Semuanya Salah Isteri Kerja Rumah Terbengkalai Anak Bermasalah Maka Gagal Jadi Sempurna


Menjadi isteri dan ibu yang sempurna bukanlah bermakna anda harus mampu melakukan segalanya dalam satu masa. Ingatlah, diri anda juga berharga dan memerlukan rehat. Isteri dan ibu yang bahagia, pasti rumah tangganya juga harmoni. Jangan sesekali ‘tekan’ diri anda untuk menjadi yang sempurna sehingga anda mengalami mental load.
Apa itu mental load? Ia memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi wanita yang bergelar seorang isteri dan ibu. Bahaya mental load ini boleh mempengaruhi perwatakan seseorang.
Melalui penulisannya, Maryam Jamadi bercerita tentang isu ini.

SALAH ISTERI?
Rumah bersepah, salah isteri.
Dapur tak berasap, salah isteri.
Tak ada zuriat, salah isteri.
Anak lewat perkembangan, salah ibunya.
Anak ada sindrom, salah ibunya.
Anak nakal, salah ibunya.
Anak dapat nombor corot di sekolah, salah ibunya.
Keluarga tak bahagia, salah isteri.
Berdasarkan banyak penulisan di media sosial, untuk jadi orang perempuan ini kena hebat semua, barulah jadi calon menantu, isteri dan ibu yang terbaik. Kalau tak cukup “tick”, nanti takut tak jadi kahwin atau suami cari ibu lain untuk anak-anak.
Kerap kali saya mendengar keluahan ibu-ibu yang dah tak mampu nak menampung beban di kepala, fizikal penat tak apa tapi bila “kepala” pun dah penat memang parah. Ditambah lagi dengan kritikan orang sekeliling, lagi parah jadinya.
Saya rasa mungkin dah tiba masanya masyarakat kurangkan expectation yang terlampau tinggi untuk kaum hawa. Bagi yang sudah ada kesedaran, tahniah! Yang mana belum ada kesedaran, mohon baca.
Saya terbaca baru-baru ini berkaitan isu rumah tangga, salah satu kenyataan yang saya tak berapa setuju:
“Jadi orang perempuan ni kenalah pandai mengemas dan pandai masak sebab cuba bayangkan kalau suami demam nak makan bubur, isteri tak pandai buat. Ataupun nanti dekat sekolah kawan-kawan anak kata rindu masakan mak tapi maknya tak pandai masak.”
Cuba terbalikkan situasi, isteri pula demam? Ataupun anak sepanjang hidup tak pernah rasa masakan ayah?
Bagi saya, bukan jadi orang perempuan sahaja perlu pandai memasak dan mengemas. Tapi jadi MANUSIA, kenalah pandai semua skil asas kehidupan tak kiralah perempuan atau lelaki.

Cuma mungkin ada orang bakatnya lebih terserlah pada skil memasak, ada orang lebih pada skil dekorasi rumah dan sebagainya.
Tapi kalau anda seorang isteri yang boleh buat 100% menguruskan urusan rumah, alhamdulillah anda wanita hebat. Tapi janganlah anda “meng-downgrade” wanita lain yang tak mampu.
Pernah tak para isteri mengalami situasi:
1. Pukul 11 pagi, kita nak masak nasi untuk makan tengahari tapi masa kita nak ke dapur ternampak pula bakul baju kotor yang melimpah.
2. Kita pun pergi masak nasi sambil berfikir “lepas ini nak kena basuh baju”.
3. Dah siap masak nasi, nak basuh baju pula tiba-tiba teringat yang lupa nak keluarkan ayam nak masak masih beku.
3. Kita pun minta “tolong” pasangan kita yang tengah main game di hp untuk keluarkan ayam. Pasangan kita kata “kejap,kejap”.
4. Tengah kita angkat bakul baju kotor nak basuh, anak yang sedang belajar bebas diaper pula datang beritahu nak kencing. Kita pun terpaksa tinggalkan bakul baju kotor sebab nak kena berlari bawa anak ke tandas takut “tercicir”.
5. Sambil pantau dan tunggu anak habis membuang, mata kita melilau tengok keadaan tandas yang dah mula berlendir semula walaupun baru cuci 3 hari lepas. Terfikir nak cuci tandas lepas habis makan nanti.
6. Anak pun selesai membuang, kita sambung dengan tugasan basuh baju. Kita nampak pasangan kita masih dengan hp dengan “kejap-kejapnya”, kita pun basuh baju dan keluarkan ayam sendiri.
Pasangan kita pun kata “relakslah nanti saya buat, beritahulah nak buat apa-apa”. Tapi realitinya buat semua sendiri lagi kurang stress daripada minta orang lain buatkan sebab stress di kepala lagi penat dari penat fizikal.

