramadan


Senarai 10 Amalan Sunnah Yang Penuh Ganjaran di Bulan Ramadan 4 Bulan Ramadan atau Bulan Puasa ialah bulan kesembilan dalam kalendar Islam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Ibadah puasa bukan sahaja mendapat ganjaran dan pahala tetapi mengajar erti sabar, disiplin dan amalan memberi iaitu bersedekah.
Amalan sunnah yang penuh ganjaran ini banyak dapat diperolehi pada bulan puasa kerana setiap amalan akan dilipat kali gandakan. Jadi pada itu, marilah kita mengetahui dan memperbanyakkan amalan sunnah pada bulan puasa ini.
Pengertian Bulan Ramadan Senarai 10 Amalan Sunnah Yang Penuh Ganjaran di Bulan Ramadan 5 Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa buat lebih kurang 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia. Bulan rahmat ini jatuh pada bulan kesembilan mengikut kalendar Islam Hijrah.
Pada bulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa dengan tidak akan makan dan minum bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Tujuan utama umat Islam diseru untuk berpuasa adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah (Maha Pencipta), mendisiplinkan diri, mengawal diri, merehatkan dan membersihkan sistem pencernaan dan menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang telah diberikan.
10 Amalan Sunnah di Bulan Ramadan Beserta hadis Senarai 10 Amalan Sunnah Yang Penuh Ganjaran di Bulan Ramadan 6 1. Bersahur dan mengakhirkan makan sahur
Maksud bersahur ialah memakan atau meminum sesuatu sebelum masuk waktu fajar (Subuh) dengan niat ingin berpuasa.  Sangat digalakkan kita agar bersahur kerana ia adalah anjuran Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan Baginda mengatakan padanya terdapat keberkatan.
Dari Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
تَسَحَّرُوا؛ فَإنَّ في السُّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kamu sekalian! Kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” (HR al-Bukhari & Muslim)
2. Menyegerakan berbuka puasa
Apabila telah yakin masuk waktu berbuka puasa (masuk waktu Maghrib), maka sebaik-baiknya teruslah berbuka puasa.  Jangan sibukkan dengan perkara lain lagi melainkan berbuka puasa.
Dari Sahl bin Sa`d radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِطْرَ
“Manusia itu selalu dalam kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa.”(HR al-Bukhari & Muslim)
3. Berbuka puasa dengan tamar atau air
Sebaik-baiknya kita berbuka puasa dengan tamar atau air kosong sebagaimana saranan Nabi Muhammad SAW. Dari Salman bin `Amir adh-Dhabiy as-Sahabi RA dari Nabi SAW bersabda:
إِذَا أفْطَرَ أحَدُكُمْ، فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ، فَإنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى مَاءٍ؛ فإنَّهُ طَهُورٌ
“Apabila salah seorang di antara kamu sekalian berbuka puasa maka berbukalah dengan tamar, jika tidak memperolehinya maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya air itu dapat membersihkan.”  (HR Abu Daud dan at-Tirmidzi.  Kata at-Tirmidzi hadith ini hasan sahih)
4. Perbanyak berdoa
Sangat digalakkan supaya kita memperbanyakkan doa kepada ALLAH dalam bulan Ramadhan khususnya pada waktu sahur, siang hari berpuasa dan ketika hendak berbuka.
Waktu sahur: Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
“TUHAN kita Tabaraka wa Ta`ala turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berbaki 1/3 malam akhir.  DIA berfirman:  “Sesiapa yang berdoa kepadaKU maka AKU akan perkenankan untuknya, sesiapa yang meminta kepadaKU maka akan AKU berikan, sesiapa yang memohon keampunan dariKU maka akan AKU ampunkan untuknya”.”(HR al-Bukhari dan Muslim)
5. Menjauhi perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Seseorang hendaklah menjaga dirinya dari melakukan perkara-perkara dosa, lebih-lebih lagi ketika sedang berpuasa.  Makan dan minum yang hukum asalnya adalah harus pun kita disuruh menahan diri dari melakukannya ketika berpuasa, apatah lagi  kalau perkara haram.  Maka, jagalah anggota pancaindera kita dari melakukan dosa khususnya dosa lidah.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ، فَلا يَرْفُثْ وَلا يَصْخَبْ، فَإنْ سَابَّهُ أحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ، فَلْيَقُلْ: إنِّي صَائِمٌ
“Apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.” (HR al-Bukhari & Muslim)
6. Bersedekah termasuk memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa
Janganlah melepaskan peluang memperbanyakkan derma dalam bulan Ramadhan.  Ini kerana Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam berganda-ganda sifat kedermawaannya pada bulan Ramadhan lantaran keberkatan yang terdapat padanya.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhuma katanya:
كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرسول الله صلى الله عليه وسلم حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ
“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, diajaknya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR al-Bukhari)
7. Tadarus Al Quran dan mengkhatamkannya
Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.
Justeru, membaca dan mempelajari al-Quran adalah amalan sunat yang sangat wajar diberi perhatian oleh ummat Islam sepanjang bulan Ramadhan.  Dikatakan apabila tiba Ramadhan, para ulama malah akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan aktiviti tilawah, tadarus dan tadabbur kepada al-Quran.
8. Amalan sunnah memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا، كَانَ لَهُ مِثْلُ أجْرِهِ، غَيْرَ أنَّهُ لاَ يُنْقَصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At-Tirmidzi dan katanya hadith ini hasan sahih)
9. Qiyam Ramadhan (Shalat Tarawih & Shalat malam lainnya)
Malam-malam Ramadhan sebaiknya dipenuhi dengan ibadah solat sunat iaitu solat Tarawih, Witir dan lain-lain.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
مَنْ قَام رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang mendirikan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR al-Bukhari & Muslim)
10. Mencari Lailatul-Qadr (Malam Kemuliaan)
Digalakkan mencari Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, khususnya pada malam-malam yang ganjil.
Daripada Ummul Mukmini, `A’ishah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah Malam al-Qadr pada malam ganjil sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR al-Bukhari)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/amalan-sunnah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Ucapan Salam Ramadan Selamat Menyambut Bulan Puasa 2024

