Nak Ajar Hidup Susah Kenakan Yuran Bagi Anak T20 Belajar Di Mrsm
Imej hiasan
Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof kurang senang dengan alasan yang diberikan oleh ibu bapa golongan berpendapatan tinggi (T20) bahawa mereka menghantar anak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bertujuan mengajar mereka tentang kesukaran hidup
Justeru, dia mencadangkan supaya anak daripada golongan T20 membayar kos pembelajaran di MRSM
"Kalau mereka (ibu bapa T20) mampu untuk hantar anak ke sekolah swasta, kenapa mahu berebut masukkan ke MRSM
"Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah
"MRSM kononnya menjadi tempat terbaik untuk anak mereka berkawan dengan golongan B40," katanya pada Wacana Sinar edisi 426 bertajuk 'MRSM untuk B40 sahaja?'
Pada 20 Dis lalu, Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki menegur sikap ibu bapa yang sanggup menipu status pendapatan supaya dikategorikan sebagai B40, bagi membolehkan anak mereka diterima masuk ke MRSM
Katanya, tindakan itu menyebabkan anak mereka belajar dalam keadaan tiada keberkatan kerana mengambil hak orang miskin yang lain
"Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM
"Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain," katanya
Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, jika kumpulan itu mampu membayar sehingga RM3,000 bagi pendidikan di sekolah swasta, tidak salah jika mereka turut membayar kos pembelajaran di MRSM
Katanya membayar kos pembelajaran adalah lebih baik berbanding menubuhkan sekolah swasta di bawah Mara
"Kita ada had dan kekangan tertentu yang membataskan corak perniagaan yang macam mana
"Kita boleh melaksanakan kemasukan berbayar, berbeza dengan sekolah berbayar," katanya lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikgushare.com/2024/01/nak-ajar-hidup-susah-kenakan-yuran-bagi.html