Menurut Majalah Sains, Althernanthera sissoo atau lebih dikenali sebagai Bayam Brazil yang tergolong dalam family Amaranthaceae adalah spesies sayuran yang berasal dari Amerika Selatan dan Brazil tau. Ia juga merupakan tanaman sayuran yang sangat berkhasiat dan amat baik untuk kesihatan manusia.
Mula-mula korang kena bersihkan bayam Brazil ni sampai betul-betul bersih. Rendam dalam banyak air sebab nak tanggalkan pasir yang banyak melekat dekat bawah-bawah daun tu. Bilas sampai bersih tau.
Selepas dah bersihkan, korang masukkan telur dan gaulkan dengan bayam Brazil tadi. Untuk bekas macam ni, korang boleh letakkan 3 biji telur supaya tepung tu senang nak melekat.
Kemudian, masukkan tepung Kentucky jenama Nona Hot & Spicy atau tepung goreng rangup macam ala-ala KFC tu dan gaulkan sampai rasa elok melekat pada bayam Brazil tu. Ikut korang lah nak guna yang mana, janji tepung Kentucky tau.
Ikut je sukatan korang sendiri sampai korang rasa puas hati. Kalau nak lebih rangup, letak lah banyak sikit tepung. Barulah bayam Brazil ni jadi seperti keropok.
Seterusnya, korang gaul sampai terjadi macam ni. Kalau korang rasa tepung masih tak cukup lagi, haa, boleh tambah. Tak ada masalah! Nak tahu hasilnya okay ke tidak, korang cuba goreng setangkai dua tu dulu. Kalau semua dah okay, boleh proceed.
Lepas korang dah gaulkan semua benda, goreng jer bayam Brazil ni sampai garing. Jangan sampai hangit sudah! Nanti pahit pula rasanya. Huhu.
Tadaaa! Bayam Brazil Goreng Tepung is done. Mudah jer kan? Korang bolehlah jadikan hidangan ini sebagai snek harian korang. Simpan dalam balang jer kalau nak makan berulang-ulang. Terima kasih kepada Dania Danisha kerana berkongsi resipi yang enak ni!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |