Senangnya Nak Rawat Keputihan Guna Bahan Semulajadi Tak Susah Pun
Tak dinafikan ada diantara kita yang mempunyai masalah keputihan melampau tanpa dijangka. Sebenarnya untuk merawat masalah keputihan ini tidaklah sukar, hanya dengan pengambilan makanan tertentu, keputihan akan jadi semakin baik.
Jangan dibiarkan berlarutan. Salah satu caranya adalah dengan pengambilan bahan semulajadi. Makanan apa? Senarai jenis makanan ini boleh anda cuba.
1.Buah Delima
Akar, buah, kulit dan bunga delima mengandungi saponin dan flavonoid. Akar delima juga mengandungi polifenol, dan kulit, bunga dan buah juga mengandungi tanin. Inilah sebabnya mengapa buah delima digunakan secara meluas untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi kerana bahannya berkesan sebagai pembunuh bakteria.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Rebus 30 gram kulit delima dengan 1 liter air hingga tinggal separuh air. Minum ketika air masih suam. Lakukan dua kali sehari.
2.Yogurt
Yogurt biasa tanpa perisa mengandungi kepekatan bakteria lactobacillus yang tinggi. Oleh itu, pengambilan yogurt boleh membantu mengekalkan pH yang seimbang di kawasan intim wanita. Selain itu, bakteria baik ini boleh memulihkan kawasan yang dijangkiti kulat atau bakteria yang menyebabkan keputihan, dan menjadikan persekitaran faraj “tidak mesra” kepada patogen.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Cuba pilih yogurt tanpa gula, terutamanya yogurt Greek. Ambil secara teratur setiap pagi.
3. Bawang putih
Bukan sahaja menjadi penambah aroma makanan, bawang putih juga boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi. Menurut kajian, kapsul suplemen bawang putih boleh digunakan sebagai pilihan untuk merawat keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Ambil suplemen bawang putih atau makan hidangan dengan perasa bawang putih setiap hari.
4.Kunyit
Kunyit juga mengandungi minyak pati, protein, karbohidrat dan kanji. Inilah sebabnya mengapa kunyit dipercayai berkesan sebagai cara semula jadi untuk merawat keputihan, haid tidak teratur, dan sakit perut semasa haid. Terdapat beberapa kajian yang mengatakan bahawa kunyit boleh mencegah jangkitan kuman dan digunakan apabila ada keputihan disebabkan oleh bakteria.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Untuk merawat vaginosis bakteria (BV) serta kekeringan faraj, campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit (5 gram) dengan segelas susu suam. Minum semasa suam dan lakukan sekali sehari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
5. Cuka epal
Apabila mengalami keputihan, sangat penting untuk mengimbangi pH faraj. Jadi, pengambilan cuka cider epal boleh menjadi pilihan kerana ia mengandungi antiseptik dan asid yang cukup. Cuak epal boleh mengurangkan atau menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, serta meningkatkan kualiti asid dalam faraj.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Campurkan cuka epal dengan air di dalam tab. Kemudian, anda boleh berendam dalam larutan cuka selama lebih kurang 20 minit.
Anda boleh lihat keputihan semakin berkurangan apabila mengamalkan bahan-bahan ini secara konsisten!
Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Senangnya Nak Rawat Keputihan Guna Bahan Semulajadi, Tak Susah Pun! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/senangnya-nak-rawat-keputihan-guna-bahan-semulajadi-tak-susah-pun/