Cuba bayangkan perkara ini berulang SETIAP HARI? Saya yang menaip ini pun berasap kepala memikirkannya, apatah lagi nak menghadap setiap hari.
Inilah yang dipanggil “MENTAL LOAD”, keperluan merancang, menguruskan hidup diri sendiri dan hidup orang lain yang bergantung kepada kita. Semakin banyak, semakin berat beban mental yang kita alami.
Bila terlampau banyak “mental load” boleh buat seorang isteri yang lemah lembut bertukar jadi “hijau” di rumah.
Ada survey di lakukan di Australia (HILDA) pada tahun 2019, yang terbukti ada gap di antara kerja di rumah suami dan isteri:
1. Pasangan yang tiada anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 4 JAM seminggu menguruskan rumah berbanding suami.
2. Pasangan yang mempunyai anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 7 JAM seminggu melakukan kerja rumah dan TAMBAHAN 7 JAM lagi menjaga anak lebih berbanding suami.
3. Memang terbukti yang suami mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian yang sepatutnya memudahkan kaum lelaki dan perempuan, bukannya untuk menyenangkan lelaki dan menyusahkan perempuan.

Maka, saya cadangkan para suami yang berminat untuk kurangkan “mental load” isteri, apa kata tukar daripada anda hanya tanya apa yang perlu dibantu. Apa kata pilih dan melantik diri sendiri untuk menjadi KETUA untuk mengurangkan beban di otak isteri:
BIRO DAPUR
BIRO MENGEMAS
BIRO BAJU
BIRO ANAK
BIRO LAMAN RUMAH
BIRO SAMPAH
BIRO JAGA KERETA
Bila dah pegang antara jawatan di atas, mohon ingatlah perkara-perkara yang perlu dilakukan. Percayalah isteri yang asyik bertukar jadi “hijau” mungkin boleh kembali jadi lemah lembut.
Artikel Lain: [Doa Bahagia Suami Isteri, Sama-Sama Sedekahkan Al Fatihah & Bacalah Doa Ini Lepas Solat]

Dalam kes saya, sebelum berkahwin lagi saya dan suami dah bincang tentang kerja-kerja di rumah. Saya tak hebat memasak (selalu masak tak jadi ) tapi suka urus baju, suami tak suka urus baju tapi suka memasak (dan sedap).
Tapi kurang mahir dan tak suka, bila dalam keadaan memerlukan boleh sahaja buat asalkan masing-masing tahu skil asas hidup. Contohnya semasa saya berpantang, suamilah ambil alih bab mengemas dan urus baju walaupun saya Ketua Biro Mengemas. Sama juga bila suami tak ada, saya akan masak masakan mudah untuk saya dan anak walaupun suami Ketua Biro Dapur.
Bila ada pembahagian tugas, secara tak langsung kuranglah beban mental yang kita perlu fikir. Saya tak perlu fikir
Nak beli barang basah apa?
Barang basah apa dalam peti ais?
Nanti malam nak masak apa?
Elok lagi ke ikan dalam peti ais?
Suami pula tak perlu fikir baju kotor dah penuh bila nak basuh?
Baju dah kering ke belum?
Tandas dah kotor bila nak sental?
Anak nak pakai baju apa pergi kenduri?
Dinding kotor macam mana nak bersihkan?
Dengan kerjasama suami dan isteri, kita tak perlu pun nak korbankan apa-apa. Sama-sama membahagiakan hidup masing-masing.
Ada orang tunjukkan cinta dengan kata-kata manis, ada orang tunjukkan cinta dengan perbuatan. Ada orang tunjukkan cinta dengan kedua-duanya.