25 Ucapan Salam Ramadan Selamat Menyambut Bulan Puasa 2024

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 261 hits
Ucapan Salam Ramadan Selamat Menyambut Bulan Puasa 2024 Ramadhan adalah merupakan bulan suci dalam agama Islam Ini adalah bulan kesembilan dalam kalender Islam Pada bulan ini umat Islam akan berpuasa bermula daripada fajar sehinggalah matah...
Potret Kondisi Sepinya Gedung Dpr Saat Bulan Ramadan

Potret Kondisi Sepinya Gedung Dpr Saat Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 217 hits
Memasuki minggu awal bulan Ramadan suasana kompleks gedung DPR nampak lengang
Raikan Suasana Bulan Ramadan Di The Light Hotel Penang S Semarak Nusantara

Raikan Suasana Bulan Ramadan Di The Light Hotel Penang S Semarak Nusantara

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 248 hits
Raikan Suasana Bulan Ramadan Di The Light Hotel Penang s Semarak NusantaraPulau Pinang Malaysia 29 Februari 2024 The Light Hotel Penang yang terkenal dengan layanan yang luar biasa dan hebat masakannya dengan sukacitanya mengumumkan Bufet R...
Susu Banyak Tubuh Bertenaga Walau Ibu Berpuasa Ini Tip Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

Susu Banyak Tubuh Bertenaga Walau Ibu Berpuasa Ini Tip Kenyangkan Anak Ketika Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 233 hits
Bagi ibu yang ketika berpuasa masalah yang sering dibimbangkan ialah tentang bekalan untuk anak Ibu yang menyusukan pastinya lebih letih dan merasa lapar ketika Sebenarnya anda tidak perlu pun meninggalkan ibadah berpuasa asalkan ada penget...
Semenit Paham Beda Banget Ini Kebiasaan Orang Arab Selama Bulan Ramadan

Semenit Paham Beda Banget Ini Kebiasaan Orang Arab Selama Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 176 hits
Ternyata budaya orang Arab dan Indonesia berbeda saat menjalani aktivitas di bulan Ramadan
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445h

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445h

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Syukur Alhamdulillah pejam celik sekali lagi kita bertemu lagi dalam bulan yang penuh keberkatan dan kebaikan iaitu bulan Ramadan Pada 10 Mac 2024 telah diumumkan bahawa 1 Ramadan 1444H jatuh pada Selasa...
Keutamaan Sedekah Hadis Sahih Kelebihan Bersedekah Bulan Ramadan

Keutamaan Sedekah Hadis Sahih Kelebihan Bersedekah Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 290 hits
Keutamaan Bersedekah Hadis Sahih Kelebihan Sedekah Bulan Ramadan Bulan Ramadan adalah merupakan bulan istimewa di mana Allah melipat gandakan segala amal baik yang kita lakukan Salah satu cara untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadh...
Pengumuman Puasa Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 2024

Pengumuman Puasa Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 2024

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh mula puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun 2024 ini dijangka pada petang Ahad 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah Setiap tahun proses melihat anak bulan Ramadan pa...
Kala Gibran Ikut Tanggapi Marak Perang Sarung Di Kalangan Remaja Saat Bulan Ramadan

Kala Gibran Ikut Tanggapi Marak Perang Sarung Di Kalangan Remaja Saat Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 149 hits
Kala Gibran Ikut Tanggapi Maraknya Perang Sarung di Kalangan Remaja Saat Bulan Ramadan
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah