Senang Je Tanam Bayam Brazil


Bayam brazil yang dibeli bulan Januari haritu makin besar makin rosak pulak dedaunnya. Dah kenapa? Kusangkakan makin merimbun daunnya rupanya ada anasir jahat rupanya yang merosakkan daunnya. Belek punya belek rupanya kerja sang semut buat sarang dalam tanah. Ada juga nampak siput comel. Entah datang dari mana tak tahu lah. Mungkin juga ada lagi serangga yang tumpang sekali. Masa beli tu tak ada pulak. Agaknya letak luar rumah adalah tu yang menumpang dalam pasu buat rumah. 

Sudahnya potong terus daun yang masih elok. Boleh juga buat ulam walaupun dapatnya sejemput je. Jadilah rezeki merasa bayam hasil tuaian pertama. Krup krap krup krap rangup dia. Sedap tu tak tahu nak kata lah sebab macam tak ada rasa pulak bila makan tu. Mungkin kalau ditumis atau digoreng tambah garam sikit adalah rasa dia. Fiza pencinta sayur, jadi tak ada masalah pun nak makan mentah buat ulam. Plus, suka makan ulam-ulaman jugak. 

Batang, daun elok dan daun yang rosak Fiza asingkan siap-siap. Yang elok dah dibuat ulam. Yang rosak tu campak terus dalam tong sampah ye. Tapi batang dia jangan kau orang buang. Potong kecil-kecil dan cucuk semula dalam tanah. Kalau buang terus, rugilah lah. Baik tanam semula dapat juga hasilnya nanti


Fiza ada tambah sikit lagi potongan batang bayam brazil ni. Selepas hari ke 8 dah nampak meriah pucuk baru muncul. Yeay! Suka tengok pokok cepat berhasil dan senang tanam. Fiza guna pasu baru dan tanah baru ni dengan harapan takde lagi anasir yang tak diundang datang. Dan Fiza buat baja organik untuk menghalang serangga datang.

Baja Organik
1 labu bawang putih, 5 tangkai cili api, air 500ml. Kisar semua bahan ni, tapis dan ambil air je. Hampas tu boleh letak pada pangkal pokok boleh buat baja. Air tapisan tu peram 24 jam simpan dalam peti ais. Esoknya nak guna masukkan 100ml air tapisan ke dalam penyembur dan campurkan dengan 1 sudu besar minyak masak dan juga 1 sudu teh pencuci pinggan jenis cecair tu.

Tambahkan air secukupnya dalam bekas penyembur kemudian goncang. Bolehlah kau orang semburkan pada daun, terutamanya bawah daun sebab bawah daun ni lah tempat lepak serangga dan kulat. Boleh sembur seminggu sekali untuk kawal dan halang serangga perosak datang. Suka guna racun serangga organik ni sebab selamat digunakan. Tak perlu nak beli dah. Buat sendiri je


So memang betul lah senang je nak tanam bayam brazil ni. Bukan sekadar orang cakap je. Dah cuba sendiri barulah terbukti senang dan betul lah apa kata netizen. Seronok pulak tengok cepat membesar macam ni. Tolong besar cepat sikit. Boleh buat lauk pulak. Tapi kalau dah besar sikit kau petik buat ulam, bila masanya nak banyak buat lauk? Hihi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/03/senang-je-tanam-bayam-brazil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Cara Untuk Buat Bayam Brazil Goreng Tepung Mudah Jer Gais

Ini Cara Untuk Buat Bayam Brazil Goreng Tepung Mudah Jer Gais

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 652 hits
Menurut Majalah Sains Althernanthera sissoo atau lebih dikenali sebagai Bayam Brazil yang tergolong dalam family Amaranthaceae adalah spesies sayuran yang berasal dari Amerika Selatan dan Brazil tau Ia juga merupakan tanaman sayuran yang sa...
Kegilaan Terbaru Bayam Brazil Demi Nak Pulihkan Penyakit Anemia Anak

Kegilaan Terbaru Bayam Brazil Demi Nak Pulihkan Penyakit Anemia Anak

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 344 hits
assalamualaikum dan salam sejahtera semoga semua readers sihat sebaiknya now Malaysia dah naik ranking berkaitan penularan COVID 19 Allahu berkat bulan Rejab ni sama2 la kita umat Islam berdoa agar sentiasa dipelihara dari penyakit berjangk...
First Time Makan Bayam Brazil Memang Sedap

First Time Makan Bayam Brazil Memang Sedap

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 935 hits
FIRST TIME MAKAN BAYAM BRAZIL MEMANG SEDAP Sejujurnya first time cikla tengok dan makan bayam Brazil Lama dah teringin nak rasa bayam Brazil ni since tengok kawan di FB post pasal bayam ni Dah rezeki kan nak rasakan pagi tadi pergi tadika a...
Dukung Penghijauan Kodim Banyuwangi Tanam 25 Ribu Bibit Cemara

Dukung Penghijauan Kodim Banyuwangi Tanam 25 Ribu Bibit Cemara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 242 hits
Komando Distrik Militer 0825 Banyuwangi melakukan penghijauan di wilayah pantai Ria Bomo Kecamatan Blimbingsari Jumat Penghijauan tersebut dilakukan dengan menanam 25 ribu pohon jenis cemara udang di sepanjang pesisir pantai untuk mencegah ...
Warga Rumpin Tanam Pohon Pisang Dan Tebar Ikan Lele Di Jalan Rusak

Warga Rumpin Tanam Pohon Pisang Dan Tebar Ikan Lele Di Jalan Rusak

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 303 hits
Warga kesal lantaran rusaknya Jalan Peusar Malahpar sepanjang tidak kurang dari 2 kilometer dan tidak pernah diperhatikan
Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina

Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 1025 hits
Cara Tanam Dan Jaga Pokok Pudina Minggu lepas Fadzi pergi beli barang groceries dekat Giant Plan nya lepas balik dariapda Giant nak singgah nursery pokok untuk cari pokok pudina Tujuannya nak buat props untuk DTapi tengok tengok eh dekat Gi...
Cara Mudah Tanam Pokok Hiasan Money Plant Daripada Keratan Dahan Single Leaf

Cara Mudah Tanam Pokok Hiasan Money Plant Daripada Keratan Dahan Single Leaf

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 704 hits
As Salam Cara Mudah Tanam Pokok Hiasan Money Plant Daripada Keratan Dahan Single Leaf Haih Sungguh saya sedang sibuk sekarang Sibuk tak tentu hala dengan hobi yang baru berputik dalam diri saya Wahh gitu Semuanya kembali bermula apabila dep...
Alam Sutera Tanam 2000 Pohon Untuk Wujudkan Gerakan Renovasi Udara

Alam Sutera Tanam 2000 Pohon Untuk Wujudkan Gerakan Renovasi Udara

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 205 hits
Kualitas kehidupan manusia ditentukan pada bagaimana ia menghargai dan menjaga lingkungannya Misi inilah yang terus diutamakan PT Alam Sutera Realty Tbk dalam mengelola kawasannya
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

Do You Know About Penang S Baobab Tree

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Lirik Lagu Setia Walau Tak Di Sampingmu Zivilia

Pelancaran Huawei Mate X6 Sebagai Penutup 2024 Untuk Pasaran Malaysia

Selamat Hari Lahir Adik Makbudak

Korean Drama Family By Choice

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police