Kalau kita rasa boleh urus segala benda di rumah dan penuhi expectation jadi seorang isteri yang sempurna seperti ditonjolkan di dalam drama TV, janganlah kutuk atau hina orang yang tak mampu lepas itu takutkan orang lain “nanti suami cari lain”.
Bila dah namanya tak ada jodoh, kita buatlah macam mana pun tak jadi apa juga. Sekecil-kecil benda pun boleh jadi penyebab.
Samalah kes zuriat, tak dapat anak salah isteri. Tahukah yang nak dapatkan zuriat perlu pastikan tahap kesuburan suami dan isteri, bukan isteri sahaja?
Anak semua perempuan, tak dapat anak lelaki salah isteri. Tahukah yang menentukan jantina anak adalah sperma suami?
Anak ada sindrom, salah genetik isteri. Tahukah yang anak itu adalah gabungan ovum dan sperma yang mengandungi genetik suami dan isteri yang menentukan adalah genetik siapa yang lebih dominan.
Anak nakal, salah isteri tak pandai jaga anak. Tahukah yang tugas didik anak perlukan kerjasama suami dan isteri?
Cadangan saya, bagi yang merancang untuk berkahwin. Bincanglah juga peranan suami dan isteri dalam rumah tangga supaya masing-masing sedar tanggungjawab dengan harapan tak ada kes salah menyalahkan di masa akan datang. Jangan lupa kenali bakat diri masing-masing juga!
Artikel Lain: [Suami Tak Berkira Tolong Isteri, Rajin Masuk Dapur Barulah ‘Hero’. Isteri Pun Boleh Senyum!]
Mana yang handal melipat baju, jadilah Ketua Biro Baju.
Mana yang lebih sedap memasak, jadilah Ketua Biro Dapur.
Mana yang lebih teliti menyental kotoran, jadilah Biro Mengemas.
Bincanglah “biro” masing-masing sebelum berkahwin supaya beban mental terbahagi sama rata. Kalau tak nak pegang semua jawatan, beritahulah pada pasangan awal-awal supaya pasangan anda boleh bersedia mental dan fizikal.
“Berkorbanlah” bersama-sama supaya kesihatan mental kita terjaga, melainkan memang tiada pilihan (PJJ, frontliners, pasangan sambung belajar dll)
Semoga bermanfaat, terima kasih
The post Semuanya Salah Isteri? Kerja Rumah Terbengkalai & Anak ‘Bermasalah’, Maka Gagal Jadi Sempurna! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/semuanya-salah-isteri-kerja-rumah-terbengkalai-anak-anak-lambat-belajar-maka-gagal-jadi-yang-sempurna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Sebalik Muka Berpeluh Kelam Kabut Buat Kerja Rumah Isteri Sebenarnya Wanita Tercantik

Di Sebalik Muka Berpeluh Kelam Kabut Buat Kerja Rumah Isteri Sebenarnya Wanita Tercantik

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 573 hits
Isteri mengharapkan suami lebih peka dan memahami dirinya Walaupun tidak pernah memberitahu apa yang dia inginkan para isteri lebih suka supaya suami lebih mengambil berat tentang dirinya Suami pula bukan tidak peduli tetapi kadang kadang t...
Jangan Halang Kalau Anak Tolong Buat Kerja Rumah Besar Nanti Rajin Lebih Berjaya

Jangan Halang Kalau Anak Tolong Buat Kerja Rumah Besar Nanti Rajin Lebih Berjaya

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 428 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Jika mahu anak anak membesar menjadi individu yang rajin dan boleh diharap untuk membantu kerja kerja rumah latihlah mereka sejak kecil untuk melakukannya Tidak perlu sempurna tapi jika selalu dibuat la...
No Maid No Problemo Diana Nasir Kongsi Tip Jaga 3 Anak Kecil Urus Kerja Rumah Sendiri Tanpa Pembantu

No Maid No Problemo Diana Nasir Kongsi Tip Jaga 3 Anak Kecil Urus Kerja Rumah Sendiri Tanpa Pembantu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 343 hits
Mempunyai 3 orang anak yang masih kecil tidak menghalang personaliti media sosial Diana Nasir untuk menguruskan tiga orang anak dan dalam masa yang sama membereskan kerja rumah tanpa bantuan daripada pembantu rumah Ibu kepada The Angguns se...
Isteri Dah Mula Tinggi Suara Kat Anak Marah Melebih Lebih Suami Faham Fahamlah

Isteri Dah Mula Tinggi Suara Kat Anak Marah Melebih Lebih Suami Faham Fahamlah

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 330 hits
Isteri yang patuh sememangnya wanita yang cukup istimewa Sekalipun dia kepenatan kerana mengurus anak dan urusan keluarga saban hari isteri tidak pernah merungut apa lagi sewenang wenangnya meminta pertolongan suami Pun begitu emosinya seor...
Tarik Rambut Heret Isteri Keluar Dari Rumah Bakal Madu

Tarik Rambut Heret Isteri Keluar Dari Rumah Bakal Madu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 530 hits
Seorang suami tergamak menarik rambut isterinya untuk menghalau wanita itu keluar dari rumah bakal isteri baharunya selepas hasrat berkahwin lain dihalang Perbuatan kejam itu terbongkar selepas rakaman aksi itu tular di laman sosial dan did...
20 Tahun Tidak Bercakap Dengan Isteri Anak Anak Usaha Selesaikan Masalah Mereka Dan Akhirnya Punca Sebenar Terbongkar

20 Tahun Tidak Bercakap Dengan Isteri Anak Anak Usaha Selesaikan Masalah Mereka Dan Akhirnya Punca Sebenar Terbongkar

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 362 hits
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter IBCIG menceritakan tentang satu video yang ditontonnya di Facebook tentang seorang suami yang tidak bercakap dengan isterinya selama 20 tahun 20 Tahun Tidak Bercakap De...
Sakit Mata Tengok Dinding Sebab Anak Conteng Guna Alat Magic Ni Confirm Cantik Dinding Rumah

Sakit Mata Tengok Dinding Sebab Anak Conteng Guna Alat Magic Ni Confirm Cantik Dinding Rumah

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 344 hits
Memang lumrah kanak kanak suka mencoteng suka berkarya Bagi mereka semua tempat adalah kawasan untuk mereka bermain Sedar sedar satu rumah dah berconteng dengan pelbagai jenis corak Nak sental guna air dan sabun memang susah nak hilang kesa...
Pakar Jelaskan Jika Isteri Saja Bangun Malam Jaga Anak Itu Puncanya Cepat Marah

Pakar Jelaskan Jika Isteri Saja Bangun Malam Jaga Anak Itu Puncanya Cepat Marah

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 323 hits
Setelah bergelar ibu bapa rutin harian suami isteri automatik berubah Jika sebelum ini kita tak kisah nak bangun pukul berapa nak tidur lambat atau cepat kerana tiada komitmen lain yang menganggu Bagaimanapun Pakar Otak menjelaskan jika ada...
Didik Anak Nilai Murni Dengan Surah Al Fatihah Cukup Sempurna Untuk Bentuk Akhlak Terbaik

Didik Anak Nilai Murni Dengan Surah Al Fatihah Cukup Sempurna Untuk Bentuk Akhlak Terbaik

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 476 hits
Kebaikan ayat ayat Al Quran tidak dapat dinafikan Setiap satu darinya mempunyai manfaat tersendiri dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian Begitu juga ketika kita mahu mendidik anak anak Boleh guna ayat ayat Al Quran untuk mencerita...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya